Anda di halaman 1dari 24

Etika Perbandingan

MPU2313

Modul 12
Isu-Isu Etika
dan Moral
By
DSM91
Faysal & Thomas

Encik Syukri Sherkawi


Isi Kandungan
No Kandungan
1 Definisi Masalah Sosial

2 Faktor Masalah Sosial

3 Kesan Masalah Sosial

4 Cara Mengatasi Masalah Sosial

5 Kesimpulan

6 Rujukan

7 Soalan
Pengenalan
Masalah sosial yang kerap berlaku dalam negara ini semakin
membimbangkan sehingga menggugat ketenteraman awam dan
keselamatan negara. Dengan itu, Semua pihak harus mengambil tahu dan
sedar akan punca dan akibat berlakunya masalah ini. Seterusnya, ia adalah
satu kewajaran bagi kita untuk bersama-sama mengambil langkah-langkah
bagi mengatasi masalah sosial ini daripada terus meningkat.
Definisi Masalah Sosial

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan


negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan
dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Faktor Masalah Sosial

☺ Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba


- Mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik
atau buruknya perkara-perkara tersebut.

☺ Pengaruh Rakan Sebaya


- Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika
tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-
perkara yang buruk.

☺ Pengaruh Media Massa


- Program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang
bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara
yang tidak baik.
Faktor Masalah Sosial

☺ Sikap Keluarga
- Keluarga terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada
para remaja, boleh menjadi penyumbang kepada wujudnya masalah ini.
Kesan Masalah Sosial

☺ Penyalahgunaan Dadah

Individu
- Seseorang itu akan ketagih kepada dadah dan akan mendorong melakukan
jenayah untuk mendapatkan duit.

Masyarakat
- Ketenteraman sentiasa diganggu kerana orang ramai berasa tidak selesa
dengan adanya penagih dalam kalangan anggota masyarakat.
Penyalahgunaan Dadah
Kesan Masalah Sosial

☺ Gengsterisme

Individu
- Seseorang yang berada dalam gejala negatif ini akan mendapat kecederaan
kerana dipukul oleh kumpulan lain atau orang awam.

Masyarakat
- Ahli masyarakat akan sentiasa terancam oleh kegiatan samseng dan
membimbangkan ahli masyarakat yang lain untuk keluar dari rumah.
Gangsterisme
Kesan Masalah Sosial

☺ Vandalisme

Individu
- Seseorang yang merosakkan harta benda awam akan didenda atau
dihukum serta diawasi oleh pihak berkuasa. Mereka akan mendapat
cemuhan daripada masyarakat.

Masyarakat
- Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh
kerajaan.
Vandalisme
Kesan Masalah Sosial

☺ Penderaan

Individu
- Kesan kecederaan terhadap fizikal mangsa adalah seperti parut akibat
sebatan,cucuhan puntung rokok, tangan terseliuh, pekak, dan kabur
penglihatan.

Masyarakat
- Timbul perasaan benci dan tidak senang dalam kalangan masyarakat.
Penderaan
Kesan Masalah Sosial

☺ Pergaulan Bebas

Individu
- Mudah terdorong untuk melakukan perbuatan zina dan maksiat.

Masyarakat
- Pergaulan bebas akan menggangu ketenteraman masyarakat.
Pergaulan Bebas
Kesan Masalah Sosial

☺ Penyalahgunaan Teknologi

Individu
- Remaja akan didakwa dan dihukum oleh pihak pengadilan. Selain itu, diri
sendiri akan malu kerana dituduh menyalahgunakan teknologi berkenaan.

Masyarakat
- Individu yang menjadi mangsa akan kerugian. Bukan itu sahaja, individu
yang manjadi mangsa akan mendapat aib sekiranya difitnah melalui internet
atau perkhidmatan SMS.
Penyalahgunaan Teknologi
Cara Mengatasi Masalah Sosial

☺ Peranan Ibu Bapa


- Ibu bapa perlu banyak meluangkan masa berkualiti bersama anak.
- Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak.
- Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka.

☺ Peranan Guru Di Sekolah


- Guru boleh berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalah remaja.
- Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus
menjadi rakan kepada remaja.

☺ Peranan Pihak Berkuasa


- Persekitaran yang tidak sihat harus dibanteras.
- Mengadakan kempen kesedaran dan jati diri.
Cara Mengatasi Masalah Sosial

☺ Peranan Media Massa


- Media perlu mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran
tentang keruntuhan akhlak remaja.
- Penyiaran rancangan yang beri penekanan kebaikan kepada akhlak remaja
harus ditingkatkan.

☺ Peranan Masyarakat/Komuniti
- Masyarakat harus peka dengan aktiviti sekeliling persekitaran.
- Rukun tetangga perlu diwujudkan dikawasan perjiranan.
- Tingkatkan aktiviti komuniti masyarakat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah sosial mengundang banyak perkara negatif yang
mampu menggugat ketenteraman awam serta keselamatan negara. Justeru,
setiap pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam membendung
masalah sosial ini dalam negara. Oleh itu, masyarakat yang harmoni dapat
mewujudkan negara yang aman dan sejahtera.
Rujukan
Detik Hitammu
http://detikhitammu.blogspot.com/2012/04/faktor-faktor-masalah-sosial.html

Masalah Sosial Kini


http://masalahsosialkini.blogspot.com/

PearlYap.blogspot
http://pearlyap.blogspot.com/2012/06/kesan-kesan-masalah-sosial.html

Detik Hitammu
http://detikhitammu.blogspot.com/2012/04/cara-mengatasi-masalah-gejala-
sosial.html
Soalan
☺Pada pendapat anda, apakah kesan buruk masalah
sosial terhadap ekonomi negara?

☺Pada pengetahuan anda, apakah agensi-agensi yang


telah diwujudkan bagi menangani masalah sosial?

☺Nyatakan beberapa langkah yang telah dilaksanakan


oleh pihak kerajaan dalam mengekang masalah sosial
tersebut.

☺Bagaimanakah didikan agama dapat membantu bagi


membentuk jati diri individu?

☺Berikan contoh isu-isu semasa yang melibatkan masalah


sosial.
SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai