Anda di halaman 1dari 6

Icing kek

ikanpatin@myresipi.com
resepi from somewhere dlm internet tapi lupe kat mana... senang n yummy...

Created on : 10-08-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ikanpatin

Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm )

1/2 cwn shortening


1/2 cwn butter
1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar

Cara-cara
1. pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang.
masukkan esen vanilla. kelajuan perlahan.
2. masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai abih dan pukul lagi sampai gebu. pastu
masukkan susu segar tadi. pukul lagi sampai fluffy... gebu dan putih.

Butter icing

umi_e@myresipi.com
Butter cream untuk apa jua jenis kek

Created on : 24-12-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi umi_e

Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )

250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-cara

1.

Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi
putih gebu...
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah
masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana
akan menajdi agak lembut
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau
sehingga rata...
Aising Mentega (1)
Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh
Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega
tidak sampai mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.
Aising Mentega (2)
Bahan-bahannya:
Mentega 250 g
Marvello atau krimwell (sejenis marjerin
yang khusus) 250 g
Gula aising 250 g
Putih telur 3
Esen vanila 1 sudu teh
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan marvello atau krimwell hingga ringan dan gebu.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising dan putar hingga sebati.
3. Campurkan sedikit demi sedikit putih telur dan pukul rata-rata setiap kali selepas memasukkannya.
4. Bubuh esen vanila dan kacau sebati.
5. Jika tidak terus menggunakannya, simpan aising di dalam bekas bertutup rapat.
Aising Mentega (3)

1/4 cawan air panas (bukan mendidih)


1 camt esen mentega/butter oil
500-700 g gula aising, diayak
3/4 cawan lemak sayuran
Putar lemak sayuran dan air dengan pemutar letrik hingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit gula
aising hingga mendapat kepekatan yg diinginkan untuk disapu pada kek. Akhir sekali, campurkan dengan
esen mentega.
Aising Mentega (4)
1/2 cawan lemak sayuran
1/2 cawan marjerin atau menteg
1 camt vanila
2 camb susu segar
4-4 1/2 cawan gula aising, diayak
Putar mentega dan lemak sayuran hingga gebu, masukkan vanila dan kacau rata. Masukkan 1 cawan
gula aising pada satu masa, putar pada kelajuan sederhana. Pastikan keliling mangkuk dikaup selalu
supaya semua bahan sebati. Campurkan susu dan pukul lagi hingga gebu dan ringan. Simpan di dalam
peti sejuk (bekas bertutup) jika tidak digunakan tetapi hendaklah diputar semula sebelum digunakan.
bahan2 resepi satu (christina yong recipe )
110gram butter
230gram gula icing (ayak)
1-2 sudu besar susu rendah lemak
1 sudu teh esen vanilla
cara-cara
1. pukulkan butter bersama gula icing sehingga ringan dan gebu
2. tambahkan susu dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kental
3. tambahkan esen vanila atau sebarang perasa dan simpan dalam bekas kedap udara atau boleh terus d
sapu ke atas kek.
atau
bahan2 resepi dua (yang ni sy ubah sedikit)
55 gram shortening
55 gram cream well
230 gram gula icing ( diayak)
cara-cara

1. pukul shortening dan cream well sehingga ringan dan gebu


2. masukkan gula icing, pukul lagi sehingga ringan dan gebu
3. simpan dalam bekas kedap udara atau boleh terus disapu ke atas kek.
*** resepi di atas menghasilkan buttercream dalam kuantiti yg sedikit, sila double kan jka nakkan hasil
yg banyak...selamat mencuba...

Resepi Butter icing @ Butter cream 2


500 g shorterning @ butter ( sy guna campuran shortening dgn sedikit butter )
250 g krimwell ( boleh di dapati di kedai peralatan kek dan bakery )
250 g gula icing
Cara membuatnya
1. Pukul shorterning atau butter bersama krimwell sehingga sebati dan lembut terlebih dahulu
2. Kemudian baru masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Jangan masukkan gula sekaligus
sebab nanti gula icing payah nak hancur
3. Putar sehingga semua gula icing larut/hancur di dalam campuran butter dan krimwell tadi.
4. Warnakan icing tadi dengan pewarna yg dikehendaki dan bolehlah digunakan utk menghias
cup cakes.
RESEPI KRIM MENTEGA
Sumber : Kak Rokiah
Krim Mentega@buttercream Icing by AnnaQawina
Bahan-Bahan :

150 grm gula icing (ayak)


150 grm lemak sayuran (shortening)
150 grm mentega
1 sdudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar

Cara-cara :
Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed perlahan hingga
medium sahaja sehingga kembang, ini akan ambil masa sedikit untuk
mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya.

Anda mungkin juga menyukai