Anda di halaman 1dari 4

Panduan

Tatacara Memuatnaik ‘Attachment’ / Lampiran Jawatan Kosong


UniSZA Menggunakan Google Drive

1. Sila buka ‘tab’ baharu di ‘browser’ anda. Pergi ke alamat
https://drive.google.com





2. Sila login akaun Google / Gmail anda (jika belum login). Bagi yang belum
ada akaun ini, sila daftar dahulu.




















3. Anda akan sampai ke Google Drive anda. Klik pada butang + New di
hujung kiri skrin anda atau ‘Right Click’ pada ruangan tengah, pilih menu
‘Upload Files’



4. Sila pilih fail anda yang berkenaan, sila pastikan saiz fail yang sesuai
untuk lampiran/’attachment’ iaitu tidak lebih 5mb (biasanya dalam
lingkungan 500kb – 2mb sahaja) dan berformat samada .jpg , .png, .pdf,
.jpeg sahaja.

Selepas pilih fail dari komputer anda, klik butang
‘open’.

5. Google Drive akan terus meng’upload’ / memuatnaik file tersebut.


6. ‘Right click’ pada file yang berjaya dimuat-naik tersebut. Sila pastikan
anda ‘right click’ pada fail yang betul. Setelah itu, pilih ‘Get shareable
link’



7. Click pada ‘Restricted’ seperti gambar di bawah, dan tukar pilihan
kepada ‘Anyone with the link’



8. Setelah itu, seperti gambar di bawah, klik pada ‘Copy link’. Sekarang link
yang telah siap berada dalam clipboard anda dan telah tersedia untuk di
‘paste’ ke ruangan URL lampiran di borang jawatan kosong UniSZA.



Pastikan anda telah menukar setting yang betul iaitu ‘Anyone with the
link’ tersebut. Anda boleh klik ‘Done’. Dan menukar ‘Tab’ browser anda
ke borang jawatan kosong UniSZA semula.

PERHATIAN : Penukaran setting kepada ‘Anyone with the link’ adalah
perlu dan wajib. Jika tidak, sijil anda tidak dapat dilihat oleh urusetia.

9. Anda boleh tampal / ‘paste’ kan ke ruangan yang ‘URL Salinan Sijil’ di
borang permohonan.



Sekian, terima kasih.




Nota : Dokumen ini ditulis dalam kombinasi 2 bahasa agar lebih mudah difahami . Sekian, harap maklum.

Anda mungkin juga menyukai