Anda di halaman 1dari 4

SIEW YOUNG GIIN, TAN YUE YING

RBTS3232
M2 Tutorial
Soalan Tutorial: Bagaimanakah sikap boleh menentukan
kegagalan dan kejayaan usahawan?
Cara berfikir untuk maju dan sikap inginkan kejayaan adalah elemen penting
dalam membentuk peribadi usahawan berjaya.

SIKAP YANG BOLEH MENENTUKAN KEJAYAAN USAHAWAN:


1. Pengalaman dalam kerjaya
Mereka yang mempunyai pengalaman dalam kerjaya makan gaji dan berjaya
melaksanakan tanggung jawab sepanjang kerjayanya biasa mampu membuat
keputusan perniagaan yang baik berbanding mereka yang tak berpengalaman.
Golongan ini juga punyai harapan cerah untuk mendapatkan modal dan biasanya
usaha mereka tidak akan mampu sekerat jalan. Taukeh Pasaraya Mydin adalah
contoh yang baik dalam perkara ini. Mereka yang ada mengikuti ceramahnya tentu
pernah mendengar pengalaman kerjaya beliau.
2. Perancangan perniagaan
Ada pendapat mengatakan bahawa kertas kerja perniagaan tidak perlu untuk
memulakan perniagaan. Tetapi perancangan perniagaan tetap penting samada ada
diterjemahkan di atas kertas maupun terpahat dalam otak usahawan. Jika usahawan
memerlukan pinjaman perniagaan, maka perancangan perniagaan perlu dicurahkan
di atas kertas untuk memudahkan kelulusan pinjaman perniagaan. Biasanya mereka
yang ada perancangan adalah 2 kali lebih berjaya daripada yang tidak ada.
3. Perwatakan yang positif
Personaliti yang baik seperti memahami, mudah berkawan dan seumpamanya amat
membantu dalam kejayaan seseorang. Jika anda rasa menjadi diri anda seadanya
sedangkan anda kaki panas baran, tidak penyabar dan seumpamanya boleh
membuatkan anda menjadi usahawan berjaya, fikirkan semula.
4. Mentor
Mereka yang mendapatkan bantuan mentor atau seumpamanya sejak sebelum
berniaga biasanya 3 kali ganda akan memulakan perniagaan berbanding mereka
yang sekadar angan-angan atas katil tanpa berusaha mencari seorang mentor. Kajian
juga mendapati mereka yang ada mentor berpeluang sebanyak 7 kali lebih baik untuk
mendapatkan dana berbanding yang tak ada mentor. Walaupun kadar kegagalan
cukup tinggi pada tahun pertama, 84% dari usahawan yang ada mentor biasanya
mampu melepasi tahun pertama dan kedua perniagaan mereka.
SIEW YOUNG GIIN, TAN YUE YING
SIKAP YANG BOLEH MENENTUKAN KEGAGALAN USAHAWAN:
1 Gagal mengurus aliran tunai.
Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan
masuk diketahui dengan tepat dan diapantau. Sesetengah usahawan berpendapat,
wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak
membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak
menguntungkan perniagaan.
2 Suka bertangguh.
Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila
dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun
kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya
keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.
3 Strategi pemasarannya tidak berkesan.
Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah,
ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih
tertarik dengan pesaing yang strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.
4 Sikap negatif usahawan.
Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usawahawan
seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan
individualistik.
5 Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang.
Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun
rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun
ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasinya, tidak ditetapkan.
Akhirnya impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.
6 Khidmat pelanggan yang tidak cekap.
Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak
memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakitanya, mengekalkan pelanggan
adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.
7 Pekerja tidak cekap dan tidak amanah.
Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak
membuat pelaburan bagi melatih pekerjadan tidak meluangkan masa yang cukup
bagi menyelia pekerja.
8 Mengambil mudah aspek persaingan.
Usahawan mengambil pendirian, "Rezeki secupak tidak akan jadi segantang."
Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan
dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha
memperbaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.
SIEW YOUNG GIIN, TAN YUE YING
9 Kemahiran terhad.
Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf
tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, computer,
perhubungan awam dan sebagainya.
10 Lokasi perniagaan tidak sesuai.
Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai
berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung,
menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan.
Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di
tingkat atas bangunan.
11 Tidak berfikiran jauh.
Usahawan tidak berkifikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu
ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan.
Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang
daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan
perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia dilakukan
dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat
daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah
serta lamanweb berkaitan keusahawanan.
12 Kurang pengalaman.
Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun
tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan
kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang diajalankan.
Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah
dikalahkan oleh pesaing.
13 Kurang modal kewangan.
Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan
usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan
perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik,
tidak mustahil rezeki secupak akan jadi segantang.
14 Tiada sistem mengurus akaun yang efisien.
Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan
mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan
bumiputra tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka.
Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus
akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut keuntungan dan mengelak
rugi.
SIEW YOUNG GIIN, TAN YUE YING
15 Terlalu tamak berkembang.
Usahawan tidak ‘mengukur baju di badan sendiri’. Cawangan yang dibuka tidak
kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi,
menyebabkan usahawan gagal.
16 Tiada penyambung kejayaan.
Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggung jawab
membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada
siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannnya. Ada
perniagaan yang Berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar-
kacir apabila tampuk pemerintahan diambil alih oleh si anak.
17 Rakan kongsi berpecah.
Perniagaan yang berpotensi juga gagal akibat rakan kongsi yang tidak sehaluan.

Anda mungkin juga menyukai