Anda di halaman 1dari 4

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI

MS ISO 9001:2015
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

PROSEDUR KUALITI

PK 09
PENGURUSAN
PUSAT SUMBER

SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KELUARAN 6
SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL 1/3
PK09 SPSK JPNSEL

1. OBJEKTIF
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan seratus peratus (100%) murid terlibat dalam
program Pusat Sumber Sekolah.

2. SKOP
Prosedur ini digunakan bagi pengurusan penggunaan Pusat Sumber berkaitan dengan
proses peminjaman dan pemulangan buku serta penggunaan Pusat Sumber oleh murid.

3. RUJUKAN
3.1 Manual Kualiti.
3.2 Manual Sistem Automasi Pusat Sumber. (sekiranya ada)
3.3 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Buku.
3.4 Peraturan Penggunaan Peralatan dan Bilik-Bilik Khas Pusat Sumber.
3.5 Surat Pekeliling Iktisas Bil.13/1998 (Program Membina Tabiat Membaca).

4. DEFINISI
4.1 GPM : Guru Perpustakaan dan Media adalah Guru
yang bertanggungjawab menguruskan Pusat
Sumber Sekolah.
4.2 Pengawas PSS : Murid yang dilantik sebagai Pengawas Pusat
Sumber Sekolah.
4.3 Pembantu Pusat Sumber : Pembantu Am Pejabat yang ditugaskan
membantu Guru Media.
4.5 PSS : Pusat Sumber Sekolah.
4.6 Sistem Pinjaman atau Sirkulasi : Sistem Pinjaman Manual atau
berkomputer yang digunakan di Pusat
Sumber.

5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN

5.1 PINJAMAN BUKU DI PUSAT SUMBER

GPM 5.1.1 Menyediakan Peraturan Pinjaman Panduan Pengurusan


dan Pemulangan Buku di Pusat Pusat Sumber.
Sumber.

Pembantu PS/ 5.1.2 Memastikan kad pinjaman/ kad Sistem Pengurusan


Pengawas PS pintar diedarkan kepada murid. Pusat Sumber

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
06 02 DISEMBER 2017 00 00 02 JANUARI 2017

Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2017


SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL 2/3
PK09 SPSK JPNSEL

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN

Pembantu PS/ 5.1.3 Menyemak status pinjaman buku Sistem Pengurusan


Pengawas PS daripada perisian sistem automasi Pusat Sumber.
atau rekod pinjaman.

GPM 5.1.4 Merekod butiran pinjaman. Sistem Pengurusan


Pusat Sumber.

Pembantu PS/ 5.1.5 Mencatat tarikh pemulangan buku Sistem Pengurusan


Pengawas PS pada slip pinjaman di buku yang Pusat Sumber.
dipinjam.

5.2 PEMULANGAN BUKU DI PUSAT


SUMBER.
Pembantu PS/ 5.2.1 Menyemak tarikh pemulangan buku. Sistem Pengurusan
Pengawas PS Pusat Sumber.
5.2.2 Memastikan buku yang dipulangkan
GPM dalam keadaan baik. Jika rosak, Sistem Pengurusan
pembantu Pengawas akan baiki dan Pusat Sumber
jika hilang, peminjam akan
didenda.

5.2.3 Menghantar surat peringatan


GPM kepada peminjam yang tidak Surat Peringatan
memulangkan buku seminggu Pemulangan Buku.
selepas tarikh yang ditetapkan
atau memaparkan nama peminjam
terlibat di papan kenyataan untuk
tempoh seminggu atau pengawas PS
akan mengesan peminjam di
sekolah dan mereka mesti
memulangkan buku pinjaman
dalam masa seminggu. Selepas
tarikh tersebut surat peringatan
akan dikeluarkan.

5.2.4 Mengambil tindakan terhadap


GPM peminjam yang melanggar Peraturan Pinjaman
peraturan peminjaman . Buku Pusat Sumber.

5.2.5 Membuat analisis jumlah murid


GPM yang membuat pinjaman buku di Analisis Pinjaman.
Pusat Sumber Sekolah enam (6)
bulan sekali.

5.3 PROGRAM-PROGRAM PUSAT SUMBER


5.3.1 Menentukan program dan
GPM menyediakan kertas kerja aktiviti SPI Bil.13/1998
yang hendak dilaksanakan. (Program Membina
Tabiat Membaca)

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
06 02 DISEMBER 2017 00 00 02 JANUARI 2017

Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2017


SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL 3/3
PK09 SPSK JPNSEL

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN


5.3.2 Memberi taklimat tentang
pelaksanaan program. Kertas Kerja Program.

5.3.3 Menganjurkan program peringkat


sekolah dan memastikan program
berjalan lancar.

5.3.4 Menyediakan data dan laporan


GPM program yang dijalankan. Laporan Program /
Analisis Penyertaan.
5.3.5 Sekiranya terdapat langkah-langkah
yang tidak mematuhi spesifikasi,
ambil tindakan pembetulan
merujuk kepada PK15 Pengurusan
Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak
Akur.

6. REKOD KUALITI

BIL. JENIS REKOD TEMPOH LOKASI

1. Rekod Pinjaman Buku 2 Tahun Pusat Sumber

2. Rekod Penggunaan Pusat Sumber 2 Tahun Pusat Sumber

3. Laporan Program 2 Tahun Pusat Sumber

4. Analisis Penyertaan Murid 2 Tahun Pusat Sumber

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
06 02 DISEMBER 2017 00 00 02 JANUARI 2017

Hak Cipta Terpelihara @ JPNSel 2017

Anda mungkin juga menyukai