Di Antara Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini
Di Antara Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini
من تيقن الفعل وشك فى القليل أو الكثير حمل على القليل لنأه المتيقن
Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya,
maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu',
maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.
Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya
maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah
dengan basuhan yang ketiga.
Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah melakukan tiga rakaat
atau empat rakaat maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.
Orang yang syak adakah ia telah menthalak isterinya dengan thalak satu atau lebih
maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.