Anda di halaman 1dari 2

Resepi Cupcake Vanilla dengan Swiss Meringue Buttercream Lemon

1 1/4 cawan tepung gandum/tepung kek


1 1/4 sudu teh baking powder/ serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
3/4 cawan gula
Biji vanilla atau 1 1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak (sayur-sayuran, canola atau minyak zaitun)
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1 sudu teh cuka putih atau jus lemon. Tambah asid kepada
susu kemudian diketepikan selama 5 minit, kacau, dan jadilah buttermilk! :) )

Cara-cara:
1) Panaskan ketuhar kepada 180 darjah C.
2) Ayakkan tepung, baking powder (serbuk penaik), soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3) Menggunakan pengadun elektrik, pukul telur 10-20 saat. Tambah gula dan terus memukul pada kelajuan
sederhana. Tambah vanila dan minyak dan pukul lagi.
4) Perlahankan pemukul dan masukkan separuh daripada campuran tepung. Tambah separuh daripada
buttermilk. Ulang dengan tepung dan buttermilk selebihnya. Jangan terlebih pukul, bila sudah sebati sahaja
berhenti mumukul. Adunan kek ini memamg cair.
5) Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar muffin yang dialas dengan kertas cupcake sehingga kira-kira 2/3
penuh.
6) Bakar cupcake di dalam ketuhar selama 12-14 minit sehingga keperangan dan bila dicucuk dengan lidi
sudah tidak melekat.


Swiss meringue buttercream:
5 biji putih telur
200g gula kaster
227g mentega pada suhu bilik, dipotong kiub

Cara-cara:
1) Masak putih telur dan gula di atas double boiler dengan api sederhana, kacau hingga gula larut dan apabila
dipegang tak rasa butir-butir gula
2) Masukan ke dalam pemukul electric, dan pukul sehingga putih telur menjadi meringue yang kembang, gebu
dan kental, serta apabila dirasa suhunya sudah sejuk ke suhu bilik.
3) sekarang bolehlah masukan kiub mentega satu demi satu. Pastikan anda biarkan mentega sebati lebih
kurang kiraan 20 saat sebelum memasukkan kiub mentega seterusnya. Jangan risau jika nampak meringue
kempis dan nampak berketul selepas memasukkan mentega. Teruskan memukul sehingga mentega habis
dimasukkan. Buttercream anda akan sebati dan licin.
4) Untuk cupcake ini saya ingin perisakan buttercream saya dengan sedikit lemon zest. Parutkan kulit lemon
dan kacaukan ke dalam buttercream.
5) Paipkan buttercream ke atas cupcake dan hias mengikut kreativiti anda :).
Category
Howto & Style
Licence
Standard YouTube Licence
Show less
Resepi Kek Red Velvet Ubi Bit.
Kek ini unik rasa dan teksturnya lembut, lembab dan padat kerana menggunakan ubi bit sebagai pewarna
semulajadi.

Bahan kek:

1 1/2 cawan ubi bit dikisar bersama 1/2 cawan jus lemon
1 sudu besar cuka
225g cream cheese
225g mentega
2 1/3 cawan gula kaster
4 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus

Cara membuat kek:
1) panaskan ketuhar 165 darjah C
2) sapukan mentega pada 2 loyang kek berukuran 8 inci dsn alaskan dgn kertas pembakar
3) kisarkan ubi bit bersama jus lemon, campurkan cuka dan ketepikan
4) pukul mentega, cream cheese dan gula menggunakan pemukul electrik sehingga kembang dan gebu.
Pukulkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla
5) ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam, masukkan ke dalam adunan dan pukul perlahan
sehingga sebati. Akhir sekali masukkan puri ubi bit dan gaulkan.
6) tuang ke dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar 35 minit atau hingga masak. Sejukkan dan keluarkan
dari loyang, belah dua. sedia untuk disapu frosting cream cheese


Bahan frosting cream cheese:
200g cream cheese
50g mentega
2 cawan gula aising diayak
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan whipping cream

Pukul semua bahan sehingga kembang dan gebu. Lapiskan dengan kek ratakan frosting.
Category
Howto & Style
Licence
Standard YouTube Licence
Show less

Anda mungkin juga menyukai