Anda di halaman 1dari 1

Banjir

Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita


terutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.
Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh
pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim
itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut.

Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti


kawasan berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta
binatang ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti
para petani akan mengalami kerugian besar.

Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas


kerana bermain dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam.
Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.

Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang


berbahaya seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas
kerana terlanggar atau terperangkap dengan benda-benda yang
dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai
kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya.
Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah
mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati.
Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat
sebelum air naik.

Anda mungkin juga menyukai