Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan sebelum PBS

Sebelum melakukan pengalaman berasaskan sekolah (PBS), kami


terlebih dahulu telah diberi taklimat tentang bagaimana untuk melaksanakannya
apabila pergi ke sekolah nanti. Taklimat telah diberikan oleh En Kamil di Dewan
IPG Kampus Pulau Pinang. Taklimat yang berlangsung selama lebih kurang dua
jam setengah itu telah banyak menceritakan tentang apa itu pengalaman
berasaskan sekolah. Kami juga telah diberi taklimat tentang surat pemberitahuan
kepada pihak sekolah dan tatacara apabila berada di sekolah nanti.

Selain dari taklimat tersebut, saya telah melaksanakan beberapa


persiapan awal sebagai langkah persediaan untuk melakukan pengalaman
berasaskan sekolah. Langkah yang pertama yang telah saya lakukan adalah
dengan menyediakan beberapa borang yang berkaitan. Antara borang tersebut
adalah borang kolaborasi, borang refleksi dan borang tentang maklumat umum
sekolah. Borang-borang tersebut penting kerana ia merupakan panduan untuk
saya menyiapkan tugasan yang diberikan.

Saya juga telah membuat perancangan dan jadual tentang perkara-


perkara yang akan saya lakukan semasa berada di sekolah nanti. Antara
perancangan yang telah saya lakukan adalah dengan membuat jadual untuk
masuk ke kelas dan membuat temubual dengan guru-guru sekolah, serta
tugasan yang berkaitan yang telah diberikan oleh pensyarah. Jadual tersebut
akan saya ikuti agar kelancaran pelaksanaan pengalaman berasaskan sekolah
dapat berjalan dengan lancer. Tugasan ini adalah penting kerana ianya
merupakan sebahagian daripada tugasan wajib pada semester ini.

Tidak ketinggalan juga, saya telah membuat satu nota kecil tentang
perkara soalan tambahan yang perlu dijawab iaitu yang berkaitan dengan
persekitaran dan iklim bilik darjah. Tugasan ini memerlukan saya untuk membuat
pemerhatian yang lebih khusus agar semua soalan yang diberikan dapat dijawab
dengan sempurna dan menepati kehendaknya. Antara perkara yang perlu diberi
perhatian yang khusus adalah tentang bahan pembelajaran yang terdapat dalam
kelas, kedudukan dalam kelas serta penglibatan pelajar dalam penggunaan
sistem ICT. Semua ini telah saya siapkan sebelum saya melakukan pengalaman
berasaskan sekolah agar ianya dapat berjalan lancar dan tersusun.

Anda mungkin juga menyukai