Anda di halaman 1dari 7

IMPLIKASI SOSIOLOGI PENDIDIKAN KEPADA

PENDIDIKAN
Pn. Norlia binti Mat Esa
Jabatan Teknologi Pendidikan
IPGKI
PENGENALAN SOSIOLOGI
SOSIOLOGI berasal dari bahasa Latin iaitu Socius yang bermaksud
kawan, manakala Logos bermaksud ilmu pengetahuan.
Secara umum, sosiologi boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan
yang mengkaji tentang sosial atau masyarakat.
Istilah ini diperkenalkan dalam buku yang bertajuk "Cours De
Philosophie Positive" hasil karya August Comte (1798-1857). August
Comte kemudian dikenali sebagai BAPA SOSIOLOGI DUNIA.
DEFINISI SOSIOLOGI MENURUT
PARA CENDIKIAWAN
AUGUST COMTE
Sosiologi ialah satu disiplin ilmu yang bersifat positif iaitu mempelajari gejala-gejala
tentang masyarakat yang berdasarkan pada pemikiran yang bersifat rasional dan ilmiah.

MAX WEBER
Sosiologi adalah ilmu yang dipelajari tentang tindakan sosial atau sifat-sifat manusia.

EMILE DURKHEIM
Sosiologi adalah ilmu yang menerangkan tentang fakta-fakta sosial iaitu fakta-fakta atau
kenyataan yang mengandungi cara bertindak, cara berfikir dan cara merasakan sesuatu.
SELO SOEMARDJAN & SOELAEMAN SOEMARDI
Sosiologi atau ilmu masyarakat ialah ilmu yang mempelajari struktur sosial dan
proses-proses sosial, termasuk perubahan-perubahan sosial.

SOERJONO SOEKANTO
Sosiologi ialah ilmu yang berfokuskan perhatian dalam segi-segi kemasyarakatan
yang bersifat umum dan berusaha untuk mendapatkan pola-pola umum kehidupan
masyarakat.

HASSAN SHADILY
Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang hidup bersama dalam masyarakat
dan menyelidikkan silaturahim antara manusia yang menguasai kehidupan dengan
mencuba memahami sifat dan maksud hidup bersama, cara terbentuk dan tumbuh
serta perubahannya.
TUJUAN SOSIOLOGI
Salah satu dari kenyataan sosiologi adalah statusnya sebagai ilmu
murni sekaligus ilmu terapan. Status ini menegaskan tujuan
sosiologi iaitu melakukan pencarian maklumat untuk
mendapatkan pengetahuan sedalam-dalamnya tentang
masyarakat dan mencari cara-cara untuk menyelesaikan pelbagai
masalah yang terjadi dalam kalangan masyarakat tersebut.
IMPLIKASI SOSIOLOGI PENDIDIKAN
KEPADA PENDIDIKAN
1. Pendekatan sosiologi dapat diseragamkan dengan pendekatan
pendidikan.
2. Ahli sosiologi yang menganalisis sesebuah masyarakat akan
dapat mewujudkan suatu program pendidikan yang lebih baik,
iaitu sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.
3. Hasil penyelidikan sosiologi akan menjadi asas kepada objektif
dan juga pembentukan sesuatu kurikulum pendidikan.
4. Sosiologi pendidikan adalah agen kepada perubahan dan
kemajuan sesebuah masyarakat.
5. Proses sosial adalah sebahagian daripada proses untuk
memikirkan masa keperluan pendidikan.
6. Teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi
boleh membantu guru-guru memperkembangkan ilmu dan
kaedah pengajaran.
7. Cara pentadbiran institusi pendidikan juga dipengaruhi oleh
kajian-kajian sosiologi.
8. Pendekatan sosiologi boleh membantu guru-guru menjalankan
tugas dengan cekap bagi membantu perkembangan dan dasar-
dasar Negara.

Anda mungkin juga menyukai