Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BATU UNJUR Kod Sekolah: BBA0044

SITI HAZAR BT SULDI


1. Nama Guru

MODUL TERAS PEMBELAJARAN


2. Judul 3. Bidang: AKADEMIK
ABAD KE-21 : APLIKASI DALAM
PdPc
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 10 bahagian yang membicarakan tentang pembelajaran abad ke-21.
Antara topik yang dimuatkan dalam buku ini termasuklah teori pembelajaran, pembelajaran abad
ke-21, perancangan dan penyampaian pengajaran, pentaksiran dan penilaian, pembelajaran yang
dibezakan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif serta komuniti pembelajaran profesional.
Dengan adanya modul ini, ia dapat membantu pihak pengurusan sekolah khususnya guru-guru
untuk merujuk dan mengaplikasikan amalan terbaik dalam PdP untuk memastikan kemenjadian
murid seiring dengan transformasi pendidikan bagi mempersiapkan generasi hari ini untuk
menghadapi keperluan abad ke-21.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi panduan kepada pembacanya bagaimana untuk mengaplikasikan


pembelajaran abad ke-21 yang bertujuan untuk menlahirkan murid yang seimbang, bersemangat
ingin tahu, bermaklumat, mempunyai kemahiran berfikir serta mampu bekerja secara berpasukan.
Selain itu, pendidikan yang diterapkan juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid
seterusnya membantu murid menangani serta menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta
isu yang penting dalam kehidupan yang sejagat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea dan pendekatan yang bersesuaian dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Selain itu, buku ini juga memberi pengetahuan
dan kemahiran kepada guru dalam pelbagai aspek supaya PdP menjadi lebih mudah, menarik
dan seronok. Sebagai contoh, guru perlu ada perancangan, persediaan dan penyampaian
pengajaran untuk disesuaikan dengan keperluan pembelajaran murid yang pelbagai di dalam bilik
darjah. Buku ini juga mengemukan teknik membimbing, mendidik serta memotivasikan guru agar
dapat mengajar dengan seronok tanpa mengira penat lelah dan jemu demi masa depan negara,
bangsa dan agama.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI HAZAR BT DULDI) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BATU UNJUR Kod Sekolah: BBA0044

SITI HAZAR BT SULDI


1. Nama Guru

2. Judul Panduan Pelaksanaan 3. Bidang: AKADEMIK


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku yang mengandungi 65 halaman ini mengandungi 7 Bab . Pengenalan, Pentaksiran Bilik
Darjah, Tahap Penguasan dan Standard Prestasi, Pertimbangan Profesional, Pelaksanaan
Pentaksiran Dalam Bilik Darjah, Contoh Instrument Pentaksiran dan Penutup. Buku ini turut
membentangkan tentang konsep pentaksiran bilik darjah, objektif , sembilan ciri PBD dan aspek
yang ditaksir. Menerusi buku ini, para guru didedahkan tentang tahap penguasaan murid dari satu
hingga enam serta templat pelaporan. Secara harafiahnya, buku panduan ini sangat membantu
guru memahami dengan lebih jelas tentang pelaksanaan PBD serta cara untuk
mengaplikasikannya di dalam kelas.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberi panduan kepada para guru bagaimana untuk mengaplikasikan PBD di
dalam kelas dengan cara yang betul dan tersusun. Pelbagai contoh pelaksanaan turut
dikemukakan dengan jelas serta terperinci agar muudah untuk difahami. Melalui buku ini, guru-
guru dapat melaksanakan PBD dengan kaedah yang lebih tepat dan mampu mencapai objektif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak memberi ilham serta teknik yang bersesuaian dalam melaksanakan PBD di
dalam kelas. Selain itu, buku ini juga memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru dalam
pelbagai aspek supaya PBD menjadi lebih mudah, menarik dan menyeronokkan. Sebagai contoh,
guru perlu ada perancangan yang teliti dan membuat persediaan untuk disesuaikan dengan PBD
yang dilaksanakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI HAZAR BT SULDI) ( )

Anda mungkin juga menyukai