Anda di halaman 1dari 6

PERSATUAN BELIA SERI AZAM

JALAN PAHANG 35000 TAPAH PERAK

Tarikh : 03 MAC 2015

YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Kementerian Pertahanan Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

YB Datuk Seri,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN PERSATUAN BELIA SERI AZAM


TAPAH PERAK UNTUK MENGADAKAN SEMINAR MENJANA EKONOMI
USAHAWAN MUDA.

Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk perhatian YB Datuk Seri kepada
perkara di atas.

2. Berhubung dengan perkara ini sukacita dimaklumkan bahawa persatuan kami


ingin mengadakan SEMINAR MENJANA EKONOMI USAHAWAN MUDA yang akan
diadakan pada bulan APRIL ini bertempat di De Edaman Chalet Teluk Senangin Lumut
Perak. Seminar ini akan di adakan selama 2 hari 1 malam.

3. Untuk makluman YB Datuk Seri seminar ini diadakan untuk membantu belia-belia
yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Daripada tidak
mengetahui selok belok perniagaan kita boleh memberi sedikit ilmu berkaitan bidang
tersebut. Di dalam dunia yang kian mencabar dan memerlukan kos hidup yang tinggi
menceburi bidang perniagaan dapat membawa mereka keluar dari kemelut kewangan.
Selain dari itu pihak kami jugak akan membantu belia-belia berkenaan sehingga mereka
boleh berdiri di atas kaki sendiri.
4. Oleh yang demikian pihak kami amat berharap agar pihak YB Datuk Seri dapat
memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan ini dalam menyumbangkan
bantuan kewangan sebanyak RM 20,000.00 bagi membiayai perbelanjaan seminar
menjana ekonomi usahawan muda persatuan kami ini. Sumbangan ini bolehlah
disalurkan oleh pihak YB Datuk Seri ke dalam akaun :

Anggaran perbelanjaan untuk penyertaan kali ini adalah seperti butiran di


LAMPIRAN A berkepil.

5. Perhatian, pertimbangan serta sumbangan YB Datuk Seri berhubung permohonan


ini amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah

(SHAKIRA BINTI SHAHIMI)


Setiausaha
Persatuan Belia Seri Azam
Jalan Pahang
35000 Tapah Perak
LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SEMINAR MENJANA


EKONOMI USAHAWAN MUDA.

BIL PERKARA KADAR KUANTITI JUMLAH


(RM) (RM) (RM
1. Bilik Bilik 1 3510.00 5760.00
Penginapan RM130x 8= RM 1040.00

Bilik 2
Rm140x8=RM 1120.00

Bilik 3
RM150x9= RM 1350.00

Bilik Tambahan 15 Bilik X 150.00 = 2250.00

2. Makan Mengikut Masa. (Makan Makan Tengahari (Sabtu) 6100.00


Pagi Tengahari & Malam) 12.00 X 100 = 1200.00

Makan Malam & BBQ (Sabtu)


30.00 X 100 = 3000.00

Sarapan (Ahad)
7.00 X 100 = 700.00

Makan Tengahari (Ahad)


12.00x 100= 1200.00

3. Sound Sistem RM 550.00 2 Hari X 550.00 = 1100.00 1100.00


4. Banner 100.00

5. Penceramah PENDEDAHAN KEPADA 1000.00 1000.00


ASAS-ASAS
KEUSAHAWANAN
Hala Tuju Perniagaan 1000.00 1000.00

Penceramah Daripada 1000.00 1000.00


Agensi Pinjaman
Penceramah Jemputan 1000.00 1000.00
(Ahli Perniagaan Yang
Telah Berjaya)
6. Cenderahati 100 unit 100x 10.00 1000.00
Peserta Dan
Penceramah
7. Fotostat 400.00
modul dan
alat tulis
8. Pengangkutan 2 Buah Bas 2x 1000 = 2000.00 2000.00

9. Pengurusan 1000.00

JUMLAH KESELURUHAN 23360.00


TENTATIF PROGRAM PROGRAM SEMINAR MENJANA EKONOMI
USAHAWAN MUDA.
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
9 APRIL 2016 PENDAFTARAN PESERTA PEJABAT DE EDAMAN
(SABTU) MAKAN TENGAHARI CHALET
12.00 PM ‘CHECK IN’ BILIK
SOLAT ZOHOR

2.30 PM- 3.00 PM TAKLIMAT RINGKAS PROGRAM DEWAN UTAMA DE EDAMAN


CHALET

3.00 PM-5.00 PM SLOT 1 DEWAN UTAMA DE EDAMAN


TAJUK : PENDEDAHAN KEPADA CHALET
ASAS-ASAS KEUSAHAWANAN

5.00 PM – 5.30 PM MINUM PETANG DEWAN MAKAN

5.30 PM RIADAH KAWASAN PANTAI

8.30 PM – 10.30 PM SLOT 2 DEWAN UTAMA DE EDAMAN


TAJUK: HALA TUJU PERNIAGAAN CHALET

10.30 PM MINUM MALAM DAN BEREHAT DEWAN MAKAN

10 APRIL 2016 DEWAN MAKAN


(AHAD) SARAPAN PAGI
8.30 AM – 9.00 AM
9.00 AM – 10.30 AM SLOT 3 DEWAN UTAMA DE EDAMAN
PENCERAMAH DARIPADA AGENSI CHALET
PINJAMAN

10.30 AM – 11.00 AM MINUM PAGI DEWAN MAKAN


11.00 AM – 12.30 PM SLOT 4 DEWAN UTAMA DE EDAMAN
PENCERAMAH JEMPUTAN (AHLI CHALET
PERNIAGAAN YANG TELAH
BERJAYA

12.30 PM – 1.30 PM MAJLIS PENUTUP DAN DEWAN UTAMA DE EDAMAN


PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA CHALET
PESERTA
1.30 PM MAKAN TENGAHARI DEWAN MAKAN
BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai