Anda di halaman 1dari 1

APA PENDIDIKAN MORAL?

Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sama ada sekolah rendah atau
sekolah menengah. Pendidikan Moral adalah satu subjek yang mengajar tentang penerapan
nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks
negara Malaysia, subjek ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim. Hal ini kerana, bagi
pelajar muslim, mereka mempunyai subjek Pendidikan Islam yang mana di dalam subjek ini
telah diajar tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan berlandaskan agama Islam. Jadi bagi
pelajar bukan muslim pula, mereka di ajar subjek Pendidikan Moral bagi memastikan proses
penerapan nilai murni juga dapat disampaikan kepada mereka.

KENAPA PENDIDIKAN MORAL?


Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus diajar kepada pelajar
sekolah yang mana mereka bakal menjadi pewaris kepada generasi masa kini. Jadi bagi
memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan nilai-nilai murni, subjek ini diperkenalkan di
sekolah-sekolah. Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, pelajar akan dapat mendalami
maksud nilai yang sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan
seharian. Apabila mereka sudah memahami erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan
nilai dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya
dapat membentuk insane yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

BAGAIMANA MENGAJAR PENDIDIKAN MORAL


Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam proses pengajaran subjek Pendidikan Moral. Namun,
kaedah yang terbaik ialah kaedah yang dapat menjadikan pelajar itu dapat menghayati dan
menerapkan nilai itu dalam diri mereka. Apabila nilai dapat diterapkan dalam diri, maka proses
untuk melaksanakan dalam kehidupan seharian akan menjadi mudah. Oleh itu, untuk mengajar
Pendidikan Moral haruslah mendapat sokongan dari pelbagai pihak bagi memastikan generasi
sekarang dapat menjalani kehidupan yang sempurna.

Anda mungkin juga menyukai