Anda di halaman 1dari 5

UNIT 3 PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA

PENGAJARAN

PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran.
Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah
perbincangan, simulasi, kajian kes, kajian makmal, kajian lapangan, pembelajaran
kendiri dan sebagainya.

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini:


 Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
 Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.
 Memilih Kaedah

Agak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah untuk digunakan
dalam satu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang
memerlukan beberapa kaedah yang berbeza. Mungkin untuk membuka minat pelajar,
set induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi,
latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.
Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan
sasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu berteraskan aspek ini.

 Memilih Media

Pemilihan media dilihat daripada dua aspek. Pertama, memilih media yang telah
tersedia dan kedua, memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di
dalamnya. Di sini pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan tumpuan.
Pemilihan ini berasaskan kriteria tertentu iaitu:
 Sepadan dengan kurikulum
 Maklumat tepat dan terkini
 Bahasa yang jelas dan tepat
 Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
 Mempunyai kualiti teknikal yang baik
 Terdapat bukti keberkesanannya
 Bebas daripada bias
 Mempunyai buku panduan yang lengkap

PENGUBAHSUAIAN DAN PENGHASILAN MEDIA

Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita
mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkara
yang perlu diambilkira:
 Objektif
 Pelajar
 Kos
 Kepakaran teknikal
 Peralatan
 Fasiliti
 Masa

 Gunakan Media dan Bahan

Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media;
cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang
sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik
pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju
pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian
seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi
kebiasaan.

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal. Jika ia
gagal digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negatif kepada
pembelajaran.Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
 Pribiu bahan
 Sediakan bahan
 Sediakan persekitaran
 Sediakan pelajar
 Sediakan pengalaman pembelajaran

 Libatkan Pelajar

Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Untuk mempastikan bahawa proses
pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
seperti membuat latihan, berbincang dan memberi ide, kerja kumpulan, pelajar
membuat simulasi, kajian kes, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan
pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak
balas yang betul.

PENILAIAN KEBERKESANAN MEDIA

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku
sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum
pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah
dan media yang digunakan. Media juga perlu dinilai sebelum digunakan.

Penilaian melibatkan aspek:


 Menilai pencapaian pelajar
 Pembelajaran yang dihasilkan
 Menilai media dan kaedah
 Kualiti media
 Penggunaan guru
 Penggunaan murid

Pencapaian pelajar boleh dinilaikan dari aspek prestasi pelajar berdasarkan rujukan
kriteria, prestasi pelajar dalam aspek kemahiran dan sikap pelajar. Secara umum
terdapat dua jenis penilaian iaitu:

 Penilaian Formatif
Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau
menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang
perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi
gagal apabila dilaksanakan. Justeru itu adala penting untuk guru untuk mencuba
perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum
balas keberkesanan perancangan tersebut.
 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran
yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat
tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat
menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

Menilai Kaedah dan Media

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini
menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian
pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber
sesuai dengan keupayaan pelajar. Antara aspek yang dinilai adalah:
 Adakah media berkesan?
 Bolehkah ia dipertingkatkan?
 Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
 Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
 Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bermakna?

Selain daripada soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah
boleh dilakukan melalui:
 Perbincangan dengan kelas
 Pemerhatian
 Temubual dengan setiap individu

Anda mungkin juga menyukai