Anda di halaman 1dari 2

9.

2 Penyataan Profesional

Pernyataan selepas PBS

Setelah saya menjalani PBS 4 selama empat hari di SJK(C), saya berasa
berpuas hati dan gembira kerana saya berjaya menyempurnakan tugasan yang
diberi dalam masa lima hari. Setelah menjalani PBS, saya telah banyak memperoleh
ilmu baru berkaitan dengan profesion perguruan. Pengalaman lima hari di sekolah
memang tidak mencukupi untuk saya mendalami profesion perguruan walaupun
saya pernah menjadi murid sebelum itu, tetapi cukuplah untuk saya memperoleh
maklumat tentang sekolah. Kaedah-kaedah pengajaran guru tetap memerlukan
masa yang panjang untuk saya meneliti dan memahaminya.

Setelah PBS 4, saya telah meluaskan pandangan saya terhadap profesion


perguruan terutamanya berkaitan dengan iklim, suasana dan budaya kerja sekolah.
Saya mendapat tahu mengenai cara pengurusan pentadbiran sekolah, cara
pengurusan bilik darjah dengan sistematik, cara mengawal disiplin murid, cara
perjalanan sesuatu pertandingan dan cara perjalanan proses Pengajaran dan
Pembelajaran dengan sistematik dan berkesan. Menerusi PBS ini, para guru
didedahkan dengan ilmu asas tentang budaya kerja sekolah supaya guru-guru tidak
lagi asing tentang iklim sekolah selepas mereka digelar guru nanti.

Setelah ini, saya telah berjaya untuk mengubah perspektif saya mengenai
tugas sebagai seorang guru. Sepanjang masa ini, saya menyangka guru hanya
seorang yang mendidik anak muridnya supaya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Tanggapan saya terhadap guru sudah salah kerana
guru bukan sekadar mendidik anak murid tetapi guru harus menjaga disiplin murid-
murid, menguruskan kebajikan murid-murid, memastikan pencapaian akademik
seimbang dengan pencapaian kokurikulum dan menyiapkan banyak kertas kerja.
Barulah saya sedar bahawa bertapa beratnya tanggungjawab guru. Tidak dapat
dinafikan bahawa profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat mulia.

Selain itu, saya telah mendapat serba sedikit gambaran terhadap iklim dan
suasana di dalam kelas. Walaupun saya pernah mengalami alam sekolah sebelum
ini, tetapi kaedah pengajaran guru sudah berubah kerana KBSR telah ditukarkan
kepada KSSR di mana murid-murid dalam kelas amat aktif sekali. Saya telah
didedahkan dengan kaedah pengawalan disiplin semasa P&P dijalankan. Saya telah
membuat pemerhatian terhadap kelas guru mentor saya, saya mendapati beliau
berinteraksi bersama-sama murid-murid dan reaksi murid-murid yang diberi melalui
interaksi itu. Dalam kelas, saya telah memerhati persekitaran beberapa kelas dan
medapat bahawa susunan setiap kelas adalah hampir sama dan kemudahannya
adalah cukup dan selesa untuk aktiviti belajar.

Sejujurnya, program PBS terakhir yang saya ikuti ini membolehkan saya
memperoleh pelbagai pengalaman yang bermanfaat bagi pembinaan personaliti dan
karakter saya sebagai seorang bakal guru. Saya telah berupaya meningkatkan
perspektif saya tentang bidang tugas seorang guru dan mendalamkan lagi
pengetahuan saya tntang iklim dan suasana sebenar alam sekolah.

Anda mungkin juga menyukai