Anda di halaman 1dari 1

SEK. KEB.

TAMBALANG, TUARAN
Peti Pos 113
89208 Tuaran, Sabah.
Email : xba4358@moe.edu.my
Tel: 088-788789
Rujukan kami :
Tarikh : 15hb Januari 2020
Kepada,
Semua Guru Besar.
SK / SJKC Daerah Tuaran

Tuan/puan,

JEMPUTAN MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT MSSD
DAERAH TUARAN BAGI TAHUN 2020

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Tambalang telah diamanahkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
sebagai pengelola kejohanan bola jaring bawah 12 tahun peringkat MSSD Tuaran bagi tahun 2020. Sehubungan itu,
mesyuarat pengelolaan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh / Hari : 20 Januari 2020 / Isnin


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK. Tambalang

03. Agenda mesyuarat :


3.1 Ucapan pengerusi pengelola
3.2 Penetapan tarikh dan tempat pertandingan
3.3 Peraturan pertandingan
3.4 Penetapan sumbangan pertandingan
3.5 Penetapan jawatankuasa pelaksana
3.6 Hal-hal lain

04. Kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( AMINAH BINTI HJ. PILIE)


Guru Besar
Sek. Keb. Tambalang, Tuaran

s.k:- fail

JANGAN TERJERUMUS KE DALAM PERANGKAP DADAH

Anda mungkin juga menyukai