Anda di halaman 1dari 1

Dalam aspek kepakaran guru mengolah ilmu merentasi aplikasi tugas guru dalam

menyampaikan ilmu kepada pelajarnya amatlah penting dalam melahirkan pelajar dan
masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Hal ini kerana aplikasi memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah.
Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini
biasanya melibatkan tiga frasa. Aras ini juga menggunakan maklumat dalam situasi yang
baru termasuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi
aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan, oleh itu guru harus memilih
aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid dalam membantu mengurangkan
masalah kurang daya fikiran dalam kalangan murid. Guru boleh mengadakan sesi soal jawab
secara terancang sehingga pelajar dapat menguasai aras rendah dengan baik kemudian guru
boleh mempertingkatkan tahap aras berfikir melalui bentuk-bentuk aplikasi soalan yang lebih
mencabar berunsurkan KBAT. Sebagai contoh 3 bilik darjah berlainan apabila menjawab
soalan pada aras tinggi, murid yang lemah terabai disebabkan mereka tidak mampu
menjawabnya. Hal ini perlu ditangani oleh guru dengan bijaksana agar pelajar yang lemah ini
mampu bersaing dengan rakan-rakan yang lain melalui pedagogi yang berkesan. Guru
seharusnya mengambil inisiatif untuk menguatkan tahap pengetahuan mereka berkaitan aspek
pengetahuan KBAT seterusnya memperbaiki corak pengajaran mengikut kehendak semasa.
Maka jelaslah, adalah menjadi keutamaan kepada guru untuk meningkatkan tahap
pengetahuan KBAT dalam PdP sebagai salah satu kepakaranguru mengolah ilmu merentasi
aplikasi.

Anda mungkin juga menyukai