Anda di halaman 1dari 3

1. Jelaskan Konsep inovasi?

[3 markah]

Menurut Ibrahim (1998), inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru,
atau perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan
keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi
bersama. Inovasi pendidikan merujuk kepada perubahan teknologi internet dan keperluan dunia
tanpa sempadan. Inovasi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk misalnya pengenalan
teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian dam perubahan dalam prosedur yang
boleh meningkatkan produktiviti. Hal ini turut disokong oleh Noriati (2010), inovasi boleh berlaku
dalam pelbagai bentuk pengenalan teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian
dan perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. Selain daripada itu
inovasi dalam pendidikan turut berlaku dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran,
perkembangan teknologi pengajaran, dan perkembangan persekitaran pembelajaran,.

2. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan?


[3markah]
faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi pendidikan :
1. Visi Terhadap Pendidikan
Usaha dan tujuan pendidikan dilandasi oleh pandangan hidup orang tua, lembaga-lembaga
penyelenggaran pendidikan, masyarakat dan bangsanya. Tujuan pendidikan diabadikan untuk
kebahagiaan individu, keselamatan masyarakat dan kepentingan negara. Pandangan hidup
bangsa menjadi norma pendidikan nasional keseluruhan. Seperti diketahui, bahwa kehidupan
ini selalu mengalami perubahan, tujuan pembangunan, bangsa mengalami pergeseran dan
peningkatan serta perubahan sesuai dengan waktu, keadaan dan kondisinya.
2. Faktor Pertambahan Penduduk
Adanya pertambahan penduduk yang cepat menimbulkan akibat yang luas terhadap
berbagai segi kehidupan, utamanya pendidikan. Banyak masalah-masalah pendidikan yang
berkaitan erat dengan meledaknya jumlah anak usia sekolah. Adapun masalah-masalah yang
berkaitan langsung dengan pendidikan tersebut adalah :
a. Kekurangan kesempatan belajar.
b. Masalah kualitas pendidikan.
c. Masalah relevansi.
d. Masalah Efisiensi Efektifitas.
3. Faktor Perkembangan Ilmu Pengetahuan
Seiring dengan kemajuan zaman seperti sekarang ini, justru ditandai dengan majunya
perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Perkembangan ilmu pengetahuan secara
akumulatif dan makin cepat jalannya. Tanggapan yang biasa dilakukan dalam kependidikan
terhadap perkembangan ilmu pengetahuan ialah dengan memasukkan penemuan dan teori ke
dalam kurikulum sekolah. Meskipun hal ini menyebabkan adanya kurikulum yang sangat sarat
dengan masalah-masalah yang baru.

3. Berikan Justifikasi tentang dua elemen penilaian inovasi digital dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan model CIPP?
[4 markah]

Model Penilaian CIPP telah dibangunkan oleh Stufflebeam (1971, 2003). Konsep utama model
ini diambil daripada singkatan CIPP iaitu penilaian context, penilaian input, penilaian process
dan penilaian product. Mengikut Stufflebeam (2003), model CIPP merupakan rangka kerja
yang menyeluruh bagi membantu dalam melaksanakan penilaian secara formatif atau sumatif.
Model CIPP telah digunakan oleh ramai pengkaji dan penilai dalam membuat penilaian
keberkesanaan program dan kurikulum di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
Ini disebabkan model ini direka bentuk untuk tujuan penambahbaikan serta membuat
keputusan berkaitan dengan sesuatu kursus, program atau kurikulum (Ghazali, 2010;
Singh, 2004; Stuffllebeam & Shinkfield, 1985). Azizi (2001) telah menggunakan model CIPP
ini untuk menilai kurikulum Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
Dengan menggunakan model ini beliau telah berjaya mengenal pasti beberapa kelemahan
dan kekuatan sesuatu pembolehubah dalam setiap dimensi. Hasil kajian tersebut telah
digunakan untuk membuat keputusan untuk meneruskan pelaksanaan kurikulum mata
pelajaran tersebut serta beberapa cadangan beberapa penambaikan dimasa akan datang.
Terdapat empat elemen utama dalam penilaian ini, iaitu matlamat, perancangan,
pelaksanaan dan hasil. Keempat-empat elemen penilaian ini akan dinilai sebagai parameter
atau pembolehubah utama penilaian kursus. Ia berhubung terus kepada bulatan di luar yang
mendasari Model CIPP iaitu konteks (context) input (input), proses (process) dan produk
(product). Penilaian konteks ialah berkaitan dengan matlamat sesuatu kurikulum. Penilaian
konteks menilai keperluan, masalah, dan peluang untuk membantu mengenal pasti
matlamat dan hasil sesuatu program (Stufflubeam et. al, 2003). Bagi sesi pengajaran dam
pembelajaran, penilaian konteks akan menilai bagaimana objektif kurikulum dibentuk
berdasarkan kepada keperluan semasa, tahap pencapaian murid, dan sebagainya. Setiap
subjek mempunyai matlamat dan objektif yang berbeza mengikut kurikulum yang ditetapkan
oleh KPM. Penilaian input pula tertumpu kepada perancangan, strategi, prosedur dan
sumber yang terlibat dalam membantu pencapaian matlamat dan objektif program
(Stufflubeam et. al, 2003; Ornstein & Hunkins, 2009). Dalam perancangan sesuatu program,
keyakinan guru untuk mengajar dan sikap guru terhadap perubahan perlu juga diambil kira
kerana guru merupakan sumber yang penting untuk menentukan kejayaan program tersebut.
Mengikut Mak Soong Sang (2008) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran baru bergantung
besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh semangat dan dedikasi.
Oleh itu, guru sepatutnya memahami terlebih dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi
matlamatnya. Justeru dalam penilaian input, kajian terhadap sikap, kemahiran, pengetahuan
guru perlu dijalankan. Selain itu penilaian input juga melibatkan sumber seperti kewangan,
fasiliti, peralatan pengajaran metodologi pengajaran yang digunakan. Abdul Rahim (2007)
menyatakan penilaian input juga melihat dalam aspek isi kandungan kurikulum termasuklah
buku teks yang digunakan.

Anda mungkin juga menyukai