Anda di halaman 1dari 7

336 BANDAR BARU BERIS JAYA

08700 JENIANG KEDAH


N0 TEL 0175480360/ 0134092299
FB : AFNUR HERBS ENTERPRISE
BLOG: AFNUR HERBS BLOGSPOT.COM
PENDAHULUAN
Zaman telah berubah, kalau dulu para graduan sudah pasti mendapat tempat atau
mendapat peluang pekerjaan dari sektor kerajaan atau swasta. Tetapi ketika ini terlalu banyak
graduan yang tidak berpeluang mengisi tempat untuk menjawat jawatan diperingkat kerajaan
atau swasta. Ekoran dari itu saya mengambil langkah terkebelakang ingin memulakan perniagaan
produk Herba Madu. Kesedaran ini timbul akibat pengalaman ibu saya yang berketuran Cina dari
sabah yang gemar minum dan makanan berunsurkan herba.

Alhamdulillah, kesederan ini timbul berpunca dari ibu saya yang jarang sekali mendapat
penyakit-penyakit yang banyak melanda masyarakat kita sekarang. Akibat dari kesedaran ini,
sebagai bekas siswazah penuntut UNiKL yang berkelulusan Diploma in Chemical Engineering
Technology (Food) berminat untuk memajukan produk makanan yang berasaskan herba madu.

Di sebabkan masih mentah dalam mengendalikan usaha-usaha sebegini, saya banyak merujuk
dari bapa saya yang pernah satu ketika dahulu mengeluarkan produk kicap dan cilisos dengan
kaedah pengeluaran industri kecil. Pengalaman itu sedikit sebanyak dapat mengajar saya untuk
lebih cerdas dalam meningkatkan usaha mengeluarkan Herba Madu. Bapa saya juga
menjalankan ternakan kelulut, jadi dari itu kami menggunakan kelebihan yang ada dengan
mencampurkan madu kelulut kedalam produk kami.

VISI
Menaikan martabat minuman herba

MISI
Meningkatkan kualiti minuman herba dan berinovasi dalam menghasilkan sesuatu produk

TUJUAN
Mengisi ruang pekerjaan sendiri,kerana zaman sekarang sukar mendapat pekerjaan, disamping
cuba mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada belia-belia setempat seperti mendapatkan
sumber bahan-bahan mentah dari penduduk setempat.
Profail
Nama Syarikat : AFNUR HERBS

Tarikh Penubuhan : 14 mei 2017

No pendaftaran : KC0042811-X

Alamat : 336 Bandar Baru Beris Jaya.08700 Jeniang Kedah.

Bentuk Perniagaan : : Pemilik tunggal

Jenis Perniagaan :Membekal minuman herba berasaskan madu serta produk kesihatan.

Nama Pemilik : NUR ZUHAIRI FAZLIN BIN MAT AKER

NO KP : 950618-02-5373

Kelulusan : Diploma in Chemical Engineering Technology (FOOD) Unikl MICET

ANALISIS SWOT
Kekuatan
1. Mempunyai kelulusan dalam bidang teknologi permakanan

2. Latar belakang keluarga yang pernah mengeluarkan produk kicap dan cili sos

3. Mempunyai keluarga yang mempuyai sedikit modal sebagai langkah awal perniagaan.

4. Minat yang mendalam terhadap teknologi makanan

5. Mempunyai ibu dan ayah yang amat menitik beratkan kesihatan pemakanan

6. Kekuatan saya memperkenalkan kaedah perniagaan Islamic dengan memperkenalkan kaedah


perniagaana CIGP (cash if good product) dalam talian.

7. Mempunyai ayah yang dinobat sebagai guru inovasi peringkat negeri 2013 dan ibu guru
inovasi negeri 2010 dimana amat membantu dalam pengeluaran idea-idea yang inovasi.
Kelemahan
1. Modal yang terhad memandangkan ibu dan ayah mempunyai komitmen kewangan yang besar

2. Tidak mendapat bimbingan dari kementerian pertanian kerana sikap pegawai yang tidak
memperdulikan kebajikan rakyat pada awal penubuhan syarikat Sos cili atas sebab bapa saya
seorang kaki tangan kerajaan

3. Masyarakat memandang rendah dengan bekerja sendiri dan ditakutkan psikologi akan terjejas
budaya bekerja sendiri masih berada di tahap kelas ke3.

4. Tidak mempunyai tempat atau kilang untuk beroperasi memandangkan modal penghasilan
yang amat besar.

5. Jiwa saya yang masih lemah dengan perniagaan sendiri.

Peluang
1. Masyarakar sekarang sangat menitik beratkan makanan herba yang berasaskan madu dan
mereka amat menitik beratkan kesihatan.

2. Talian internet yang begitu baik membuka peluang untuk perniagaan secara online dan ramai
customer yang dapat dipromosikan.

3. Malaysia mempunyai hasil bumi yang banyak yang mempunyai herba-herba yang tidak
ternilai harganya.

4. Bahan mentah senang diperolehi dan senang dihubungi.

Ancaman
1. Kerajaan menjadi ancaman yang besar kepada saya dalam memajukan produk. Sebagai contoh
produk saya yang baru berusia setahun jagung yang ingin memohon kelulusan diugut dengan
akta-akta yang menjatuhkan tahap mental seseorang usahawan.

2. Tidak mendapat bantuan dan tunjuk ajar yang sewajarnya

3. Terlalu banyak karenah birokrasi dari kerajaan yang membantutkan usaha saya

4. Tidak ada sumber dana yang membantu saya dalam mengembangkan usaha saya dalam
memajukan produk herba madu.
MENGURUS PENGELUARAN
Produk herba madu rawatan jantung adalah produk yang telah mendapat tempat di masyarakat.
Makanan berasaskan herba madu dengan bahan–bahan seperti cuka epal, hali bara, halia, bawang
putih, habatus sauda telah mendapat tempat di kalangan masyarakat.

AFNUR HERBS ENT mengambil langkah awal mengeluarkan produk ini memandangkan
keluarga saya telah mengamalkan produk ini melalui usaha produk homemade. Terutamanya ibu
saya yang telah begitu lama mengamalkan minuman herba madu ini dari usia muda.

Bahan mentah
1. Cuka epal
2. Madu kelulut
3. Madu lebah
4. Halia bara
5. Halia
6. Bawang putih
7. Habatus sauda
8. Buah goji dll

Peralatan dan kelengkapan


1. Dapur memasak
2. Periuk 5 unit
3. Gas
4. Paip air
5. Mesin pengisar
6. Plas air dll

Alatan-alatan lain
1. Mesin pemanas
2. Botol
3. Kotak
4. Slotape dll
5. Kenderaan untuk penghantaran
CARA-CARA PEMBUATAN
Menghasilan produk Herba madu ini memerluakan bahan-bahan mentah yang kebanyakannya
sukar didapati.seperti halia bara, habitus sauda dan buah goji. Walau bagimanapun itu bukanlah
alasan atau penghalang untuk saya tidak menghasilakan produk Herba Madu rawatan Jantung.

Langkah 1
1. Mendapatkan bahan-bahan mentah dari masyarakat setempat.

2. Apabila bahan-bahan mentah sudah mencukupi. Bahan ini ditimbang mengikut sukatan yang
ditetapkan seperti perkadaran menggunakan nisbah 1:1

3. Barang-barang yang perlu dikupas seperti halia bara, halia, bawang putih dan lain-lain lagi

Langkah 2
Misai kucing dan daun durian belanda ditimbang dan direbus untuk mendapat rebusan airnya.

Langkah 3
Air rebusan digunakan untuk mengisar bahan mentah yang lain.

Langkah 4
Bahan selesai dikisar akan ditapis beberapa kali dan di masak sehingga mencapai suhu 100oC.
Dan tempoh masak produk menggambil masa 4-5 jam

Langkah 5
Madu kelulut dan madu lebah dimasukkan ketika bahan dalam keadaan sejuk, ini untuk
memastikan mutu madu tidak terjejas oleh bahan yang telah di masak.

Langkah 6
Selepas larutan sebati barulah dimasukkan kedalam botol.

Langkah 7
Dilabelka dan dikedapkan penutupnya

Langkah 8
Siap untuk dipasarkan
MODAL PENGELUARAN
1. Bahan mentah halia bara, halia, misai kucing dalam anggaran, RM200

2. Botol dan penutup serta stiker, RM 300.00

3. Upah pekerja dari belian barang sehingga masak, RM200

4. Upah promosi dan Julan RM1000

HASIL JUALAN
Setiap kali pengeluar boleh menghasilan pengeluaran antara 40 botol dengan anggaran hasil

RM65 x 40 = rm2600.00

PENUTUP
Saya berharap mendapat tunjuk ajar dari pegawai-pegawai yang dapat membimbing saya. Tanpa
bimbingan pegawai, saya rasa saya tidak mampu menjayakan usaha pengeluaran produk saya ini.

PENGHARGAAN
Terima kasih kepada pegawai MeSTI yang begitu prihatin kepada warga graduasi mengganggur
seperti saya dan sanngup meluangkan masa untuk memantau dan memberi tunjuk ajar.

Anda mungkin juga menyukai