Anda di halaman 1dari 5

Panduan Tatacara Salin Tampal (Copy Paste) Pautan Kongsi Menggunakan Google Drive

1. Sila buka ‘tab’ baharu di ‘browser’ anda. Pergi ke alamat


https://drive.google.com

2. Sila login akaun Google / Gmail anda (jika belum login). Bagi yang belum ada akaun ini,
sila daftar dahulu.
3. Anda akan sampai ke Google Drive anda. Klik pada butang + New di hujung kiri skrin
anda atau ‘Right Click’ pada ruangan tengah, pilih menu ‘New Folder’

4. Rename Folder berdasarkan No Kad Pengenalan anda. Sila pastikan anda


berada di Folder tersebut.

5. Klik pada butang + New di hujung kiri skrin anda atau ‘Right Click’ pada ruangan tengah,
pilih menu ‘File Uploads’ (Paparan seperti Langkah 3).

6. Sila pilih fail anda yang berkenaan. Sila pastikan saiz fail yang sesuai untuk dimuatnaik
iaitu tidak lebih 5MB(biasanya dalam lingkungan 500kb – 2MB sahaja) dan berformat
samada .jpg , .png, .pdf,
.jpeg sahaja.

Selepas pilih fail dari komputer anda, klik butang ‘Open’.


7. Google Drive akan terus memuatnaik fail tersebut.

8. ‘Right click’ pada ‘Folder’ yang berjaya dimuatnaik tersebut. Sila pastikan anda ‘right
click’ pada fail yang betul. Setelah itu, pilih ‘Get Link’.
9. Click pada ‘Restricted’ seperti gambar di bawah, dan tukar pilihan kepada ‘Anyone with
the link’.
10. Setelah itu, seperti gambar di bawah, klik pada ‘Copy link’. Sekarang link yang telah
siap berada dalam clipboard anda dan telah tersedia untuk di ‘paste’ ke ruangan Pautan
Kongsi di borang Permohonan Bantuan Persediaan.

Pastikan anda telah menukar setting yang betul iaitu ‘Anyone with the link’
tersebut. Anda boleh klik ‘Done’. Dan menukar ‘Tab’ browser andake borang
Permohonan Bantuan Persediaan semula.

PERHATIAN : Penukaran setting kepada ‘Anyone with the link’ adalah perlu dan
wajib. Jika tidak, sijil anda tidak dapat dilihat oleh pihak Yayasan Terengganu.

11. Anda boleh ‘paste’ kan ke ruangan yang ‘Pautan Kongsi’ di borang permohonan.

Sekian, terima kasih.

Nota : Dokumen ini ditulis dalam kombinasi 2 bahasa agar lebih mudah difahami . Sekian, harap maklum.

Anda mungkin juga menyukai