Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Fenomena menghantar ibu bapa atau warga emas ke rumah-rumah kebajikan oleh anak-anak dan
keluarga semakin menjadi-jadi. Malahan kewujudan pusat-pusat jagaan warga emas juga ibarat
seperti cendawan tumbuh selepas hujan seakan-akan menjadi trend pada masa kini.
Menurut World Assembly on Aging in 1982 di Vienna, warga emas ditakrifkan sebagai mereka
yang berumur 60 tahun ke atas. Kajian yang dijalankan di Malaysia mendapati bahawa terdapat
2.4 juta warga emas di negara ini, iaitu kira-kira lapan peratus daripada jumlah penduduk dalam
negara. Jabatan Statistik menganggarkan bahawa bilangan ini akan bertambah kepada 3.2 juta
menjelang 10 tahun akan datang. Kajian yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu menunjukkan bahawa menjelang tahun 2025 pula, jumlah penduduk tua di dunia ialah
760.6 juta orang, masing-masing 230.3 juta orang di negara maju dan 530.4 juta orang di negara
membangun.
Tidak dinafikan bahawa apabila bilangan warga emas bagi sesebuah negara itu
meningkat kerana jangka hayat yang lebih lama, hal ini menunjukkan kualiti hidup dan
kemudahan perubatan yang dimiliki oleh sesebuah negara itu berada pada tahap yang baik.
Sebaliknya, persoalan lain pula yang akan timbul. Kos penjagaan, terutama kesihatan,
pemakanan, dan perubatan akan meningkat selain anak-anak perlu memberikan masa yang
secukupnya kepada warga emas khususnya perhatian dan kasih sayang. Persoalannya, adakah
hal ini mampu ditangani oleh anak-anak moden atau lebih dikenali sebagai generasi-Y ini?
Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa. Menurut kajian Institut Gerontologi, Universiti
Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2008, 60 peratus warga emas di Malaysia menerima bantuan
kewangan daripada anak-anak mereka, iaitu penurunan sedikit peratusannya berbanding dengan
70 peratus pada tahun 1999. Persoalannya, apakah yang berlaku dengan 40 peratus warga emas
yang tidak menerima bantuan kewangan? Ke manakah destinasi yang ditujui oleh mereka untuk
menghabiskan sisa-sisa kehidupan?
Kajian kerajaan pada tahun 2010 mendapati bahawa sebanyak 538 000 orang warga emas
di negara ini sedang mengalami sindrom empty nest atau perasaan sunyi kerana bersendirian
ataupun ditinggalkan oleh anak-anak setelah berumah tangga ataupun berpindah ke bandar.
Akibatnya, warga emas ini kesunyian dan mengalami tekanan atau masalah mental, terutama
warga emas wanita. Menurut Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur,
Hasnah Sulaiman, sehingga Jun 2012, sebanyak 157 orang pesakit warga emas ditinggalkan oleh
keluarga mereka di hospital ini. Manakala sebanyak 205 orang pula pada tahun 2011. Kajian
Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat oleh Lembaga Pembangunan Keluarga Negara pula
mendapati bahawa kira-kira 26 peratus atau 636 000 orang warga emas di negara ini tidak pernah
diberi bantuan kewangan oleh anak-anak mereka. Selain itu, terdapat juga laporan yang diterima
tentang penderaan warga emas oleh anak-anak mereka. Pengarah Bahagian Warga Tua dan
Keluarga Jabtan Kebajikan Masyarakat (JKM), Roslan Baba berkata Terdapat empat faktor
utama yang mendorong warga emas dihantar ke rumah kebajikan iaitu kemiskinan, ahli keluarga
keluar bekerja, perpisahan atau perceraian ibu bapa dan kehendak warga emas itu sendiri secara

sukarela. Selain itu, faktor kemasukan warga emas ke Rumah Seri Kenangan (RSK) yang ketika
ini dihuni oleh 1916 orang warga emas di seluruh negara pula adalah kerana sebatang kara,
dipinggirkan keluarga, masalah kesihatan, masalah ketidakupayaan dan masalah penderaan.
Pengenalan Dasar Warga Tua Kebangsaan dilihat sebagai permulaan bagi mengekang
permasalahan ini. Bagi kes penderaan warga tua di Malaysia, undang-undang yang terpakai
sama seperti kes keganasan rumah tangga iaitu Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan
Rumahtangga 1994 (Akta 521). Pemantauan berterusan oleh JKM dan beberapa langkah yang
telah dilaksanakan seperti memastikan semua pusat jagaan JKM dan pihak swasta disenaraikan
dan termaktub di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah sangat baik. Keprihatinan generasi
muda terutamanya anak-anak dan keluarga yang masih mempunyai warga emas sangat perlu
bagi mengekang permasalahan ini.
(Rencana ini dipetik dan diubahsuai
daripada rencana Usah Diabaikan Mereka,
oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman,
Dewan Budaya, 2014)
1. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Malaysia, berapakah jumlah semasa bilangan
warga emas di Malaysia?
A- 3.2 juta
B- 2.4 juta
C- 530.4 juta
D- 230.3 juta
2. Berikut merupakan persoalan yang bakal timbul apabila bilangan warga emas meningkat
bagi sesebuah negara, KECUALI
I- Peningkatan kos penjagaan
II- bertambah kos tanggungan
III- Kenaikan kos sara hidup
IV- Peningkatan kos perubatan
ABCD-

I dan II
II dan III
I dan III
II dan IV

3. Berapakah kajian yang telah dijalankan berkaitan isu yang dibincangkan oleh penulis?
A- 2
B- 3
C- 4
D- 5

4. Manakah antara berikut merupakan fakta yang TEPAT yang menerangkan tentang kajian
yang dilakukan oleh Institut Gerontologi, (UPM) pada tahun 2008?
I- 40 peratus warga emas tidak menerima bantuan kewangan.
II- 60 peratus warga tua di negara ini tidak tinggal bersama-sama keluarga.
III- 60 peratus warga emas di negara ini menerima bantuan kewangan daripada anak-anak
mereka.
IV- 70 peratus sahaja warga emas yang menerima bantuan kewangan daripada anak-anak
mereka pada tahun 1999.
ABCD-

I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
I, II, III dan IV

5. Apakah maksud peribahasa ditelan mati emak, diluah mati bapa dalam petikan ini?
A- Menggambarkan situasi di mana manusia berada dalam keadaan tersepit di antara dua
keadaan atau dua pihak atas sebab-sebab tertentu.
B- Menunjukkan pilihan yang perlu dibuat oleh seseorang individu antara beberapa
perkara yang penting.
C- Membuat kesimpulan antara dua pilihan dalam sesuatu keadaan yang sukar dan
sangat memaksa.
D- Situasi yang membuatkan individu berada dalam dua keadaan atau situasi yang
memerlukan satu keputusan.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang hampir sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang bercetak tebal.

6. Fenomena menghantar ibu bapa atau warga emas ke rumah-rumah kebajikan oleh anakanak dan keluarga semakin menjadi-jadi.
A- Semakin menjadi-jadi situasi ibu bapa atau warga emas dihantar ke rumah kebajikan
oleh anak-anak.
B- Situasi di mana anak-anak dan ahli keluarga menghantar ibu bapa atau warga emas ke
rumah kebajikan makin berleluasa.
C- Perbuatan menghantar ibu bapa atau warga tua oleh anak-anak dan keluarga semakin
menular dewasa ini.
D- Warga emas yang dihantar oleh anak-anak dan keluarga mereka merupakan satu
situasi yang makin menjadi kebiasaan pada masa kini.

7. Pengenalan Dasar Warga Tua Kebangsaan dilihat sebagai permulaan bagi mengekang
permasalahan ini.
A- Permasalahan ini dilihat sebagai permulaan dengan pengenalan Dasar Warga Tua
Kebangsaan.
B- Dasar Warga Tua Kebangsaan diperkenalkan sebagai permulaan bagi mengendalikan
permasalahan ini.
C- Sebagai permulaan, pengenalan Dasar Warga Tua Kebangsaan mampu mengawal
permasalahan ini.
D- Dasar Warga Tua Kebangsaan dilihat mampu mengatasi permasalahan ini.

8. Apakah gaya bahasa bagi ayat ini? Ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan
A- Simile
B- Personafikasi
C- Metafora
D- Diksi

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan di bawah dengan menggunakan ayat sendiri.
9. Berikan maksud peribahasa cendawan tumbuh selepas hujan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
10. Pada pendapat anda, Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak dan keluarga
menghantar ibu bapa dan warga emas ke rumah kebajikan orang tua?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai