Anda di halaman 1dari 5

Sekolah Kebangsaan Batu Feringghi

11100 Batu Ferringhi,


Pulau Pinang
No.Tel: 04-8813105 Faks: 04-8813967

KERTAS CADANGAN
KEM KEPIMPINAN ’GO GREEN’ 2019
Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi
Kertas Cadangan
Kem Kepimpinan ’Go Green’ 2019
Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi

TAJUK

Kem Kepimpinan Go Green 2019

LATAR BELAKANG
Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan
sekolah adalah para murid yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para
murid ke tahap yang lebih baik. Murid tersebut memerlukan keyakinan diri untuk
bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka
memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan
sukan permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta
mengetahui perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah
salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka
atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan sambil
menerapkan nilai kecintaan terhadap alam sekitar.

TUJUAN

Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK


memainkan peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa
ilmu dan keyakinan diri, murid tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan
berkesan. Melalui kem kepimpinan ini murid yang dilantik memegang jawatan akan
mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu
perkembangan kokurikulum di sekolah.

Untuk memastikan para murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran


mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya sambal menerapkan nilai menghargai alam sekitar dan menekankan
aspek kitar semula dalam kehidupan seharian.

2
MUKA SURAT
OBJEKTIF
 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..
 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak..

PENGISIAN KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

Kem Kepimpinan Go Green akan diisi dengan program utama dan program sisipan
seperti berikut:

Program Utama

 Ceramah Kepimpinan
 Tugasan dan tanggungjawab Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK
 Kepentingan PAJSK
 Taklimat Go Green
 Tugasan Pengendalian aktiviti kokurikulum

Program Sisipan

 Latihan Kawat Kaki

TARIKH & TEMPAT

Kem Kepimpinan Go Green ini akan di adakan pada hari Sabtu, 23 Februari 2019 di SK
Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

TENTATIF PROGRAM

(Lampiran)

JAWATANKUASA PELAKSANA

(Lampiran)

ANGGARAN PERBELANJAAN

(Lampiran)

PENUTUP

3
MUKA SURAT
Adalah diharapkan Kem Kepimpinan Kokurikulum Go Green pada tahun ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua
warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan
segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak
positif kepada warga SK Batu Ferringhi

SK BATU FERRINGHI :
TRANSFORMASI KOKURIKULUM

Disediakan oleh Disemak oleh

........................................ ................................................
()
Setiausaha Kokurikulum

Disahkan oleh

.............................................

4
MUKA SURAT

Anda mungkin juga menyukai