Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

SEKTOR HAL EHWAL PELAJAR DAN HUBUNGAN LUAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIA PENDIDIKAN MALAYSIA
SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Dokumen (asal dan salinan) yang mesti disediakan sebelum mendaftar sebagai pelajar IPG.
4 salinan
1 Mencetak Surat Tawaran Kemasukan ke IPG dari laman sesawang
2 Mencetak dari laman sesawang dan melengkapkan semua borang yang
disediakan:
 Mencetak semua dokumen dalam Kit Pendaftaran

Borang 1 - Borang Pendaftaran Pelajar (asal) 2 salinan

Borang 2 - Surat memberi Kuasa lawatan/Pendidikan Luar (asal) 2 salinan

Borang 3 - Surat memberi kuasa Menjalankan (asal) 2 salinan


Pembedahan
Borang 4 - Surat Pengakuan Tidak Terlibat Dengan Penyalah Gunaan Dadah 2 salinan
(asal)
Borang 5 - Borang Maklumat Kahwin (asal) * jika berkenaan 2 salinan

Borang 6 - Surat Akuan Tidak Mengandung (asal) 2 salinan

Borang 7 - Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu (asal) 2 salinan

Borang 8 - Surat Akuan (asal) 2 salinan

Borang 9 - Surat Memberi Kuasa Menjalankan Pemeriksaan Kesihatan 2 salinan


(dibawa bersama Borang Pemeriksaan Kesihatan –Pin.1/2014 semasa
membuat pemeriksaan di hospital/klinik)
Mencetak dan melengkapkan Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan 1 salinan
3
Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pin1/2014)
Membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta yang berdaftar dengan
4 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan pengesahan oleh
Pegawai Perubatan
5 Mencetak dan membaca Buku Peraturan Pelajar 1 salinan

6 Mencetak dan membaca Akta 174 1 salinan


7 Menjelaskan bayaran Pendaftaran Pelajar Baharu
Menyediakan gambar berukuran pasport – Nama, kursus, opsyen dan nombor 5 keping
8
kad pengenalan ditulis di belakang gambar
10 Menyediakan salinan Kad Pengenalan & disahkan 3 salinan

11 Menyediakan salinan Sijil Lahir & disahkan 3 salinan


Menyediakan salinan Sijil-sijil SPM/SMA/SMU/UEC/ STPM/Diploma/Ijazah & 3 salinan
12
disahkan
Menyediakan salinan surat Pengiktirafan Nilai Taraf Diploma/Ijazah (bagi PDPP 2 salinan
13
sahaja) *jika berkenaan
14 Menyediakan salinan surat nikah & disahkan (jika berkenaan) 2 salinan

15 Menyediakan salinan Surat Berhenti Sekolah & disahkan 3 salinan


16 Menyediakan salinan surat lantikan sebagai guru INTERIM 2 salinan
17 Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran

2
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Sebelum hari pendaftaran, anda perlu:

1. MELENGKAPKAN SEMUA BORANG YANG TELAH DICETAK:


 Borang-borang di dalam Kit Pendaftaran (Borang 1 - 9)
 Borang Permohonan Pemeriksaan Kesihatan (Pin.1/2014)

2. ANDA DIKEHENDAKI MENJALANI PEMERIKSAAN PERUBATAN.

(a) Anda hendaklah melengkapkan Borang 9 (dalam kit pendaftaran) dan Borang
Permohonan Pemeriksaan Perubatan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia (Pin.1/2014). Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai
Perubatan kerajaan atau swasta yang berdaftar dengan KKM untuk mendapatkan
pemeriksaan doktor.

(b) Sila pastikan keputusan pemeriksaan perubatan (keratan Borang Pin.1/2014) tersebut
mengandungi nama pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan, keputusan
pemeriksaan x-ray juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda menjalani
pemeriksaan tersebut.

(c) Keputusan yang ”disahkan sihat” dalam pemeriksaan perubatan, hendaklah diserahkan
kepada pegawai bertugas ketika mendaftar. Anda perlu menyediakan satu keputusan
asal dan dua salinan fotostat keputusan pemeriksaan perubatan yang telah disahkan
untuk kegunaan IPG berkenaan

(d) Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan perubatan serta x-ray adalah
tanggungan anda.

3. BAYARAN YURAN PENGAJIAN


3.1 Jadual Pembayaran Yuran Pengajian PDPP lantikan Guru INTERIM 2018

Semester 1 Semester 2 Semester 3


Dibayar sebelum Dibayar sebelum Dibayar sebelum
Program 26 November 30 Mei 2019 1 Januari 2020 Jumlah
2018

PDPP*pada pindaan
*Tertakluk RM1,305.00 RM2,903.80 RM307.50 RM4,516.30**
(KDC)

3.1.2 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR PER SEMESTER

a) Sila jelaskan yuran pengajian sebelum anda hadir mendaftar bagi setiap semester
(seperti jadual pembayaran di atas)
b) Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang (money order)
atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA–KPM-T dan slip bayaran dibawa
semasa hari pendaftran.

3
3.2 Yuran pengajian bagi guru INTERIM lantikan 2017, akan dibayar oleh KPM.

3.3 Yuran pengajian bagi calon guru yang taja oleh penaja akan dibayar oleh penaja
masing-masing (JHEAT, JAIJ, KEMAS, JPNIN)

4. BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

4.1 Anda dikehendaki membuat bayaran pendaftaran pelajar baharu sebanyak RM200
sebelum mendaftar.

4.2 Cara bayaran hendaklah menggunakan Kiriman Wang (money order) atas nama
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA–KPM-T dan slip bayaran dibawa semasa hari
pendaftran.

PENTING: Pihak kami tidak akan menerima wang tunai untuk pembayaran yuran semasa
hari pendaftaran

SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN


3.1 Dokumen asal dan salinan yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai pelajar IPG adalah
seperti berikut: (Calon dikehendaki mengemukakan dokumen asal dan salinan yang telah
disahkan untuk semakan dan pengesahan) Pastikan dokumen yang dibawa mengikut susunan
seperti senarai jadual di bawah:

Sila tanda ( / ) setelah anda meneliti perkara berikut

BIL DOKUMEN Tandakan (/)


1 Surat Tawaran Berkursus (4 salinan)
Semua dokumen dalam Kit Pendaftaran (Borang 1 – 8) – asal dan
2
2 salinan
Borang 1 - Borang Pendaftaran Pelajar
Borang 2 - Surat memberi Kuasa lawatan/Pendidikan Luar
Borang 3 - Surat memberi kuasa Menjalankan
Pembedahan
Borang 4 - Surat Pengakuan Tidak Terlibat Dengan
3 Penyalah Gunaan Dadah
Borang 5 - Borang Maklumat Kahwin
Borang 6 - Surat Akuan Tidak Mengandung
Borang 7 - Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu
Borang 8 - Surat Akuan
Laporan Perubatan yang telah disahkan sihat oleh Pegawai
4
Perubatan dan keputusan x-ray (1 asal & 2 salinan)
5 Kad Pengenalan ( asal & 3 salinan)
6 Sijil kelahiran (asal & 3 salinan)
Sijil-sijil SPM/SMA/SMU/UEC/ STPM/Diploma/Ijazah & disahkan
7
(asal & 3 salinan)
8 Surat Pengiktirafan Nilai Taraf Diploma/Ijazah (bagi PDPLI
4
sahaja) – asal dan 2 salinan
9 Gambar berukuran pasport (5 keping)
10 Surat nikah (jika berkenaan) 2 salinan & disahkan
Surat Majikan Suami/Isteri mengesahkan tempat kerja (jika
11
berkaitan) – 1 asal & 2 salinan
12 Surat berhenti sekolah (asal & 3 salinan)
13 Surat lantikan sebagai guru INTERIM – asal dan 2 salinan

(c) Calon tidak akan didaftarkan sebagai pelajar di Institut Pendidikan Guru sekiranya
gagal mengemukakan semua dokumen ASAL.

(d) Pakaian semasa Program Pengurusan Pelajar Baharu (PPPB)


Pelajar wajib berpakaian seperti berikut:

Pelajar lelaki:

Hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang, bertali leher, berseluar panjang (slack)
dengan bertali pinggang dan berkasut kulit warna gelap serta berstoking.
Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Lengan baju hendaklah dibutangkan dan tidak
boleh dilipat ke atas.
Memakai pakaian sukan ketika aktiviti riadah/sukan

Pelajar perempuan:

(a) Sebarang jenis pakaian yang tidak mendedahkan mana-mana bahagian anggota
dari paras bawah leher hingga ke paras bawah lutut, berkain dalam dan berkasut
(court shoes) ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.75 sm);

(b) Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai pakaian yang menutup aurat dan bercirikan
wanita muslimah; dan memakai pakaian sukan ketika aktiviti riadah/sukan; dan

(c) Pelajar dilarang memakai penutup muka/purdah.

MAKLUMAT PENTING

1. PENDAFTARAN CALON

Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak
dibenarkan. Calon mesti melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa seperti
yang tertera dalam surat tawaran.

2. PENDAFTARAN LEWAT
Pendaftaran ini terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

3. PERTUKARAN KAMPUS DAN BIDANG PENGAJIAN

Adalah diingatkan bahawa pertukaran Pusat kursus dan bidang pengajian (pengkhususan)
tidak dibenarkan (Rujuk Surat Tawaran).

5
4. CALON TIDAK LAYAK MENDAFTAR

a. Gagal mengemukakan dokumen asal yang diperlukan semasa pendaftaran

b. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal
dalam peperiksaan atau tidak menamatkan pengajian.

c. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah,
jenayah atau tindakan mahkamah.

d. Calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum melepasi
tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan atau sakit yang memerlukan rawatan
berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini.
Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan. Calon boleh memohon untuk
mengikuti program ini pada tahun berikutnya jika memenuhi syarat semasa.

5. DISIPLIN

Semua pelajar WAJIB mematuhi Akta 174 dan Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru.

Anda mungkin juga menyukai