Anda di halaman 1dari 2

Siti Hajar Binti Abdul Khadir

(No. K/P : 880207-02-5204)

F 137, Jalan Candi, Kg Pengkalan Bujang,

08100 Bedong,

Kedah Darul Aman.

Encik Mohd Rusdi Bin Ismail,

Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik,

b.p Ketua Eksekutif,

Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional,

Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,

Off Jalan Semantan, Damansara Heights,

50490 Kuala Lumpur. 18 OGOS 2010

Rujukan Tuan : PTPTN/SPP/880207025204

No. Pin : 1079949

Tuan,

PENANGGUHAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG


PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Saya nama dan seperti alamat di atas, merupakan seorang peminjam kepada pinjaman
pendidikan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) ingin memohon jasa baik
tuan untuk meminta penangguhan terhadap pinjaman tersebut.

2. Saya telah menerima surat peringatan dari pihak PTPTN yang telah menetapkan tempoh
pembayaran balik dan amaun yang perlu dibayar. Walaubagaimanapun, saya masih gagal untuk
membuat sebarang pembayaran. Hal ini kerana saya masih belum mempunyai pekerjaan tetap.
3. Oleh hal yang demikian, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan membenarkan saya
membuat tangguhan terhadap pembayaran balik pinjaman PTPTN tersebut. Sekiranya saya
berkemampuan saya akan membuat pembayaran terhadap pinjaman tersebut secara ansuran
bulanan.

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………………….

(SITI HAJAR BINTI ABDUL KHADIR)

Anda mungkin juga menyukai