Anda di halaman 1dari 12

ISLÓMIYYÓT 41(1) 2019: 13 - 23

(https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2019-4001-02)

Epistemologi dan Metodologi Sains Islam di Era Revolusi Industri 4.0


Epistemology and Methodology of Islamic Science in the Age of Industrial Revolution 4.0

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria

ABSTRAK

Revolusi Industri Keempat merupakan satu perubahan yang berlaku secara drastik kepada peradaban manusia di
mana dunia menyaksikan penggunaan Internet of Things (IoT) dan perkembangan teknologi tanpa batas sempadan.
Penggerak utama kepada Revolusi Industri Keempat ini iaitu sains dan penciptaan teknologi berasaskan IoT serta
Artificial Intelligence (AI) merubah makna menjadi manusia (post-humanism). Sains dalam tamadun Islam muncul
sebagai hasil daripada pandangan alamnya yang syumul, justeru sains era Revolusi Industri Keempat kini tidaklah
boleh diterima kebenarannya secara membuta tuli kerana asas epistemologi dan metodologinya yang asing daripada
asas epistemologi dan metodologi Islam. Berdasarkan premis di atas, umat Islam memerlukan sains yang tersendiri,
hasil daripada pandangan hidup dan nilainya yang sejati. Karya ini meneliti premis epistemologi dan metodologi
sains Islam berdasarkan kaedah analisis dokumen yang terkandung dalam penulisan beberapa orang pemikir Islam
seperti Ziauddin Sardar, Alparslan Acikgenc dan Osman Bakar secara umum. Ia pada akhirnya merumuskan bahawa
sains dan teknologi Islam mempunyai kerangkanya yang tersendiri dan menjadi alternatif kepada sains dan teknologi
Barat.
Kata kunci: Epistemologi; sains; teknologi; Islam; 4IR

ABSTRACT

The Fourth Industrial Revolution is a great transformation that radically changes human civilisation through the
application of Internet of Things (IoT) and advancement of technology without borders. The main driver for the Fourth
Industrial Revolution is science and technology based on IoT and artificial intelligence (AI) that transform the meaning
of being human to post-humanism. Science in the Islamic civilisation emerged as the result of its comprehensive
worldview; therefore the science of the Fourth Industrial Revolution should not be accepted based upon its claim of
truth purely because of its alien foundation in epistemology and methodology from the worldview of Islam. Based upon
the abovementioned premise, the Muslim ummah needs itw own science that originated from the worldview of Islam
and its own sets of values. This article studies the Islamic science premises in epistemology and methodology based
upon document analysis method founded in the writings of some contemporary Muslim scholars namely Ziauddin
Sardar, Alparslan Acikgenc and Osman Bakar. Finally, it synthesizes Islamic science and technology within its own
framework and set to be an alternative to Western science and technology.
Keywords: Epistemology; science; technology; Islam; 4IR

PENDAHULUAN kesan kepada semua disiplin, ekonomi dan industri,


serta idea-idea yang mencabar tentang apa yang
Sains serta teknologi telah menjadi pemacu penting dimaknakan sebagai manusia (post-humanism).
kemajuan tamadun manusia sejak 500 tahun yang Kewujudan superkomputer mudah alih, robot-robot
lalu. Buat pertama kalinya dalam sejarah, manusia humanoid, kereta tanpa pemandu, peningkatan neuro-
memperolehi kekuasaan yang besar terhadap alam. teknologi, penyuntingan genetik (genetic editing) dan
Revolusi kemajuan sains dan teknologi ini akan sebagainya justeru bakal memberi impak perubahan
terus memainkan peranan utama pada era Revolusi dramatik dalam kehidupan manusia yang dianggap
Industri 4.0 (The Fourth Industrial Revolution)1. Era menjadi lebih baik2. Namun apakah kemajuan sains
Revolusi Perindustrian Keempat ini berbeza dengan dan teknologi ini akan membawa kesejahteraan dan
ketiga-tiga era revolusi sebelumnya. Ia dicirikan kemakmuran kepada umat manusia atau sebaliknya?
oleh pelbagai teknologi baru yang menggabungkan Lebih jelas lagi, apakah sains dan teknologi Islam
dunia fizikal, digital dan biologi, serta memberi bersedia mendepani era ini?

Bab 2.indd 13 7/1/2019 3:59:44 PM


14 IslÉmiyyÉt 41(1)

SAINS DAN PERANANNYA KEPADA UMAT sedia ada pada masa kini tidaklah boleh diterima
ISLAM kebenarannya secara membuta tuli kerana asas
epistemologinya yang bertunjangkan pandangan
Dalam bukunya Masa Hadapan Islam: Bentuk hidup Barat. Dakwaan neutraliti sains Barat
Idea Yang Akan Datang, Ziauddin Sardar (1990) menunjukkan bahawa ia adalah palsu semata-
menekankan bahawa sains adalah alat yang asas untuk mata kerana paradigma yang melatari pemikiran
menyelesaikan masalah dalam sebarang peradaban. sains tersebut tidak terlepas daripada pengaruh
Tanpa sains, peradaban tidak dapat memelihara peribadi dan partisan seseorang individu saintis.
struktur politik dan sosial atau memenuhi keperluan Pengaruh peribadi ini, tentu sekali termasuk aspek
asas rakyat dan budayanya. Sebagai manifestasi kepercayaan, pandangan hidup dan budaya yang
luaran sesuatu epistemologi, sains membentuk membentuk diri seseorang saintis dan persekitaran
persekitaran fizikal, intelektual dan budaya serta peribadi serta masyarakat yang diwakilinya.
menggalakkan kaedah ekonomi yang terpilih untuk Ringkasnya, sains adalah manifestasi jiwa dan
pengeluaran bagi sesebuah peradaban. Pendeknya keperibadian sesuatu bangsa, justeru paradigma
sains adalah alat yang membentuk peradaban: yang membentuk sains menentukan sifat sains
ia adalah pernyataan fizikal terhadap pandangan serta teknologi yang terhasil daripadanya. Hal ini
hidupnya. Malangnya, kewujudan sains yang diajar merujuk pandangan Thomas Samuel Kuhn dalam
di kebanyakan universiti di negara-negara Islam The Structure of Scientific Revolution (1962) yang
adalah berdasarkan sains Barat, dengan demikian menjelaskan kesukaran sains untuk bersifat neutral
menyebabkan umat Islam tidak dapat keluar dan objektif dan oleh sebab itu, dakwaan bahawa
daripada kemunduran yang membelenggu mereka kesejagatan nilai sains bukanlah sesuatu yang boleh
kerana sains Barat adalah berdasarkan keperluan dipertahankan.
dan manifestasi egosentrik Barat, sementara asas Sebagai manifestasi jiwa dan keperibadian
pandangan dunianya adalah sama sekali berbeza Barat, sains moden pada hari ini telah menghasilkan
dengan sains Islam (Sardar 1981). Peranan sains kesan-kesan jangka panjang yang menggerunkan.
moden dalam mencipta kemunduran dunia Islam “Bencana” sains Barat ini wujud dalam bentuk
merupakan dimensi yang sangat penting untuk senjata-senjata nuklear, senjata kimia dan biologi,
dikaji, terutamanya berkaitan epistemologi Islam pencabulan alam sekitar, kejuruteraan genetik dan
dan pengkajian terhadap status sains dan teknologi sosiobiologi yang menuju ke arah penguasaan
dalam konteks dunia Islam hari ini. Demikian dan dominasi bentuk baru; penggunaan sains
juga, replikasi sistem Barat merupakan suatu usaha untuk tujuan imperialisme yang ternyata daripada
yang tidak produktif kerana selain daripada kesan penyerapan sains di universiti ke dalam penyelidikan
ketidaksesuaian sosiobudaya yang dilaksanakan rahsia yang dibiayai oleh jabatan-jabatan pertahanan;
melalui pemindahan teknologi, sains barat telah pengasingan manusia dan alam; penjajahan komputer
menerapkan ideologi politik yang asing yang pada ketenteraan individu. Secara kolektifnya, hasil-
mengeksploitasi sains dan teknologi sebagai alat hasil yang tidak diingini daripada epistemologi
kezaliman (Sardar 1981). Pervez Hoodbhoy (1991), sains telah mengancam kewujudan manusia dan
seorang ahli fizik nuklear turut bersetuju tentang tempat tinggal kehidupan manusia. Dalam hal ini,
keperluan mendesak sains dan teknologi di dunia “bencana-bencana” yang dihasilkan ini bukanlah
Islam pada hari ini. Bahkan beliau menganggap sains daripada sains yang neutral dan bebas nilai, bahkan
telah menerima nasib yang buruk setelah tamadun ia adalah hasil nilai yang membentuk asasnya, iaitu
Islam mencapai kemajuan sains yang tinggi sejak pengasingan “ilmu” daripada perhatian sosial, moral
beberapa abad. Ahli falsafah Islam semasa yang dan etika dan pencarian ilmu ini untuk kepentingan
konsisten membincangkan persoalan sains dan Islam sekular dan kuasa material serta penguasaan ke atas
secara menyeluruh Seyyed Hossein Nasr (2003), manusia dan alam. Ilmu saintifik yang tidak bebas
menegaskan bahawa sains Islam bukanlah hanya daripada nilai ini adalah dibentuk oleh ilmu dan
sekadar satu bab dalam sejarah sains Barat, bahkan dibina oleh tema sosial dan budaya yang penting
ia adalah aspek yang integral dalam tamadun Islam dalam peradaban Barat (Sardar 1990). Dengan
dan tradisi intelektualnya. kemaraan Revolusi Industri 4.0 terutamanya
Bertitik tolak daripada premis bahawa sains artificial intelligence, persoalan nilai dan etika
adalah alat penting bagi kemajuan tamadun Islam, dalam sains dan penghasilan teknologi menjadi isu
adalah penting ditekankan bahawa sains yang fundamental.

Bab 2.indd 14 7/1/2019 3:59:44 PM


Epistemologi dan Metodologi Sains Islam di Era Revolusi Industri 4.0 15

KEPERLUAN TERHADAP SAINS DAN 1. Tamadun yang berbeza menghasilkan sains yang
TEKNOLOGI ISLAM berbeza (1989).
2. Sains Islam dalam sejarahnya mempunyai identiti
Berdasarkan premis di atas, umat Islam memerlukan yang istimewa terzahir pada keunikan semula jadi
sains yang tersendiri, hasil daripada pandangan hidup serta gaya karakteristiknya (1989).
dan nilai-nilainya yang sejati. Dalam artikel yang 3. Sains Barat mewarisi sifat pemusnah dan menjadi
diterbitkan dalam jurnal New Scientist berjudul Why ancaman kepada kemanusiaan (1989).
Islam Needs Islamic Science, Sardar (Priyono 1998) 4. Sains Barat tidak dapat memenuhi keperluan
menegaskan bahawa keperluan terhadap sains Islam fizikal, budaya dan spiritual masyakarat Islam
adalah merupakan tugas penting yang dihadapi oleh (1989).
Muslim hari ini. Asas penghujahan Sardar tentang Secara lebih khusus, beliau (1989) telah membuat
sains Islam telah dibicarakan secara panjang lebar perbandingan antara sains Barat dengan sains Islam
dalam bukunya Explorations in Islamic Science seperti Jadual 1 di bawah:
(1989), dan diringkaskan seperti berikut:

JADUAL 1. Perbandingan antara sains Barat dan sains Islam menurut Ziauddin Sardar

Norma Sains Barat Norma Sains Islam

1. Percaya pada rasionaliti. 1. Percaya pada wahyu.


2. Sains semata-mata untuk sains. 2. Sains sebagai cara untuk mencari keredaan Allah; ia adalah ibadah
yang mempunyai fungsi spiritual dan sosial.
3. Satu metode yang berkuasa adalah satu-satunya cara 3. Banyak metode berasaskan wahyu, objektif dan subjektif, yang
mengetahui realiti (iaitu akal - penulis). kesemuanya sah.
4. Neutraliti dalam emosi sebagai syarat utama mencapai 4. Komitmen emosional adalah penting untuk peningkatan spiritual
rasionaliti. dan sosial dalam urusan saintifik.
5. Neutraliti - fokus kepada penghasilan ilmu baru dan 5. Cenderung kepada kebenaran kerana sains sebagai ibadah yang
sebab-akibat kegunaannya. merupakan hasil tindakan moral dan sebab-akibatnya mestilah
baik.
6. Tiada sifat berat sebelah - keabsahan pernyataan saintifik 6. Wujud subjektiviti - hala tuju sains dibentuk oleh kriteria subjektif.
bergantung hanya kepada operasi yang dicapai, bukan Keabsahan pernyataan sains bergantung kepada operasi yang
siapa yang membuatnya. dicapai dan kepada niat dan pandangan dunia saintis - iaitu
menghargai limitasi dirinya.
7. Penangguhan penilaian - pernyataan saintifik dibuat 7. Pelaksanaan penilaian - pernyataan saintifik sentiasa dibuat pada
hanya berdasarkan bukti yang konklusif. bukti tidak konklusif.
8. Reduksionisme merupakan cara dominan dalam 8. Sintesis merupakan cara dominan dalam pencapaian kemajuan
pencapaian kemajuan saintifik. saintifik, termasuk sintesis antara sains dan nilai.
9. Fragmentasi - sains adalah satu aktiviti yang terlalu 9. Holistik - sains adalah satu aktiviti yang terlalu kompleks untuk
kompleks dan dibahagi-bahagikan kepada disiplin- diceraikan dan dipisahkan kepada segmen-segmen kecil; ia adalah
disiplin, sub-disiplin dan sub-sub-disiplin. multi-disiplin, interdisiplin dan bidang yang holistik.
10. Universalisme - walaupun sains adalah universal, 10. Universalisme - hasil sains adalah untuk semua manusia, dan ilmu
hasilnya adalah untuk mereka yang boleh membiayainya, pengetahuan serta kebijaksanaan tidak boleh dijual beli; kerahsiaan
justeru kerahsiaan boleh dijustifikasikan. adalah tidak bermoral.
11. Individualisme - ia memastikan saintis tetap kekal jauh 11. Orientasi komuniti - pencarian sains adalah tanggungjawab sosial
daripada keprihatinan sosial, politik dan ideologi. (fardhu kifayah); saintis dan masyarakat mempunyai hak dan
tanggungjawab antara satu sama lain.
12. Neutraliti - sains adalah neutral, tiada baik dan buruk. 12. Orientasi nilai - sains sepertimana semua aktiviti manusia yang
lain mempunyai nilai, sama ada baik atau jahat, halal atau haram;
sains untuk tujuan peperangan adalah suatu kejahatan.
13. Kesetiaan kumpulan - hasil ilmu pengetahuan baru 13. Ketaatan kepada Tuhan dan penciptaannya - hasil ilmu
daripada penyelidikan adalah paling penting dan diberi pengetahuan baru adalah cara untuk mengenali tanda-tanda Tuhan
sokongan. dan seharusnya memimpin kepada pembaikian ciptaannya; ia
disokong sebagai aktiviti umum, bukan bersifat elitis.
14. Kebebasan mutlak - semua halangan atau kawalan dalam 14. Pengurusan sains - sains sebagai sumber bernilai tidak boleh
penyelidikan saintifik adalah ditolak. ditujukan kepada kejahatan; ia mesti diurus, dirancang dan
tertakluk kepada kawalan etika dan moral.
15. Matlamat menghalalkan cara - semua cara dan kegunaan 15. Matlamat tidak menghalalkan cara - tiada beza antara matlamat
boleh dijustifikasikan untuk pencarian ilmu. dan cara sains kerana kedua-duanya mesti halal, terikat pada
sempadan etika dan moral.

Sumber: Sardar 1989

Bab 2.indd 15 7/1/2019 3:59:45 PM


16 IslÉmiyyÉt 41(1)

Dalam konteks pembicaraan sains Islam ini, mengandungi beberapa rujukan tentang fakta-
Sardar mencerap lima (5) pendekatan yang berlainan fakta semula jadi, ia bukannya buku teks sains. Ia
terhadap isu sains dan Islam, iaitu: adalah kitab panduan yang menyediakan motivasi
untuk mengejar ilmu pengetahuan. Justeru ilmu
1. Pendekatan yang menolak seluruh persoalan sains
bermula dengan Al-Qur’Én dan ia tidak berakhir
Islam sebagai tidak berkaitan dan menghujahkan
dengannya.
bahawa sains itu berkecuali serta bersifat sejagat
Selain kesan reversed-psychology seperti yang
(Sardar 1990).
dinyatakan di atas, Sardar (1990) juga mengkritik
2. Pendekatan Bucaillisme yang berusaha
pendekatan Bucaillisme yang dianggapnya telah
mengesahkan sains moden dengan
meninggikan kedudukan sains ke taraf suci dan
menyamakannya dengan Al-Qur’Én (Sardar
menjadikan wahyu tunduk kepada pengesahan
1990).
daripada sains Barat, sedangkan kenyataannya Al-
3. Pendekatan Islamisasi ilmu (Sardar 1982).
Qur’Én tidak memerlukan justifikasi kebenarannya
4. P e n d e k a t a n y a n g m a s i h m e n g e k a l k a n
daripada sains moden. Beliau juga menganggap
kepercayaan bahawa sains bersifat sejagat dan
bahawa Bucaillisme telah mendedahkan Al-Qur’Én
berkecuali, tetapi mewujudkan sains dalam
kepada kesalahan pembuktian kebenarannya, di
politik Islam (Sardar 1990).
mana sekiranya berlaku sesuatu fakta yang disebut di
5. Pendekatan sains Islam sebagai entiti tersendiri,
dalam Al-Qur’Én dibuktikan silap oleh sains moden,
yang menggabungkan semangat nilai-nilai Islam
apakah yang demikian menyebabkannya perlu
dengan proses dan kaedah akan memajukan
ditulis semula? Dan apakah akan berlaku jika sesuatu
cita-cita dan ideal pandangan hidup Islam. Ini
teori sains yang disahkan benar oleh Al-Qur’Én
termasuklah tentang persaudaraan, keadilan
serta memukau pada hari ini tiba-tiba ditinggalkan
sosial, penggunaan sumber semula jadi yang
pada masa akan datang dengan sebab munculnya
mencukupi dan menggugatkan manusia tentang
teori lain yang membuktikan sebaliknya? Adakah
amanah Tuhan serta menambahkan kesedaran
ia bermakna bahawa Al-Qur’Én hanya sah pada hari
rohani dan berkhidmat untuk memenuhi
ini dan tidak lagi demikian pada masa akan datang?
keperluan masyarakat Islam (Sardar 1990).
Persoalan-persoalan ini jelas menunjukkan bahawa
Pendekatan pertama yang jelas menganggap sains Islam tidaklah sepertimana yang ditanggapi
bahawa sains Islam sebagai tidak relevan dan oleh pendekatan Bucaillisme, kerana Islam adalah
mengiktiraf kesejagatan sains Barat tentu sekali suatu kebenaran mutlak (absolute truth) yang tidak
tidak memberi apa-apa faedah kepada umat Islam. tunduk atau tertakluk kepada pengesahan daripada
Justeru, fokus Sardar dalam penilaiannya menjurus ilmu manusia.
kepada empat (4) pendekatan yang berikutnya. Menyentuh pendekatan Islamisasi ilmu sains
Menghuraikan lebih lanjut tentang pendekatan- pula, Munawar Ahmad Anees dan Merryl Wyn
pendekatan tersebut satu persatu, Sardar (1990) Davies (1988) dalam artikel berjudul Islamic
menjelaskan bahawa rujukan utama pendekatan Science: Current Thinking and Future Directions
Bucaillisme adalah pemikiran Maurice Bucaille, dalam The Revenge of Athena: Science, Exploitation
seorang pakar bedah Perancis yang menulis buku and The Third World, telah menjelaskan bahawa
“The Bible, The Qur’Én and Science.” Di sebalik perdebatan mengenai Islamisasi ilmu mempunyai
kejayaan kajian Bucaille menggerakkan ramai impaknya yang tersendiri. Pendekatan Islamisasi
saintis dan ahli akademik Islam untuk mencari ilmu yang terhad, dan ketiadaan tumpuan terhadap
fakta dan teori sains di dalam Al-Qur’Én dengan teori ilmu daripada perspektif Islam telah membawa
lebih mendalam, dan menambahkan keimanan prospek penyesuaian mudah kepada sintesis
mereka terutama golongan saintis generasi lama, antara ilmu saintifik barat dengan sentimen dan
Sardar (1990) menganggap bahawa bahaya yang kepercayaan Islam, iaitulah jalan utama kepada
wujud dalam fahaman Bucaillisme ini amat besar. kejumudan pemikiran. Ia berasaskan kepada
Ia telah melahirkan suatu teologi yang membuta penerimaan terhadap status quo epistemologi sains
tuli, iaitu oleh kerana semua pengetahuan saintifik barat dan pergantungan kepadanya tanpa bersifat
terdapat dalam Al-Qur’Én, sekadar mengkajinya kritikal, dan beranggapan bahawa sesuatu itu boleh
melalui perspektif sains boleh mendedahkan semua berubah, tetapi dalam masa yang sama kekal serupa.
perkara dan membawa kepada teori dan penemuan Mereka berpendapat bahawa pendekatan Islamisasi
baru. Tegas Sardar, walaupun Al-Qur’Én memang ilmu serta Bucaillisme ini mengambil jalan pendek

Bab 2.indd 16 7/1/2019 3:59:45 PM


Epistemologi dan Metodologi Sains Islam di Era Revolusi Industri 4.0 17

daripada sintesis mudah berdasarkan status quo Sementara pendekatan ini berjaya pada umumnya
kepada ketiadaan keperluan langsung kepada menjadikan sains selaras dengan matlamatnya
sintesis kerana sains itu sendiri telah pun wujud. dan juga nilai masyarakat Islam, Sardar (1990)
Jelasnya, mereka beranggapan bahawa inilah daya menganggap bahawa ia telah memperkecilkan
tarik popular fahaman Bucaillisme dalam memberi kuasa sains yang sebenarnya untuk mengubah
keyakinan diri kepada kalangan apologis Muslim masyarakat dan pemerintahan sepenuhnya. Dengan
melalui bukti saintifik terhadap kebenaran wahyu itu, pelaksanaan sains ini dalam pemerintahan Islam
(Munawar Ahmad Anees & Merryl Wyn Davies menurut beliau, tidak akan memajukan idea dan nilai
1988): Islam tetapi sebaliknya memperkecilkan nilai-nilai
The mainstream of the movement sees Islamic Science as an
itu, kerana konflik dan ketegangan di antara matlamat
entity on its own. But the Islamization of knowledge debate sains ini dengan pemerintahan Islam akan sentiasa
has its impact. The limitations of the Islamization approach, its wujud.
lack of attention to an Islamic theory of knowledge, holds out Sebaliknya, pendekatan sains Islam sebagai entiti
the prospect of an easy accommodation leading to a synthesis tersendiri dianggap oleh Munawar Ahmad Anees
between western ‘scientific’ knowledge and Islamic sentiment
dan Merryl Wyn Davies (1988) memberi gambaran
and belief, the primrose path to mental inertia. Based upon
uncritical acceptance of the epistemological status quo, the menyeluruh tentang sains Islam. Ia merupakan sains
dominance of and dependence upon western science, it suggests yang selari dengan nilai fundamental Islam serta
things can change while essentially staying the same. It is a very tuntutan keadaan semasa. Hujah utamanya merujuk
short and seductive step from this easy synthesis based upon the kepada epistemologi dan metodologi sesuatu sistem
status quo to the notion that no synthesis at all is needed, because ilmu yang mestilah bersandarkan kepada nilai-nilai
in the realm of ‘science’ it already exists. This is the appeal of
Bucaillism. The popular attraction of Maurice Bucaille's The
yang terus kekal wujud dan bukannya faktor-faktor
Bible, The Qur’an and Science is the way it feeds the apologist transcient. Sains Islam bukanlah suatu orientasi
Muslim's self-esteem by purporting to give scientific proof of semula sains Barat mahupun penciplak butanya.
the modernity of Muslim belief by employing scientific data to Ia tidak boleh dijelaskan secara perbandingan atau
uphold the truth of revelation. This then taken as demonstration pembaikan kepada sains yang telah sedia ada.
of the Muslim truism that there can be no conflict between
Sains Islam merupakan suatu bahagian bersepadu
science and religion, both of which are construed in an entirely
western, not Islamic, sense. daripada Islam sebagai suatu cara hidup yang
lengkap, iaitu satu-satunya kerangka kerja di mana
Selanjutnya, pendekatan sains dalam politik ia sepatutnya dikenali. Ia tidak boleh disuburkan
Islam pula yang menekankan idealisme bahawa secara berasingan daripada arus perdana lanskap
dengan wujudnya sistem politik Islam maka secara pemikiran dan moral Islam. Penjelasan mereka
automatiknya lahirlah apa yang disebut sains Islam adalah seperti berikut:
seumpama lampu aladin yang menyebabkan sesuatu Usaha mewujudkan sains Islam sebagai entiti
keajaiban boleh berlaku secara magis. Pendekatan yang sah dan tersendiri atau secara tepatnya sebagai
ini menghujahkan bahawa apabila sains diusahakan alternatif bagi sains Barat telah mula diterokai
dalam politik Islam, fungsinya akan diubah menurut oleh Seyyed Hossein Nasr dalam bukunya The
idea-idea Islam dan masyarakat Islam. Unsur Encounter of Man and Nature. Tesis Nasr dalam
dinamika dalam ijtihad memastikan bahawa sains karyanya tersebut adalah mudah namun meyakinkan.
ditempatkan untuk kegunaan sosial yang sebenarnya Walaupun sains itu sendiri adalah sah tetapi peranan
dan diberi satu sokongan kebudayaan dan intelektual dan fungsi sains Barat dan penggunaannya telah
baru. Matlamat utamanya ialah bagi menyediakan menjadi tidak sah dan begitu berbahaya kerana ia
polisi sains dalam pemerintahan Islam, termasuklah terpisah sepenuhnya daripada bentuk ilmu yang lebih
memperbaiki pemahaman dan perasaan cinta pada tinggi. Bertolak daripada tesis tersebut, hujah Nasr
sains di kalangan masyarakat dan membina sistem dalam Islamic Science: An Illustrated Study bahawa
sains dan teknologi yang memadai dan berkesan. Ia sains Islam mempunyai suatu identiti tersendiri dan
juga untuk menyatukan sumber material dan sumber gambaran sifat-sifat keislamannya dianggap cukup
manusia dalam dunia Islam serta memastikan ia mengesankan.
diarahkan untuk pencapaian matlamat sosioekonomi Justeru, berasaskan landasan tesis yang sama
khususnya kebajikan masyarakat, pembangunan iaitu wujudnya sains Islam sebagai entiti tersendiri
ekonomi, keselamatan negara dan perkembangan yang boleh menjadi alternatif kepada sains Barat,
budaya. sifat-sifat sains Islam dijelaskan oleh tujuannya

Bab 2.indd 17 7/1/2019 3:59:45 PM


18 IslÉmiyyÉt 41(1)

iaitu untuk berkhidmat serta menggalakkan nilai sehingga menghilangkan akauntabilitinya kerana ia
pandangan hidup dan tamadun Islam. Sifat sains bersifat self-regulated. Aktiviti saintifik diatur oleh
Islam yang unik ini berpunca daripada penekanannya perdebatan terbuka terhadap isu-isu yang berkait
yang menyeluruh kepada kesatuan agama dan dengan cara serta matlamat tanpa rahsia, gerakan
sains, pengetahuan dan nilai, fizik dan metafizik. bawah tanah, penyelidikan yang sangat sensitif atau
Penumpuannya kepada kepelbagaian kaedah dan pembangunan, pengurusannya tidak dimotivasikan
penggunaan cara-cara yang unggul dalam mengejar oleh keuntungan kewangan, kesetiaan kumpulan
cita-cita yang unggul dalam mengejar cita-cita atau kepentingan strategik, tetapi keprihatinan
yang unggul juga yang memberi sains Islam gaya kepada penggunaan ilmu yang tertinggi.
tersendiri dengan sintesis sebagai sifat utamanya. Penemuan semula ciri dan gaya sains Islam pada
Sifat-sifat sains Islam tersebut dijelaskan oleh Sardar zaman ini adalah cabaran yang paling menarik dan
(1990) melalui petikan kenyataan beliau dalam penting secara intelektualnya kerana kemunculan
bukunya Arguments for Islamic Science (1985): peradaban Islam yang bebas dan wajar pada masa
...sifat unik dan gaya yang tersendiri ini bermaksud bahawa hadapan bergantung pada cara bagaimana masyarakat
walaupun sains Islam menghargai pencarian kebenaran yang Islam kini menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
mendalam dan sistematis tetapi ia bukan "objektif" dalam ertikata Usaha-usaha yang memberangsangkan bagi mengisi
klinikal - ia tidak membunuh apa-apa sahaja yang disentuhnya. cabaran keintelektualan telah muncul sejak tahun
Perhatian terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam, 1981, contohnya tentang bagaimana panduan etika-
promosi keindahan dan persekitaran semula jadi yang sihat
serta pemerhatian dan penyelidikan yang sistematik dan analisis
moral Islam dapat digabungkan dalam membentuk
matematik yang mendalam adalah kegemilangan sains Islam struktur sains Islam oleh International Federation
dalam sejarah. Dengan itu, sains Islam adalah objektif secara of Institutes for Advanced Conference melalui
subjektif, yakni ia memburu cita-cita subjektif di dalam batasan satu seminar di Stockholm yang telah mengenal
rangka kerja yang objektif. Cita-cita subjektif dan normatif itu pasti sekurang-kurangnya 10 konsep Islam, iaitu
termasuk mencari keredaan Allah, kepentingan masyarakat
tauhÊd, khilÉfah, ibadah, ilmu pengetahuan, halÉl,
dan promosi nilai-nilai Islam seperti cadl, cibÉdah dan khilÉfat.
Ini berlainan dengan penyelidikan mudah yang berdasarkan harÉm, keadilan sosial, dan kezaliman, kepentingan
emosi, dogma, sikap berat sebelah dan prejudis. Sains Islam umum, dan sia-sia - yang boleh digunakan untuk
tidak ada kena-mengena dengan ilmu ghaib dan ilmu sihir: ia membangunkan konsep yang menggambarkan
tidak bertujuan untuk memperkenalkan anarki dan dogmatisme nature persoalan saintifik dalam bentuknya yang
ke dalam pengejaran ilmu, mahupun untuk menguatkuasakan menyeluruh serta menggabungjalinkan antara
kaedah-kaedah satu disiplin ke atas disiplin yang lain. Ia
hanya berusaha untuk memberi kesaksamaan kepada semua
fakta dan nilai, selain menginstitusikan suatu
kaedah pertanyaan, dan menggalakkan penyelidikan serta sistem pengetahuan berasaskan akauntabiliti dan
perkembangan di dalam batasan suatu rangka kerja etika, tanggungjawab sosial.
dan nilai-nilai yang pada sifatnya adalah subjektif. Oleh yang Justeru, nilai-nilai positif diangkat menjadi
demikian, ia juga berbeza secara radikal dengan sains Barat prinsip panduan untuk aktiviti sains dan polisi sains
yang tidak memasukkan cabang-cabang pengetahuan yang
dalam budaya Islam, manakala nilai-nilai negatif
lain dan diasaskan kepada satu kaedah tunggal yang dianggap
sebagai di luar nilai-nilai manusia dan keprihatinan masyarakat. seperti harÉm, zulm dan diyÉ’ menjadi tanda aras
Sebaliknya sains Islam berusaha mencari pemahaman yang yang menunjukkan batasan-batasan sains Islam yang
sepenuhnya terhadap realiti. Oleh itu ia merupakan sesuatu sah. Konsep tauhÊd, khilÉfah dan ibadah membentuk
yang sangat holisitik. paradigma sains Islam. Dalam lingkungan paradigma
Dalam analisa Anees dan Davies (1988) ini sains Islam beroperasi melalui agensi cilm untuk
terhadap sifat sains Islam yang disarankan Sardar, menggalakkan cadl dan istislÉh. Konsep-konsep
ia dianggap suatu sistem yang terbuka tanpa
c
adl, istislÉh dan zulm amat luas dan mengambil
mempunyai agenda tertentu yang berat sebelah. aspek-aspek keadilan, kepentingan awam serta
Mereka berpendapat bahawa seperti mana yang kezaliman dalam bidang ekonomi, sosial, budaya,
ditunjukkan oleh Sardar, pada waktu lepas, wujud teknologi dan psikologi. Lebih penting daripada itu,
berbagai-bagai jenis teknik metodologikal mengikut Sardar menganggap ia tidak terbatas kepada manusia
nature persoalan yang ditimbulkan oleh saintis sahaja, tetapi meliputi ciptaan Tuhan yang lain dan
Islam. Bagi sains Islam, kepelbagaian pendekatan juga alam sekitar. Konsep-konsep halÉl dan harÉm
atau metodologi adalah sah dan perlu, kerana yang beroperasi pada cadl dan zulm, menentukan sifat
pergantungan kepada hanya satu metodologi tanggungjawab sosial dan sifat utilitarian yang ada
pengesahan adalah suatu pengehadan, namun ia tidak pada sains. Semua yang destruktif dari segi fizikal,

Bab 2.indd 18 7/1/2019 3:59:45 PM


Epistemologi dan Metodologi Sains Islam di Era Revolusi Industri 4.0 19

emosi, budaya, persekitaran dan kerohanian adalah environment); but as an extension of it directly
haram. Semua yang menggalakkan parameter sosial within the Islamic scientific conceptual scheme
itu pula adalah halÉl. Oleh itu, baliau menegaskan (which can be identified also as the Islamic context
bahawa aktiviti sains yang menggalakkan keadilan of sciences.” Merujuk kepada definisi al-Attas
sosial dan menimbangkan kepentingan awam yang tersebut, sains Islam adalah aktiviti sains yang
penting adalah halÉl dan yang sebaliknya adalah dijalankan berdasarkan pandangan dunia Islam (yang
harÉm (Sardar 1990). mana ia boleh juga dikenali sebagai persekitaran
Apa yang menjadikan sains Islam berbeza adalah konseptual Islam, tetapi juga sebagai pemanjangan
perbezaan penyelarasan peringkat institusi yang daripadanya berdasarkan skema konseptual saintifik
diperlukan untuk menentukan dan melaksanakan Islam (yang juga dikenali sebagai konteks sains
polisi sains dalam masyarakat, di mana sains dan Islam). Berdasarkan definisi di atas, Acikgenc 1996)
masyarakat merupakan subspesis kepada Islam. merumuskan bahawa, mana-mana aktiviti saintifik
Dengan itu, epistemologi dan metodologi kedua- yang dijalankan dalam konteks persekitaran Islam
duanya adalah ekspresi dan aktiviti bagi kerangka mestilah mempunyai empat prinsip yang jelas, iaitu
nilai yang sama. Sains Islam memerlukan saintis (1) subject matter yang dikenal pasti, (2) suatu
memahami peranan mereka dan menjadikan metode yang diformulasikan dengan jelas, (3) suatu
pengkajian sains sesuatu yang berbeza. Perbezaan badan teori yang diformulasikan dengan baik dan (4)
ciri-ciri matlamat Sains Islam dan masyarakatnya suatu badan ilmu yang dikumpulkan (accumulated
mesti menghasilkan cara yang berbeza. Justeru, knowledge).
fungsi saintis Islam tidak semestinya dalam Karakter-karakter di atas ini bukan universal dari
bentuk beberapa metodologi yang seragam tetapi segi kemutlakannya, tetapi semata-mata universal
penyertaan dalam penetapan prioriti sosial bagi secara konvensional, justeru ia mungkin berbeza di
pembentukan polisi-polisi sains secara aktif. Polisi- antara seseorang saintis dengan yang lain, begitu
polisi ini memerlukan penyelidikan asas dan bersifat juga antara seorang antara seseorang ahli fafsafah
penyelesaian masalah nature persoalan bagi keaslian dengan ahli falsafah yang lain. Bahkan sebenarnya
dalam aktiviti metodologi sains Islam melalui perbezaan subject matter dengan sendirinya
siri teknik yang sedia ada dan berpotensi. Hanya menyebabkan metode, teori-teori dan ilmu yang
dengan proses ini sains Islam akan menghasilkan terkumpul dalam pelbagai sains juga berbeza.
sumbangan yang cemerlang. Dalam kes ini, Acikgenc menekankan tentang
keperluan kepada pengklasifikasian semula ilmu-
ilmu sains berdasarkan pandangan dunia Islam,
EPISTEMOLOGI DAN METODOLOGI SAINS
sepertimana definisi sains yang ditakrifkan semula
ISLAM DAN TEKNOLOGINYA
dari pandangan Islam. Secara praktisnya, metodologi
pengklasifikasian sains Islam bermula daripada
Walaupun model sains Islam ini agak bersifat teoritis pengenalpastian pandangan dunia Islam daripada
dan memerlukan pengkajian yang lebih mendalam, sumbernya yang asal. Pandangan dunia Islam ini
namun jelasnya ia boleh digunakan bagi membentuk ini tambah beliau (1996) perlu dikenal pasti dan
dasar suatu polisi sains praktis bagi negara-negara dikaji konsep-konsepnya membentuk apa yang
Islam. Model sains Islam boleh digunakan sebagai dinamakannya sebagai Skema Konseptual Saintifik
kriteria untuk memeriksa sifat dan isi sains Barat Islam (Islamic Scientific Conceptual Scheme).
dan menentukan nilai pelbagai komponennya Hasil daripada skema ini, sains Islam dapat dibina
untuk masyarakat Islam, di samping menjadi suatu dan ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Segi
rangka kerja bagi kritik sains moden. Dalam hal ini, Mutlak, yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang
Alparslan Acikgenc (1996) ketika membincangkan dikenali sebagai Teologi Transendental dan Teologi
skema dan rangka kerja sains Islam dalam bukunya Eksperiental, manakala Segi Fizikalnya pula,
Islamic Science: Towards A Definition menekankan ialah ilmu-ilmu sains fizikal. Di antara kedua-dua
kepada definisi sains Islam oleh Syed Naquib al- ilmu tersebut, terdapat disiplin ilmu perantaraan
Attas sebagai landasan berpijak, iaitu: “Islamic yang terdiri daripada ilmu-ilmu metafizikal yang
science is that scientific activity which takes place mengkaji manusia, agama, masyarakat dan sains
ultimately withnin the Islamic worldview (which yang kesemuanya digambarkan seperti Rajah 1:
can now be identified also as the Islamic conceptual

Bab 2.indd 19 7/1/2019 3:59:46 PM


20 IslÉmiyyÉt 41(1)

RAJAH 1. Skema Konseptual Saintifik Islam


Sumber: Alparslan Acikgenc 1996

Osman Bakar dalam Classification of Knowledge sendiri yang membawa nilai-nilai kehidupan yang
in Islam (2006) dan Tawhid and Science (2008) kadangkala bertentangan dengan pandangan dunia
turut menegaskan kepentingan epistemologi Islam Islam. Bahkan dalam beberapa keadaan, teknologi
dalam ilmu sains, manakala matlamat sains Islam Barat menjadi alat dominasi dan pergantungan fizikal
tidak hanya terhad untuk umat Islam bahkan untuk serta alat imperialisme budaya.
seluruh umat sejagat. Asas kepada epistemologi Lantaran itu, apabila kilang dibina di negara
Islam tersebut adalah tauhid (Osman Bakar 2014). membangun tidak kira apa jenis teknologi atau proses
Idea tersebut dikongsi dalam ucaptama beliau (2016) pembuatan yang terlibat, ia membawa bersama-
berjudul Science and Technology for Mankind’s samanya etika eksploitasi pekerja, penguasaan
Benefit: Islamic Theories and Practices – Past, pengurusan dan pemaksimaan untung (Sardar
Present and Future bahawa sains dan teknologi 1990) yang bertentangan dengan prinsip keadilan
Islam bersifat value-laden yang sarat dengan nilai dan kesejahteraan Islam yang bersifat syumul.
dan agama, bersifat wasatiyyah dan seimbang, tanpa Dalam hal ini, sains Islam perlu melahirkan
melanggar sempadan etika-moral yang digariskan pertamanya, teknologi yang sesuai untuk masyarakat
oleh Syariah. setempat serta dapat berkembang tanpa bantuan
Kritikan terhadap sains Barat adalah sangat luar. Keduanya, teknologi alternatif tidak boleh
diperlukan pada hari ini, dan sains Islam perlu dikembangkan mengikut rangka kerja falsafah dan
menonjolkan sumbangan wacana ahli falsafah Islam intelektual peradaban Barat. Ia berkait rapat dengan
terdahulu seperti Al-Ghazali dan al-Farabi berkenaan cara masyarakat Islam menyelesaikan masalah
sumbangan sains dan teknologi terhadap kesejahteraan teknikal di dalam lingkungan batas-batas konteksnya
hidup (well-being) untuk kepentingan masyarakat. yang tersendiri dan unik serta pelbagai.
Demkian juga, penggunaan maqÉsid sharÊcah dan Penemuan sains dan teknologi Islam juga tidak
prinsip etika menjadi satu keperluan dalam menilai dapat dipisahkan dengan perkembangan teori dan
merit bagi penerimaan teknologi semasa. Justeru praktik ekonomi Islam dan perkembangan kaedah
teknologi yang terhasil daripada sains Islam tersebut semasa dalam masyarakat dan budaya Islam. Rangka
bukanlah bersifat replikasi atau ciplakan daripada kerja falsafah yang memajukan evolusi teknologi
teknologi Barat semata-mata yang biasanya berlaku Islam telah sedia wujud dalam bentuk nilai Islam
melalui pemindahan teknologi kerana ia bukan dan peraturan syariah seperti konsep-konsep cadl,
sahaja membuatkan negara-negara Islam semakin istislÉh dan lain lagi yang telah dibincangkan
bergantung kepada negara-negara industri, bahkan sebelum ini. Perbezaan dari segi asas nilai dan hasil
lebih buruk daripada itu ialah kesannya ke atas terakhir menunjukkan bahawa prinsip panduan
alam sekitar dan budaya kerana sifat teknologi itu bagi aktiviti teknologi dalam dunia Islam mestilah

Bab 2.indd 20 7/1/2019 3:59:46 PM


Epistemologi dan Metodologi Sains Islam di Era Revolusi Industri 4.0 21

kehidupan tempatannya atau domesticity. Justeru hasil pemikiran Barat yang menanggapi sesuatu
teknologi tradisional termasuklah kesenian dan secara fragmented (bukan secara kesatuan/unity).
perubatan tempatan perlu dimajukan dan diiktiraf Justeru cabaran tugas saintis Islam dalam hal
dalam masyarakat (Sardar 1990). Hubungan ini dapat ini bukan sahaja mengenal pasti dan berhubung
dijelaskan sebagaimana Rajah 2: dengan keragaman metodologi dan rangka
kerja sains ini, tetapi lebih penting daripada itu
mengklasifikasikan kembali ilmu-ilmu sains.
2. Kekurangan sumber manusia/saintis yang
berkepakaran. Isu ini berkait rapat dengan dasar
serta polisi pendidikan sains dan teknologi
di institusi-institusi pendidikan di negara-
negara Islam, bermula daripada peringkat
rendah hinggalah ke peringkat universiti.
Akibat pengabaian terhadap kepentingan sains
dan teknologi dalam kurikulum pendidikan
menyebabkan tidak banyak saintis dan teknologis
RAJAH 2. Hubungan pandangan dunia Islam, kebijaksanaan
Muslim dapat dihasilkan. Justeru pergantungan
lokal dan sains dan teknologi Islam kepada sains dan teknologi Barat berterusan.
Dalam hal ini, dasar baru yang menekankan subjek
sains dan matematik amat wajar disegerakan.
KESIMPULAN
3. Kekurangan aktiviti penterjemahan karya-karya
sains dan teknologi. Sebagaimana pengalaman
Merujuk kepada perbincangan di atas, dapat daripada sejarah Islam, aktiviti penterjemahan
disimpulkan bahawa sains Islam dan teknologi yang dijalankan terutama peranan Baitul Hikmah
yang dicadangkan masih di peringkat formulasi menjadi mekanisme utama pemindahan ilmu-
model, konsep-konsep asas serta pembentukan ilmu Yunani ke dalam pemikiran masyarakat
skema dan rangka gerakerja, justeru apa yang Islam. Akibat kelemahan penguasaan Bahasa
disebut sebagai sains dan teknologi Islam dalam Inggeris yang menjadi bahasa ilmu moden yang
bentuk operasionalnya pada masa kini memerlukan utama di kalangan umat Islam, bahan-bahan
pengkajian yang berterusan. Berbanding dengan berkaitan sains dan teknologi sukar difahami
ekonomi Islam, masih banyak usaha yang perlu justeru pemindahan ilmu sukar dilaksanakan.
dirintis terutama dalam konteks proses membentuk Justeru strategi yang berkesan amat perlu bagi
sains Islam sebagai suatu entiti yang tersendiri. mengikis sikap fobia terhadap ilmu sains dan
Walaupun secara perbandingannya, boleh dikatakan teknologi dalam minda masyarakat Islam.
bahawa formulasi kedua-dua bidang ekonomi dan 4. Kekurangan institusi-institusi pendidikan dan
sains Islam ini mula mendapat perhatian serius penyelidikan sains dan teknologi di negara-negara
daripada kalangan intelektual Muslim seawal tahun Islam. Isu ini menggambarkan ketidakprihatinan
1970an, perkembangan ekonomi Islam ternyata lebih terhadap aktiviti penyelidikan sebagai medium
terkehadapan. utama perkembangan ilmu. Penubuhan institusi
Faktor kelambatan dalam pembentukan entiti penyelidikan serta dana yang berasaskan
sains Islam termasuk teknologinya yang tersendiri sains dan teknologi amat signifikan dalam
ini berpunca daripada pelbagai sebab yang dikenal mengembangkan aktiviti sains dan penyelidikan,
pasti sebagaimana berikut: sekaligus melahirkan lebih ramai saintis dan
1. Keluasan skop bidang sains itu sendiri. Secara teknologis Muslim. Walau bagaimanapun, fokus
umumnya, sains boleh dibahagikan kepada yang lebih penting perlu diberikan kepada usaha-
sains tulen, sains teknikal dan sains maklumat. usaha pembangunan teori dan praktis sains Islam
Pencerakinan setiap kategori besar tersebut di kalangan saintis dan teknologis Muslim kerana
melahirkan beratus-ratus bidang pengkhususan kewujudan institusi yang masih menerima pakai
sains yang lain, yang mana hampir kesemuanya dasar dan epistemologi ilmu Barat tidak akan
mempunyai metodologi dan rangka kerja yang membawa perkembangan kepada sains Islam.
berbeza. Pemisahan dan pengecilan sains moden Justeru fokus penyelidikan perlu diberi perhatian
kepada pelbagai bidang pengkhususan ini adalah dan ditentukan mengikut keutamaannya.

Bab 2.indd 21 7/1/2019 3:59:47 PM


22 IslÉmiyyÉt 41(1)

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di kali ganda. Sehingga tahun 2018 ini, telah berlakunya
atas, usaha-usaha pembangunan sains Islam perlu 4 tahap revolusi perindustrian iaitu Revolusi Industri
disegerakan, di antaranya melalui: Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat. Melalui
perubahan dunia yang semakin canggih dengan
1. Pengkajian mengenai perkembangan sains dan teknologi keempat-empat revolusi ini, makanya akan
teknologi di dunia Islam serta implikasinya bagi terbentuknya satu generasi baru yang mempunyai
mengenalpasti nilai-nilai positif dan negatifnya. pola pemikiran dan perwatakan yang berbeza-beza
Ia bertujuan bagi penilaian semasa impak dan bahkan mempunyai paradigma yang tersendiri
proses penyaringan kesan-kesan sains dan (Zul’azmi 2018).
teknologi tersebut mengikut keperluan sebenar
2
Terma Revolusi Perindustrian Keempat ini mula
ummah. diperkenalkan oleh Klaus Schwab (2016) dalam
2. Pembangunan penyelidikan sains Islam di bukunya The Fourth Industrial Revolution terbitan
World Economic Forum, Geneva Switzerland.
peringkat negara-negara Islam. Dalam konteks
ini, fungsi penyelidikan ini adalah bagi (1)
mengkaji sains Islam dalam perkembangan RUJUKAN
sejarah dan keilmuan Islam (2) mengenal pasti Acikgenc, Alparslan. 1996. Islamic science: towards a
dan mengembangkan konsep-konsep asas yang definition. Kuala Lumpur: International Institute of
boleh dijadikan panduan dalam pembangunan Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
sains Islam (3) menjelaskan skima dan rangka Hoodbhoy, Pervez. 1991. Islam and Science: Religious
kerja sains Islam (4) mewujudkan model sains Orthodoxy and the Battle for Rationality. Zed
Islam. Books.
3. Pewujudan mekanisme kerjasama dalam Munawar Ahmad Anees & Davis, M. W. 1988. Islamic
bidang pembangunan dan penyelidikan sains Science: Current thinking and future directions. Dlm.
dan teknologi di antara negara-negara Islam. The revenge of Athena: Science, Exploitation and the
Third World, disunting oleh Sardar, Ziauddin, 256.
Hubungan kerjasama boleh bersifat perkongsian
London & New York: Mansell Publishing Ltd.
kepakaran dan teknologi, termasuk perkongsian Nasr, Seyyed Hossein. 2003. Science and Civilization in
sumber dan dana dalam pembangunan sains dan Islam. London: Islamic Texts Society.
teknologi yang dikenalpasti. Osman Bakar. 2006. Classification of Knowledge in Islam:
Pembangunan suatu sains Islam serta ciptaan A Study in Islamic Philosophies of Science. Kuala
teknologinya yang tersendiri perlu dilihat sebagai Lumpur: International Institute of Islamic Thought
and Civilization (ISTAC).
alternatif kepada sains dan teknologi Barat. Bertolak
Osman Bakar. 2008. Tawhid and Science (2nd Edition).
daripada itu, usaha penerokaan sains dan teknologi Shah Alam: Arah Publications.
yang berwajahkan Islam adalah suatu kenyataan Osman Bakar. 2014. Islamic Civilisation and the Modern
yang perlu diyakini. Keyakinan ini perlu dicapai World: Thematic Essays. Brunei Darussalam: UBD
kerana rekonstruksi tamadun Islam pada masa Press.
hadapan memerlukan sains dan teknologi sebagai alat Osman Bakar. 2016. Science and Technology for
pernyataan pandangan dunianya. Penekanan utama Mankind’s Benefit: Islamic Theories and Practices –
dalam hal ini ialah penghargaan kepada teknologi Past, Present and Future. Dlm. Mohammad Hashim
tempatan dan membentuk teknologi yang mandiri. Kamali, Osman Bakar, Daud Abdul-Fattah Batchelor,
Wallahu a’lam. Rugayah Hashim. 2016. Islamic Perspectives on
Science and Technology: Selected Conference Papers.
Singapore: Springer.
Nota
Priyono. 1998. Jihad intelektual: merumuskan parameter-
1
Revolusi Perindustrian yang pertama muncul di parameter Sains Islam. Surabaya: Risalah Gusti.
Britain dan kemudiannya tersebar ke seluruh Eropah Sardar, Ziauddin. 1981. Sains, teknologi dan pembangunan
Barat (Britain, Jerman, Perancis), Amerika Utara, di dunia Islam.Terj. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah
Jepun dan akhirnya ke seluruh dunia. Revolusi Islamiah Malaysia.
Perindustrian telah memberi satu impak yang besar Sardar, Ziauddin. 1982. Why Islam needs Islamic science?
hampir setiap aspek kehidupan, khususnya dalam hal New Scientist 94: 8-25.
peningkatan pertumbuhan penduduk dan pendapatan Sardar, Ziauddin. 1985. Arguments for Islamic science.
yang mana sebelum ini tidak pernah berlaku pada Aligarh: Centre for Science Studies.
dunia ketika itu. Selama dua abad setelah berlakunya Sardar, Ziauddin. 1985. Islamic science or science in
Revolusi Perindustrian, pendapatan per kapita Islamic polity: What is the Difference? MAAS Journal
negara-negara di dunia meningkat lebih dari enam of Islamic Science 1(1).

Bab 2.indd 22 7/1/2019 3:59:47 PM


Epistemologi dan Metodologi Sains Islam di Era Revolusi Industri 4.0 23

Sardar, Ziauddin (pnyt.). 1989. An early crescent: the future


of knowledge and environment in Islam. London:
Mansell Ltd.
Sardar, Ziauddin. 1989. Explorations in Islamic science.
London: Mansell Publishing Limited.
Sardar, Ziauddin. 1990. Masa hadapan Islam: bentuk idea
yang akan datang. Terj. Mohd Sidin Ahmad Ishak.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Schwab, Klaus. 2016. The Fourth Industrial Revolution
t e r b i t a n Wo r l d E c o n o m i c F o r u m , G e n e v a
Switzerland.
Zul’azmi Yaakob. 2018. Alam sekitar dan environmentalisme
dalam menghadapi Revolusi Industri Keempat.
Wacana Usuluddin & Falsafah siri 1/2018. Bangi:
UKM.

Wan Fariza Alyati Wan Zakaria


Pusat Akidah dan Keamanan Global
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
aufaa@ukm.edu.my

Bab 2.indd 23 7/1/2019 3:59:47 PM


Bab 2.indd 24 7/1/2019 3:59:47 PM

Anda mungkin juga menyukai