Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan


negara yang beracuan Malaysia. Misi dan Matlamat dibina untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Jamil
dan Norlia). Dalam buku Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2012).
Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman
Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai
banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan
latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya.
Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang
ditimbulkan berkaitan dengan pendidikan yang meliputi banyak pihak seperti pihak guru, ibu
bapa, murid, sekolah dan masyarakat.

2.0 Gejala Sosial dalam kalangan Pelajar

Masalah gejala sosial di Malaysia tidak boleh dipandang rapi. Hari demi hari, gejala ini
semakin serius merebak, melarat, malah sudah menjadi lumrah dalam dunia pendidikan
(Firdaus, Kamarul & Khairunisa, 2013). Gejala gangsterisme, kes buli, menghisap rokok, minum
arak, jenayah siber dan sebagainya merupakan gejala-gejala sosial yang berlaku dalam
kalangan pelajar. Menurut Berita Harian (2019), pada 1 Julai 2019, seorang pelajar Tingkatan
Dua di sekolah di Air Putih, ditemui tidak sedarkan diri, dipercayai akibat mabuk selepas
mengambil minuman keras bersama rakannya. Isu ini mencetuskan penghargaan seseorang
insan kerana pelajar tersebut gagal untuk menghargai insan atau diri sendiri apabila melakukan
perkara yang akan membabitkan kesihatannya. Isu ini juga mengatakan bahawa pelajar
tersebut mengambil minuman keras bersama rakannya. Hal ini menjelaskan bahawa kedua-dua
pelajar tersebut tidak menghargai insan rakan mereka kerana mereka tidak pedulikan
keburukan yang akan berlaku kepada rakannya jika mereka minum arak.

Mereka terpegaruh dengan anasir luar anasir luar dan ia menyebabkan ramai belia
terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, pelacuran, menjadi “Mat Rempit” dan
mahukan kehidupan glamour. (Haryati, Sharifah & Zakila, 2009). Sekiranya seseorang individu
itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi
buruk. Pelajar tersebut akan tidak menumpukan perhatian dalam kelas kerana ingatannya tdak
akan berada dalam keadaan yang stabil. Dengan ini, pencapaian akademik akan merosot.
Selain itu, dia akan ketagih untuk mengambilnya setiap hari. Hal ini akan menyebabkannya
untuk ponteng ke sekolah setiap hari. Dengan ini, dia tidak dapat menimba ilmu atau akademik
di sekolahnya. Tambahan pula, memandangkan harga minum arak ini mahal, pelajar tersebut
terpaksa mendapatkannya tidak kira dengan apa apa cara sekalipun asalkan ketagihan itu
dapat diatasi. Ini akan menyebabkannya untuk melakukan perkara yang tidak bermoral iaitu
mencuri. Ini akan meningkatkan kadar jenayah di Malaysia. Hanya satu isu ini mendatangkan
banyak kesan buruk terhadap pendidikan seseorang pelajar.

Peranan guru untuk mencegah masalah ini perlu ada pada tahap yang paling asas.
Seandainya ia tidak diusahakan, maka adalah amat sukar untuk membuat pemulihan apabila
seseorang itu telah terjerumus dengan masalah sosial. Oleh itu, guru perlu berusaha untuk
menyebarkan maklumat ini sama ada secara lisan atau bukan lisan kepada pihak yang sewajar
agar setiap ibu bapa dapat mengamalkan gaya penjagaan anak yang sihat di samping
membantu rakan lain untuk mengamalkannya untuk masa depan bersama. Guru yang profesion
bakal berhadapan dengan pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar
profesionnya. Oleh itu, guru perlu berani untuk menyebarkan maklumat yang serius tentang
pelajar tanpa berasa takut terhadap pihak yang lain.

3.0 Kesantunan dan tingkah laku guru semakin merosot

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kesantunan atau perihal santun
bermaksud kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Isu mengenai guru tidak
mempunyai kesantunan tingkah laku pada masa kini terlalu banyak untuk dibahaskan. Masalah
mengenai guru tidak mempunyai kesantunan tingkah laku termasuklah kes guru
menyalahgunakan masa, menghukum pelajar tanpa usul pekerja, tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab, merotan pelajar sesuka hati dan banyak lagi. Pada 26 Februari 2019, telah ternyata
dalam artikel Metro tentang guru yang didakwah di Mahkamah Seksyen Alor Gajah atas empat
tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua penghuni lelakiasrama sebuah sekolah di
Pulau Sebang, Alor Gajah. Ramai guru masih tidak mempunyai nilai menghargai insan dalam
diri mereka kerana mereka tidak pedulikan masa hadapan seseorang pelajar jika mereka
memburukkan imej mereka dengan mempunyai hubungan seks bersamanya.

Isu ini jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat merugikan pelajar dan akan
mengurangkan kesedaran tentang penghargaan insan dalam kalangan warganegara. (Rohani,
2014). Murid yang mengalami gangguan sekual akan mengubah corak hidup mereka semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hubungan guru dan murid pula akan menjadi
renggang di mana semua murid akan berasa takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut.
Gangguan seksual khususnya di sekolah memberi kesan ke atas produktiviti dan pencapaian
sekolah. Ia memburukkan nama baik sekolah dan menghalang sekolah tersebut daripada
menyertai apa apa jua aktiviti yang diadakan antara sekolah. Guru perlu bijak dalam memilih
kawan yang mampu menjadi teladan adar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat
yang ideal. Sebagai seorang guru yang berprofesionalisme. Guru juga harus mempertahankan
kesucian seks melalui perkahwinan bukan sebaliknya.

4.0 Keluarga yang tidak mempedulikan pendidikan kanak-kanak

Keluarga yang mempunyai masalah boleh memberi tekanan kepada pelajar dan
akhirnya pencapaian akademik anak-anak akan terganggu. (Fatin Nabilah, 2011) Antara
masalah yang berlaku dalam keluarga ialah masalah kemiskinan, tekanan oleh ibu bapa
kepada pelajar terhadap pencapaian akademik mereka, kekurangan kasih sayang, ibu bapa
yang terlalu sibuk unutk mengejar kewangan dan kebendaan, dan sebagainya. Menurut Berita
Harian Online, pada 18 Februari 2019, tragedy menimpa seorang kanak-kanak dua tahun yang
maut tertusuk pisau di Parit Telok Pial Baroh, Kuala Kurau, turut mendedahkan keadaan
kehidupan keluarga yang debelenggu kemiskinan. Isu ini menampakkan bahawa nilai
menghargai insan adalah sangat kurang dalam diri pembunuh kerana dia tidak empati terhadap
nyawa seseorang anak yang sangat kecil itu. Dengan ini, jelas dilihat bahawa pembunuh
tersebut hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan insan orang lain. Apabila
sesebuah keluarga itu mengalami kemiskinan, maka anak-anak akan dipaksa untuk bekerja
bersama ahli keluarga mereka.

Dengan ini, mereka tidak dapat menyambungkan proses menuntut ilmu di sekolah dan
ini akan menjejaskan pendidikan mereka. Selain itu, kebanyakan pelajar tidak mempunyai sijil
kelahiran. Pendaftaran persekolahan adalah paling sukar dibuat jika seseorang tidak
mempunyai sijil kelahiran. Masalah ini telah menyebabakan mereka kehilangan peluang untuk
bersekolah. Bagi mengatasi kemelut ini, kualiti daya usaha seseorang guru yang
berprofesionalisme yang sentiasa berfikir dan mencuba pendekatan atau kaedah yang baru
supaya masalah kemiskinan di dalam keluarga dapat diatasi dan dapat memberi sesuatu
harapan kepada keluarga yang miskin tersebut. Oleh kerana guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah, guru guru juga haruslah mengambil berat
tentang keadaan keluarga setiap pelajar dan berusaha menanganinya.
5.0 Kemudahan sekolah yang tidak mencukupi

Kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, isu jumlah pelajar yang
ramai di sekolah menjadi dilema kepada ibu bapa, penjaga dan guru. (Faizul, Mazdi, Hasbi
Rahman, Kamarul Ismail & Jabil Mapjabil, 2018). Menurut Berita Harian Online (2018), pada 9
November, ternyata bahawa masih wujud sekolah daif di Malaysia. Agak menyedihkan apabila
laporan media menyebut masih wujud sekolah yang terpinggir daripada arus pembangunan.

“Pembangunan yang dijalankan pada hari ini dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa
membelakangi keperluan generasi akan dating”.

Dengan kata lain maksud pembangunan mampan ialah apa sahaja pembangunan yang
dijalankan pada masa kini bagi memenuhi keperluan, dalam masa yang sama tidak akan
menjejaskan keperluan generasi yang akan datang.
Namun, dalam isu ini, kanak-kanak merupakan insan yang perlu dihargai dengan
melengkapkan sekolah dengan kemudahan yang lengkap. Apabila kemudahan di sekolah tidak
mencukupi, maka sekolah tersebut terpaksa mengendalikan dua sesi persekolahan. Dengan
itu, masalah disiplin pelajar akan meningkat. Kajian dan pemantauan Kementerian Pendidikan
terhadap pelajar yang belajar pada sesi petang kerana persekitaran yang kurang selesa. Saiz
kelas, pengalaman guru dan pendidikan guru mempengaruhi pencapaian murid. Dalam hal ini,
bagi mengatasi masalah kemudahan dalam sekolah, guru yang memikul amanah yang mulia
perlu beroperasi sebagai agen untuk memulihkan keadaan sekolah dengan merancang strategi
yang cekap bagi mengumpul wang untuk membina kemudahan yang perlu ada dalam
sesebuah sekolah. Langkah mereka akan meningkatkan kredibliti seseorang guru dalam aspek
pembangunan sekolah.

6.0 Penutup

Pembangunan pendidikan dilandaskan kepada empat teras iaitu meningkatkan akses,


ekuiti, kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Pendidikan yang
berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan individu yang seimbang dan baik selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang mulia,
daya ketahanan yang kukuh, dan daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pendidikan
yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha
yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap
kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem
pendidikan yang berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik
tersebut amat hebat dan pantas. Jika kita leka boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir.
‘Intellectual capital’ akan menjadi asas kukuh berbanding kekayaan yang berupa tanah, wang
atau bahan mentah. Budaya korperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan
menggantikan amalan hiraki tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada
persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan
kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan di Malaysia
sangat penting dalam menghadapi gelombang perubahan ini.
SUMBER RUJUKAN

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Jamil, N. & Norlia, F. (2018). Guru model pelajar. Kuala Lumpur: Penerbitan Wangi.
3. Firdaus, I. (2011). Pembelajaran abad ke-21. Selangor: Penerbitan Maju.
4. Faizul, Mazdi Marzuki, Hasbi Rahman, Kamarul Ismail & Jabil Mapjabil, (2018). Daya
tamping kemudahan pendidikan dan implikasi kepada kesejahteraan penduduk di
Mukim Serendah, Malaysian Journal of Society dan Space 14 issue 1 (116-129), e-ISSN
2680-2491
5. Rohani, N. (2013). Perkembangan Pelajar. Pahang: Penerbitan Mutu
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai