Anda di halaman 1dari 6

Membuat Ketupat (Mudah)

Assalamualaikum! ok kali ni adalah tutorial untuk :

Bidang membentuk dan membuat binaan,


Tajuk : Ketupat
Level : mudah (sesuai untuk tahap 1 sekolah rendah) 
Masa : 40 mjnit masa untuk belajar step by step
           10 minit kalau da tahu.

so jom kita mulakan.


 1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu kertas,
gunting, dan gam. 

2. download 2 gambar dibawah ni. kemudian print fit saiz


A4.. saiz kertas lain pun boleh. ikut suka hati kome..
3. bila da print, kome bole la photostet je helaian-helaian
lain pada kertas warna agar lebih menarik.. terpulang la
pada kome..

4. ok sekarang, kita fokuskan pada badan ketupat ni dulu,


gunting badan ketupat ni mengikut garisan luaran sahaja.
Garisan yang di dalam itu JANGAN digunting.
5. sekarang, perhatikan terdapat garisan putus putus tu,
kita akan menggunting di situ. caranya, lipat badan
ketupat ni agar garisan itu kelihatan menegak dari garis
lipatan.

6. Kemudian, Gunting garisan putus-putus itu dengan


berhati-hati hingga ke garisan atas itu.
Jangan pula sampai habis hujung diguntingnya!
7. Jika sudah selesai, letakkan badan ketupat ni di tepi
dahulu. Sekarang, kita beralih pula ke jalur ketupat.

7. lipat kertas ini kepada dua, dengan keadaan garisan


kelihatan menegak dari kesan lipatan.

8. Gunting mengikut garisan DENGAN BERHATI-HATI.


Gunting hingga ke hujung kertas.
9. Setiap jalur yang terlipat itu, gunting di bahagian
tengahnya agar menjadi lebih pendek (sesuai dengan saiz
badan ketupat).

10. Masukkan setiap jalur itu tadi ke badan ketupat


menggunakan teknik anyaman
(berselang seli dimasuk dan diselindungkan)

11. Letakkan gam pada jalur dan badan ketupat agar tidak
mudah terkeluar.
ok cuba test dengan warna warna lain pulak. Selamat
Mencuba!

Anda mungkin juga menyukai