Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR:

1. Gan Jia Huan

NAMA SEKOLAH : SJK (C) HUA MIN, BATU PAHAT

NAMA PROJEK : PERTANDINGAN KUIZ TAHUN 5

TEMPOH PELAKSAAN : 1 MINGGU

OBJEKTIF:

Di akhir program ini diharapkan dapat:

1. Meningkatkan minat murid dalam Reka Bentuk dan Teknologi.

2. Meningkatkan penguasaan murid terhadap mata pelajaran Reka Bentuk

dan Teknologi.

3. Mewujudkan pembelajaran dengan semangat daya saing.


STRATEGI PELAKSANAAN:

MINGGU PERTAMA : Menulis kertas kerja

MINGGU KEDUA : Menghantar kertas kerja

MINGGU KETIGA : Mengadakan pertandingan kuiz.

MINGGU KEEMPAT : Mengumpulkan respon serta cadangan daripada murid.

REFLEKSI:

KEKUATAN PROJEK:

Pertandingan kuiz yang dijalankan pada 28 Julai 2016 telah berjaya

menarik perhatian pelajar dalam menguasai mata pelajaran Reka Bentuk dan

Teknologi. Murid-murid Tahun 5 amat seronok semasa menjalankan pertandingan

kuiz ini. Pertandingan ini dapat menjana pemikiran dan menguji tahap

pengetahuan murid-murid. Murid-murid perlu memerah otak dan berfikir dengan

lebih teliti untuk menjawab soalan yang diberi. Melalui pertandingan kuiz ini, murid

tidak akan diberikan jawapan secara terus, tetapi mereka perlu berfikir dan

memberi jawapan berdasarkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Reka

Bentuk dan Teknologi. Oleh hal yang demikian, murid akan cuba mengingati

kembali topik atau pelajaran yang lalu untuk menjawab soalan yang diberi.

Selain itu, keadaan murid adalah terkawal dan tidak menimbulkan sebarang

masalah sepanjang pertandingan berlangsung. Murid-murid juga mengikut arahan

yang telah diberi iaitu menjawab soalan secara individu dan tidak boleh meniru
serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Murid juga tidak

menimbulkan bunyi bising sewaktu menjawab soalan yang diberi. Kerjasama yang

diberikan oleh murid sangat baik dan memuaskan.

KELEMAHAN PROJEK:

Pertandingan ini juga menunjukkan beberapa kelemahan semasa

berlangsung pada waktu yang dirancangkan. Kelemahan pertama ialah tentang

kehadiran murid yang tidak penuh. Terdapat 5 orang murid yang tidak dapat

melibatkan diri dalam pertandingan tersebut disebabkan latihan sukan. Oleh hal

yang demikian, kumpulan sasaran saya tidak mencukupi pada hari tersebut. Saya

telah melakukan sesi pertandingan untuk kali kedua bagi murid-murid tersebut dan

meminta kerjasama kepada murid-murid yang sudah menyertai pertandingan

supaya tidak membocorkan soalan pertandingan kepada rakan-rakannya.

Kelemahan kedua pula sewaktu pemilihan pemenang. Saya mengalami

sedikit kesukaran untuk memilih pemenang pertandingan tersebut kerana markah

yang diperoleh untuk markah tertinggi adalah sama. Jadi, hal ini menyebabkan

saya sukar untuk menentukan pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa hadapan dengan

mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah, panitia Reka Bentuk dan

Teknologi, guru-guru serta murid-murid yang menyertai pertandingan pada kali ini.

Pertandingan seperti ini dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari mata

pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Selain itu, murid-murid juga akan lebih

seronok kerana pertandingan ini bukan sahaja bersifat akademik tetapi

berkonsepkan permainan yang dapat menjana pemikiran murid. Selain itu,

penambahbaikan yang perlu dibuat ialah menyediakan soalan kuiz dengan guru

yang lebih berpengalaman. Saya juga perlu bertanya mengenai pemilihan

pemenang dengan cara yang betul dengan meminta rujukan dan pendapat

daripada mereka. Semakan soalan juga perlu dibuat oleh guru berpengalaman

sama ada soalan tersebut sesuai atau tidak untuk diberikan kepada murid-murid.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, Pertandingan Kuiz ini dapat dijalankan dengan

lancar. Dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang terdiri daripada

murid-murid, pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama yang

ditunjukkan oleh para peserta juga turut membantu melancarkan lagi perjalanan

pertandingan kuiz ini. Ucapan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan jasa

baik semua yang terlibat dalam melancarkan program ini.


Laporan Pertandingan Kuiz Tahun 5

Saya telah menjalankan pertandingan kuiz pada 28 Julai 2016.

Pertandingan kuiz ini adalah berkisarkan mata pelajaran Reka Bentuk dan

Teknologi. Saya telah memfokuskan Peraduan Mencari Kata bagi Tahun 5K.

Perkataan yang perlu dicari adalah merupakan nama alatan tangan yang

kebiasaan dijumpai dan pernah dipelajari oleh murid-murid.

Pertandingan kuiz ini diadakan di bilik darjah 5K dan selama 20 minit.

Sebelum memulakan pertandingan kuiz, saya telah memberikan sedikit

penerangan dan taklimat berkenaan kuiz tersebut. Murid-murid memberikan

perhatian ketika taklimat disampaikan untuk memudahkan pertandingan

berlangsung.

Selepas taklimat berakhir dan murid-murid telah bersedia, maka guru akan

mengedarkan soalan kuiz iaitu Peraduan Mencari Kata mengenai dua kategori

nama alatan tangan iaitu Penghasilan Projek dan Sains Rumah Tangga dan

Pertandingan ini mengambil masa selama lebih kurang 20 minit untuk murid

menyelesaikan soalan peraduan yang telah diberikan. Setelah waktu yang

diberikan telah tamat, murid dikehendaki mengumpul dan menghantar soalan kuiz

yang telah dijawab.

Setelah semua kertas jawapan dikumpulkan daripada semua murid,

jawapan yang diberikan disemak berdasarkan skema yang betul. Jawapan yang

diberikan oleh murid perlu tepat dan betul bagi setiap perkataan. Markah yang

diberikan adalah berdasarkan jawapan yang betul, manakala jawapan yang salah
atau soalan tidak berjawab tidak akan diambil kira. Murid yang mendapat markah

tertinggi akan dipilih sebagai pemenang iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga

sahaja akan memperoleh hadiah yang disediakan.

Guru telah mengumumkan nama pemenang dan penyampaian hadiah

kepada pemenang mengikut kedudukan yang diperoleh. Majlis penyampaian

hadiah diadakan di dalam kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran yang

seterusnya.

Disediakan oleh,
……………………………………
(GAN JIA HUAN)
Penyelaras,
Pertandingan Kuiz Tahun Lima,
SJKC Hua Min.
Lampiran

Gambar 1: Guru memberi taklimat tentang peraturan pertandingan.

Gambar 2-3: Murid mula menjawab soalan.

Anda mungkin juga menyukai