Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

UCAPAN PENGUMUMAN

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan


kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Forum Perdana Ekslusif yang bertajuk
“Taaruf Cinta Illahi” pada malam ini. Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran
tuan-tuan serta hadirin sekalian ke forum ini.

UCAPAN PEMBUKAAN

Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah ummul


kitab. Al Fatihah...untuk memberkati lagi majlis kita pada malam ini, marilah kita
bersama-sama merafakkan tangan, mengkuduskan hati, memohon pada ilahi
agar majlis kita lebih diberkati dan diredhai. Oleh itu saya menjemput saudara
Muhammad Aizuddin bin Mingu untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan.

Semoga dengan bacaan doa sebentar tadi majlis ini mendapat keberkatan rahmat
daripada Allah swt...

UCAPAN PROTOKOL
Yang Berusaha En Kamaruddin bin Hasyim
Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan

Yang Berusaha Tn. Hj Aminulddin bin Abd Hamid


Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan,

En Latif Bin Hamzah


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Ust Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali


Ketua Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral

Ahli-ahli panel,
Ustaz Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman,
Ustaz Ubaidillah bin Alias

Moderator,
Ustaz Muhammad Kamil bin Jaafar

Para pensyarah, guru-guru sekolah, hadirin dan hadirat sekalian

UCAPAN ALU-ALUAN
Hadirat hadirat sekalian,

Dinihari pergi lautan


Untuk menjala si ikan bilis
Assalamualaikum tuan dan puan
Mohon saya meneruskan majlis

Ucapan alu-aluan

Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran En Kamaruddin bin
Hasyim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan. Tn. Hj Aminulddin bin Abd Hamid,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, En Latif Bin Hamzah, Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ust Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali, Ketua
Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral, Ahli-ahli panel, Ustaz Dr. Abdul Basit
bin Abdul Rahman dan Ustaz Ubaidillah bin Alias, Moderator, Ustaz Muhammad
Kamil bin Jaafar, para pensyarah, guru-guru sekolah, hadirin dan hadirat sekalian

Sebagaimana yang kita maklum, forum perdana ekslusif yang akan dijalankan
pada malam ini bertajuk “Taaruf Cinta Illahi”.

Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang berusaha En


Kamaruddin bin Hasyim, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Kamaruddin bin Hasyim di


atas ucapan itu tadi.
Forum Perdana
Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada moderator, Ustaz Kamil Bin
Jaafar untuk meneruskan forum pada malam ini.

PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian :

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah Forum Perdana Ekslusif pada malam
ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran semua ke
forum perdana malam ini. Semoga forum ini memberi manafaat kepada tuan-tuan
dan puan-puan dalam memantapkan akidah dan rasa cinta kita pada pemilik cinta.

Selepas ini para VVIP dan ahli panel dijemput ke Bilik Temenggung untuk sedikit
jamuan.

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu
datangnya dari diri saya sendiri.

Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.


Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai