Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,


PENGAWAS SPBT, KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA DARJAH

PENGERUSI MAJIS
(MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER,
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, PENGAWAS SPBT, KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA
DARJAH)
1. Peringatan buat murid- Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt. InshaaAllah pada hari ini kita
murid akan mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda.

Saya ingin membuat peringatan kepada semua murid Tahun 6, agar tidak
bercakap sepanjang Majlis ini berlangsung kecuali ketika diperlukan sahaja.
Terima kasih atas kerjasama murid-murid.

2. Kata alu-aluan Pengerusi Bismillahirahmanirahim.


Majlis
Yang berusaha, En. Mohd Nasiruddin bin Zakariah,
Penolong Kanan Petang, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram.

En Ahmad Taruni,
Pembantu Penolong Kanan Petang.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Sebagai kata pemnuka bicara.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi. Alhamdulillah, dengan izin dan


inayahNya, dapat kita bersama-sama melaksanakan Majlis Penyampaian
Watikah Perlantikan Pemimpin Muda bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber, ketua darjah dan penolong ketua darjah bagi sesi petang.

3. Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin,

Majlis dimulakan dengna bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Ruslan
bin Makhtar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih.


4. Ucapan Perasmi Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Mohd Nasiruddin bin


Zakariah, Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Tiram.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

5. Penyampaian Watikah Hadirin,


Perlantikan
Majlis diteruskan dengan penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas SPBT, ketua
darjah dan penolong ketua darjah.

Untuk itu, majlis sekali lagi mempersilakan En Mohd Nasiruddin bin


Zakariah tampil menyempurnakan watikah perlatikan bagi Pengawas Sekolah
Sesi Petang. Dipersilakan,
.......

Dipersilakan ____________________________________________.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Nasiruddin.

Seterusnya, bagi menyempurnakan watikah perlantikan bagi Pengawas Pusat


Sumber sesi petang, majlis menjemput PN ZARINA BINTI JUFRI untuk
menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Dipersilakan __________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zarina atas kesudian,

6. Makluman Ketua bagi Seterusnya diumumkan, Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Bukit
setiap unit. Tiram sesi petang 2020,
_________________________________________________.

Diumumkan Penolong Ketua Pengawas Sekolah sesi petang 2020,


_______________________________________.
Seterusnya, Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi petang 2020,
__________________________________________.

Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi petang 2020,


____________________________________________.

Kini tibalah masanya kita mendengar bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua
7. Bacaa Ikrar Pengaws Sekolah.

Dipersilakan _______________________________ tampil untuk memipin


bacaan ikrar.

8. Penutup Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari
ini.

Besarlah harapan sekolah agar ke semua murid yang dilantik dapat menjalankan
kewajiban dengna penuh amanah dan tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai