Anda di halaman 1dari 8

Refleksi Larian Kampus Peringkat IPG

Saya telah menyertai road relay di bawah program larian kampus yang telah
dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) pada 19 Arpil
2019 kelolaan Unit Kokurikulum dan guru pelatih PISMP ambilan Jun 2017. Walaupun
acara ini telah berjalan dengan lancar, namun terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahannya tersendiri. Hal ini juga termasuk dengan peluang dan ancaman semasa
mengelolakan acara ini. (rujuk lampiran 1)

Sebagai peserta road relay, salah satu kekuatan adalah dapat menyihatkan
badan saya selepas penat memerah otak untuk menyiapkan tugasan akedemik. Selain
itu, acara road relay ini juga amat bergantung kepada kerjasama antara ahli kumpulan.
Justeru, nilai bekerjasama dapat dikukuhkan lagi dalam saya diri sendiri. Tambahan pula,
aktiviti ini juga dapat meningkatkan semangat kesukanan saya kerana saya berlumba-
lumba untuk menamatkan larian demi mendapatkan nama untuk kumpulan saya.
Semangat ini amat diperlukan dalam diri saya sebagai seorang guru pelatih ataupun
guru pada masa hadapan, iaitu sentiasa memberikan komitmen atau melakukan usaha
yang paling baik terhadap tugas yang diberi (rujuk lampiran 2). Bukan itu sahaja, aktiviti
ini juga meningkatkan status saya yang aktif selain duduk dalam bilik asrama sahaja.

` Kelemahan yang saya dapati sebagai peserta road relay adalah pengurusan
keselematan terutama di luar IPG kurang memuaskan. Sebagai contoh, daripada
checkpoint pelari ketiga sehingga ke pintu depan IPG, tidak ada pengurus keselamatan
yang bertanggungjawab di bahagian ini dan terdapat beberapa motosikal semasa aktiviti
ini berlangsungan. Justeru, hal ini amat berbahaya terhadap peserta semasa aktiviti ini
dijalankan. Seterusnya, kelemahan yang saya dapati ialah kawasan zon penamat di
mana zon penamat untuk road relay bercampur dengan acara merentas desa lelaki dan
perempuan terbuka. Hal ini mungkin agak mengelirukan peserta kerana penat berlari
dan pengelola telah membahagikan kawasan zon penamat kepada beberapa lorong. Di
samping itu, terdapat juga bahawa tidak ada ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
terutama sekali di luar kawasan IPG. Hal ini agak bahaya jika peserta berlaku
kecederaan atau pengsan.

Cadangan penambahbaikkan bagi kelemahan yang didapati oleh saya ini, ahli
jawatankuasa (AJK) pengelolaan boleh menyediakan 1~2 orang pengurus keselamatan
dan ahli BSMM terutama sekali di luar kawasan IPG. Hal ini dapat memastikan
keselamatan peserta larian kampus. Seterusnya, pihak pengelola boleh mengambil
jarak sedikit untuk zon penamat supaya tidak mengelirukan pelari terutamanya peserta
road relay. AJK pengelolaan juga boleh mengumumkan zon penamat yang sebernarnya
kepada para peserta sebelum pelepasan.

Antara peluang yang telah dikenal pasti untuk acara ini ialah acara ini diberi
kebenaran serta sokongan daripada pihak IPG dengan sepenuhnya. Seterusnya,
sumber kewangan dari peruntukkan kokurikulum juga mencukupi untuk menyokong
acara ini terutama sekali dari segi sumber makanan.

Ancaman yang saya dapati semasa acara ini berlangsungan adalah cuaca yang
agak panas terutama di stesen pelari keempat. Peserta pelari keempat tidak mempunyai
tempat perlindungan untuk mengelak diri sendiri daripada cahaya matahari yang kuat
dan hal ini kemungkinan menyebabkan sesetengah peserta pengsan akibat terlalu
panas. Selain itu, jalan raya yang sibuk juga merupakan ancaman kepada program ini.
Hal ini bermakna terdapat beberapa buah kereta berlalu semasa aktiviti ini sedang
dijanlankan,

Melalui acara ini, kemahiran insaniah ataupun soft skill yang merangkumi
kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja
berpasukan, etika dan moral profesion dan kemahiran kepimpinan (PPKI, 2018) telah
ditingkatkan pada diri saya sendiri.

Dalam acara road relay, satu pasukan mesti mempunyai kemahiran kerja
berpasukan. Dalam kumpulan saya, kita telah mengadakan satu kumpulan whatsapp
untuk mengumumkan ahli kumpulan berkaitan dengan urusan acara ini. Sebagai contoh,
kita telah membuat keputusan untuk memakai baju kelas supaya selaras dan pada hari
itu. (rujuk lampiran 2) Justeru, kemahiran ini telah ditingkatkan pada saya diri sendiri
untuk memberi kerjasama dengan ahli kumpulan dan pada masa yang sama, kemahiran
berkomunikasi juga ditingkatkan. Kemahiran ini amat penting kerana di sekolah, kerja
berpasukan amat penting terutama sekali untuk melancarkan sesuatu program. (Shek,
2007)

Selain itu, kemahiran menyelesaikan masalah pada diri saya juga ditingkatkan
di mana saya dengan ahli kumpulan berbincang giliran pelari. Semasa berbincang giliran,
kita telah merangkumi kesihatan dan stamina ahli kumpulan.

Di samping itu, etika dan moral profesion juga merupakan satu kemahiran yang
penting, terutama sekali etika pakaian. Dalam kumpulan saya, kita telah memakai
pakaian sukan yang sesuai. Sebagai contoh, saya tidak memakai seluar sukan yang
tidak ketat. Selain daripada itu, walaupun kumpulan saya tidak mendapat nama lima
pertama, namun saya dengan ahli kumpulan masih berasa bersyukur dan tidak
menyalah sesiapa antara ahli kumpulan.

Akhir sekali, kemahiran kepimpinan juga saya telah menguasai melalui acara
road relay ini. Sebagai contoh, salah satu ahli kumpulan telah memberi peringatan
mesra kepada ahli kumpulan untuk mengambil sarapan. Hal ini telah memberi satu
inspirasi kepada saya di mana sebagai seorang ketua pada masa hadapan, kita perlu
sentiasa menjaga ahli kumpulan seperti yang telah ditunjukkan oleh ketua kumpulan
saya.
Rujukan

Shek, K.F. (2007). Keberkesanan Kerja Berpasukan Dan Kepuasan Kerja Ketua Panitia
Dalam Jabatan Bahasa Dan Sains Sosial Di Sekolah Menengah Daerah Pontian.
(Doctoral dissertation). Diakses pada 20 April 2019 daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/6593/1/ShekKwaiFunMFP2007.pdf
PPKI. (2018). 7 Kemahiran Insaniah (Ki) Yang Wajib Graduan Kuasai. Diakses pada 20
April 2019 daripada http://ppki.usim.edu.my/7-kemahiran-insaniah-ki/
Lampiran 1 Jadual SWOT
KEKUATAN (STRENGTHS) KELEMAHAN (WEAKNESSES)

 Dapat menyihatkan badan  Pengurusan keselematan


 Nilai bekerjasama dapat terutama di luar IPG kurang
dikukuhkan lagi memuaskan
 Meningkatkan semangat  Kekeliruan Kawasan zon penamat
kesukanan  Kekurnagan ahli BSMM terutama
di luar Kawasan IPG
PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (THREAT)

 Kebenaran serta sokongan  Cuaca yang agak panas


daripada pihak IPG dengan  Jalan raya yang sibuk
sepenuhnya
 Sumber kewangan dari
peruntukkan kokurikulum
mencukupi untuk menyokong
aktiviti larian kampus terutama
sekali dari segi sumber makanan.
Lampiran 2 Kumpulan Whatsapp
Lampiran 3 Gambar Semasa Larian Kampus
Gambar sebelum acara road relay

Gambar selepas larian kampus

Anda mungkin juga menyukai