Anda di halaman 1dari 1

Merokok adalah satu faktor penting dalam kejadian komplikasi-komplikasi mata,

ginjal dan salur darah.

Adalah terlalu luar biasa untuk mengamputasikan bagian kaki seseorang yang
mempunyai diabetes oleh karena saluran darah sesak, jika tidak merokok.

Melalui penyelidikan adalah didapati bahawa merokok akan menaikkan kadar


gula anda, seterusnya menyulitkan pengawalan diabetes anda. Ini kemungkinan
disebabkan nikotin dan produk lain dari merokok yang menyulitkan insulin berfungsi
secara teratur. Merokok juga menaikkan lagi kadar gula darah tinggi yang sedia ada.

Jika anda merokok dan mempunyai diabetes, anda lebih berkemungkinan


mengadakan serangan jantung dan sebanyak tiga kali ganda berkemungkinan mati kerana
penyakit kardiovaskular.

Kadar glukosa yang tidak dikawal menyebabkan salur darah menjadi sempit.
Merokok pula melekatkan bersama sel-sel darah dan menyebabkan dinding salur darah
jadi lebih lekat lagi, dengan itu mempercepatkan lagi untuk lemak menyangkutkan
kepadanya. Endapan lemak boleh menyesakkan salur darah, yang menyebabkan serangan
jantung dan strok.

Diabetes boleh menyesakkan salur darah yang paling kecil didalam mata, satu
kejadian yang dikenali sebagai retinopati. Jika anda merokok, boleh jadi anda akan
mengalami lebih banyak lagi masalah dengan penglihatan anda.

Sumber : Republika Online - Selasa, 01 Juni 2004 - Penulis : wed

Anda mungkin juga menyukai