Anda di halaman 1dari 2

SIMULASI 2019 MTNP- LDK1 : ONE FOR ALL, ALL FOR ONE 1

LDK 1 : ONE FOR ALL, ALL FOR ONE

TARIKH/HARI 10 DISEMBER 2019/ SELASA


MASA 2.00-4.00 PETANG
TEMPAT DEWAN MAHKOTA, MTNP
PERALATAN 1. ½ METER KAIN PUTIH
2. BERUS (setiap seorang)
3. WARNA AIR
4. CAWAN
5. PINGGAN
6. KAYU
7. PENGIKAT KABEL

Nilai/ rasional aktiviti :


 Membina kerjasama dan hubungan baik antara ahli kumpulan
 Memperkembang potensi individu melalui kepimpinan
 Mempertingkat komunikasi dan interaksi berkesan antara kumpulan
Arahan pelaksanaan aktiviti
1. Wakil setiap kumpulan diminta untuk mengambil peralatan yang disediakan iaitu :
 ½ meter kain putih
 Berus
 Cawan
 Pinggan
 Kayu

2. Untuk makluman para peserta, bagi warna air, warna air akan diperuntukkan di
stesen-stesen yang disediakan sahaja. Agihan kumpulan dan stesen adalah seperti
berikut :

STESEN KUMPULAN
1 1,2,3,4
2 5,6,7,8
3 9,10,11,12
4 13,14,15,16

Terdapat beberapa garis panduan penggunaan warna air.


 Warna air perlulah dikongsi antara kumpulan yang telah ditetapkan
mengikut stesen
 Sebarang penambahan warna air adalah tidak dibenarkan
 Setiap kumpulan tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil,
mencuri dan mencilok warna air kumpulan lain.

3. Para peserta akan diberi masa 2 jam. 1 jam untuk menghasilkan bendera/logo
kumpulan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan 1 jam lagi untuk
pembentangan bagi semua kumpulan. Oleh itu, bendera/logo mestilah mempunyai
makna-makna yang tertentu.
SIMULASI 2019 MTNP- LDK1 : ONE FOR ALL, ALL FOR ONE 2

4. Proses pembentangan akan dilakukan secara pertemuan antara dua kumpulan.


Masa yang diberikan hanyalah 30 minit bagi setiap kumpulan.
Berikut adalah senarai pertemuan kumpulan yang ditetapkan :

KUMP 1 VS KUMP 2
KUMP 3 VS KUMP 4
KUMP 5 VS KUMP 6
KUMP 7 VS KUMP 8
KUMP 9 VS KUMP 10
KUMP 11 VS KUMP 12
KUMP 13 VS KUMP 14
KUMP 15 VS KUMP 16

5. Peringatan kepada para peserta, anda mestilah menjaga bendera kumpulan anda
dengan rapi sehingga tamatnya simulasi (12 Disember) dan dilarang untuk
meletakkan bendera di merata-rata tempat.

6. Peringatan kepada para fasilitator, tugas anda adalah untuk memantau dan menilai
para peserta sepanjang aktiviti dijalankan. Sebarang pertolongan adalah tidak
dibenarkan.

7. Aspek-aspek yang dinilai sepanjang aktiviti ini berlangsung adalah :


 Communication – Komunikasi
 Leadership – Kepimpinan
 Interaction – Interaksi

Anda mungkin juga menyukai