Anda di halaman 1dari 5

GSB1012

KESANTUNAN MASYARAKAT
MALAYSIA

TAJUK: KESANTUNAN BAHASA SEMAKIN


KIAN PUDAR. BENARKAN KENYATAAN
TERSEBUT. BUKTI BAGI PENAMBAH BAIK

NAMA AHLI KUMPULAN:


1) KALAIARASI A/P NADARAJAN
2) PRIAVATHANA A/P RAJA
3) HEMAPRIYYA A/P KANAKALINGAM
Seperti yang dikatakan Yule, bahasa membentuk identiti sesebuah
kaum secara sedar ataupun tidak. Nilai-nilai estetika yang terdapat
pada budaya Melayu secara tidak langsung telah membentuk bahasa
yang berpuitis lagi sopan.Bahasa ialah sistem perlambangan bunyi
suara yang dipakai sebagai alai perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia. Ia juga menunjukkan erti percakapan yang baik,
tingkah laku yang baik dan bersopan santun (Kamus Dewan: Edisi
Keempat, 2006).Bahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata
tiadalah bahasa. Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima
gagasan antara seorang dengan seorang, dan seterusnya antara
seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya,
di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988). Bahasa
bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat semata-mata,
tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis
penggunanya.Bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia
kita. Maka bahasa boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa
kita, asal usul kita, sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal
yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu hal yang baik
mahupun sebaliknya (Asmah Hj Omar, 2002).
Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma
budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa
sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya
masyarakat tersebut. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat
sesuatu masyarakat dan sebaliknya (Pelita Brunei, Sastera Dan Budaya).
Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa
Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang
sering diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu
akan terserlah dengan penggunaan penanda-penanda sopan, iaitu beradab
sebanyak mungkin kepada si pendengar. “Kesantunan bahasa ialah tatacara
atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali
dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi.” Semakin
banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan
bertambahlah tingkat kesantunan si penutur (Asmah Hj Omar, 2002). Ia
sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang
dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. Walau
bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah masyarakat itu bersifat
khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau
masyarakat, mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain.
Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan
penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan
atau menetapkan soal kesopanan (Asmah Hj Omar, 2002).
Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada
pihak-pihak yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (customer
service). Tiada lagi kesantunan berbahasa ketika tetamu atau pelanggan
yang hadir meminta bantuan atau minta perkhidmatan pada pekerja yang
berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan, dan jabatan-jabatan yang
bertanggungjawab dalam penguatkuasaan, seperti polis dan imigresen.
Bahkan cara pertuturan mereka pula amat atau sedikit kasar serta tiada
senyuman yang terukir di wajah mereka. Manakala mereka yang
menggunakan kata carutan atau sumpahan boleh berlaku pada dua tahap
iaitu secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu
seperti ingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak,
menjadi agresif serta perlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang
dicemuhkan itu. Tahap yang kedua ialah secara tidak sedar atau tidak
sengaja yang mengakibatkan pengucapan kata ‘kotor’ secara spontan, di
tahap ini berlaku semasa seseorang itu menghadapi tekanan emosi seperti
dimalukan di khalayak, atau sewaktu melatah dalam kalangan masyarakat
Melayu (Abdull Sukor Shaari et-al, 2003).
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai