Anda di halaman 1dari 9

Krim Jambang & Rambut Wak Doyok

Melebatkan Rambut Dan Menghitamkan Jambang Serta Kumis


http://mycomel.my/product/krim-jambang-rambut-wak-doyok/

Krim Jambang & Rambut Wak Doyok diperkaya dengan adunan herba terpilih
seperti mengkudu, minyak kelapa dara Spirulina dan Habbatus Sauda untuk
melebatkan jambang dan kumis bagi kaum lelaki. Ia juga terbukti baik untuk
merawat masalah botak dan rambut gugur di samping membantu mengekalkan
warna asal dan kehitaman rambut mahupun jambang anda secara
semulajadi.Diperkaya dengan herba-herba terbaik untuk melebatkan jambang
dan kumis bagi lelaki.Ia juga boleh digunakan di kepala bagi mereka yang
mengalami masalah botak,rambut gugur kerana ia dapat merangsang
pertumbuhan kumis dan janggut dan dapat mengekalkan kehitaman tanpa perlu
diwarna malah dapat membekalkan oksigen yang mencukupi bagi
mempercepatkan pertumbuhan rambut agat tidak mudah putus.Mari tinjau
kelebihan krim ini

Kebaikan
1) Melebatkan dan menyuburkan kumis,jambang mahupun rambut
2) Mengekalkan warna asal kumis,jambang dan rambut
3) Membantu memulihkan kerosakan rambut
4) Memelihara kelembapan dan kelembutan rambut
5) Mengukuhkan rambut dari akarnya
6) Mengatasi maslaah botak,rambut gugur dan kelemumur
7) Mencegah dan mengatasi masalah kegatalan pada kulit kepala
8) Menyihat dan menyegarkan bahagian kulit kepala
9) Merapikan rambut dan jambang anda
10) Menjadikan rambut anda lebih berkilat dan bermaya

Kandungan
Air: Air bukan sahaja baik untuk kesegaran tubuh serta kecantikan kulit, malah
turut berperanan penting untuk menyihatkan kumis, jambang mahupun rambut
anda. Ia bertindak memelihara kelembapan rambut di samping membantu
menyihatkan rambut mahupun jambang anda dari akarnya.

Minyak Zaitun Terhidrogenasi: Minyak zaitun kaya dengan vitamin E yang


bertindak melambatkan proses penuaan pra-matang dan mencegah masalah
uban di samping membantu memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala
serta melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala seterusnya
membantu menyuburkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu
mengurangkan kerosakan rambut dan kulit kepala akibat pencemaran toksin
yang berpunca daripada persekitaran serta produk rawatan rambut. Selain itu,
minyak zaitun juga bersifat antibakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah
kelemumur mahupun kutu.

Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa dara merupakan minyak


kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan
struktur asalnya. Ia bersifat antioksidan serta kaya dengan khasiat dari sumber
vitamin A, C, dan E yang terbukti mempunyai khasiat untuk untuk kesihatan
dalaman dan luaran, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah
daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
kepala. Asid laurik yang terkandung dalam minyak kelapa dara pula berupaya
mengatasi masalah kelemumur dan menggalakkan kesuburan rambut.

Bunga Raya (Hibiscus Rosa-Sinensis): Lendir bunga raya yang dikenali


sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut serta jambang
anda. Di samping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan
rambut dan keutuhan akarnya, di samping berupaya mencegah daripada
keguguran rambut.

Pewangi: Pewangi juga merupakan salah satu ramuan di dalam produk ini bagi
menambahkan aroma yang menyegar serta mengharumkan rambut anda.

Carbomer: Ramuan yang sering digunakan dalam pembuatan kosmetik ini


berperanan memelihara kelembapan kulit mahupun rambut anda.

Triethanolamine: Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan
sebagai bahan pengemulsi yang bertindak melarutkan ramuan di dalam produk
penjagaan diri seterusnya menggalakkan fungsi dan keberkesanan produk
tersebut.

Spirulina Maxima: Spirulina merupakan sejenis alga atau rumpai laut yang
tinggi kandungan asid amino, asid lemak, vitamin A dan beta-carotene yang
ternyata baik untuk rawatan rambut. Di samping mampu mengatasi masalah
kelemumur, spirulina juga berkesan untuk menyuburkan rambut seterusnya
membantu mengatasi masalah rambut gugur.

Menthol: Minyak pati menthol yang diekstrak dari peppermint atau daun pudina
ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya mengatasi masalah
rambut gugur serta memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.
Asid Stearik: Asid stearik merupakan sejenis asid lemak dan sering terkandung di
dalam bahan semulajadi seperti koko dan pokok shea. Ia berfungsi sebagai
bahan pengemulsi di samping membantu mengekalkan kelembapan rambut
mahupun jambang anda.
Noni (Morinda Citrifolia): Buah noni atau lebih dikenali sebagai mengkudu
yang ternyata mengandungi pelbagai khasiat bersumberkan vitamin, mineral dan
protein untuk membantu merawat masalah rambut gugur dan kelemumur di
samping melembut dan melembapkan kulit kepala. Ia bersifat antioksidan serta
berupaya memelihara rambut dan kulit kepala daripada kerosakan serta
membantu menjadikan rambut, kumis dan jambang anda lebih sihat dan
bersinar.

Habbatus Sauda (Nigela Sativa): Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini
bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan, malah mampu mengekalkan
kelembapan rambut dan kulit kepala. Di samping itu, Habbatus Sauda juga
berupaya mengukuhkan rambut dari akarnya serta menggalakkan pertumbuhan
rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut.

Biji Betik (Carica Papaya): Selain baik untuk kecantikan kulit, betik turut kaya
dengan nutrien yang berperanan memelihara kelembutan rambut di samping
membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kukuh. Betik juga
mampu mengatasi masalah kelemumur dan rambut gugur, serta membantu
menyingkirkan kotoran mahupun minyak dengan selamat.

Buah Keras (Aleurites Moluccana): Buah keras atau candlenut telah


digunakan sejak zaman dahulu dalam rawatan tradisional bagi membantu

menyubur, melebat serta menghitamkan rambut. Ia turut berupaya merawat


masalah kelemumur serta rambut kering dan bercabang seterusnya menjadikan
rambut anda lebih segar dan bermaya.

Testimoni Pengguna

Cara Penggunaan
1) Sapukan Krim Jambang & Rambut Wak Doyok pada bahagian yang
dikehendaki.
2) Amalkan 2 kali sehari selepas mandi.
3) Simpan di dalam suhu bilik dan elakkan dari sinaran matahari.

Harga Pasaran
RM35.00
Harga Promosi
RM30.00
http://mycomel.my/product/krim-jambang-rambut-wak-doyok/

Anda mungkin juga menyukai