Zaharuddin Bin Zakaria Cukai Tak18

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

Zaharuddin bin Zakaria

12 Persiaran Kasawari
Taman Anggerik
31000 Batu Gajah
Perak Darul Ridzuan

Yang Dipertua,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
Jalan Haji Abdul Wahab,
31000 Batu Gajah
Perak Darul Ridzuan.

Memohon Penangguhan Bayaran Tunggakan Cukai Taksiran

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini saya Zaharuddin bin Zakaria pemilik alamat rumah No. 12 Persiaran Kasawari Taman
Anggerik 31000 Batu gajah memohon penangguhan bayaran tunggakan atas sebab-sebab berikut.

i. Kedudukan kewangan saya yang tidak berapa baik menjadikan saya tiada kemampuan
untuk membayar dalam tempoh terdekat.
ii. Faktor kesihatan yang menjadikan saya terpaksa bergantung pada ubat-ubatan yang
dibeli menjadikan kedudukan kewangan saya agak meruncing.
iii. Keperluan anak-anak untuk persekolahan dan tempat asuhan yang semakin tinggi
bayarannya.

3. Walau bagaimanapun saya tiada niat untuk melewat-lewatkan atau tidak mahu membayar
tunggakan cukai taksiran ini. Insyaa Allah saya memerlukan sedikit masa sehingga hujung tahun 2018 ini
kerana kenaikan gaji yang saya akan perolehi nanti akan melayakkan saya membuat pinjaman untuk
melangsaikan tunggakan cukai taksiran tersebut.

Saya memohon budi bicara pihak Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah agar mempertimbangkan
permohonan saya ini. Saya memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan akibat
kelewatan saya membayar tunggakan cukai taksiran ini. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

................................
(Zaharuddin bin Zakaria)

Anda mungkin juga menyukai