Anda di halaman 1dari 11

Buttercream icing

Bahan2:
250gm shortening
125gm krimwell
125gm gula ising (diayak)
sedikit esen vanilla
pewarna
Cara2:
1. Putar shortening & krimwell hingga kembang (lebih kurang 5 minit).
2. Masukkan gula ising & esen vanilla. Putar sehingga sebati & kembang.
3. Masukkan pewrna mengikut warna yang digemari

How to make Creamwell Buttercream


(recipe source: by Sonia aka Nasi Lemak Lover)
250g margarine Creamwell
125g butter (salted)
50g golden syrup

Resepi
1) Buttercream I
1 cawan shortening (lelemak sayuran) + 1 cawan krimwell (sejenis marjerin putih) + 4
5 cawan gula icing (diayak) + 1 sudu teh perisa vanila + 1 sudu teh perisa badam + 4 sudu
besar susu UHT
= Putar shortening dengan krimwell hingga kembang. Masukkan perisa badam dan
vanila. Putar lagi. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit, masukkan susu sedikit demi
sedikit. Putar hingga gula hancur dan adunan gebu.
2) Buttercream II
120 gm telur putih + 200 gula icing + 250 gm krimwell + 350 gm shortening + Sedikit esen
ros
= Putih telur dengan gula icing dimasak secara double boiler. Kacau selalu dengan
whisk. Pastikan putih telur tersebut sudah cukup panas dan gula telah hancur sebelum
diangkat. (Ini utk memastikan ia selamat untuk dimakan). Alihkan ke dalam pemutar
dan putar sehingga ia menjadi meringue. Ketepikan sebentar. Putar krimwell dan

shortening hingga putih. Kemudian masukkan meringue tadi sedikit demi sedikit ke
dalam adunan mentega. Kacau dengan kelajuan perlahan hingga kembang.

3) Buttercream For Flowers


150 gm shortening + 50 gm krimwell + 200 gm susu pekat manis
= Icing ni mudah cair, so kalau nak buat bunga, kena cepat-cepat. Bagi yang belum
mahir, kalau nak buat bunga ros macam ni, cuba pakai nozel cap Tan See Fong. Bunga
mawar guna nozel 2106 dan fushia tu nozel bernombor 2107. Nak buat bunga, posisi
tangan tu mesti betul skill pull ke atas macam kita buat huruf n (small n)yang
muncung U tu

4) Buttercream Untuk Bunga Nampak Mantap


Soalan? Saya ingin tahu resipi terbaik (buttercream) utk membuat bunga ros. Ini kerana
dah banyak kali saya cuba, bunga saya mmg tak sempat dipaip sudah lembik, jadi rupa
pun dah tak ada.
Jawapan: Ini resipi yang saya guna untuk buttercream (yang saya perasan kalau guna
shortening, bunga lebih elok walaupun tak cantik/smooth);
250 gm butter + 125 gm krimwell + 125 gm gula icing (sifted) @
Bahan2buttercreambunga..(Disyorkan)
300gmshortening
350gmgulaaisingayakkan


Cara2nya..
1.Satukanshorteningdangulaaisingdalammangkuk,gauldenganmenggunakansendukkayusahaja.
2.Jangangaullama2,cukupsetakatadunansebati,kalugaullama2nantiadunanjadilembik.
3.Buletambahkanpewarnaatauperasajikasuka.

= Tambah gula aising hingga krim menjadi lebih kental/keras dan mudah kekal
bentuknya. Aising anda lembik kerana sukatan mentega yang tidak sepadan dengan gula
aising.
5) Easy Buttercream
250g butter yang dah lembut (unsalted butter lagi bagus) + 500g gula ising (ayak) + 1
sudu makan air panas + 2 sudu teh esen vanila
= Pukul butter sampai lembut. Campur gula air panas dan esen vanila. Pukul sampai
putih dan kembang.

6) Flavour Choc
Choc putih atau coklat biasa tambah + 100g coklat yang dicairkan atau tambahkan1 sudu
makan serbuk koko yang dibancuh dengan 1-2 susu air panas hingga jadik paste.
Untuk perisa kopi tambah 1 sudu instant kopi bancuh gak jadik paste dengan air panas
dan beat dalam buttercream. Atau boleh guna esen tapi just titik setitik dua jer pasal
esen pekat dah.
7) Buttercream IV
1kg krimwell + 500 gm butter + 1 tin susu pekat.
= Apa lagi godak la .sampai sebati Banyak ni kalo sebuku kek bagi 2 lah..
8) Buttercream V
1 kg krimwell + 600gm gula icing +120ml air
= Pukul semua sekali sampai kembang
9) Buttercream VI

400 gm butter + 100 gm marvello / cream margerine / shortening +180 gm icing sugar +1
tsp esen vanilla
= Pukul butter dengan marvello hingga gebu. Kemudian masukkan icing sugar dan
pukul lagi. Akhir sekali masukkan esen dan pukul hingga halus dan gebu.

10) Butter Icing I


250 gm butter + gula icing secukupnya
= Diayakkacau butter hingga lembut, tuangkan gula sedikit-sedikit. Kacau sehingga icing
tidak melekat ditangan. Cream jenis ni akan mengeras sedikit bila salutan dibiar agak
lama dan rasanya jugak agak manis
11) Cream Icing
100 g butter + 100 g marvello + 100 g shortening + 250 g gula (didihkan dengan sedikit
airi hingga jadi sirap yang agak likat dan sejukkan).
= Pukul ketiga-tiga bahan di atas hingga kembang dan masukkan sirap tadi sikit-sikit,
pukul lagi hingga gebu dan ringan.
12) Butter Icing II - Butter cream untuk apa jua jenis kek (Boleh hias sebiji kek 1 kilo)

250gm butter + 150gm shortening + 250gm icing sugar (diayak dulu) + 2 sudu besar susu
segar + Pewarna ikut suka
= Pukul sampai kembang. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang
atau rupa berubah menjadi putih gebu. Setelah cream kembang, putih dan gebu
(sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas
mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menjadi agak lembut. Ambillah
banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga
rata
13) Mom Buttercream Frosting [umi]
cawan tepung serba guna + 1 cawan susu segar + cawan shortening + cawan gula
putih + cawan mentega, dilembutkan + 2 sudu kecil vanila esen
= Di dalam pan kecil, campur tepung dan susu dan masak di atas api kecil hingga licin.
Letakkan di dalam peti sejuk dan biarkan sejuk sepenuhnya (yang nie umi tak letak pun
dalam peti ais.. terus buat jer masa suam-suam tuh). Pukul shortening, mentega dan gula
hingga ringan dan gebu. Masukkan campuran tepung tadi dan pukul hingga licin.
Masukkan vanila.

14) Snow White Buttercream [lynnhassan]


163g solid white vegetable shortening +1 tsp flavour ( I use wilton vanila flavour) + 2 tbsp
milk (use UHT) or water + 454g icing sugar + 1 tbsp Wilton Meringue powder (egg white
powder) + secubit garam
= Beat shortening, flavour, dan water/milk. Bila sebati, tambah icing sugar, meringue
powder dan garam. Mix gunakan medium speed sempai sebati dan creamy.

Note:
1. Resepi ini boleh dapat 3 cups. Selalunya untuk cupcakes, saya add 2 tbsp milk untuk
each cup, senang nak pipekan
2. Buttercream jenis ni tak muak sikit. Sesuai kalau untuk tempahan sebab dia stabil.
Sesuai untuk buat design seperti bunga, cartoon
15) Buttercream VII [loveliana]
100gram butter + 200gram icing sugar (ayak 2x) + flavour
= Pukul butter sampai kembang, masukan icing sugar sikit-sikit. Last masuk flavour.

16) Buttercream VIII [loveliana]


200gr vegetable shortening + 450-500gr icing sugar (ayak halus) + 3 sudu makan lemon
juice
= Pukul shortening sampai kembang, putih dan gebu, masukan icing sugar sikit-sikit,
pukul lagi sampai kembang. Last masukan juice lemon dan mixer sekejap. Siap
digunakan
Note: Apabila terlalu dry tambahkan 1 sudu makan air masak. Takleh lebih nanti
lembik.

17) Buttercream IX [KAK MAS]


A/ 250g air + 600g gula caster
B/ 750g butter + 250g krimwell + 2-3 titik ros esen/vanilla esen
= Masak A hingga mendidih. Bila dah suam chillkan dalam fridge overnight. Pukul butter
and krimwell high speed sampai kembang dan gebu. Kemudian slowly tuang chilled
syrup tadi sampai habis. Masukkan juga esen. Pukul dalam 2-3minit sampai well
combined dan gebu. (Mixer tak payah stop semasa tuang syrup biar on going).

18) Whole Egg Buttercream


(A) 2 biji telur + 120 gram gula
(B) 400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening
= Pukul (A) dan renehkan atas double boiler sehingga pekat. Tuangkan adunan ke dalam
mangkuk pengadun. Pukul sehingga adunan menjadi lembut. Biarkania sejuk. Pukul (B)
sehingga lembut dan gebu. Masukkan adunan telur yang telah disejukkan dan gaul
sehingga sebati.
19) Buttercream Telur Putih [1mas2r@]
350 gm marvelo/supertact/ krim well + 250 gm butter + 175 gm gula pasir + 110 gm putih
telur
= Masak putih telur dan gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul butter dan
krimwell hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi
hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam adunan butter.
Pukul lag pada kelajuan sederhana hingga putih.

20) Basic Buttercream


400 gram mentega/krimwell + 100 gram shortening + 180 gram icing sugar + 1 sudu teh
esen vanilla
= Pukul mentega dan shortening sehingga tidak bergentil-gentil. Masukkan esen vanilla
dan gula icing. Pukul lagi sehingga lembut dan gebu. Sedia untuk digunakan.untuk
whipping cream tak perlu letak gula atau apa-apa, cuma pukul sehingga kembang. Untuk
1 biji kek 1/12 cawan (340 ml) whipping
21) Buttercream X [Kuantan- Rnet]
350 gm marvelo/supertact/krim well + 250 gm butter +175 gm gula pasir +110 gm putih
telur
= Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu. Pukul butter + krimwell
hingga putih. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi hingga
menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit-sedikit ke dalam adunan butter. Pukul
lagi pada speed sederhana hingga putih.

22) Buttercream Golden Syrup


i) BWY Buttercream
500gm Krimwell + 500gm butter + 200gm golden syrup + 1tsp vanilla
ii) Bagus Buttercream
1kg krimwell + 500gm butter + 400gm golden syrup
iii) Icing Cream

500g krimwell + 500g butter + 200g golden syrup


Pukul Creamwell selama 20 minit dengan kelajuan sederhana.. Pukul sampai kembang.
Masukkan butter dan golden syrup, pukul lagi 20 minit..
Note: Sekiranya nak manis lagi boleh tambahkan golden syrup. Kalau tengok-tengok
resepi pakai golden syrup walaupun chef berlainan. Saya ada tanya kenapa tak pakai
icing sugar, dia kata nanti tak smooth.
23) Golden Syrup
A/ 200g gula + 1/4 potong limau nipis + 50 gram air
B/ 20g air
= Masak bahan A sampai perang. Dah masak, tutup api tambahkan bahan B.
Resipi-resepi ini menggunakan golden syrup, menggantikan icing sugar supaya ia
kelihatan lebih smooth, selain daripada mengurangkan kemanisan, goldean syrup juga
boleh diganti dengan madu atau susu pekat. Tetapi bagi buttercream yang berwarna
Kalau takder golden syrup. Boleh jer buat syrup guna gula kastor.

********

GLAZE ICING CUPCAKE AND COOKIES

Just guna air suam dengan icing sugar. Ayak icing sugar dalam mangkuk dan tuang air
sudu by sudu. Jangan guna cawan coz nanti terbanyak air then banyak pulak guna icing
sugar. Kacau dan ayak icing sugar tu sampai dapat kepekatan yang kita nak

(consistency). Kalau angkat dengan sudu dan meleleh tu maknanya still cair jadi tambah
lagi icing sugar, kena agak-agak sendiri.

Jika ingin perasa pada kek or cream? Untuk kek just tambah dalam 1 sudu besar flavour
yang kita nak.. Untuk glace tu, mula-mula kak mas mix dulu icing dengan air, kacau
agak-agak pekat skit, separatekan dalam mangkuk-mangkuk dan titikkan kaler dan
kacau tiap-tiap mangkuk, kalau cair then tambah icing sugar, kalau pekat titikkan air

Anda mungkin juga menyukai