Anda di halaman 1dari 18

Membilang

- memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. -
- Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat
membilang secara rasional danbukan secara hafalan.

Empat prinsip ini adalah;

Prinsip padanan satu dengan satu,

(murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor)

Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,2, 3,...
dan seterusnya,

Prinsip Cardinal

(nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang)

Order Irrelevance

(ketakberkaitan)

* boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan

.* Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat


prinsip tersebut.

Operasi Nombor

- melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-).

- Konsepasas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi
jumlah tertentu.

- konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya.

- Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah;

Membilang berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional.

Pengalaman konkrit operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar


atau simbol.

Konteks penyelesaian masalah satu situasi penyelesaian masalah diberi.

Penggunaan bahasa yang betul bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi
itu lebih bermakna.

1
Pecahan

Pecahan ialah nombor nisbah bukan integer.

Pecahan merupakan sebahagian sesuatu objek.

Pola

Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan
seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola
boleh dikembangkan dalam diri murid;

Meniru pola,

Menyambung pola,

Melengkapkan pola, dan

Membina pola sendiri.

Bentuk dan ruang

Bentuk geometri dapat dikelompokkan kepada dua kumpulan utama iaitu objek dua
matra dan tiga matra.

Objek dua matra disebut juga sebagai 2-D, dan tiga matra sebagai 3-D.

Konsep Bentuk

Mengecam bentuk asas geometri seperti:

Segitiga

Bulat

Segi empat tepat

Segi empat sama

DUA DIMENSI

- hanya mempunyai dua dimensi, iaitu panjang dan lebar.

- Kesemua objek ini berada dalam satu satah, dan tidak mempunyai ketebalan

TIGA DIMENSI
Bentuk yang mempunyai panjang (atau ketinggian), lebar, dan ketebalan (atau
kedalaman).
Setiap pepejal ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu seperti permukaan
mendatar atau permukaan melengkung, atau gabungan kedua-duanya.

2
Ada pepejal mempunyai tapak berbentuk segiempat sama, segiempat tepat,
bulatan, heksagon dan lain-lain. Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut
objek.

KONSEP RUANG

Merujuk kepada sesuatu objek yang terletak dalam ruang seperti depan, belakang,atas,
bawah, sisi, tengah, luar dan dalam.
Melitupi kebolehan memikirkan hubungan ruang di antara objek.
Contoh:
- Kedudukan: depan, belakang, atas, bawah, tepi, tengah, luar, dalam
- Arah: ke atas, ke bawah, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan
- Jarak: jauh, dekat

Dua pengalaman utama bagaimana kanak-kanak boleh membina dan memahami


perkaitan ruang.
Tindakan ke atas objek
i. Mengisi dan mengosongkan
ii. Memasang dan meleraikan objek
iii. Menukar bentuk dan menyusun objek
Melibatkan pemerhatian dan tafsiran berhubung dengan ruang.
i. Memerhati orang lain, tempat dan benda daripada titik pandangan ruang yang berbeza.
ii. Mengalami dan menerangkan kedudukan, arah dan jarak di dalam kelas prasekolah dan
bangunan di persekitaran.

Wang

Wang merupakan suatu benda yang mempunyai nilai tertentu bagi tujuan pertukaran.
(barang atau perkhidmatan)

Ada dua bentuk wang, iaitu wang kertas dan wang syiling.

Boleh diperkenalkan melalui permainan jual beli dan pengalaman menggunakan wang.

Cth akt : Berjual beli yang melibatkan objek

Ukuran Panjang

Konsep pengukuran penting dalam pengajaran kerana ia boleh membantu kanak-kanak


memahami matematik dalam kehidupan sehari-hari.

Proses mengukur melibatkan kanak-kanak untuk merekod

Cth akt : Menggunakan batang ais krim (bernombor) untuk mengukur panjang atau lebar
permukaan meja.

3
Timbangan Berat

~Dalam sains, terminologi untuk jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim
ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim.

~berat dua objek tidak boleh boleh dibandingkan dengan melihat. Berat objek tidak berkadar
terus dengan saiz.

~Ketulan besi yang kecil mungkin lebih berat daripada bungkusan besar kapas. Maka adalah
penting untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa saiz objek yang besar tidak
semestinya lebih berat daripada objek bersaiz kecil.

Unit bukan piawai untuk berat:


~sebarang ukuran berat abitrari yang digunakan sebagai unit.

Contoh objek yang boleh digunakan:


~Kekacang, biji getah, klip kertas, pemadam, pensel dll. yang terdapat di persekitaran.

Kuantiti

Kanak-kanak dapat membezakan dan memahami konsep kuantiti berdasarkan:

Banyak atau sedikit

Sama banyak atau tidak sama banyak

Lebih atau kurang

MASA DAN WAKTU

Masa dan waktu berkait rapat dengan turutan atau seriasi.

Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas dan sebelum.

Selain itu ianya juga berhubung dengan jam, hari, tahun serta bulan dalam kehidupan
seseorang.

4
ANALISIS PERMATA

BENTUK DAN SAIZ

Penguasaan kemahiran mengenal bentuk dan saiz bermula apabila kanak2 boleh
mengenal, menamakan, membina, membanding, mengasingkan antara bentuk dua dan
tiga dimensi di persekitarannya

Mereka akan menamakan bentuk dan memahami kegunaannya dalam penyelesaian


masalah dan mengaitkan fungsi tersebut di persekitarannya

Cthnya : utk membina rumah, memerlukan bentuk segi tiga (bumbung) dan segi empat
tepat (pintu).

Konsep Bentuk

Mengecam bentuk dan saiz asas geometri seperti;

Segitiga

Bulat

Segi empat tepat

Segi empat sama

Ruang dan kedudukan

Konsep ruang dalam rutin menyusun beg

Meletakkan beg dalam rak berkotak seperti atas bawah kiri kanan

Konsep ruang dan kedudukan dalam rutin beratur

Beratur mengikut ketinggian, depan belakang dan sediakan jarak yang selesa
antara murid

Konsep bentuk dan ruang dalam rutin makan

Kedudukan pinggan, sudu, gelas dan tempat duduk semasa makan

Konsep ruang dan kedudukan dalam rutin tidur

Tidur sebalah kanan atau kiri kawan di dalam bilik tidur

Konsep ruang dalam rutin mandi

Simpan beg kat dalam rak pakaian, sidai kain tuala di ampaian dan mandi kat
dalam tunggu kat luar

Konsep ruang dalam rutin main bebas

Konsep ruang dan kedudukan dalam menyusun kasut

5
Bidang awal matematik dan pemikiran logic:

Modul 1 ( 0 6 bulan )

Boleh cam posisi objek dalam ruang

Modul 2 ( 6 12 bulan )

Boleh menganggap kedudukan pelbagai objek dalam ruang

Modul 4 ( 2 3 tahun )

Mengetahui kedudukan dan ruang dalam luar atas bawah turun naik

Modul 5 ( 4 5 tahun)

Faham konsep kedudukan dalam ruang dan jarak

PERBANDINGAN DAN PENGELASAN

-Perbandingan

- Persamaan atau perbezaan 2 objek* atau lebih

-Contoh perbandingan: membandingkan :

1) Ukuran
Panjang : pendek
Tinggi : rendah
Tebal : nipis
2) Saiz
Besar : kecil
3) Berat
Berat : ringan
4) Bilangan / kuantiti
Banyak : sedikit
5)Jenis objek

Pengelasan

- Mengumpul objek* dalam kumpulan-kumpulan mengikut ciri-ciri yang dikenal pasti

- Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap;

Memilih dan membanding,


Mengumpul,
Memilih semula,
Mengasingkan kumpulan, dan
Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.

6
Padanan Satu Dengan Satu

Hubungan perikatan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza

Memadankan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk bilangan,


pasangan dan sebagainya

objek-nombor

objek-simbol

nombor-nombor.

Seriasi Dan Pola

Seriasa

susun objek mengikut saiz, tempat dll

pola

Pengukuran dan Sukatan

Proses atau keputusan dari aktiviti untuk menentukan kuantiti seperti jarak, berat, masa
berdasarkan unit ukuran tertentu.

Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan


turutan.

Penting dalam pengajaran kerana boleh membantu kanak-kanak memahami Matematik


dalam kehidupan sebenar.

Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan ukuran,


membandingkan dan menceritakan ukuran yang dilakukan.

7
Unit dalam Pengukuran :

Arbitrari - ukuran yang menggunakan unit bukan piawai

Klip kertas

Tapak tangan

Langkah

Jengkal

Unit Piawai ukur/sukat guna unit piawai

Panjang mm, cm, m, km

Isipadu ml, liter

Berat gram, kg

Suhu darjah celcius

PARTS AND WHOLES

Aktiviti Meneroka Bahan Atau Permainan Dengan Mengeluarkan, Memecahkan Dan


Mengasingkan ia memberikan

1. Pengalaman Kepada Kanak-kanak Mengtahui Bahawa Bahagian Tertentu Akan


Membentuk Daripada Bahagian Lain

2. Selain Itu Kanak-kanak Dapat Membuat Pembahagian Sesuatu Objek Atau Permainan
Secara Sama Rata Iaitu Setiap Orang Mendapat Bahagian Yang Sama.

KONSEP MASA

Abstrak & tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Berkait rapat dengan turutan atau seriasi.

2 Cara mengukur masa ialah :

i. Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).

ii. Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).

8
Unit Pengukuran Masa :

A. Unit arbitrari :

Ayunan bandul,

Titisan air,

Denyutan jantung dan

Jam pasir.

B. Unit formal :

Jam,

Hari,

Minggu,

Bulan dan

Tahun.

4 Pengalaman utama yang diperolehi oleh Kanak-kanak.:

Tempoh masa

1. Pengalaman pertama.
Memulakan dan
menghentikan sesuatu
melalui isyarat.
Contohnya : bertepuk
tangan mengikut irama
muzik.

9
2. Pengalaman kedua.
Sesuatu yang berkaitan
dengan kadar pergerakan.
Contohnya : berjalan pantas,
berlari anak.
3. Pengalaman ketiga..
Membuat perbandingan
mengikut masa (time interval).
Contohnya : masa yang diambil
untuk memenuhi bekas dengan
air.

Turutan

Pengalaman keempat.

Menjangka, mengingat dan menerangkan turutan peristiwa.

Contohnya : kanak-kanak menerangkan tentang kitaran hidup katak.

Bilangan dan Nombor

10
ANALISIS KSPK

PENGALAMAN PRANOMBOR

Nilai Wang

o Konsep wang = perkaitan nombor dengan nilai sesuatu nombor.


o Boleh diperkenalkan melalui permainan jual beli dan pengalaman menggunakan wang
o Konsep turutan nilai samada menaik serta menurun.
o Perlu kuasai secara menaik terlebih dahulu.
o Pada peringkat permulaan, asingkan antara wang syiling dan juga wang kertas.
o Contoh nilai wang
RM 1.00 > RM 10.00
o Konsep warna wang kertas RM 1.00 (biru), RM 5.00 (hijau), RM 10.00 (merah).
o Duit syiling - saiz dan warna dan nilai membantu kanak-kanak mengenal konsep wang.
o Membuat aktiviti jual beli bagi membolehkan kanak-kanak mengenal nilai wang dengan
betul.

Konsep Masa dan Waktu

Memahami waktu dlm kehidupan seharian

Bentuk dan ruang.

Murid prasekolah perlu didedahkan dengan pengecaman bentuk asas seperti bentuk segitiga,
bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama.

Konsep Ruang
Melitupi kebolehan memikirkan hubungan ruang di antara objek.
Kecerdasan ruang:
1. Kebolehan membentuk imej mental ttg keluasan.
2. Kebolehan seseorang melihat, menggambarkan atau
membayangkan sesuatu objek & membentuk imej mental
3. Kebolehan menganggap warna, garisan, bentuk, ruang &
hubungan dlm elemen tersebut

11
Kedudukan
Kedudukan: Depan, belakang, atas, bawah, tepi, tengah, luar, dalam
Arah: ke atas, ke bawah, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan.
Jarak: jauh, dekat, jauh dari, hampir dengan
Bina lingkungan.
Tanggapan terhadap jarak sesuatu objek samada jauh atau dekat dgn objek lain.
Murid melakukan anggaran keluasan lingkungan.

PRINSIP PEMBELAJRAN MATH AWAL


Penyelesaian Masalah

Masalah merupakan satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang
memerlukan penyelesaian masalah.
Penyelesaian masalah ialah proses untuk mencari jawapan.
murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi pelbagai strategi untuk menyelesaikan
masalah baru.
George Polya senaraikan 4 proses utk menyelesaikan masalah
1. memahami masalah
2.Merancang kaedah/pelan utk selesaikan masalah
3. Melaksanakan kaedah/pelan
4. Menyemak keputusan

Penaakulan

Proses menggunakan fakta, pengetahuan dan


strategi penyelesaian masalah untuk menghasilkan kesimpulan bagi menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
Murid perlu membuat rumusan dan keputusan daripada input yang diterima.
Tujuan Penaakulan :
o Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini adalah
untuk membimbing minda kita ke arah berfikiran secara sistematik dan
menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan.
o Membezakan antara pernyataan yang benar dan pernyataan yang palsu
2 jenis penaakulan yang biasa digunakan iaitu:
o Penaakulan induktif
Bermula dari khusus kepada umum. Ia berdasar `
kepada pemerhatian khusus dan membuat kesimpulan umum.
o Penaakulan deduktif.
Bermula dari umum ke khusus. Digunakan
untuk membentuk hujah berdasarkan fakta.

12
KOMUNIKASI

Dalam matematik, penggunaan simbol dan perkataan akan membawa maksud kepada
apa yang akan disampaikan.
Piaget mengemukakan tiga prinsip utama pembelajaran iaitu :
i. belajar secara aktif,
ii. Belajar melalui interaksi sosial dan
iii. belajar melalui pengalaman sendiri
Proses komunikasi (dalam matematik) membantu membina idea-idea matematik dan
seterusnya dikongsi bersama oleh ahli komuniti yang turut serta dalam proses tersebut .
Kanak-kanak akan menyatakan hasil dapatan mereka setelah menyelesaikan sebarang
permasalahan matematik secara lisan atau bertulis.
PERANAN KOMUNIKASI
Menghubungkaitkan antara konsep matematik dengan situasi harian
Menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambarajah dengan idea matematik
Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran mereka terhadap idea matematik
Menyedari dan menggunakan kemahiran membaca, menulis, mendengar,
mengamati, mentafsir dan menilai idea matematik

PERKAITAN
Hal atau keadaan berkaitan, perhubungan, pertalian. (Kamus Edisi Kedua)
Mohamad Daud Hamzah (1996), menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari
matematik melalui kegiatan seharian mereka ada beberapa aktiviti yang membantu
kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik
MATEMATIK DALAM PERSEKITARAN DAN KEHIDUPAN HARIAN
Jual beli
Masa
Ukuran dan Timbangan
Penukaran Mata Wang Asing
Ramalan Cuaca
Seni Bina
Susunan dan Aturan
Kebarangkalian

13
Perwakilan
Perwakilan merupakan sebagai fasilator yang membolehkan perkaitan antara dunia
sebenar dan dunia matematik.
Perwakilan juga merupakan boleh didefinisikan sebagai sebarang tatarajah huruf ,imej,
atau objek konkrit yang boleh menggambarkan atau mewakilkan sesuatu yang lain.
Dalam matematik, nombor merupakan perwakilan satu konsep abstrak yang sangat
kompleks.
Perwakilan membolehkan kanak-kanak untuk mengenal hubungan antara konsep yang
berkaitan dan mengaplikasikan matematik dalam penyelesaian masalah yang realistik.
Perwakilan menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep
matematik dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri
mengenai matematik.
Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baik untuk mengambarkan
konsep dan hubungan dalam matematik.
Ia juga merupakan media pembelajaran yang sangat berguna dalam menyampaikan
konsep matematik kepada orang lain.
Prinsip perwakilan juga amat penting dalam perkembangan pemaham secara matematik
dan pemikiran kuantitatif.

PENDEKATAN DAN TEKNIK


Scaffolding
o Scaffolding didefinisikan sebagai sokongan atau bantuan daripada individu yang
lebih berkemahiran dan berkeupayaan seperti ibu bapa untuk membantu kanak-
kanak menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar (Wood et al., 1976).
o scaffolding juga merupakan bantuan sementara di mana bantuan akan dikurangkan
secara beransur-ansur apabila tahap kemahiran kanak-kanak semakin meningkat
o teknik scaffolding menekankan pada aspek peralihan (shifting) di mana tahap
bantuan yang diberikan akan berubah berdasarkan keperluan dan pencapaian
kanak-kanak.

Tunjuk cara
Teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan
cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid

PENYOALAN
1.Menolong murid mengingat kembali dan memperkukuhkan konsep atau kemahiran yang
telah dipelajari.
2. Membimbing murid menyertai secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
3. Membimbing murid menggunakan daya pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah.
4. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid.

14
o TEKNIK PENYOALAN
Garis panduan yang dapat menolong guru menguasai teknik penyoalan dengan cekap
dan berkesan:
1. Gunakan bahasa matematik yang sesuai dengan taraf pencapaian murid.
2. Soalan harus dibentukkan secara ringkas, tepat,jelas dan hanya mengandungi satu
konsep atau satu fakta sahaja.
3. Gunakan soalan yang dapat mendorongkan murid berfikir.
4. Gunakan soalan yang tepat mengikut objektif
pengajaran.

BELAJAR MELALUI BERMAIN


o Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik,
mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak
normal. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui
pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani,
2004).
o Bermain merupakan cara kanak-kanak menerokai dan membiasakan dirinya
dengan alam sebenar, ruang dan masa, perkara-perkara atau barang-barang,
haiwan, bentuk-bentuk binaan, manusia. Bermain juga boleh memuaskan serta
menyeronokkan dan hal-hal seperti itu merupakan nila-nilai yang baik untuk kanak-
kanak.

Bertema

o pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih
bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid
o Tujuan dan kepentingan :
- Tema yang dipilih dijadikan alat / wahana utk menggabungjalinkan komponen dan hasil
pembelajaran
Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan
bahan2 pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih
menarik
Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema.
Pelbagai akt. Pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih.
Tema yang dipilih dijadikan alat utk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca,
menulis, asas matematik dan berfikir.
Semua akt. Dikaitkan dgn tema membolehkan kanak2 mengikut dgn mudah.

Projek
Konsep pendekatan projek
- Satu kaedah pengajaran yang bertujuan menggalakkan murid2 mempelajari sesuatu
melalui pengalaman konkrit.
- Biasanya melalui kaedah ini, murid2 akan di bimbing utk menemui kesimpulsan dan
seterusnya memahami konsep2 tertentu

15
- Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yg lebih berkesan dgn tujuan
supaya murid2 menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek2 pembelajaran
- Kepentingan pendekatan projek
Murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan
Melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat
Memupuk kerjasama dikalangan murid
Melatih murid menilai hasil kerja mereka
Hasil projek boleh dijadikan BBM

Penyediaan Persekitaran Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah

Pusat Manipulatif
- Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk:
I. meningkatkan koordinasi mata,
II. belajar tentang mengira dan menyusun,
III. mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah mereka
- Langkah mudah menyediakan pusat manipulatif
I. Tentukan lokasi dan pusat manipulatif
Saiz kelas
Jumlah pusat pembelajaran yang ingin
dimasukkan
Bilangan kanak-kanak di dalam kelas
Jumlah kanak-kanak yang boleh
menggunakan pusat pada satu masa
II. Menyediakan perabot yang selesa (kerusi, meja, karpet)
III. Setiap bahan disertakan dengan bekas penyimpanan (mudah hilang)
IV. Membimbing pengajaran dengan pelbagai bahan matematik dan manipulative

Pusat Pembelajaran Mengikut Usia

Prasekolah (4 hingga 6 tahun)

Berbentuk permainan, aktiviti (hands-on) dan cerita

cara mengira dan menulis nombor

bagaimana untuk mengaitkan imej nombor yang diberikan kepada


bilangan objek fizikal (persatuan satu sama lain)

bagaimana untuk menggambarkan garis nombor (konsep lebih banyak


dan kurang)

bagaimana untuk menyelesaikan masalah tambahan dan penolakan yang


mudah

16
konsep lebih daripada atau kurang dari segi perbandingan

untuk mengenal pasti nombor yang hilang antara dua nombor yang diberi

bagaimana untuk mengenal pasti dan melengkapkan corak dengan


nombor, bentuk, saiz, dan warna

Tahun 1 dan 2

We teach your child the why and not just the how of math

Melibatkan kanak-kanak dengan dialog (soalan yang mencabar) pemikiran


logik dan kritikal

Penggunaan bahan konkrit dan perwakilan visual

INTERGRASI MATEMATIK DALAM AKTIVITI HARIAN

KONSEP :
Satu pendekatan yang MERENTASI BEBERAPA MATA PELAJARAN.
konsep integrasi lebih dikenali sebagai KESEPADUAN
intergrasi bertujuan pembangunan individu insan yang SEIMBANG DAN HARMONIS
dari JERIS

PLBD
Suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur.

Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan
pelaksanaan kurikulum sekolah.

merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

PLBD bertujuan untuk:

mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang


dipelajari dalam kelas;

memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang


sebenar, bermakna dan menyeronokkan;

mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan;

meningkatkan minat murid untuk belajar;

mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa.

17
Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:

Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.


Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.
Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)
[Lawatan terancang & berintergrasi ilmu

KEPENTINGAN :

Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang diajar dalam


kelas (situasisebenar)

Murid membina kefahaman berdasarkan persekitaran dan pengalaman

Meningkatkan minat murid untuk belajar

Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan

Menerapkan nilai murni

Memberikan kefahaman kepada murid bahawa pengetahuan-


pengetahuan yang dipelajari saling berkait dan bukannya terpisah-pisah.

PLBD DALAM MATH AWAL :

Mempelajari matematik di luar bilik darjah

Mengaplikasikan konsep matematik dalam situasi kehidupan sebenar

Membentuk persepsi positif kanak-kanak terhadap matematik (fun)

Memahami bahawa pengetahuan matematik penting dalam


kehidupan seharian

18

Anda mungkin juga menyukai