Anda di halaman 1dari 3

ARGAN OIL

Pelembab kulit kepala

 Tingginya vitamin E pada minyak argan, menjadikan minyak argan berguna untuk
melembabkan dan melembutkan kulit kepala. Minyak argan di sapu pada kulit
menyebabkan kulit berminyak akan berkurangan argan juga digunakan sebagai
pelembab untuk rambut.

Kondisiner rambut

 Argan juga menjadikan rambut lebih halus dan bersinar. Argan juga boleh merawat
hujung rambut yang bercabang dan kering.

Menyikat rambut lebih mudah

 Minyak argan juga selalu digunakan untuk menyikat rambut karana dengan menyapu
minyak argan pada rambut, rambut menjadi lebih muda disikat dan bersinar.

Kulit kering

 Minyak argan boleh memperbaiki kulit yang kering dan mencegah kelimumur.Hanya
sapukan pada kulit kepala dan biar ia meresap.

KEBAIKAN

– Mengandung vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi kesehatan kulit seperti vitamin E,
vitamin B-komplek, tembaga, seng, selenium, iodin, dan krom.

-Mengatasi masalah kulit kepala berminyak.

-Memberi kelembapan pada rambut

-Mengatasi masalah rambut kering

-Meningkatkan pertumbuhan rambut

-Mengurangkan masalah rambut gugur

-Merawat rambut yang rosak dan bercabang


MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara didapati lebih berkesan dalam mengurangkan kerosakan rambut kalau
dibandingkan dengan minyak mineral lain. Minyak kelapa juga mengurangkan kehilangan
protein sama ada dalam rambut yang sihat dan rosak. Keberkesanan ini mungkin disebabkan
oleh kandungan asid laurik yang tinggi dalam minyak kelapa.

Khasiat minyak kelapa dara sangat sesuai untuk rawatan rambut yang berkesan kerana
kemampuannya menembusi sehingga akar rambut. Manakala minyak mineral yang sering
terkandung dalam kebanyakkan produk rambut, tidak dapat berbuat demikian.

Juga minyak kelapa dara lebih berkesan untuk membunuh kutu kepala berbanding rawatan
konvensional lain .

Faedah Minyak Kelapa Dara

Kaya dengan bahan anti oksida yang meningkatkan kesihatan kulit kepala dan meningkatkan
kekuatan rambut. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut dan membuatkan rambut sinar
berkilat.

-Memberi kelembapan pada rambut

-Mengatasi masalah rambut kering

-Meningkatkan pertumbuhan rambut

-Mengurangkan masalah rambut gugur

-Merawat rambut yang rosak dan bercabang


Minyak habbatussauda

Minyak habbatussauda (Black Seed Oil) di hasilkan daripada biji tumbuhan ‘Nigella Sativa’ yang
termasuk dalam keluarga tumbuhan ‘ranunculus’ (Ranunculaceae) atau lebih dikenali dengan nama
“habbatussauda”. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan Asia Barat, Mediterranean dan Utara Afrika. Ia
telah ditanam secara meluas selama berkurun lamanya kerana bijinya digunakan dalam rempah
masakan dan juga dalam perubatan.

Disamping itu ia mempunyai kesan positif untuk kulit, minyak habbatussauda juga amat baik
untuk kesihatan dan kecantikan rambut dan kulit kepala. Oleh kerana itu, minyak
habbatussauda digunakan sebagai bahan aktif dalam produk-produk penjagaan rambut seperti
shampoo dan minyak rambut.

Terdapat bahan aktif yang dipanggil ‘nigellone’ yang terbukti berasarkan kajian ia
mempunyai kesan sama seperti anti-histamin, oleh itu ia boleh membantu mengurangkan
kesan rambut gugur kerana masalah seperti kebotakan androgenik dan kebotakan areata.
Dengan kandungan bahan anti-bakteria, anti oksidan dan anti keradangan, ia juga boleh
mengurangkan masalah kelumumur, kekeringan kulit kepala dan meningkatkan kesihatan
rambut dan kulit kepala secara tidak lansung.

Anda mungkin juga menyukai