Anda di halaman 1dari 18

Kad jemputan digital dengan

MICROSOFT SWAY
Alternatif untuk membuat kad jemputan berasaskan web. Percuma dan mudah tanpa
perlu sebarang pengaturcaraan. Senang untuk anda masukkan elemen media dan juga
lebih mudah untuk berkongsi kad jemputan anda secara atas talian dan di sosial media.

Mohd Zulhilmi Ahmad


Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
Modul E-Kad Jemputan (Edisi Khas)

Cara buat Kad Jemputan Digital Percuma!

Bahan-bahan:

1. Akaun Microsoft (Emel).


2. Aplikasi Microsoft Sway.

Cara-cara:

1. Pergi ke https://www.office.com/ dan daftar. Boleh rujuk LAMPIRAN 1 di muka surat 8.

2. Daftar masuk. Pilih aplikasi SWAY.

3. Pilih “Create New”.

4. Masukkan tajuk dan latar belakang. Cara masukan latar belakang, tarik sahaja gambar yang suka,
ataupun boleh muat naik gambar sendiri di “Suggested”.

1
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
5. Kemudian tambah Heading. Namakan sebagai Kad Jemputan. Caranya, klik butang ikon tambah
warna hijau, dan klik Heading 1.

6. Selepas itu, muat naik kad jemputan. Klik butang ikon tambah warna hijau dan pilih Image.

7. Klik pada kotak Drag an Image here, panel pencarian akan muncul di sebelah kanan. Klik
Suggested, dan pilih My device untuk pilih lokasi pemyimpanan kad jemputan.

2
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
6. Jangan lupa setkan saiz kad, mengikut citarasa anda. Saya setkan saiz sederhana.

Adam & Hawa

7. Langkah seterusnya lokasi majlis. Boleh meletakkan peta daripada Google Map. Sebelum itu
tambah Heading 1 dan namakan ia sebagai Lokasi Majlis.

8. Kemudian, Klik ikon tambah > Media > Embed

8. Buka New Tab > Google Map > Search Lokasi yang anda mahukan.

9. Klik Kongsi (Share).

3
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
10. Seterusnya, klik membenamkan peta (Embed Map), salin HTML (Copy HTML).

11. Paste kod ini dalam kad Embed di SWAY.

12. Jangan lupa laraskan saiz mengikut kesesuaian.

4
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
13. Langkah untuk membuat galeri gambar. Klik ikon tambah warna hijau itu. Pilih Group > Grid.

14. Masukkan gambar ke dalam Sway. Untuk muat naik gambar sendiri pergi ke Suggested > My
device.

15. Heading seterusnya adalah Terima kasih. Selepas itu, tambah kad Embed.

16. Pergi ke https://giphy.com/ . Pilih sahaja gambar yang anda sukakan. Dapatkan kod embed.

5
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
17. Cara nak dapatkan embed code di Giphy. Klik pada gambar yang anda suka, dan paparan
tersebut akan keluar. Klik Embed, copy kod embed dan paste kembali dalam kad embed di Sway.

17. Hasil setakat ini ada 4 kad Heading yang telah dimasukkan.

18. Boleh klik Design untuk Preview dan Play untuk mainkan hasil Sway. Tema dan layout juga boleh
ditukarkan di Style. Semuanya boleh dilakukan tanpa perlu tahu pengaturcaraan web.

6
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
19. Cara nak kongsikan Sway. Klik butang SHARE, dan perkongsian boleh melalui telegram,
whatsapp, FB, dan sebagainya.

20. Anda boleh pendekkan url di atas di http://gg.gg/ . Ini untuk mudahkan perkongsian pautan.

21. Boleh copy pautan yang telah dipendekkan. Mudah untuk kongsikan terus melalui rangkaian
social anda. (Telegram, Whatsapp, FB, dll).

22. Semoga Berjaya!

7
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
Lampiran 1:

Mendaftar emel Microsoft

Untuk bermula dengan Microsoft Sway, pergi ke laman utama Office 365. Anda perlukan
emel Microsoft untuk mendapatkan aplikasi Sway dan ia adalah percuma. Ikuti langkah-
langkah berikut untuk mendapatkan akaun Office 365 versi percuma.

1. Pergi ke URL https://signup.live.com

2. Masukkan email anda yang sedia ada seperti Outlook, Hotmail, Gmail, Ymail. Klik “Next”.

8
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
Jika emel yang dimasukkan sudah pernah didaftarkan, maka akan keluar peringatan. Jadi
anda perlu cipta emel yang baru ataupun masukan emel yang lain.

3. Cipta kata laluan (lebih 8 aksara & ada gabungan huruf serta nombor) dan kemudian klik
“Next”.
*Peringatan: bahawa akaun ini tiada kena mengena dengan akaun sedia ada anda. Proses
ini hanya mengintegrasikan emel anda. Contoh, integrasikan emel Gmail menjadi emel
Microsoft. Tujuannya untuk memudahkan anda, guna satu emel untuk akses pelbagai
platfom.

9
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
4. Masukan nama. Contoh: First Name: Mohd Zulhilmi | Last Name: bin Ahmad. Klik “Next”.

5. Pilih Country: Malaysia dan pilih tarikh lahir anda. Klik “Next”.

6. Sistem Microsoft akan menghantar kod keselamatan ke emel yang anda guna untuk
daftar.

10
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
Buka emel anda, dan tunggu seketika sampai anda menerima emel daripada Microsoft
account team seperti gambar rajah di bawah. Salin(copy) kod yang diberikan, kemudian
kembali ke portal pendaftaran tadi, dan paste kod di ruang yang disediakan.

11
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
7. Masukan Security Code seperti yang tertera dan klik “Next”. Pendaftaran selesai.

8. Anda akan di bawa ke halaman portal akaun Microsoft yang baharu anda daftarkan.
Kemudian pilih, More action>View Inbox.

9. Sistem akan bawa anda ke portal Outlook.


*Peringatan: Proses ini hanya dilakukan sekali sahaja. Masa hadapan, anda boleh terus ke
portal Office 365 (office.com), dan daftar masuk (sign in) gunakan emel & kata laluan ini. Jika
anda sudah membeli Office 365, anda tidak perlu membuat langkah ini kerana sudah tersedia
dalam akaun Office 365 anda.

12
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
10. Sesudah anda sampai ke halaman ini, Klik ikon >.

Pilih bahasa, dan zon masa (UTC+0800) Kuala Lumpur,Singapore). Klik ikon >.

Pilih tema yang anda suka. Kemudian Klik ikon >.

13
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
Biarkan dalam keadaan Default. Boleh diubah tetapan ini kemudian. Teruskan klik ikon >.

Tunggu sehingga anda lihat gambar rajah di bawah. Kemudian klik Let’s go.

14
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
11. Ini adalah kotak masuk (inbox) emel Microsoft anda. Sekali lagi, ia tidak mengganggu
emel anda yang sedia ada.

12. Pilih dan klik pada ikon di sebelah atas kiri . Kemudian klik ikon Office

15
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
13. Ini adalah portal rasmi Office 365. Di masa hadapan, jika anda mahu menggunakan
aplikasi Office atas talian, anda boleh terus ke https://www.office.com/ dan daftar
masuk (sign in) menggunakan emel dan kata laluan yang telah anda daftarkan.

14. Masukkan emel anda. Klik Next.

15. Masukkan kata laluan anda. Klik Sign in. *Pilih Keep me signed in jika perlu.

16
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway
16. Jika kali pertama, anda akan melihat mesej ini. Klik kotak Don’t show this again > Next.

17. Seterusnya, anda sudah sampai ke halaman utama Office 365. Ini adalah akaun yang
percuma untuk digunakan. Anda boleh menggunakan aplikasi Office yang ada secara atas
talian.

*Menggunakan aplikasi Office 365 ini, antara kelebihannya ialah anda tidak perlu risau untuk
simpan (Save) kerja anda setiap masa. Ini kerana fail yang anda kerjakan secara automatik
akan disimpan di dalam storan awan, OneDrive. Jika anda berminat untuk membeli Office 365
versi penuh, maka boleh klik butang Buy Office 365.

17
Modul Kad Jemputan Digital dengan Microsoft Sway

Anda mungkin juga menyukai