Anda di halaman 1dari 66

PENCERITAAN DIGITAL

DENGAN MICROSOFT SWAY


Belajar membina persembahan interaktif atas talian
dengan mudah & tanpa pengaturcaraan

Abstrak
Modul ini membantu pengguna untuk menghasilkan bahan penceritaan digital yang interaktif
secara atas talian. Dengan menggunakan aplikasi percuma iaitu Microsoft Sway, pengguna
boleh membina portal/web digital tanpa perlu menggunakan sebarang bahasa
pengaturcaraan. Membuatkan pengguna lebih mudah dan senang untuk fokus pada
pembangunan isi kandungan daripada format persembahan.

MOHD ZULHILMI BIN AHMAD


zulhilmi.ahmad3@outlook.com
Isi kandungan:

Tajuk Muka
surat
Modul 1: Pengenalan
1.1 Pengenalan modul 1
1.2 Objektif 1
1.3 Pengenalan kepada Microsoft Sway 1
Modul 2: Daftar Aplikasi Office atas talian versi percuma!
2.1 Mendaftar emel Microsoft 4
Modul 3: Membina Penceritaan digital dengan Microsoft Sway
3.1 Memulakan Sway baharu. 14
3.1 Cara masukkan Kad Tajuk 1 (Heading 1) 19
3.3 Cara masukkan Kad Perkataan (Text) 20
3.4 Cara masukkan Kad Imej 21
3.5 Cara masukkan Kad Video 22
3.6 Cara menggunakan Kad Kumpulan (Group) 23
3.7 Cara pratonton (preview) hasil projek Sway 27
3.8 Cara mengubah format 28
A. Cara menggunakan fitur Olah Semula (Remix) 29
B. Cara mengubah susun atur (Layout) Paparan Sway 29
C. Cara mengubah suai (Customize) Sway 30
D. Cara memilih Tema Sway 31
3.9 Cara melihat Mod Pembaca 32
3.10 Cara pembaca menukar sendiri paparan Sway 33
3.11 Cara eksport Sway ke format Word & PDF 33
3.12 Cara menukar kembali Mod Pembaca kepada Mod Edit 35
3.13 Cara membuat perkongsian dengan Sway 35
3.14 Cara bekerjasama dengan Sway 36
Modul 4 (Bonus)
4.1 Cara mulakan Sway daripada topik (Start from a topic) 37
4.2 Cara mulakan Sway daripada dokumen (Start from a dokumen) 38
4.3 Cara muat naik & rekod audio 40
4.4 Cara set kebolehaksesan (Accessibility) Sway untuk Orang Kelainan Upaya 43
(OKU)
4.5 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Office atas talian (Online) 44
4.6 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Peta Google 48
4.7 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Gambar animasi. Gif. 51
4.8 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Google Form 54
4.9 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Padlet 56
4.10 Cara menanam kod (Embed Code) untuk 3D (Skecthfab) 59
Rujukan 63

1
Modul 1: Penceritaan digital dengan Microsoft Sway
1.1 Pengenalan modul
Dari laporan pelajar hinggalah ke buletin bulanan, setiap kelas pada zaman ini mempunyai
banyak cerita untuk disampaikan. Bercerita secara digital dengan Microsoft Sway
membolehkan guru dan pelajar memberi tumpuan kepada isi kandungan dan tidak perlu
bimbang lagi tentang formatnya. Modul ini akan menunjukkan bagaimana Sway boleh
digunakan untuk menjadi penarik dan berkongsi cerita secara digital yang boleh dikongsikan.

1.2 Objektif
1. Ketahui cara Sway berfungsi untuk berkongsi teks, imej, video, dan kandungan dinamik
untuk menyampaikan penceritaan digital yang interaktif.
2. Lihat contoh implikasi penggunaan Sway di dalam kelas sebagai alat bantu mengajar.
3. Praktis & belajar mencipta Sway.
4. Fahami bagaimana Sway boleh digunakan dalam pelbagai subjek.

1.3 Pengenalan kepada Microsoft Sway

Guru dan pelajar menggunakan "penceritaan digital" untuk menjadikan cerita mereka lebih
menarik. Penceritaan digital ini menggabungkan teknologi moden (seperti imej dan video)
serta penulisan peribadi penulis untuk sampaikan mesej yang lebih jelas dan lebih bervariasi.
Berikut adalah beberapa contoh:

• Bahan bantu mengajar Matematik bersifat digital. Mudah diakses oleh pelajar untuk
mewujudkan pembelajaran campuran “Blended Learning”.
• Jurnal makmal sains dengan imej anggota dalaman badan dan video pendek yang
menerangkan cara ia bekerja.
• Buletin kelas yang lengkap dengan gambar aktiviti pelajar dan pautan sumber untuk
rujukan ibu bapa.
• Portal untuk program seni halus yang disertakan video dari latihan dan temu bual
dengan pengarah seni.
• Sebagai panduan prosedur bagaimana menggunakan pencetak 3D yang baru dan juga
merangkumi gambar cetakan model 3D ciptaan pelajar.

2
• Perpustakaan digital kelas, menyenaraikan buku baru yang dibeli dengan gambar
muka hadapan dan ringkasan setiap buku tersebut.

Microsoft Sway adalah aplikasi penceritaan digital yang mudah alih dan adaptif.
Membolehkan pelajar dan guru memberi tumpuan kepada isi kandungan berbanding format.
Aplikasi Sway adalah salah satu perkhidmatan Office 365 yang percuma yang menggabungkan
teks, imej, video, dan kandungan tertanam yang lain untuk hasilkan satu penceritaan secara
digital.

Kandungan Sway boleh dieksport menjadi kod QR untuk memudahkan perkongsian, dan juga
kandungan Sway boleh dimasukkan ke dalam halaman OneNote. Kandungan Sway yang telah
dikongsikan boleh dilihat dan disalin sebagai templat oleh pelawat , dan pencipta Sway juga
boleh mengesan berapa kali Sway mereka telah dilihat oleh pelawat.

Atas sebab-sebab inilah Microsoft Sway menjadi sumber aplikasi bercerita secara digital yang
mantap. Kursus ini akan mengajar anda cara membuat Sway dan berkongsikan cerita digital
anda diakhir modul nanti.

Jurnal Profesional: Bagaimanakah penceritaan digital boleh digunakan di kelas atau sekolah
anda? Senaraikan cadangan anda untuk menggunakan Sway di dalam kelas, samada
digunakan oleh anda sendiri ataupun pelajar.

3
Modul 2: Daftar Aplikasi Office atas talian versi percuma!
2.1 Mendaftar emel Microsoft

Untuk bermula dengan Microsoft Sway, pergi ke laman utama Office 365. Anda perlukan
emel Microsoft untuk mendapatkan aplikasi Sway dan ia adalah percuma. Ikuti langkah-
langkah berikut untuk mendapatkan akaun Office 365.

1. Pergi ke URL https://signup.live.com

2. Masukkan email anda yang sedia ada seperti Outlook, Hotmail, Gmail, Ymail. Klik “Next”.

4
Jika emel yang dimasukkan sudah pernah didaftarkan, maka akan keluar peringatan. Jadi
anda perlu cipta emel yang baru ataupun masukan emel yang lain.

3. Cipta kata laluan (lebih 8 aksara & ada gabungan huruf serta nombor) dan kemudian klik
“Next”.
*Peringatan: bahawa akaun ini tiada kena mengena dengan akaun sedia ada anda. Proses
ini hanya mengintegrasikan emel anda. Contoh, integrasikan emel Gmail menjadi emel
Microsoft. Tujuannya untuk memudahkan anda, guna satu emel untuk akses pelbagai
platfom.

5
4. Masukan nama. Contoh: First Name: Mohd Zulhilmi | Last Name: bin Ahmad. Klik “Next”.

5. Pilih Country: Malaysia dan pilih tarikh lahir anda. Klik “Next”.

6. Sistem Microsoft akan menghantar kod keselamatan ke emel yang anda guna untuk
daftar.

6
Buka emel anda, dan tunggu seketika sampai anda menerima emel daripada Microsoft
account team seperti gambar rajah di bawah. Salin(copy) kod yang diberikan, kemudian
kembali ke portal pendaftaran tadi, dan paste kod di ruang yang disediakan.

7
7. Masukan Security Code seperti yang tertera dan klik “Next”. Pendaftaran selesai.

8. Anda akan di bawa ke halaman portal akaun Microsoft yang baharu anda daftarkan.
Kemudian pilih, More action>View Inbox.

9. Sistem akan bawa anda ke portal Outlook.


*Peringatan: Proses ini hanya dilakukan sekali sahaja. Masa hadapan, anda boleh terus ke
portal Office 365 (office.com), dan daftar masuk (sign in) gunakan emel & kata laluan ini. Jika
anda sudah membeli Office 365, anda tidak perlu membuat langkah ini kerana sudah tersedia
dalam akaun Office 365 anda.

8
10. Sesudah anda sampai ke halaman ini, Klik ikon >.

Pilih bahasa, dan zon masa (UTC+0800) Kuala Lumpur,Singapore). Klik ikon >.

Pilih tema yang anda suka. Kemudian Klik ikon >.

9
Biarkan dalam keadaan Default. Boleh diubah tetapan ini kemudian. Teruskan klik ikon >.

Tunggu sehingga anda lihat gambar rajah di bawah. Kemudian klik Let’s go.

10
11. Ini adalah kotak masuk (inbox) emel Microsoft anda. Sekali lagi, ia tidak mengganggu
emel anda yang sedia ada.

12. Pilih dan klik pada ikon di sebelah atas kiri . Kemudian klik ikon Office

11
13. Ini adalah portal rasmi Office 365. Di masa hadapan, jika anda mahu menggunakan
aplikasi Office atas talian, anda boleh terus ke https://www.office.com/ dan daftar
masuk (sign in) menggunakan emel dan kata laluan yang telah anda daftarkan.

14. Masukkan emel anda. Klik Next.

15. Masukkan kata laluan anda. Klik Sign in. *Pilih Keep me signed in jika perlu.

12
16. Jika kali pertama, anda akan melihat mesej ini. Klik kotak Don’t show this again > Next.

17. Seterusnya, anda sudah sampai ke halaman utama Office 365. Ini adalah akaun yang
percuma untuk digunakan. Anda boleh menggunakan aplikasi Office yang ada secara atas
talian.

*Menggunakan aplikasi Office 365 ini, antara kelebihannya ialah anda tidak perlu risau untuk
simpan (Save) kerja anda setiap masa. Ini kerana fail yang anda kerjakan secara automatik
akan disimpan di dalam storan awan, OneDrive. Jika anda berminat untuk membeli Office 365
versi penuh, maka boleh klik butang Buy Office 365.

13
Modul 3: Membina Penceritaan digital dengan Microsoft Sway

3.1 Memulakan Sway baharu.


Anda boleh ke https://www.office.com dan akses menggunakan akaun Microsoft.

1. Memulakan projek baharu Sway, klik pada ikon

2. Sebaik sahaja anda klik ikon Sway, anda akan melihat papan pemuka Sway.

14
Zon 1
Dari sini anda boleh memulakan Sway baharu dengan 3 cara:

No Cara Penerangan

1 Buat Baharu buat Sway anda dari awal.


Create New

2 Mula dari topik Sway akan menambah kandungan untuk anda


Start from a topic berdasarkan topik yang anda pilih.

3 Mulakan dari dokumen memuat naik kandungan dari dokumen Word,


Start from a document PowerPoint atau PDF.

Zon 2
Segala projek Sway anda akan disimpan di sini. Anda tidak perlu menekan butang Ctrl+S
setiap masa kerana Sway adalah aplikasi atas talian.

Zon 3
Anda juga punyai pilihan untuk bermula menggunakan templat yang telah disediakan pada
bahagian ini.

15
3. Memulakan projek Sway dengan cara Buat Baharu (Create New)

Kita akan mempelajari membuat satu projek Sway yang bertemakan “Malaysia”. Sway
menggunakan kad untuk membina kandungannya yang berteraskan media digital. Kad boleh
mengandungi teks, imej, video terbenam (Embedded Video), tweet, dan rakaman bunyi.

Sumber imej dan video boleh didapati dalam talian atau dimuat naik dari komputer atau
peranti mudah alih. Sway juga membantu anda mencari imej dan video yang dikehendaki. Ia
boleh dilakukan dalam beberapa cara:

Cara pencarian Penerangan

Carian yang dicadangkan (Suggested) Sway mencadangkan carian imej


berdasarkan teks dalam Kad Tajuk

Peranti Saya memuat naik imej dari peranti yang


digunakan untuk membuat Sway

OneDrive masukkan imej yang disimpan dalam


OneDrive

Selain daripada cara di atas, anda juga boleh menggunakan enjin pencarian yang lain seperti
untuk imej, Pickit, Flickr, dan Bing Images. Manakala untuk video, anda boleh gunakan
Youtube.

16
Enjin pencarian pintar untuk Sway.

Kad juga boleh disusun semula dan ditambah dengan mengklik simbol di bawah mana-
mana kad sedia ada.

17
Jom mulakan projek Sway. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

• Klik Create New.

• Kad pertama dalam Sway biasanya kad tajuk. Kad tajuk adalah teks dengan imej latar
belakang pilihan. Berikan tajuk untuk projek anda.

• Tambah gambar latar belakang (background image).

• Secara automatik, akan keluar hasil carian berdasarkan tajuk yang anda masukkan di
panel sebelah kanan.

18
• Pilih dan klik pada gambar yang anda mahukan. Tarik masuk ke dalam kotak latar
belakang (Background).

3.2 Cara masukkan Kad Tajuk 1 (Heading 1)

Seterusnya, kita akan menambah Kad Tajuk 1 (Heading 1). Klik simbol dan pilih Heading
1.

19
• Namakan Kad Tajuk 1 ini sebagai “Pengenalan”.
• Emphasize untuk tebalkan perkataan tersebut.

3.3 Cara masukkan Kad Perkataan (Text)

• Menambah Kad Perkataan (Text). Klik simbol dan pilih Text.

• Masukkan maklumat tentang Malaysia. Anda boleh buat carian daripada buku Sejarah
ataupun sumber daripada Internet yang sah. Untuk tujuan tutorial, anda boleh salin
(copy) perenggan di bawah ini, dan paste ke dalam Kad Teks di Sway.
“Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara.Malaysia
mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.Malaysia Barat atau
Semenanjung Malaysia bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan.Malaysia
Timur, bahagian utara Pulau Borneo bersempadankan Indonesia di selatan dan Brunei di
utara. Di zaman dahulu, Semenanjung Malaysia atau Semenanjung Melayu adalah pusat
perdagangan utama Asia Tenggara. Malaysia merdeka dari pemerintahan British pada Ogos
31, 1957 sebagai Persekutuan Malaya yang meliputi 11 negeri di Semenanjung Melayu iaitu
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Terengganu dan Kelantan. Pada September 16, 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah
mencapai kemerdekaan dari Britain dan menyertai Malaya. Negara Malaya telah mengubah
namanya kepada Persekutuan Malaysia. Singapura telah meninggalkan Malaysia pada tahun
1965.”
Rujukan: https://emizy227599.wordpress.com/2015/06/20/malaysia-5-tempat-bersejarah-
di-malaysia/

20
Bagus, atas pencapaian setakat ini. Selepas ini kita akan pelajari memasukkan kad imej dan
video serta bagaimana menggunakan Kad Kumpulan (Group).

3.4 Cara masukkan Kad Imej

Seperti biasa, klik ikon dan pilih kategori Media. Pilih Image.

• Secara automatik seperti Kad Tajuk, panel carian akan muncul disebelah kanan. Pilih
gambar yang menunjukkan Peta Malaysia.

• Tarik gambar Peta Malaysia yang dipilih, masuk ke dalam kotak latar belakang
(Background).

21
• Anda boleh tukar keterangan (Caption) kepada Peta Malaysia.
• Gunakan Emphasize untuk tebalkan perkataan.

3.5 Cara masukkan Kad Video


Pilih Media > Video. Kemudian cari video tentang Malaysia. Cadangan masukkan video Lagu
Kebangsaan Malaysia.

• Anda boleh tukar keterangan (Caption) seperti di atas.


• Gunakan Emphasize untuk tebalkan perkataan.

22
3.6 Cara menggunakan Kad Kumpulan (Group)
Kad kumpulan (Group) ini adalah kad yang membolehkan anda menggabungkan gambar.
Terdapat beberapa jenis kumpulan seperti ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah ini.

Jenis Kad Kumpulan

Jenis Penerangan
Automatik Sistem akan mengatur gambar mengikut kesesuaian.

Grid Kumpulan ini mengatur imej bersama dalam corak grid

Perbandingan Ini adalah cara untuk membandingkan dua imej (seperti haiwan dan
(Comparison) tulang haiwan)

Timbunan Imej disusun di atas satu sama lain, seperti timbunan foto.
(Stack)

Tayangan Imej disusun dalam tayangan slaid dan pergerakkan gambar boleh
slaid ditukar oleh pembaca sendiri.
(Slideshow)

• Sebelum anda menambah Kad Kumpulan, sila tambah sau Kad Tajuk 1 yang baru.
Namakan sebagai “5 Tempat bersejarah Di Malaysia”.

23
Jom belajar menggunakan Kad Kumpulan ini.

• Sekiranya anda telah mempunyai simpanan gambar sendiri, anda boleh muat naik
gambar-gambar tersebut. Pilih menu Media > Upload.

• Sistem akan buka sotran komputer anda. Bolehlah anda memilih folder yang
menyimpan gambar-gambar yang hendak dimuat naik ke Projek Sway anda.

• Pilih kesemua gambar, dan klik Open untuk muat naik.

24
• Selepas selesai proses muat naik, secara auto gambar dikumpul dan berwarna hijau
seperti gambar rajah di bawah ini. Jika tidak, anda boleh tandakan pada kotak gambar
yang hendak dijadikan satu kumpulan.
• Boleh masukkan penerangan (Caption) pada setiap gambar.

No Ikon Penerangan
1
A = Untuk memilih jenis kumpulan
(Group).

B= Tetapan untuk saiz Kad


Kumpulan. Dari kiri, kecil,
sederhana, besar.

C= Untuk menghapuskan kad.

2
Kotak tanda pilihan.

25
• Pilih & klik Group > Automatic.

Selesai memasukkan video, gambar dan membuat kumpulan. Tahniah, anda telah mencapai
ke tahap ini. Berikut adalah hasil yang anda dapat setakat ini.

26
3.7 Cara pratonton (preview) hasil projek Sway
Untuk pratonton hasil projek Sway anda, boleh klik butang Design.

• Hasil pratonton projek “Malaysia”.

• Tetapan awal susun atur (layout) paparan projek anda adalah dalam keadaan paparan
Mendatar (horizontally). Gunakan simbol navigasi seperti di atas untuk melihat (A) isi
kandungan Sway, dan menggerakkan halaman Sway anda ke (B) kiri & (C) kanan.
Selain daripada paparan jenis Mendatar (Horizontally), paparan jenis Slaid (Slides)
juga menggunakan butang navigasi ini. Hanya paparan jenis Menegak (Vertical) yang
hanya punyai butang navigasi (A) Isi kandungan.

27
3.8 Cara mengubah format
Sekiranya anda ingin menukarkan format, Klik butang stail (Styles) di bahagian bar atas, ikon
yang paling kanan.

28
A. Cara menggunakan fitur Olah Semula (Remix)

Remix: Jika anda masih tidak suka dengan paparan Sway anda, tetapi tidak tahu apa yang
perlu diubah, cuba pilihan Remix! Sway akan memilih gabungan susun atur, warna, dan font
yang baru secara automatik untuk anda. Teruskan klik Remix! sehingga anda jumpa dan
berkenan dengan susun atur paparan untuk projek penceritaan digital anda.

B. Cara mengubah susun atur (layout) paparan Sway

Susun atur paparan Sway mempunyai 3 jenis seperti di atas.

Paparan Penerangan

Paparan Menegak Anda atau pembaca perlu skrol ke bawah dan ke atas
(Vertical): untuk membaca kandungan projek Sway anda.
Mempunyai butang navigasi Isi Kandungan. Rujuk m/s 27.

Paparan Mendatar Anda atau pembaca perlu menggunakan butang navigasi


(Horizontal) yang disediakan untuk membaca dan menukarkan
halaman Sway. Rujuk m/s 27.

Paparan Slaid Sama seperti paparan Mendatar. Anda atau pembaca


(Slides) perlu menggunakan butang navigasi yang disediakan
untuk membaca dan menukarkan halaman Sway. Rujuk
m/s 27.

• Untuk projek “Malaysia” ini, anda dicadangkan memilih paparan Menegak (Vertical).

29
C. Cara mengubah suai (Customize) Sway

Sway membenarkan anda untuk melakukan pengubahsuaian yang minimal keada warna,
tipografi, dan tekstur. Ini kerana tujuan Sway dicipta adalah untuk memberi ruang kepada
pengguna agar memfokuskan kepada isi kandungan bukannya format atau susun atur.

• Jadi, untuk pengubah suaian Sway anda boleh klik pada butang ubah suai (Customize).
untuk memilih inspirasi warna, palet warna, pilihan font (pilihan agak terhad), ubah
saiz teks dan pergerakkan animasi. Animasi merujuk kepada bagaimana gambar dan
teks muncul di Sway.

30
D. Cara memilih Tema Sway
Terdapat pelbagai tema tersedia dalam Sway untuk anda pilih dan mengikut citarasa.Cara
untuk pilih, klik sahaja pada mana-mana tema yang anda rasa berkenan. Sistem Sway akan
menukarkannya dalam beberapa ketika sahaja. Konsep ini sama seperti anda menggunakan
fungsi Olah Semua (Remix).

Yeay,
Banyaknya
Templat!

Selesai sudah proses pengubah suaian projek anda. Kini tiba masanya untuk melihat hasil
Sway anda dalam mod pembaca. Mod ini akan menunjukkan bagaimana pembaca melihat
Sway anda bilamana anda berkongsikan Sway ini dengan mereka.

Terbaik!

31
3.9 Cara melihat Mod Pembaca
Mod Pembaca ini kebiasaannya dilakukan setelah anda selesai projek. Untuk bermula dan
melihat hasil Sway anda dalam Mod Pembaca, anda boleh cari butang Main (Play) di bar hitam
bahagian atas. Klik padanya dan sistem akan menukarkan Sway anda dari Mod Edit kepada
Mod Pembaca.

• Hasil paparan Sway dalam Mod Pembaca dalam paparan Menegak (Vertical).

32
3.10 Cara pembaca menukar sendiri paparan Sway
Pembaca boleh menukar sendiri susun atur (layout) Sway anda mengikut keselesaan mereka
tanpa perlu memohon anda melakukannya. Ia hanya tukar susun atur sahaja, tidak pada
kandungan Sway anda. Melainkan anda memberikan akses kepada mereka untuk edit.

• Klik ikon dan pilih jenis susun atur yang dimahukan.

3.11 Cara eksport Sway ke format Word & PDF


Sebagai pengguna Sway, anda punyai pilihan untuk menyimpan projek Sway anda dalam
format Word atau PDF. Ia juga sebagai alternatif untuk menyimpan kandungan Sway di luar
talian.

• Caranya, Klik ikon > Export.

33
• Mesej berikut akan muncul, dan anda perlu pilih format yang anda mahu eksport.

• Tunggu seketika, anda akan lihat paparan seperti berikut.

• Selepas selesai proses penukaran format, sistem akan meminta anda untuk pilih
tindakan seterusnya, samada untuk terus buka, ataupun pilih lokasi dan simpan di
dalam komputer.

Wow! Seronoknya
boleh eksport Sway
untuk simpanan

34
3.12 Cara menukar kembali Mod Pembaca kepada Mod Edit
Jika anda ingin kembali mengubah suai tema, warna & jenis teks serta susun atur paparan
projek anda, boleh klik Edit untuk kembali ke mod Edit dan melakukan pengubahsuaian.

3.13 Cara membuat perkongsian dengan Sway

• Klik butang Kongsi (Share), dan paparan tetapan akan muncul seperti gambar rajah
di bawah ini. Di bahagian jemput orang untuk (Invite people to), pilih Lihat (View).

• Salin pautan (link) URL dengan klik pada ikon dan anda boleh kongsikannya
kepada mereka yang anda mahukan untuk melihat hasi kerja projek anda. Jika di
masa hadapan, anda ingin menamatkan perkongsian ini, maka boleh klik More
Option > Reset the Share Settings.

• Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk terus berkongsikan projek Sway anda
di Media Sosial yang telah disediakan.

Kalau Office 365


premium, tetapan
kongsi ini lebih
banyak pilihan

35
3.14 Cara bekerjasama dengan Sway
Terdapat banyak cara mudah untuk membuat dan mengedit Sway. Sekiranya ada sekumpulan
pelajar sedang menjalankan laporan makmal yang sama, dan mereka ingin bersama-sama
mengarang laporan menggunakan Sway, mereka perlu

• Klik butang Kongsi (Share) > dan paparan tetapan akan muncul seperti gambar rajah
di bawah ini. Di bahagian jemput orang untuk (Invite people to) > pilih Edit.

• Salin pautan (link) URL dengan klik pada ikon dan anda boleh kongsikannya
kepada mereka yang anda mahukan untuk melihat hasi kerja projek anda. Jika di
masa hadapan, anda ingin menamatkan perkongsian ini, maka boleh klik More
Option > Reset the Share Settings.

• Sesiapa yang mempunyai pautan jemputan tersebut akan dapat mengedit Sway itu
pada masa yang sama. Perkongsian ini boleh dilakukan sehingga kepada 10 orang
secara serentak.

36
Modul 4 (Bonus)
4.1 Cara mulakan Sway daripada topik (Start from a topic)

• Bila anda sudah daftar masuk ke paparan utama Sway, anda boleh Klik Mula dari
Topik (Start from a topic) > Masukkan topik yang anda mahu.

• Sesudah anda masukkan topik yang dikehendaki, klik butang Create Outline.
Maklumat yang akan dikumpulkan menggunakan pencarian pintar yang dikuasaikan
oleh Wikipedia. Tunggu seketika, untuk proses pencarian maklumat.

37
• Setelah selesai, anda boleh terus memainkan Sway untuk persembahan, bacaan dan
juga perkongsian. Sekiranya anda rasa untuk simpan, eksport sebagai Word atau PDF.

4.2 Cara mulakan Sway daripada dokumen (Start from a dokumen)

Sway memudahkan anda untuk menghasilkan persembahan berbentuk digital dan interaktif.
Anda boleh menggunkan kembali isi kandungan yang tersimpan dalam fail dokumen yang
sedia ada seperti Word, PowerPoint, dan PDF. Saiz dokumen yang dibenarkan untuk muat
naik ke Sway adalah tidak melebihi daripada 20MB.

• Klik Mula dari Dokumen (Start from a document) dan paparan tetingkap akan muncul
untuk membenarkan anda memilih dokumen yang hendak digunakan.

38
• Tunggu seketika, untuk proses memuat naik dokumen dan penukaran isi kandungan
dari Word ke Sway.

• Hasil muat naik dokumen Word ke Sway. Untuk tutorial ini, saya menggunakan
kembali dokumen projek yang telah dieksport ke format Word.

39
4.3 Cara muat naik & rekod audio

• Klik simbol > Media > Audio

• Ada 2 cara untuk masukkan audio.

Cara pertama: Klik Tambah Fail Audio (Add an audio file) > Pilih audio yang disimpan dalam
komputer anda. Format yang boleh dimuat naik adalah .mp3 dan .wav.

• Sistem akan membuka folder komputer anda. Sila pilih audio yang hendak
dimasukkan. Kemudian klik Open.

40
• Tunggu seketika untuk dimuat naik ke Sway. Mesej seperti di atas akan muncul.

• Jika muat naik sudah selesai, anda akan perolehi paparan seperti di atas.

Cara kedua: Anda boleh rekod audio sendiri, samada mahu merekod suara ataupun bunyi.

• Klik ikon rekod

• Selepas itu, akan muncul mesej dari Sway untuk meminta kebenaran menggunakan
mikrofon komputer anda. Jika anda tiada mikrofon dalam komputer, maka boleh
menggunakan Fon Kepala (Headphone) yang punyai Mikrofon.

41
• Akan muncul tombol rekod di bawah. Maksimum rekod adalah selama 5 minit. Anda
boleh memberhentikan seketika semasa proses merekod dan sambung kembali.

• Klik setelah selesai proses merekod.

• Anda boleh mainkan & nilai hasil rekod tersebut dahulu. Jika anda berpuas hati
dengan hasil rekod, maka boleh klik Tambah ke Sway (Add to Sway). Jika tidak,
boleh rekod kembali. Klik sahaja butang Re-record.

• Jika anda tambah audi ke Sway, tunggu seketika untuk dimuat naik.

• Selesai, begitulah dua cara untuk menambahkan fail audio ke dalam Sway.

42
4.4 Cara set kebolehaksesan (Accessibility) Sway untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)
Antara keistimewaan aplikasi Sway ini, adalah ia juga dicipta untuk membolehkan Orang
Kurang Upaya menikmati persembahan Sway anda.
Penerangan:

Pemeriksa Kebolehaksesan Memeriksa isi kandungan Sway anda yang mungkin boleh
(Accessibility Checker) memberi kesukaran kepada OKU untuk baca.

Paparan Kebolehaksesan Memaparkan Sway pada kontras yang tinggi dengan fungsi
(Accessibility View) papan kekunci yang optimum dan akses kepada pembaca
skrin.

• Klik ikon > Pemeriksa Kebolehaksesan (Accessibility Checker)

43
• Klik ikon > Paparan Kebolehaksesan (Accessibility View)

• Hasil perbandingan antara paparan Normal dengan Paparan Kebolehaksesan

• Info lanjut: Tip untuk menjadikan Sway anda mesra kebolehaksesan.

4.5 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Office atas talian (Online)
Dengan menggunakan Sway, anda boleh integrasikan aplikasi Office atas talian yang lain ke
dalam Sway. Contoh, seperti aplikasi Word dan PowerPoint atas talian. Caranya mudah, anda
perlu menanam (embed) kod aplikasi Office yang dikehendaki ke dalam Sway menggunakan
Kad Tanam (Embed Card).

• Klik ikon Media > Embed

44
• Gambar rajah di atas adalah Kad Tanam (Embed).

• Antara sumber laman sesasawang yang boleh di tanam masuk ke dalam Sway adalah
daripada Sketchfab, Vimeo, dan Twitter.

• Laman sesawang lain yang menyokong fitur ini adalah seperti berikut:

Laman Microsoft Laman lain-lain

• Microsoft Forms • Esri ArcGIS Online • Mixcloud


• Microsoft Sway • Facebook • NPR
• Microsoft OneDrive • Flat.io • Padlet
(Word, Excel, • Flipgrid • PhET
PowerPoint, and PDF • GeoGebra • Planet eStream
documents) • Giphy • Poll Everywhere
• Microsoft Power BI • Google Calendar • Sketchfab
• Microsoft Docs.com • Google Docs • SoundCloud
• Microsoft Office Mix • Google Forms • Ted
• Microsoft Pulse • Google Maps • Twitter
• Microsoft Stream • Infogram • Vimeo
• Microsoft Channel 9 • MolView • Vine
• LinkedIn Posts • Wizer.Me
• SlideShare • YouTube

45
• Langkah seterusnya, anda perlu mendapatkan kod tanam daripada salah satu
aplikasi Office atas talian yang ada. Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan Word.

• Pergi ke OneDrive > Klik New > Word document

• Sistem akan membuka tetingkap yang baharu untuk Word.

• Klik File > Share > Embed

46
• Salin (Copy) Kod Tanam (Embed Code) yang ditandakan biru itu.

• Anda juga boleh membuat mengubahsuaian pada saiz ukuran dimensi paparan.

• Klik Tutup (Close)

• Pergi kembali ke portal Sway, dan paste Kod Tanam tadi ke dalam ruang yang
disediakan dalam Kad Tanam.

47
• Jika anda boleh lihat, kod tanam akan bermula dengan </iFrame> < URL> </iFrame>.

• Berikut adalah hasil memasukkan Word atas talian ke dalam Sway.

• Cara ini juga boleh diaplikasikan pada aplikasi Office yang lain seperti PowerPoint,
Excel dan bahkan Sway sendiri boleh ditanam masuk ke dalam Sway.

4.6 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Peta Google


• Anda boleh buka Google Map guna apa-apa jenis pelayar (Browser) yang anda
selesa.

• Cari nama tempat yang anda mahukan.

48
• Langkah seterusnya, klik butang kongsi.

• Pilih dan klik Membenamkan peta (Embed Map)

49
• Klik SALIN HTML dan paste dalam Kad Tanam (Embed Card) di dalam Sway anda.

50
• Gambar rajah di bawah adalah hasil memasukkan Peta atas talian ke dalam Sway.

• Peta yang dimasukkan bersifat interaktif, di mana pembaca boleh menggunkan fitur
zoom in & zoom out serta boleh menggerakkan peta ke Kawasan yang dikehendaki
menggunakan kursor tetikus.

• Cara ini juga boleh diaplikasikan pada aplikasi Office yang lain seperti PowerPoint,
Excel dan bahkan Sway sendiri boleh ditanam masuk ke dalam Sway.

4.7 Cara menanam kod (Embed Code) untuk gambar animasi .Gif.
• Anda boleh buka portal https://giphy.com/ guna apa-apa jenis pelayar (Browser)
yang anda selesa.

• Cari gambar yang anda mahu. Gunakan fungsi carian untuk dapat keputusan dengan
lebih pantas.

51
• Setelah anda memilih gambar .gif yang anda mahukan, klik Embed di panel sebelah
kanan.

• Salin kod tanam tersebut, dan paste di dalam Kad Tanam (Embed Card) anda dalam
Sway.

52
• Klik butang Main (Play) atau Design untuk pratonton hasilnya. Jika perlu, ubah
saiznya.

• Gambar rajah di bawah adalah hasil memasukkan gambar .GIF atas talian ke dalam
Sway.

53
4.8 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Google Form

• Pilih templat atau anda boleh hasilkan borang (Form) sendiri. Untuk tutorial ini, saya
akan gunakan templat Contact Information.

• Klik butang hantar (Send) untuk dapatkan kod tanam. Tetapan Hantar borang (Send
form) akan muncul seperti paparan di bawah ini.

• Pilih dan klik ikon tanam (Embed) < >, dan salin kod yang diberikan. Paste di dalam
kad tanam (Embed card) dalam Sway.

54
• Klik butang Main (Play) atau Design untuk pratonton hasilnya. Jika perlu, ubah
saiznya.

• Gambar rajah di bawah adalah hasil memasukkan Google Form atas talian ke dalam
Sway.

55
4.9 Cara menanam kod (Embed Code) untuk Padlet

Anda perlu mempunyai akaun Padlet. Boleh daftar secara percuma di https://padlet.com
menggunakan emel Google, Facebook, Microsoft atau cipta akaun baharu.

• Setelah selesai, anda harus menciptakan satu projek Padlet. Kemudian klik butang
Kongsi (Share) untuk dapatkan kod tanam.

56
• Klik dan pilih butang Tanam dalam Blog atau Laman sesawang anda (Embed in your
blog or your website). Kod tanam akan muncul.

• Anda juga boleh dapatkan Kod QR daripada Padlet ini. Kemudian anda boleh letakkan
dalam Sway. Contoh: Pelajar hasilkan laporan berkumpulan dalam Padlet, dan guru
kumpulkan dalam Sway.

57
• Salin kod seperti di atas dan paste ke dalam Kad Tanam (Embed Card) dalam Sway.

• Klik butang Main (Play) atau Design untuk pratonton hasilnya. Jika perlu, ubah saiz
paparan.

58
• Gambar rajah di bawah adalah hasil memasukkan Padlet atas talian ke dalam Sway.

4.10 Cara menanam kod (Embed Code) untuk 3D (Skecthfab)


Anda perlu mempunyai akaun Sketchfab. Boleh daftar secara percuma di
https://sketchfab.com/ menggunakan emel Google, Facebook, Twitter atau cipta akaun
baharu.

59
• Setelah selesai, anda boleh buat carian model 3D yang anda mahukan. Contoh
seperti di atas.
Langkah seterusnya, dapatkan kod tanam. Skrol ke bawah sedikit, anda akan dapat lihat
anda butang </>Embed. Klik sekali dan akan muncul paparan kod tanam.

60
• Seperti biasa, salin (copy) kod tanam (Embed code) tersebut dan paste ke dalam Kad
Tanam Sway. Anda boleh tandakan tetapan yang anda mahukan. Rujuk pada kotak 2.

• Klik butang Main (Play) atau Design untuk pratonton hasilnya. Jika perlu, ubah saiz
paparan.

61
• Gambar rajah di bawah adalah hasil memasukkan model 3D Sketchfab atas talian ke
dalam Sway.

• Boleh juga lihat model 3D dalam VR. Selamat mencuba.

62
Rujukan
Contoh Sway:
Bahan bantu mengajar (Matemtik):
https://sway.office.com/0WDQZ9MXgWcRtczE?ref=Link&loc=play
Buletin Kelas: https://sway.office.com/4DFyRaBiLWH0O4DA?ref=Link&loc=play
Laporan jurnal sains: https://sway.office.com/ztL2ZpgEVuaydUrl?ref=Link&loc=play
Laporan makmal sains: https://sway.office.com/sSz1STGhCmF1HCMM?ref=Link&loc=play
Program Seni: https://sway.office.com/2bS73n8eAFuqhrKM?ref=Link&loc=play

Kursus Sway di Microsoft Educator Community: https://education.microsoft.com/courses-


and-resources/courses/digital-storytelling-with-microsoft-sway
Keupayaan aksesibiliti
https://blogs.msdn.microsoft.com/accessibility/2017/11/06/inclusion-in-action-veronica/

Padlet + Sway https://blogs.msdn.microsoft.com/eduiceland/2017/01/17/padlet-sway/


Tanam kandungan (Embed Content) https://support.office.com/en-us/article/embed-
content-in-your-sway-1e1ab12a-f961-4a26-8afc-77a15f892b1d?ui=en-US&rs=en-US&ad=US
Sumber latihan dan sokongan Microsoft https://support.office.com/

63
Jika anda berminat mendapatkan perkhidmatan Instruktor untuk Latihan Dalam Perkhidmatan @
Pembangunan Professional untuk tajuk seperti berikut:

1. Meningkatkan produktiviti dengan Aplikasi Office 365 untuk personal/pendidikan (sekolah,


IPTA/IPTS).
Aplikasi Office: Word, PowerPoint, OneNote, Teams, Sway, OneDrive & Outlook
2. Mewujudkan pembelajaran & pengajaran digital dengan OneNote.
3. Manipulasi grafik 2D & 3D dengan mudah menggunakan PowerPoint (versi Office 365).
4. Edit Video tambah efek 3D dengan cepat menggunakan aplikasi Win10.
5. Taklimat perkongsian cara mendapatkan Office 365 Education secara percuma untuk
sekolah dan IPTA/IPTS.
6. Gamifikasikan subjek anda menggunakan Minecraft Education.
7. Pembangunan Permainan Interaktif (Game 2D).
8. Kelas, Mentor, dan Program Robotik (EV3, RERO, ARDUINO).

Boleh hubungi saya di talian 017 388 6420 (Zulhilmi) @ Emel zulhilmi.ahmad3@outlook.com

64

Anda mungkin juga menyukai