Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBUK PANCUR


34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL,
PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel/ Faks : 05-8902343 / 05-8904497
Emel : ABA3013@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKTP/JKUPSR2019( )


Tarikh : 28 OGOS 2019

Ustaz Abdul Latif bin Abu Hassan,


Pengerusi,
Masjid Jamek Tebuk Pancur,,
34400 Simpang Empat, Semanggol,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2019

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 akan


mengadakan program tersebut mengikut ketetapan berikut.

2.1 Tarikh : 29 Ogos 2019


2.2 Masa : 7.00 malam
2.3 Tempat : Masjid Jamek Tebuk Pancur

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati memohon jasa baik tuan untuk menjadi Kalifah
bagi Bacaan Yassin dan Solat Hajat tersebut.

4. Pihak kami juga memohon untuk menggunakan Masjid Jamek Tebuk Pancur bagi tujuan
seperti di atas.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(KHAIRUL ANUAR B. SULAIMAN)
Guru Besar

khairul/D/a_sktp2018/a_surat

Anda mungkin juga menyukai