Anda di halaman 1dari 2

 Pada pendapat anda, apakah trenda semasa pentaksiran di sekolah. Bincangkan.

 Mengikut KPM prestasi Malaysia bagi TIMSS telah menurun secara ketara bagi skor
matematik dan sains pada tahun 2007 dan 2011 sehingga kedudukan jauh di bawah
purata antarabangsa. Hal ini berlaku kerana sikap murid yang tidak bersunggu-sungguh
semasa menjawab ujian PISA TIMSS kerana mereka menganggap ini hanyalah satu kajian
biasa dan tidak penting bagi mereka. Murid-murid juga tidak cuba untuk menjawab
soalan tersebut. Selain itu, format soalan TIMSS PISA adalah dalam bentuk teks yang
panjang dan memerlukan murid untuk membuat interpretasi, refleksi dan penilaian
berdasarkan kehidupan sebenar. Sebaliknya, format soalan peperiksaan awam di
Malaysia adalah lebih ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual. Keutamaan
guru juga menyumbang kepada kejatuhan tersebut. hal ini kerana guru memberi
keutamaan utuk menghabiskan sukatan pelajaran bagi menyediakan murid menghadapi
peperiksaan awam. Ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dibuat
secara cepat dengan menggunakan jalan pintas tanpa perlu memahami konsep. Latih
tubi banyak digunakan untuk melath murid menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu,
KPM telah memperkenalkan tindakan susulan yang berbeza antaranya ialah Pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS) : PBS merupakan suatu konsep tentang perkaitan antara
pentaksiran di peringkat sekolah dengan pentaksiran di peringkat luar sekolahm
khususnya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksanaan Malaysia.
Dalam sistem PBS elemen baharu iaitu konteks penilaian diperkenalkan. Elemen ini
bukan lagi berdasarkan kertas jawapan dalam bilik peperiksaan sebaliknya berdasarkan
prestasi sepanjang proses pembelajaran akan diambil kira. Dalam hal ini, saya
berpendapat bahawa PBS ini merupakan penilaian yang lebih bersifat formatif dan iaitu
mengutamakan kemajuan setiap murid. Selain itu, PBS dapat mengembangkan murid-
murid secara holistic iaitu dari aspek kognitif, afektif, dan psikomotor. Dengan ini murid-
murid tidak hanya akan cemerlang dalam segi akademik sahaja. Terhadap guru, PBS juga
dapat membantu guru untuk mengetahui tahap penguasaan terhadap murid-murid
pada setiap peringkat. Dengan ini, guru dapatlah membuat penambahbaikkan terhadap
pengajarannya.

 Maklumat tentang pentaksiran di negara luar. Bagaimana pentaksiran di sana? Adakah


terdapat perbezaan dengan negara kita? Bincangkan. Kait dengan jurang pencapaian
TISMSS dan PISA negara kita.
Komponen Malaysia Finland Korea
Pendekatan/kaed  Pembelajar  Membangunk  Membangunkan
ah pengajaran an an kemahiran kemahiran
berasaskan menyelesaika menyelesaikanmasa
hasil n masalah lah dan memupuk
 Pembelajar dan penyertaan aktif
an memupuk  Penyelesaian
berasaskan penyertaan masalah
projek aktif  Penerokaan
 Pembelajar  Penyelesaian  Perbincangan
an abad ke- masalah tentang matematik
21  Penerokaan  Penggunaan
 Pendekatan  Perbincangan teknologi
pengajaran tentang
dari aspek matematik
STEM dan  Penggunaan
STEAM teknologi
 Kerja
kumpulan
projek
Pengukuran dan  UPSR  Tiada ujian  Sekolah
penilaian  PT3 piawai di menengah=tiada
 SPM peringkat peperiksaan masuk,
basic bergantung pada
education GPA untuk masuk
 Menggunakan ke sekolah
gred lulus dan menengah yang
gagal lebih baik
 Tidak  College Scholastic
memberi Aptitude (CSAT)
tekanan untuk menentukan
kepada kemasukan ke
pelajar universiti
seawall umur
12 tahun
 National
Matriculation
Examination
akan
menentukan
kemasukan ke
university/
politeknik

Perubahan yang paling ketara dalam kurikulum Malaysia yang harus diubah adalah
dari aspek penilaian. Pelajar terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga
mengabaikan komponen penting dalam pembelajaran seperti yang dilakukan di
Finland. Sikap guru yang lebih berterbukaan mampu menarik pelajar untuk
mempelajari matematik terutamnya dalam penggunaan teknologi seperti korea.
Format soalan TIMSS PISA adalah dalam bentuk teks yang panjang dan memerlukan
murid untuk membuat interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan
sebenar. Sebaliknya, format soalan peperiksaan awam di Malaysia adalah lebih
ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual. Keutamaan guru juga
menyumbang kepada kejatuhan tersebut. hal ini kerana guru memberi keutamaan
utuk menghabiskan sukatan pelajaran bagi menyediakan murid menghadapi
peperiksaan awam. Ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dibuat
secara cepat dengan menggunakan jalan pintas tanpa perlu memahami konsep. Latih
tubi banyak digunakan untuk melath murid menjawab soalan peperiksaan

Anda mungkin juga menyukai