Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan kepada Fonetik


Asal usul perkataan fonetik ialah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut
sebagai phone yang bermaksud bunyi atau suara, iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran
manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan
bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Bunyi bahasa yang menjadi tumpuan ilmu fonetik hanyalah bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan, iaitu dari segi kaedah
pengeluarannya, daerah pengeluarannya, dan alat pertuturan yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Sementara bunyi lain yang dikeluarkan dari organ
pertuturan tetapi bukan sebagai bunyi bahasa pertuturan manusia seperti bunyi batuk,
bersiul, berdengkur dan berdaham bukanlah dalam ruang lingkup kajian ilmu fonetik dan
fonologi.

2.0 Tajuk teks : Pilih dengan Tepat


Murid sekolah menengah perlu memilih bidang yang diminati dan kesesuaian dengan
keputusan yang diperoleh. Keputusan di peringkat SPM dan STPM penting kerana ia
bakal menentu hala tuju pelajar, sama ada mencongak ke menara gading, memohon
pekerjaan atau mengambil jurusan kemahiran atau teknikal.
Bagi yang bersedia, mereka sudah tau apa yang patut dilakukan selepas mendapat
keputusan peperiksaan kelak. Namun, ramai masih keliru serta tidak tahu hala tuju
selepas SPM atau STPM apatah lagi lagi jika gagal melanjutkan pengajian di menara
gading walaupun mendapat keputusan cemerlang.
Justeru, bagi lepasan SPM atau STPM, ke mana hala tuju mereka selepas mendapat
keputusan peperiksaan? Mengapa menunggu terlalu lama untuk menentukan masa
depan sedangkan mereka sepatutnya sudah bersedia atau berbincang dengan guru
kerjaya selepas peperiksaan.
Prof. Madya Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Dekan fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang banyak menulis buku tentang
kerjaya berpendapat murid sepatutnya tiada masalah menentukan hala tuju selepas
SPM dan STPM.
Sebelum peperiksaan, mereka mengikuti beberapa sesi peluang kerjaya atau bidang
pengajian yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian akademik. Debaran atau
risau menunggu keputusan peperiksaan adalah lumrah kepada setiap murid, namun jika
murid keliru dan tidak tahu hala tuju, ia tidak sepatutnya berlaku.
“Di sekolah menengah, murid didedahkan kaedah memilih bidang atau kerjaya yang
sesuai dengan minat dan akademik,” katanya. Menurutnya, unit kaunseling di sekolah

1
berfungsi membantu murid, jadi tidak timbul soal tidak tahu ke mana hendak pergi
selepas SPM atau STPM.
“Apa yang penting, murid perlu melihat kesesuaian minat dengan keputusan
akademik. Jika berminat dan akademik pula baik, ia tiada masalah. Tetapi jika minat
tidak sesuai dengan akademik, guru kaunseling akan memberi panduan,” katanya.
Masalah yang mungkin berbangkit bagi lepasan SPM atau STPM sekarang ialah
penempatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pengisian Unit Pengisian
Universiti (UPU). Selesai sahaja menduduki peperiksaan, murid perlu mengisi borang
UPU secara dalam talian ke universiti awam.
Selepas mendapat keputusan, mereka hanya perlu mengemas kini borang yang diisi
dan kelayakan mereka memasuki IPTA akan dinilai secara terus. Tetapi kelambatan
murid mengisi borang UPU menyebabkan peluang mereka ke IPTA tipis walaupun
mendapat keputusan cemerlang.
“Perkara ini banyak berlaku kerana kesilapan murid sendiri tidak mengemas kini
secepat mungkin,” katanya. Jika lambat memang sukar untuk menangani apatah lagi
penempatan pelajar baru ke IPTA terhad.
“Mungkin mereka memohon dan diterima, pelajar yang sepatutnya mendapat
penempatan itu terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan pelajar yang cepat mengisi
borang UPU secepat mungkin.
Ditanya pemilihan bidang di universiti, kata Mohd Yahya, murid patut pilih mengikut
minat, tetapi ia turut mengambil kira keputusan peperiksaan. Minat dan kelayakan
akademik memang perkara utama dalam membuat keputusan, tetapi jangan lupa
mengambil kira pasaran kerjaya.
“Jika memilih bidang yang mudah mendapat pekerjaan, ia memang baik, tetapi
jangan menyesal apabila keluar dari universiti kelak, anda masih menganggur untuk
beberapa tahun,” katanya. Semua bidang kerjaya mempunyai saingan kerana setiap
tahun ramai pelajar menamatkan pengajian.
“Saya cadangkan supaya pelajar bijak dan berani memilih bidang yang baru
ditawarkan di universiti kerana peluang mendapat pekerjaan lebih luas. Tetapi, jika
mengikuti kursus yang mudah atau ramai yang mengikutinya, mereka mungkin berdepan
dengan masalah nanti,” katanya.
Ketika mengisi borang UPU dan IPTA, murid dinasihatkan memilih yang terbaik
untuk diri sendiri dan tidak mengikut cakap kawan atau orang lain. “Ada sanggup
memilih kursus tertentu dan universiti yang tidak sesuai kononya tidak mahu berpisah
dengan kawan baik atau kekasih. Akhirnya, apabila gagal, mereka terpaksa menggigit
jari,” katanya.

2
Beliau mengakui peranan ibu bapa penting bagi pelajar lepasan SPM atau STPM
kerana mereka lebih berpengalaman. “Cuma, ibu bapa jangan memaksa anak-anak
mengambil jurusan pilihan mereka, tetapi memberi nasihat dan pandangan bernas.
“Memang ada ibu bapa bercita-cita mahu anak mereka mengambil kursus tertentu,
sedangkan si anak tidak berminat dan mempunyai impian sendiri. Dalam tahap ini, saya
berharap ibu bapa jangan memusnahkan masa depan anak-anak hanya kerana mahu
mengambil kursus tertentu,” kata Mohd Yahya.

3.0 Transkripsi Fonetik


Murid səkolah mənəŋah pərlu məmilih bidaŋ yaŋ diminati dan kəsəsuaian dəŋan
kəputusan yaŋ dipəroleh. Kəputusan di pəriŋkat spm dan stpm pəntiŋ kərana ia bakal
mənəntu hala tuju pəlajar, sama ada məncongak kə mənara gadiŋ, məmohon pəkərjaan
atau məŋambil jurusan kəmahiran atau teɁnikal.#
#bagi yaŋ bərsədia, məreka sudah tahu apa yaŋ patut dilakukan sələpas məndapat
kəputusan pəpəriɁsaan kəlaɁ. Namun, ramai masih kəliru sərta tidaɁ tahu hala tuju
sələpas spm atau stpm apatah lagi jika gagal məlanjutkan pəŋajian di mənara gadiŋ
walaupun məndapat kəputusan cəmərlaŋ.#
#justəru, bagi ləpasan spm atau stpm, kə mana hala tuju məreka sələpas məndapat
kəputusan pəpəriɁsaan? məŋapa mənuŋgu tərlalu lama untuɁ mənəntukan masa dəpan
sədaŋkan məreka səpatutɲa sudah bərsədia atau bərbincaŋ deŋan guru kərjaya sələpas
pəpəriɁsaan.#
#prof. madya dr. mohd yahya mohaməd ariffin, dekan faɁulti kəpimpinan dan
pəŋurusan univərsiti sains islam malaysia (usim) yaŋ baɲak mənulis buku təntaŋ kərjaya
bərpəndapat murid səpatutɲa tiada masalah mənəntukan hala tuju sələpas spm dan
stpm.#
#səbəlum pəpəriɁsaan, məreka məŋikuti bəbərapa sesi pəluaŋ kərjaya atau bidaŋ
pəŋajian yaŋ bərsəsuaian dəŋan minat dan pəncapaian akadəmiɁ. dəbaran atau risau
mənuŋgu kəputusan pəpəriɁsaan adalah lumrah kəpada sətiap murid, namun jika murid
kəliru dan tidaɁ tahu hala tuju, ia tidaɁ səpatutɲa bərlaku.#
#“di səkolah mənəŋah, murid didədahkan kaedah məmilih bidaŋ atau kərjaya yaŋ
səsuai dəŋan minat dan akadəmiɁ,” kataɲa. mənurutɲa, unit kaunsəliŋ di səkolah
bərfuŋsi məmbantu murid, jadi tidaɁ timbul soal tidaɁ tahu kə mana həndaɁ pərgi
sələpas spm atau stpm.
“apa yaŋ pəntiŋ, murid pərlu məlihat kəsəsuaian minat dəŋan kəputusan akadəmiɁ.
Jika bərminat dan akadəmiɁ pula baiɁ, ia tiada masalah. tətapi jika minat tidaɁ səsuai
dəŋan akadəmiɁ, guru kaunsəliŋ akan məmbəri panduan,” kataɲa.#

3
#masalah yaŋ muŋkin bərbaŋkit bagi ləpasan spm atau stpm səkaraŋ ialah
pənəmpatan di institusi pəŋajian tiŋgi awam (ipta) mənərusi pəŋisian unit pəŋisian
univərsiti (upu). sələsai sahaja mənduduki pəpəriɁsaan, murid pərlu məŋisi boraŋ upu
səčara dalam talian kə univərsiti awam.#
#sələpas məndapat kəputusan, məreka haɲa pərlu məŋəmas kini boraŋ yaŋ diisi dan
kəlayaˀkan məreka məmasuˀki ipta akan dinilai səcara tərus. tətapi kəlambatan murid
məŋisi boraŋ upu meɲebabkan pəluaŋ məreka kə ipta tipis walaupun məndapat
kəputusan cəmərlaŋ.#
#“pərkara ini baɲaɁ bərlaku kərana kəsilapan murid səndiri tidaɁ məŋəmas kini
səcəpat muŋkin,” kataɲa. jika lambat memaŋ sukar untuɁ mənaŋani apatah lagi
pənəmpatan pəlajar baru kə ipta tərhad.
#“muŋkin məreka məmohon dan ditərima, pəlajar yaŋ səpatutɲa məndapat
pənəmpatan itu tərpaɁsa dikəluarkan dan digantikan deŋan pəlajar yaŋ cəpat məŋisi
boraŋ upu səcəpat muŋkin.#
#ditaɲa pemilihan bidaŋ di univərsiti, kata mohd yahya, murid patut pilih meŋikut
minat, tətapi ia turut məŋambil kira kəputusan pəpəriɁsaan. minat dan kəlayaˀkan
akademiɁ memaŋ pərkara utama dalam məmbuat kəputusan, tətapi jaŋan lupa
məŋambil kira pasaran kərjaya.#
#“jika məmilih bidaŋ yaŋ mudah məndapat pəkərjaan, ia memaŋ baiɁ, tətapi jaŋan
məɲəsal apabila kəluar dari univərsiti kəlaɁ, anda masih məŋaŋgur untuɁ bəbərapa
tahun,” katanya. səmua bidaŋ kərjaya məmpuɲai saiŋan kərana sətiap tahun ramai
pəlajar mənamatkan pəŋajian.#
#“saya cadaŋkan supaya pəlajar bijak dan bərani məmilih bidaŋ yaŋ baru ditawarkan
di univərsiti kərana pəluaŋ məndapat pəkərjaan ləbih luas. tətapi, jika məŋikuti kursus
yaŋ mudah atau ramai yaŋ məŋikutiɲa, məreka muŋkin bərdəpan dəŋan masalah nanti,”
kataɲa.
#kətika mengisi borang upu dan ipta, murid dinasihatkan məmilih yaŋ tərbaik untuɁ
diri səndiri dan tidaɁ məŋikut cakap kawan atau oraŋ lain. “ada saŋgup məmilih kursus
tərtəntu dan univərsiti yaŋ tidaɁ səsuai kononɲa tidaɁ mahu bərpisah dəŋan kawan baiɁ
atau kəkasih. akhirɲa, apabila gagal, məreka tərpaksa məŋgigit jari,” kataɲa.#
#bəliau məŋakui pəranan ibu bapa pəntiŋ bagi pəlajar ləpasan spm atau stpm kərana
məreka ləbih bərpəŋalaman. “cuma, ibu bapa jaŋan məmaɁsa anaɁ-anaɁ məŋambil
jurusan pilihan məreka, tətapi məmbəri nasihat dan pandaŋan bərnas.#
#“memaŋ ada ibu bapa bərcita-cita mahu anaɁ məreka məŋambil kursus tərtəntu,
sədaŋkan si anaɁ tidaɁ bərminat dan məmpuɲai impian səndiri. dalam tahap ini, saya
bərharap ibu bapa jaŋan məmusnahkan masa dəpan anaɁ-anaɁ haɲa kərana mahu
məŋambil kursus tərtəntu,” kata mohd yahya.#

4
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan yang
menunjukkan sebutannya. Manakala transkripsi fonetik pula berupaya untuk membantu
pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada
keaslian bunyi fonetik serta membentuk secara tepat mungkin antara teks dengan bunyi.
Bagi tujuan pembelajaran, transkripsi fonetik yang sesuai untuk bahasa Melayu ialah
transkripsi berdasarkan sebutan baku yang terdapat dalam Pedoman Umum Sebutan
Baku. Akhir sekali, usaha memartabatkan bahasa Melayu baku perlu digalas dan
disedari oleh semua pihak untuk menguasai bahasa Melayu baku dan mengelakkan
daripada penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai