Anda di halaman 1dari 140

SASTERAWAN

NEGARA
USMAN
AWANG
Z u r i n a h H a s s a n

9928
JR
SASTERAWAN
NEGARA
USMAN
AWANG
SASIERAWAN
NEGARA
USMAN
AWANG Zurinah Hassan

PUSTAKA PERDANA

1005273
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur
1990
KK 898-74477 5101
ISBN 983-62-1469-0

Cetakan Pertama 1990


© Hakcipta Dewan Bahasa dan Pustaka 1990

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau Iain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua
Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, perundingan ter-
takluk kcpada perkiraan royalti atau honorarium.

Diatur Huruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka


Muka Taip Teks: Times Roman
Saiz Taip Teks: 10/12 poin

Dicetak oleh
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS
Ampang/Hulu Kelang
Selangor Darul Ehsan
$9.00
KANDUNGAN

BAB SATU

Riwayat Hidup 1

BAB DUA

Pengalaman, Pemikiran dan Sikap Pengarang 12

BAB TIGA

Perbincangan Karya 20

BAB EMPAT
Petikan Karya Popular 60
BAB LIMA
Petikan-Petikan Ucapan dan

Kertas Kerja Terpenting 96

GAMBAR-GAMBAR USMAN AWANG 105

BIBLIOGRAFI 119

INDEKS 121
BAB SATU

RIWAYAT HIDUP

Kuala Sedili di negeri Johor


Kampung halaman kaum nelayan
Hatiku sedih belum terhibur
Mengenang kekasih jauh di perantauan.

Kuala Sedili sayang


Bertentang jauh negeri Sarawak
Hatiku sedih jiwaku merana
Hatiku yang rindu mana nak bawa?

D E M I K I A N L A H seni kata lagu 'Kuala Sedili' hasil dendangan


Biduanita Negara Saloma dengan alunan irama asli yang sering
berkumandang dan menggetarkan perasaan setiap pendengar. Ter-
bayanglah di mata akan pantai yang terhampar menghadap laut
terbuka dengan angin yang menampar layar perahu nelayan dan
lambaian daun-daun kelapa yang menaungi rumah-rumah kecil.
Seperti kata lagu itu Kuala Sedili di negeri Johor ialah tempat
nelayan berkampung halaman, dan salah sebuah kampung di
kawasan itu dikenali sebagai Kampung Tanjung Lembu.
Di K a m p u n g Tanjung Lembu, antara rumah-rumah nelayan itu
terdapat sebuah rumah kecil berlantaikan nibung dan beratapkan
nipah. R u m a h itu didiami oleh Wan Awang Kechik bin Wan Din,
isterinya Halimah binti Abdul Rahman dan tiga orang anak lelaki
mereka Wan Ahmad, Wan Osman dan Wan Ismail.
Dalam kabus subuh atau dalam kelam dinihari, Wan Awang
melangkah merempuh kedinginan yang tidak dirasanya lagi dengan

1
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

harapan untuk mendapatkan tangkapan buat menyambung hidup


kelurganya. Dengan berbekalkan nasi bungkus, sebotol air kopi dan
sebotol air sejuk bersama-sama kecekalan hati, dia menghadapi se-
gala kemungkinan di laut yang menjadi punca rezeki. Wan Osman
yang baru bersekolah di Sekolah Melayu Kuala Sedili (1936) sudah
mulai memahami peranan laut kepada kehidupan keluarganya.
Wan Osman meneruskan hari-hari hidupnya dalam kenakalan
seperti kawan-kawan yang sebaya. Halimah, ibunya, mengasuh
anak-anak dengan kasih sayang dan penuh kelembutan. Wan Awang
membanting tulang bermandikan peluh, menggadaikan nyawa di
laut terbuka. Tetapi bila tengkujuh tiba dia terpaksa mengalah dan
duduk di rumah menjahit jala mana-mana yang koyak atau
membaiki perahu mana-mana yang rosak. Pada waktu-waktu begitu
makanan mereka adalah bubur nasi dan ikan masin atau ikan bilis
sahaja. Awan hitam yang menebal di langit menambahkan ke-
resahan para nelayan. Wajah hampa anak-anak yang meminta lauk
ketika makan menambah hiba perasaan mereka bagai tidak dapat
ditahan lagi.
Tengkujuh sering melanda dan Wan Awang terpaksa berbuat
sesuatu dengan segera untuk menyelamatkan keluarganya daripada
kelaparan. Satu jalan yang terfikir olehnya ialah membawa
keluarganya berpindah ke Mersing. Mereka terpaksa meninggalkan
tempat yang mereka sayangi itu kerana tidak sanggup lagi melihat
anak-anak mereka menahan kelaparan. Wan Osman memandang
penuh kesayuan kawan-kawan yang berkumpul mengucapkan
selamat jalan. Dia mengucapkan selamat tinggal pada tempat dia
dilahirkan pada 12 Julai 1929 dahulu. Dia berjanji tidak akan
melupakan kawan-kawan dan tempat yang dikasihinya itu.
Wan Osman tidak memungkiri janjinya pada Kuala Sedili. Dua
puluh empat tahun kemudian dia masih mengenang tempat ke-
lahirannya yang kaya dengan keindahan dan kaya dengan pen-
deritaan itu. Segala kenangan ini dinyatakan dalam sajaknya yang
berjudul "Kuala Sedili". Waktu menulis sajak ini Wan Osman telah
pun dewasa. Dia menulis dengan menggunakan nama Usman
Awang dan nama itu adalah sebuah nama yang cukup dikenali di
arena kesusasteraan Melayu kini.
Di Mersing, Usman bersama-sama keluarganya tinggal di
rumah seorang saudara ibunya. Mereka menumpang di sebuah bilik

2
RIWAYAT HIDUP

di bahagian belakang. Ayahnya sering meninggalkan mereka


berhari-hari masuk hutan menempuh berbagai-bagai bahaya untuk
mencari rotan. Ibunya berbuat apa sahaja yang dapat untuk mem-
bantu mak ciknya.
Usman bersekolah di Sekolah Melayu Mersing Kanan dan se-
belah petang dia menolong ayahnya di kebun sayur, memberi makan
ternakan dan sebagainya. Bila ada kelapangan dia bermain bola,
satu-satunya permainan yang sangat diminatinya. Minat ini meng-
ingatkan kita kepada cerpen dan drama Usman berjudul "Betisnya
Bunting Padi". Mersing juga mempunyai keindahan pantainya.
Keindahan ini juga sering menjadikan Usman pemuja laut dan
pantai yang banyak dijadikan lambang dalam karya seninya.
Akhirnya, ibu yang amat dikasihi pergi meninggalkan Usman.
Setelah kematian ibunya, kehidupan Usman semakin terbiar dan
susah. Kemejanya yang putih sudah berubah menjadi kelabu.
Lengan baju yang koyak dan kolar baju yang retas terbiar tanpa
berjahit. Pernah terjadi bila ayahnya pergi ke hutan dan tidak ba-
lik-balik, mereka merasa lapar lalu keluar mencari makanan sendiri.
Mereka mencari belangkas di pantai ketika air pasang untuk dibakar
dan dimakan. Pengalaman Usman masa lampau sebagai anak yang
terbiar tanpa belaian dan jagaan melahirkan beberapa buah sajak
tentang penderitaannya. Sajak "Kisah Dalam Ribut" mengisahkan
kehidupan anak yang terbiar kerana ditinggalkan oleh ayah yang
sedang membuat huma di hutan merupakan sebahagian daripada
penderitaan yang dialami Usman semasa kecil.
Sajak " K e Makam Bunda" dicipta untuk memperingati ibunya
dan sajak tersebut menjadikan Usman dikenali. Sajak ini sering
dideklamasikan di majlis-majlis pembacaan sajak sebagai sebuah
tablo.
Usman pernah meceritakan, "Saya tahu betapa sedihnya hati
ayah terutamanya mengenangkan keadaan kami yang dibesarkan
tanpa jagaan seorang ibu seperti kanak-kanak lain. Kerana itu pada
tahun 1939 ketika saya berumur sepuluh tahun ayah mengambil
keputusan menghantar kami ke Muar untuk dijaga oleh ibu saudara
kami, Aminah namanya."
Di Muar, Usman dimasukkan ke sekolah Bandar Tinggi M u a r
(Bandar Maharani Muar) pada tahun 1940. Di sini dia belajar
dengan tekun dan penuh azam untuk menukar corak hidup keluarga

3
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

serta membalas jasa ayahnya. Dalam tahun 1941, Usman lulus ujian
dengan mendapat tempat kedua dalam darjah. Keputusan itu me-
layakkan Usman dipilih sebagai guru pelatih dan memang inilah
yang dicita-citakannya.
Pada tahun 1941 Jepun menduduki Malaya. Bila Jepun datang,
harapan Usman untuk berjumpa kembali dengan ayahnya berkecai.
Usman dan abangnya turut tertangkap dan dihantar bekerja meng-
gali lubang di sebuah ladang getah yang besar di Yu Chu Kang,
Singapura.
Selepas lapan bulan menanggung keperitan bekerja teruk di
bawah panas dan hujan, Usman dan abangnya, Ahmad dapat
melarikan diri dengan pertolongan seorang kerani India di Jabatan
Ukur. Mereka menumpang di rumah kerani tersebut selama enam
bulan, berkurung di dapur takut untuk keluar kalau-kalau dijumpai
oleh askar Jepun semula.
Akhirnya mereka berjaya pulang ke Segamat dan Usman
mendapat pekerjaan sebagai peon di Pejabat Taliair (D.I.D.) untuk
selama empat bulan sahaja kerana beliau kemudiannya memasuki
pasukan polis hutan (Botai) dan berlatih di Balai Polis Segamat.
Peperangan tahun 1941 merupakan detik-detik pahit yang
memisahkan dia daripada ayahnya. Sejak peristiwa itu Usman begitu
membenci peperangan. Dia membenci segala yang menghancurkan
nilai-nilai kasih sayang. Ini termasuklah sistem ekonomi yang
membiarkan dan menggalakkan penindasan demi keuntungan.
Dalam karya-karyanya terlihat penentangan terhadap sistem
kapitalisme dan feudailisme yang baginya semakin menghimpit
hidup kaum bawahan.
Setelah Jepun menyerah diri, Usman bertugas sebagai seorang
anggota polis di Melaka pada tahun 1947, iaitu setelah tamat
latihannya di Polis Depot Johor Bahru selama enam bulan. Usman
bertugas di Balai Polis Central, Melaka dengan tugas-tugas seperti
meronda jalan raya dan sebagainya.
Apabila undang-undang darurat diisytiharkan dalam tahun
1948 Usman dipilih memasuki Jungle Squad, menjadi seorang tentera
yang masuk hutan untuk memburu dan diburu oleh komunis.
Sebagai seorang anggota polis beliau pernah meredah belantara
Melaka serta Pahang, dan pernah juga bertugas sebagai polis biasa
di Bandar Melaka dan Balai Polis Batang Tiga.

4
R I W A Y A T H I D U P

Menurut Usman, Selat Melaka yang indah itulah menjadi


tempat dia melapangkan fikirannya di dalam menempuh berbagai-
bagai peristiwa sebagai polis. Usman bercerita lagi, " M a s a yang agak
seronok ialah ketika saya bertugas di sebuah stesen polis kecil Batang
Tiga. Saya tinggal di sebuah rumah kecil di tepi pantai. Setiap hari
saya duduk di pantai merenungi Selat Melaka."
Renungannya terhadap ombak yang beralun datang turut
membentuk pandangan dan sikapnya terhadap gambaran sejarah
masa lalu. Lahirlah sikap bencinya terhadap feudalisme dan
penjajah. Dengan itu terciptalah sajak Usman yang pertama pada
akhir tahun 1948 yang berjudul "Selat Melaka".

Selat Melaka
Kupandang indah ke Selat Melaka
Saujana mata memandang
Di kaki langit penuh mega
Memutih riak dialun gelombang

Kubelek sejarah yang telah lalu


Tempat dagang mengaut laba
Tempat kebesaran kerajaan Melayu
Subur mulia gagah perwira.

Kini hanya jadi kenangan


Jadi catatan pena pujangga
Untuk menyedar anak jajahan
Bekerja terus sampai merdeka.

Sajak pertamanya ini pernah dikirimkan ke penerbitan. Walau


bagaimanapun sajak pertamanya yang tersiar di akhbar ialah
' K o r b a n Tanahair' yang termuat di Utusan Zaman keluaran 7
November 1949. Sajak 'Selat Melaka' telah disiarkan di akhbar yang
sama pada 12 Disember 1948.
Semasa bertugas di Melaka dia pernah ditugaskan menjadi
pengawal kepada satu perarakan Kongres Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Malaya ( P K M M ) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang
telah diadakan selama enam hari iaitu dari 24 hingga 30 Disember
1946. Perarakan itu diadakan di Markas P K M M Melaka di Egerton
Road. Kongres dan perarakan tersebut telah mempengaruhi jiwanya
dan memperdalam lagi kesedaran kemasyarakatannya. Ketika dia

5
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

menjadi pengawal perarakan itu, dia dapat melihat Dr. Burhanuddin


Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh dan tokoh-tokoh
lain. Dia mendengar ucapan mereka yang cukup hebat. Segala-
galanya ini berkesan dalam hati Usman terutama sekali tentang
kemerdekaan, tentang penjajahan dan tentang kemiskinan yang
dibicarakan. Dia kagum dengan ratusan penarik beca negeri Melaka
yang berarak membawa bendera dan membawa pemimpin-pemim-
pin secara sukarela. Mereka ikut menjeritkan slogan merdeka
dengan menggenggamkan tangan. Usman ikut memberikan derma
tiap-tiap bulan sebanyak 50 sen kepada P K M M . Dia tahu bahawa
tindakannya itu adalah salah dari segi undang-undang polis, tetapi
pada masa itu dia terlalu bersemangat dan membenci 'orang putih'
yang menjajah tanahair nya. Anggota Polis bertugas mengawal
perarakan itu dan kemudian diajak makan nasi bungkus yang
mereka panggil 'nasi merdeka'. Ini cukup besar kesannya di hati
Usman dan lebih bersimpati terhadap perjuangan P K M M , API dan
AWAS. Kisah.ini telah diceritakannya kembali dalam novelnya yang
berjudul Tulang-tulang Berserakan.
Perkara yang paling meninggalkan kesan di hati Usman ialah
ungkapan Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang berbunyi
"Di atas robohan Kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka
Bersatu-padulah seluruh baka
Membela hak keadilan pusaka."

Usman sangat menggemari ungkapan itu sehingga dia meng-


gunakannya beberapa kali dalam karya-karyanya seperti dalam
sajak "Jiwa H a m b a " dan cerpen "Cinta Di Negara H a n g T u a h " .
"Ingat kembali kata sakti
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka."

("Jiwa Hamba". Utusan Zaman, 22 Mac 1949)

Tugasnya sebagai polis banyak membentuk jalan pemikiran-


nya. Sebagai seorang anggota polis dia mendapati dirinya berkhid-
mat untuk kerajaan penjajah, menyabung nyawa untuk menjaga
harta benda penjajah. Dia disuruh memburu komunis yang dikata-

6
R I W A Y A T H I D U P

kan mengancam harta benda rakyat sedangkan harta benda itu


adalah kepunyaan penjajah. Lalu Usman berfikir, siapakah
musuhnya yang sebenarnya, siapakah musuhnya yang lebih besar di
antara komunis dan penjajah? Inilah benih-benih nasionalisme yang
dijelmakan dalam karya-karyanya. Erti perjuangan dan pengor-
banan telah banyak mendorong Usman menulis bagi mencari
kebenaran seperti dalam sajaknya "Korban Tanahair" (Utusan
Zaman, 7 November 1948).
Di samping itu Usman juga menulis cerpen di ruangan perajurit
terbitan Utusan Melayu. Jawatannya sebagai anggota polis inilah
yang menimbulkan nama 'Tongkat Warrant'. Selain daripada itu
ada juga nama lain yang digunakan semasa menulis di ruang
perajurit misalnya 'Songkok Jambul'. Di Melaka, Usman berkenal-
an dengan seorang cikgu iaitu Cikgu Alimin Muhamad. Cikgu ini-
lah yang sering memberikan dorongan kepada Usman untuk me-
nulis dan akhirnya watak Cikgu Alimin dicatat dalam novel tung-
galnya, Tulang-Tulang Berserakan.
Tugas-tugas yang dihadapi oleh Usman semasa mengawasi
ladang-ladang orang putih membuat dia mempersoalkan kembali
pekerjaannya. Apakah tugas itu boleh disifatkan sebagai perjuangan
untuk memelihara tanah air atau hanya untuk menjaga kepentingan
tuan estet yang mengangkut kekayaan negeri ini pulang ke negeri-
nya. Sajak Usman yang berjudul "Anjing Itu" yang tersiar di Utusan
Zaman, 3 Jun 1950, adalah sebagai pernyataan protesnya terhadap
polis-polis yang bersusah payah mengorbankan jiwa untuk menjaga
harta benda penjajah. Menurut Usman, para ketujuh sajak itu telah
dipotong oleh penyunting kerana dianggap terlalu sensitif. Penyiar-
an sajak ini menyebabkan pengarang Utusan Zaman, Zabha disoal
oleh pihak berkuasa.
Akhirnya, pada tahun empat puluhan, Usman Awang menun-
jukkan minat dalam kesusasteraan dengan menceburkan diri dalam
persatuan penulis. Mengikut Jamil Sulong, mereka sama-sama
menjadi anggota Sahabat Pena yang dikelolakan oleh Jymy Asmara
(Allahyarham Jaafar Haji Muhamad). Dengan demikian dia men-
dapat ramai kawan melalui hubungan surat-menyurat. Kegemaran
ini sedikit sebanyak membantunya di bidang karang-mengarang dan
menghubungkannya dengan penulis-penulis lain.
Usman dan beberapa penulis di sekitar Melaka dan Muar me-

7
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

rancangkan satu penubuhan persatuan penulis yang kemudiannya


dikenali sebagai Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM). IPM
adalah persatuan penulis yang pertama di Malaya iaitu selepas
ASAS 50 di Singapura. Dalam mesyuarat pertamanya pada Disem-
ber 1948, Jamil Sulong telah dilantik sebagai setiausaha. Yusuf
Harun menjadi ketua dan Usman Awang sendiri menjadi Ahli
Jawatankuasa.
Dia mula menyedari bahawa tugas sebagai seorang polis tidak
sesuai dengan jiwanya. Dia tidak dapat menjadi seorang anggota
polis yang baik, dia tidak dapat menangkap orang, dia cepat kasihan
dan tidak boleh mengangkat tangan memberi tabik atau salut
kepada pegawai atasan apatah lagi memberikan tabik di khalayak
ramai. Dia mengambil keputusan meninggalkan terus jawatan ini
pada bulan Januari 1951.
Pada bulan Oktober 1951, Usman diundang oleh Jymy Asmara
datang ke Singapura. Atas galakan kawan-kawan termasuk Cikgu'
Alimin, Usman bersama-sama Jamil Sulong berangkat ke Singa-
pura. Di Singapura mereka tinggal di rumah Jymy Asmara di Kam-
pung Batak, Jalan Eunos, Kampung Melayu. Jamil Sulong ke
Singapura untuk temuduga sebagai penolong pengarah di Syarikat
Malay Film Production. Sementara Jymy Asmara mencadangkan
Usman supaya memohon jawatan pembaca pruf di akhbar Melayu
Raya. Setelah ditemuduga oleh Cikgu Harun Aminurashid (Harun
Mohd. Amin), Usman diterima bekerja sebagai pembaca pruf
dengan gaji sebanyak $60.00 sebulan. Usman bekerja bersama-sama
Jymy Asmara dan Kalsum Saadun (Rayuan Sukma).
Selepas enam bulan menjadi pembaca pruf, Usman dinaikkan
pangkat menjadi pemberita dengan bayaran sebanyak $80.00 se-
bulan. Kemudian atas bakat dan kebolehan beliau sekali lagi Usman
dilantik menjadi pembantu pengarang di akhbar Mingguan Raya.
Pada masa itu saingan antara Melayu Raya dengan Utusan Melayu
sangat hebat. Kedua-dua akhbar tersebut cuba mendapatkan
seramai mungkin tokoh penulis bagi memajukan syarikat dan
akhbar masing-masing. Usman turut ditawarkan (melalui Asraf)
untuk bekerja dengan Utusan. Usman berpindah ke Utusan kerana
memandangkan ramai penulis terkenal seperti Keris Mas dan A.
Samad Ismail bertugas di sana. Mulai Julai 1952 Usman bertugas di
Utusan Melayu sebagai penolong pengarang Utusan Kanak-kanak

8
RIWAYAT H I D U P

dan kemudiannya mengendalikan penerbitan Utusan Zaman dan


Mastika di bawah Kens Mas dan A. Samad Ismail.
Setibanya di Singapura Usman menjadi ahli ASAS 50. Dia di-
lantik sebagai Setiausaha Satu untuk tahun-tahun 1956 dan 1957.
Pada tahun 1954 Usman menghadiri Kongres Bahasa dan Persurat-
an Melayu Ketiga di Singapura dan Johor Bahru pada 16 hingga 21
September 1956. Dia telah menulis kertas kerja yang bertajuk
"Bahasa Melayu Dalam Lapangan Kesusasteraan (Bahagian Puisi
Baru)". Usman juga menyusun satu memorandum mengenai Tulis-
an Rumi untuk bahasa Melayu dan dikirimkan kepada Jawatan-
kuasa Perlembagaan Rendell untuk Singapura pada tahun 1956.
Dalam tahun 1959, Usman berpindah ke Kuala Lumpur kerana
mengikut Syarikat Utusan Melayu yang beribu pejabat di sana.
Tugasnya dengan Utusan Melayu berakhir dalam tahun 1961 bila
berlaku peristiwa pemogokan Utusan selama seratus hari dari bulan
Ogos hingga November 1961. Mogok ini dilancarkan kerana mem-
bantah tindakan syarikat melantik tokoh-tokoh tertentu sebagai
pengarah Utusan. Ini akan menjejaskan kebebasan akhbar. Dalam
bulan Julai 1961 kerajaan membeli saham-saham Utusan dan mem-
bentuk satu lembaga pengarah yang baru. Encik Ibrahim Fikri,
seorang ahli jawatankuasa eksekutif U M N O pusat dilantik menjadi
Pengarah Urusan dan Ketua Pengarang akhbar itu.
Usman dan Said Zahari adalah di antara beberapa orang yang
dianggap pemimpin mogok itu. Mereka menubuhkan Bahagian
Penerangan Jawatankuasa Bertindak Pekerja-Pekerja dan menge-
luarkan kertas-kertas siaran setiap hari. Pada hari keempat, siaran
Bahagian Penerangan telah menyiarkan sajak Usman Awang ber-
judul "Duri dan Api". Sajak ini ditujukan kepada kawan-kawan
yang menyertai mogok.
Tuntutan pemogok-pemogok tidak dilayan oleh pihak majikan.
Usman adalah antara yang tersingkir daripada jawatannya. Dalam
bulan-bulan dia menganggur, Usman banyak menulis drama radio
bagi mencari nafkah untuk keluarganya. Dia kemudiannya men-
dapat kerja sebagai penyunting bahagian Melayu di Federal
Publication, Kuala Lumpur selama lapan bulan dan selepas itu dia
bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Tugas pertama Usman di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
menjadi pengarang majalah Dewan Bahasa bagi mengambil alih

9
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

tugas Nor Azam yang pada masa itu pergi ke Amerika. Kemudian
dia bertanggungjawab kepada majalah Dewan Masyarakat dan
Dewan Sastera mulai tahun 1971. Usman memegang jawatan Ketua
Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sebagai tugasnya
yang terakhir di DBP.
Di Kuala Lumpur, Usman menceburkan diri dalam Persatuan
Penulis Nasional (PENA) yang ditubuhkan pada 12 Februari 1961
yang diasaskan oleh A. Samad Ismail, Said Zahari, Keris Mas, Asraf,
Ali Haji Ahmad dan Syed Husin Ali. PENA telah disahkan pendaf-
tarannya pada 2 September 1962.
Dalam mesyuarat pertamanya Usman telah dilantik menjadi
Ketua Satu dengan ahli jawatankuasanya terdiri daripada Keris
Mas, Syed Husin Ali, Kala Dewata, Kassim Ahmad, Ali Haji Ahmad
dan lain-lain. Usman terus bergiat dengan PENA dengan menye-
lenggarakan kursus Penulisan di Radio Malaya, akhbar-akhbar
Utusan Zaman dan Berita Minggu juga Radio Singapura. Usman
memberi ceramah mengenai sajak. Bahan-bahan ceramah ini diter-
bitkan dalam bentuk buku oleh Pustaka Antara pada tahun 1964
bertajuk Kursus Penulis.
Semasa bergiat dalam PENA, Usman pernah mengetuai
Jawatankuasa Kecil Bengkel Penulis. Ini memberi kesempatan ke-
padanya memberi ceramah tentang teknik-teknik penulisan. Pada 20
Jun 1964, PENA mengadakan Malam Penulis yang dihadiri oleh
Menteri Penerangan, Encik Senu Abdul Rahman dan Prof. A.
Teeuw. Pada 21 Jun 1964, PENA mengadakan Mesyuarat Agung
dan Usman telah berucap membincangkan soal Hadiah Sastera dan
Hak Cipta.
Dalam bulan Ogos 1964 Usman turut serta dalam pertemuan di
antara penulis-penulis dan penerbit-penerbit untuk memberi ke-
sempatan kedua-dua pihak mengeluarkan pendapat tentang hal-
hal yang bersangkutan dengan penerbitan dan royalti. Pada 3 Mac
1967, kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa
Kebangsaan. Undang-undang ini dianggap mencabul kedaulatan
bahasa Melayu. Para budayawan dan penulis telah berhimpun di
Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan perarakan membantah ke
kediaman Perdana Menteri Malaysia. Usman turut terlibat dalam
perhimpunan ini dan empat buah puisi Usman termuat dalam an-
tologi stensilan "Keranda 152".

10
RIWAYAT H I D U P

Dalam tahun 1967 juga, peristiwa pengusiran Hamid Tuah dan


petani-petani miskin di Teluk Gong, Selangor menimbulkan
bantahan dan simpati daripada golongan penulis, pensyarah dan
mahasiswa universiti. Usman sendiri bertanggungjawab mengum-
pulkan sajak-sajak pernyataan bantahan terhadap peristiwa itu.
Sajak-sajak ini dikumpulkan dalam kumpulan Teluk Gong dengan
kata pengantarnya ditulis oleh Usman Awang sendiri.
Usman Awang dikenali di dunia Kesusasteraan Melayu sebagai
seorang penyair, dramatis, cerpenis dan novelis. Banyak karyanya
telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa asing seperti bahasa
Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Perancis, Thai, Czechoslovakia,
Denmark, Tamil, Itali dan Rusia. Boleh dikatakan Usman Awang
merupakan penyair Melayu yang pertama memasuki era antara-
bangsa. Dia juga berkesempatan melawat beberapa buah negara
asing atas undangan kerajaan negara-negara tersebut seperti
Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina dan Rusia.
Pada tahun 1976, Usman Awang menerima anugerah Pejuang
Sastera. Kemudian dia menerima penghormatan menerima Anu-
gerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) di Bangkok
pada tahun 1982. Setahun selepas penganugerahan itu (1983),
Usman Awang menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari
Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun yang sama Usman dipilih
sebagai penerima Anugerah Sastera Negara oleh kerajaan Malaysia.

11
BAB DUA

PENGALAMAN, PEMIKIRAN DAN


SIKAP PENGARANG

K E M U N C U L A N Usman Awang sebagai seorang penulis dalam


tahun 1948 menempatkannya sebaris dengan penulis-penulis Melayu
yang sedang giat memperkata masalah masyarakat terutama tentang
kemiskinan, tekanan penjajahan dan ancaman akibat kedatangan
orang-orang asing.
Sebagai sasterawan, Usman telah menghasilkan karya-karya
yang bertemakan kehidupan rakyat dengan berbagai-bagai peristiwa
yang dilalui oleh mereka. Zaman darurat dengan sekatan dan
kesulitan, tekanan penjajahan hingga ke zaman merdeka dengan
bermacam-macam masalah pembangunan, turut dipaparkan dalam
penulisannya.
Melalui karya-karya sastera, kertas-kertas kerja dan ceramah-
ceramahnya, kita menemui Usman sebagai pemikir yang dididik oleh
pengalaman. Pandangan dan pendapatnya terhadap kehidupan
bermula daripada jiwanya yang perasa. Seperti kebanyakan penulis-
penulis seangkatan dengannya, Usman hanya mendapat pelajaran
formal di sekolah Melayu sahaja. Latar belakang kelahiran dan
kekeluargaan telah membentuk pandangannya tentang hidup.
Kehidupan sebagai anak nelayan dengan kemiskinannya membe-
nihkan rasa cinta kepada keindahan alam semula jadi. Dia
dibesarkan dalam usapan angin laut dan sepukan pasir putih di
pantai yang terbentang. Di samping itu dia amat gemar membaca
dan mendengar cerita-cerita dongeng. Ada juga cerita-cerita yang
menghiris hatinya umpamanya cerita tentang isteri Laksamana

12
PENGALAMAN, PEMIKIRAN DAN SIKAP PENGARANG

Bentan yang dibelah perut ketika sedang sarat mengandung hanya


kerana mendahului memakan nangka yang harus dipersembahkan
kepada raja. 1 Antara buku-buku yang dibaca, Sejarah Melayulah
yang paling berkesan kepadanya. Dia tertarik dengan lenggang-
lenggok bahasa dan dengan cerita-cerita yang penuh kias ibarat. Dia
menjadi semakin sayang kepada keindahan bahasa ibunda di sam-
ping bertambah marah kepada sistem feudal yang menindas rakyat.
Dengan impresi-impresi awal terhadap Kerajaan Melayu
Melaka yang terbentuk daripada pembacaannya, Usman sampai ke
negeri itu pada tahun 1947 sebagai seorang anggota polis. Melaka
dan lautnya lebih menjadikannya seorang perenung sambil
memperteguh kasihnya kepada keindahan alam semula jadi. Dia
berhadapan dengan keagungan Kota Melaka, keindahan pantai
serta lautnya lalu jiwanya sarat dengan kenangan-kenangan zaman
silam. Semakin akrablah dia dengan kisah-kisah kesetiaan Hang
Tuah yang melulu atau cerita Sultan Muzaffar Shah yang rela
menyerahkan isteri kepada orang lain demi kedudukannya di atas
takhta. 2
Selat Melaka yang indah itulah tempat dia melapangkan fikiran
dalam menempuh berbagai-bagai peristiwa pahit sebagai polis.
Dalam merenung ombak yang beralun datang itu, dia turut mem-
bayangkan cerita-cerita silam, lalu terbentuklah pandangan dan
sikapnya terhadap kehidupan yang telah dan sedang dilalui oleh
masyarakatnya. Ombak-ombak itulah juga yang membawa bangsa-
bangsa penjajah ke tanah airnya. Ini menambahkan dorongan untuk
menyatakan perasaannya dalam bentuk tulisan. Maka pada akhir
tahun 1948 Usman menulis sajaknya yang pertama yang berjudul
'Selat Melaka'. Sajak ini jelas memberi gambaran tentang seorang
perenung yang mendapat ilhamnya dari alam semula jadi yang

1
Cerita ini d i b i n c a n g k a n oleh L e m a n d e n g a n Encik B a k a r d a l a m novel Tulang-
tulang Berserakan, him 98:
"Ia t a h u t e n t a n g s e j a r a h L a k s a m a n a Bentan, s e b a b ia berasal dari K o t a
Tinggi, t e m p a t s e j a r a h itu sendiri. K e t i k a kecil-kecil dulu ia p e r n a h
b e r m a i n di d a e r a h k u b u r a n L a k s a m a n a itu. D a n sekarang b a r u ia
mengerti k e n a p a k u b u r a n itu tak terpelihara. K e n a p a k u b u r a n itu
dibiarkan."
2
P e m i k i r a n U s m a n t e n t a n g ini m e l a h i r k a n k a r y a - k a r y a yang b e r b e n t u k d r a m a
iaitu " M a t i n y a S e o r a n g P a h l a w a n " d a n " M e n y e r a h n y a Seorang P e r e m p u a n . "

13
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

banyak menyimpan kesan-kesan masa lalu.


Dalam tahun 1948 itu jadilah dia seorang penulis muda di
tengah-tengah masyarakat yang mula membangun dengan kesedar-
an politik dan budaya. Kemunculannya menempatkan dia sebagai
penyata kegelisahan bangsanya yang sedang mencari identiti di an-
tara serpihan keruntuhan akibat dijajah beratus-ratus tahun lama-
nya. Satu demi satu bangsa Barat menguasai tanah air mereka
sehingga terbinalah rasa kagum terhadap bangsa tersebut. Namun
rasa kagum yang terbina bagai tembok yang tinggi itu runtuh juga
bila Jepun melanda pada tahun 1941. Maka sedarlah bangsa Melayu
bahawa bangsa Barat itu bukanlah dewa yang tidak dapat ditewas-
kan. Peristiwa ini memberi satu kekuatan baru kepada mereka dalam
usaha mencapai kemerdekaan. Semangat yang sedang membara itu
dinyalakan lagi bila melihat satu demi satu negara yang berdekatan
yang dahulunya sama-sama dijajah mencapai kemerdekaan ma-
sing-masing. Hal ini lebih ketara dengan kemerdekaan Indonesia.
Sebagai seorang yang terdidik oleh pengalaman, Usman lebih
dekat untuk merasai kepayahan masyarakatnya. Tetapi masalahnya,
dia cenderung untuk melihat dan memberi pandangan dari satu
sudut sahaja. Misalnya dia melihat undang-undang lalulintas
daripada kaca mata penjaja kecil yang merasa kesusahan untuk
mencari rezeki dan tidak daripada kepentingan mengawal lalulintas.
Usman Awang dianggap sebagai pendukung kuat ASAS 50
kerana kemunculannya sebagai penulis sezaman dengan lahirnya
badan sastera itu. Dia bukan sahaja dikenali di kalangan masyarakat
Melayu malah jika dibandingkan dengan pengarang-pengarang
Melayu yang lain, dia mendapat perhatian yang lebih luas di
kalangan masyarakat Tionghoa. Banyak sekali sajak, cerpen dan
dramanya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut.
Seringkali dia diundang membaca puisi dalam acara-acara sastera
yang dianjurkan oleh masyarakat Tionghua malah Tamil juga.
Usman bukan sahaja berjaya mencipta nama di negaranya,
malah kehadirannya mendapat perhatian di luar negeri. Bambang
Soebendi dari Indonesia menganggap Usman sebagai perintis sastera
Melayu Moden. Ini adalah kali pertama seorang penulis Malaysia
diberi fokus dalam akhbar Indonesia. Boris Parnickel dari Rusia
misalnya memberitahu Shahnon Ahmad bahawa dia tertarik dengan

14
P E N G A L A M A N , P E M I K I R A N D A N SIKAP P E N G A R A N G

ciri kemanusiaan yang tersirat di dalam novel Tulang-Tulang


Berserakan.
Sebagai penyair, Usman diterima dengan cukup baik oleh
masyarakat pembaca dan peminat sastera. Salah satu faktor yang
menolong perkembangannya ialah kemunculannya pada masa dan
tempat yang sesuai. Dalam tahun lima puluhan bentuk sajak tidak
begitu asing lagi dan kemunculannya di Singapura memberikan
sepenuh kesempatan untuk dia menyertai kegiatan kesusasteraan
dan kebudayaan yang dapat menonjolkan dirinya kepada khalayak.
Singapura melangkah ke tahun-tahun lima puluhan dengan
tradisi perkembangan intelektual di bidang kewartawanan yang
menjadi asas yang kukuh untuk kemajuan seterusnya. Dengan ini ia
memberi peluang kepada penulis-penulis seperti Usman Awang
memupuk bakat kewartawanan dan kesusasteraan. Semua ini
disokong dengan perpindahan penulis-penulis dari Semenanjung ke
Singapura yang seterusnya menimbulkan situasi kesusasteraan yang
amat berfaedah bagi perkembangan daya pemikiran dan bakat
mereka.
Bila Usman sampai di Singapura dan menyertai ASAS 50, dia
telah menemui medianya yang terpenting iaitu sebuah pertubuhan
sastera yang berpengaruh, yang memegang slogan "Seni Untuk
Masyarakat" dan dengan itu menyediakan latar ruang kepada
penglibatan dan perjuangan Usman sebagai sasterawan yang
menulis untuk rakyat.
Penglibatan Usman secara langsung dalam lapangan penulisan
dan pandangan serta kesedaran politik yang dimiliki, menjadikan-
nya orang yang tegas dengan pendirian bahawa sastera boleh me-
mainkan peranan dalam membela nasib rakyat. Sejak mula, Usman
telah menyatakan sikap untuk berusaha membina bahasa dan ke-
susasteraan yang diyakini merupakan alat penting bagi pembinaan
masyarakat. Ketegasan ini disimpulkan melalui semboyan 'Seni
Untuk Masyarakat' yang terpancar melalui karya-karyanya.
Ketegasan Usman dalam mendukung cita-cita ASAS 50 dapat
diukur apabila beliau memberi ceramah kepada mahasiswa-maha-
siswa Universiti Malaya pada tahun 1956. Dia telah menjelaskan
bahawa kesusasteraan Melayu mempunyai tugas sebagai 'alat per-
juangan kebangsaan, alat memperkembang fikiran, alat memper-
juang kemakmuran serta kebahagiaan rakyat, juga alat untuk ke-

15
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

amanan serta kedamaian hidup'. Kenyataan ini merupakan cita-


cita ASAS 50 yang ingin "mengembangkan kesusasteraan dengan
tidak terkongkong oleh mana-mana fahaman dan tidak membunuh
kesusasteraan lama serta membawa perubahan ke alam fikiran
maju."
Untuk melahirkan hasil sastera yang baik, sasterawan haruslah
terjun ke tengah-tengah masyarakat, ke dalam kehidupan rakyat- itu
sendiri. Dalam ceramah yang bertajuk, "Pengalaman Saya Dalam
Menulis Sajak", Usman menyatakan
Kesusasteraan harus mencerminkan masyarakat zamannya! Dan
masyarakat zaman kita yang harus dicerminkan tidak lain
daripada perjuangan rakyat, rakyat yang inginkan kebebasan
dari segala belenggu yang merantainya, dari penekanan-
penekanan dan daripada penindasan yang menindasnya. Dan di
samping itu pula isi puisi sekarang haruslah memupuk kesedaran
nasional, mengemukakan fikiran, perasaan dan hasrat rakyat
inginkan kebahagiaan, kemakmuran dalam suatu susunan yang
baik.

Pergolakan politik pula mempengaruhi kesusasteraan. Pada


waktu itu tumpuan yang lebih diberikan kepada bahasa dan sastera.
Para cerdik pandai Melayu yang dahulunya menumpukan perjuang-
an mereka dalam arena politik telah beralih kepada soal-soal bu-
daya. Selepas peristiwa menentang Malayan Union semakin ber-
kobarlah semangat rakyat untuk membangunkan negara dan bahasa
Melayu dipandang sebagai satu aspek penting dalam pembangunan
ini. Para cerdik pandai dan masyarakat umumnya sedang memberi
perhatian kepada bahasa dan sastera Melayu sebagai aspek yang
tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan membina keperibadi-
an bangsa. Para cerdik pandai juga sedang melihat bidang penulisan
sebagai media penting dalam kegiatan nasionalisme.
Undang-undang darurat yang diisytiharkan pada bulan Jun
1948, menggalakkan lagi perkembangan kesusasteraan. Ketika itu,
Singapura menyediakan suasana kegiatan kreatif dengan pusat-
pusat penerbitan dan perkembangan ilmu pengetahuan membe-
rangsangkan lagi kemajuan penulisan. Kesatuan-kesatuan sekerja
giat memperjuangkan tuntutan-tuntutan buruh dan melancarkan
mogok. Tuntutan-tuntutan inilah menjadi sumber yang baik untuk
sajak-sajak Usman terutama dalam nada sajak yang sinis, berunsur

16
P E N G A L A M A N , P E M I K I R A N DAN SIKAP P E N G A R A N G

pembelaan, propaganda atau protes.


Sajak-sajak ini mudah menarik perhatian dan diterima oleh
masyarakat. Kesemuanya bersemangat nasional dan memperjuang-
kan kehidupan. Usman sendiri merumuskan bahawa suara seorang
penulis adalah suara kemanusiaan. Sebenarnya sikap sedemikian
ternyata telah tersemai dalam diri Usman sejak awal penglibatan-
nya dalam dunia sastera. Penulis adalah pejuang kemanusiaan.
Perjuangan menuntut kemerdekaan membebaskan rakyat daripada
berbagai-bagai belenggu dan penindasan serta memajukan fikiran
bangsa Melayu dan ini juga adalah sebahagian daripada perjuangan
kemanusiaan. Pengalaman zaman kecil, semasa perang, zaman
pendudukan Jepun, semasa bertugas sebagai anggota polis, zaman
darurat dan pergaulan dengan dunia kewartawanan, telah banyak
membentuk pemikiran dan sikapnya. Kehidupan rakyat dilihat se-
bagai ingin bebas daripada semua belenggu. Manusia harus menge-
kalkan persaudaraan tanpa batas politik, kepercayaan, agama,
bangsa dan warna kulit.
Usman amat membenci segala yang menghancurkan nilai-nilai
kasih sayang. Ini termasuklah sistem ekonomi yang membiarkan
malah menggalakkan penindasan untuk mencari keuntungan.
Dalam karya-karyanya terlihat penentangan terhadap sistem
kapitalisme dan feudalisme yang baginya semakin menghimpit kaum
bawahan. Sejak kecil lagi, Usman telah melihat ketidakadilan sosial
dengan nilai-nilai feudalisme dan sistem kasta dalam kehidupan.
Suasana pada akhir tahun-tahun empat puluhan dan lima
puluhan menyediakan peluang yang baik bagi Usman untuk menjadi
sasterawan yang diterima oleh masyarakat. Keadaan ini mewujud-
kan banyak bahan untuk tulisan, juga membentuk pembaca yang
responsif terhadap karya-karya yang bersemangat sebagaimana
karya-karya Usman terutama di peringkat awalnya. Ini ditambah
pula dengan gaya pengucapan yang lembut dan berunsur puisi tra-
disional yang telah sebati dengan selera pembaca-pembaca Melayu.
Keharmonian bunyi yang dipeliharanya menyebabkan sajak-sajak-
nya dibacakan di majlis-majlis deklamasi terutama pada tahun-
tahun lima puluhan dan awal enam puluhan. Penggunaan unsur-
unsur tradisi ini adalah faktor-faktor yang mempopularkan sajak-
sajak Usman. Sifat tradisi ini bukan sahaja pada bentuknya tetapi
juga pada tema-tema kemasyarakatan dan semangat perjuangan

17
SASTERAWAN NEGARA USMAN A W A N G

yang juga merupakan lanjutan daripada fungsi sastera tradisional.


Hal ini menjadi nyata jika diteliti bagaimana penyair-penyair sele-
pas Usman yang menggunakan lambang-lambang yang bersifat
peribadi sukar dan lambat diterima oleh masyarakat.
Usman ialah penyair yang berusaha secara sedar untuk
mendekatkan sajak kepada masyarakat. Dengan tujuan inilah dia
sering mengekalkan bentuk pantun dan ciri-ciri puisi tradisional
sebagai satu cara pengucapan sajak. Dengan tujuan inilah dia terus
melibatkan dirinya dalam majlis-majlis pembacaan puisi dan
sebagainya kerana seperti yang pernah dikatakannya, "Dan kita
harus insaf bahawa sajak bukan cerpen bukan novel yang mempu-
nyai banyak peluang dan kesempatan baik dalam penerbitan
mahupun dalam sambutan masyarakat. Dunia moden sekarang
dikuasai oleh pedagang dan pasaran. Tiap-tiap pihak harus berjuang
merebut tempat dalam kehidupan manusia, dan demikianlah sajak
harus kita perjuangkan untuk memperolehi tempat di kalangan
masyarakat". 3 Usman telah berjaya dalam usahanya menempatkan
sajak di hati pembaca. Kejayaan ini merupakan satu kejayaan
kepada perkembangan puisi Melayu moden kerana dengan itu
masyarakat mulai menggemari sajak yang sebelum itu tidak
mendapat perhatian. Kepentingan Usman dalam kesusasteraan
Melayu Moden ialah sebagai orang yang mula-mula mempopular-
kan bentuk sajak di Malaysia, popular yang membawa erti men-
jadikan sajak sebagai sesuatu yang diminati dan digemari.
Kejayaannya ialah kejayaan berkomunikasi dengan pembaca
dalam bentuk pengucapan yang diterima dan difahami oleh mereka.
Usman telah muncul sebagai penyata masalah kehidupan dan
impian masyarakat Melayu terutama pada awal tahun lima puluhan
yang sedang mencari kekuatan dan identiti bangsa. Dia bukan ahli
sosiologi yang dapat menganalisis masalah-masalah sosial dan
bukan seorang ahli falsafah yang memberikan pemikiran yang
mendalam tentang kehidupan, malah dalam kelembutannya dia
telah menyeru rakyat agar percaya kepada keupayaan manusia
untuk memperbaiki taraf hidup sendiri dan kewujudan kuasa yang
adil sebagai penyelesai yang muktamad. Dia juga cuba memberi

3
U s m a n A w a n g 1967. " S a t u P e r c a k a p a n M e n g e n a i S a j a k " , dlm Dewan Bahasa,
M e i 1967.

18
P E N G A L A M A N , P E M I K I R A N D A N SIKAP P E N G A R A N G

harapan dan identiti kepada rakyat jelata dengan menunjukkan


nilai-nilai hidup yang murni iaitu budi bahasa dan kasih sayang
yang ada di antara mereka dan yang hampir lenyap di kalangan
orang atasan.
Pandangan-pandangan yang sederhana seperti inilah yang telah
memberi keyakinan kepada perkembangan kesusasteraan dan
bahasa Melayu untuk mencapai tarafnya hingga ke hari ini. Tulis-
an-tulisan begini dalam banyak hal dapat menghidupkan jiwa rakyat
daripada rasa terbelenggu sebagai persediaan untuk hidup dalam
sebuah negara demokrasi baru.

19
BAB TIGA

PERBINCANGAN KARYA

KETIKA Usman Awang mula menulis dalam tahun 1948, dia baru
berumur sembilan belas tahun, membesar di tengah-tengah
masyarakat yang mula membangun dengan kesedaran politik dan
budaya. Kemunculannya menempatkan dia antara intelektual-
intelektual Melayu yang sedang berusaha menyatakan hasrat dan
impian bangsanya terutama untuk mencapai kemerdekaan politik
dan mencari identiti budaya. Pada masa itu akhbar-akhbar Melayu
telah berkembang dan sedang menyiarkan soal-soal penting dalam
kehidupan bangsanya seperti masalah-masalah penindasan pen-
jajah, kemiskinan, ancaman bangsa-bangsa asing, kehilangan iden-
titi budaya, kesempitan peluang pekerjaan dan peluang pelajaran
dan sebagainya. Usman adalah seorang yang akrab dengan per-
masalahan ini. Sebagai anak nelayan dia mengenal malah merasai
erti kemiskinan. Sebagai anak yang kehilangan ibu, dia menjadi
pencari kasih yang hiba dan perasa. Sebagai anak yang terpisah
daripada ayah oleh peperangan dia menjadi pembenci sengketa se-
sama manusia. Sebagai polis, dia sendiri menyaksikan keperitan hi-
dup rakyat di tanah jajahan. Jawatan polis juga menempatkan
Usman secara langsung di hadapan musuh negara dan berada dalam
keadaan serba salah untuk menentukan siapakah musuhnya yang
sebenar. Sebagai seorang wartawan dia berdamping rapat dengan
peristiwa-peristiwa yang sedang dihadapi oleh bangsanya. Semua ini
menjadikannya seorang perenung yang perasa. Dia memimpikan
suatu keadaan tanpa penderitaan dan kemiskinan, tanpa sengketa
dan penindasan dan rakyat dapat hidup dalam keselesaan serta

20
P E R B I N C A N G A N KARYA

berkasih sayang. Impian-impian inilah yang dijelmakan dalam puisi,


cerpen, drama dan novelnya.
Antara tulisan-tulisan ini sajaklah yang paling banyak ditulis
dan dihasilkan secara berterusan dari tahun 1948 hingga ke awal
tahun 80-an. N a m u n begitu daripada jumlah yang dicatatkan, dua
pertiga daripadanya telah diterbitkan dari tahun 1948 hingga tahun
1959. Kebanyakannya tersiar dalam Utusan Zaman dan Mastika.
Usman mula menulis cerpen pada waktu yang sama dia menulis
sajak. Sejak cerpen pertamanya 'Peristiwa Bunga Telor' yang
disiarkan dalam Utusan Zaman, 24 April 1949, sejumlah 42 buah
cerpen telah tersiar di penerbitan yang sama hingga tahun 1959.
Di peringkat awal, karya-karya Usman tersiar juga dalam
majalah-majalah Bintang, Filem Raya, Gema Dunia, Hiboran, Juita
dan Mutiara. Manakala selepas tahun enam puluhan dan tujuh
puluhan kebanyakan karyanya disiarkan dalam majalah-majalah
Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Dewan Sastera terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kebanyakan sajak Usman selepas
tahun 1960 ditulis bersempena sesuatu peristiwa sosial politik se-
perti pemogokan Utusan Melayu (1961), Telok Gong (1967), Rang
Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967), 13 Mei (1969) dan
sebagainya. Usman juga banyak menulis rencana terutama tentang
peranan bahasa, sastera dan kesenian dalam membina masyarakat
baru dalam majalah-majalah atau akhbar-akhbar yang dikelola-
kannya atau untuk disampaikan dalam pertemuan-pertemuan yang
dihadirinya. Usman juga banyak menghasilkan drama radio ter-
utama ketika dia sedang menganggur dalam tahun 1961 berikutan
peristiwa mogok Utusan Melayu.
Tulisan-tulisan Usman memberikan hasil renungan terhadap
isu-isu penting seperti: penjajahan dan kemerdekaan, kemiskinan
dan penindasan, penyatuan masyarakat antara kaum, mencari
kepimpinan baru, peranan bahasa, sastera dan kesenian dalam
masyarakat baru dan isu-isu antarabangsa.

Penjajahan dan Kemerdekaan


Usman dan penulis-penulis yang sezaman dengannya berada di
tengah-tengah semarak semangat nasionalisme. Mereka turut
menyuarakan impian untuk mencapai kemerdekaan dan memberi-

21
SASTERAWAN NEGARA USMAN A W A N G

kan pandangan tentang keburukan penjajahan dan kemurnian


kemerdekaan.
Bagi Usman, pandangan terhadap penjajahan dan kemerdekaan
terbentuk daripada pengalaman dan penglibatan peribadinya yang
secara langsung berhadapan dengan soal-soal tersebut. Pengalaman
yang dimaksudkan ialah tugasnya dalam pasukan polis dari bulan
Disember 1946 hingga Januari 1951. Sebagai polis dia dan kawan-
kawannya menggadai nyawa untuk menjaga keselamatan nyawa dan
harta benda negara daripada ancaman komunis. Tetapi jiwanya
mula berasa bahawa harta benda dan nyawa yang dijaga bermati-
matian itu bukanlah kepunyaan anak negeri bahkan kepunyaan
bangsa penjajah. Dia mula sedar bahawa perjuangan mereka ha-
nyalah untuk kesenangan bangsa penjajah sedangkan petani-petani
miskin negaranya semakin dihimpit penderitaan. Hal inilah yang
diceritakan dalam novelnya Tulang-Tulang Berserakan

Leman mendengar segala ini dengan dada yang sesak. Ia mengerti


bahawa pekebun-pekebun ini terdesak antara dua pemerintahan.
Pasukan-pasukan dari hutan mendatangi mereka dan meminta
makanan. Dan pasukan-pasukan polis menyerkap dan menuduh
mereka memberikan kerjasama lalu menangkap mereka.1

Ini menyebabkan Usman semakin gelisah dalam soal


menentukan musuhnya yang sebenar. Dia juga terharu melihat
kawan-kawan sejawatnya yang cedera parah atau terkorban dalam
pertempuran. Bila seorang sahabat karibnya terkorban seminggu
sebelum tarikh perkahwinannya, Usman begitu terharu lalu
peristiwa ini mendesaknya menulis sebuah sajak yang berjudul
'Korban Tanahair' yang merupakan sajaknya yang pertama tersiar
di media massa. 2

Biar dia telah pergi


Atau gugur ke persada ibu
Yang .... takkan kembali
Meninggalkan bakti dan jasa.

1
U s m a n A w a n g , 1966. Tulang-Tulang Berserakan, Kuala Lumpur: Pustaka
M e l a y u B a r u , hlm 118.
2
Utusan Zaman, 7 N o v e m b e r 1948.

22
PERBINCANGAN KARYA

Dia hanya seorang mata-mata


Atau perajurit yang berbakti
Meninggalkan bingkisan jasa
Pada bangsa dan ibu pertiwi.

Ia gugur di medan perjuangan


Di tengah-tengah hutan belantara
Atau kuburnya ditabur kembangan
Disiram dengan air mata.

Sajak ini amat sederhana dari segi tekniknya dengan pola


pantun yang jelas, namun begitu ia memperlihatkan permulaan yang
penting kepada persoalan-persoalan tanah air dan rakyat yang bakal
timbul dalam karya-karya Usman seterusnya. Tema sajak yang
memperkatakan seorang pahlawan yang terkorban adalah sesuatu
yang biasa dalam sajak-sajak sebelum merdeka, tetapi apa yang
menarik pada sajak Usman ini ialah sajaknya itu mula terlihat bibit-
bibit keraguan Usman tentang erti kematian seorang yang berjuang
bagi pihak penjajah.

(Adakah) dia hanya seorang mata-mata atau perajurit yang ber-


bakti?

Kejadian ini membuat Usman lebih jauh merenung terhadap


erti perkhidmatan mereka. Lanjutan daripada itu lahirlah sajak
'Anjing Itu'. 3 Sajak ini sekali lagi membicarakan mata-mata yang
terkorban ketika bertugas. Kalau dalam sajak 'Korban Tanahair'
Usman menanyakan erti pengorbanan kawannya, dalam sajak
'Anjing Itu' dia telah mendapat jawapannya. Pada peringkat ini
Usman telah memberi pandangan bahawa kematian mata-mata
untuk menjaga keselamatan penjajah hanyalah satu kematian yang
sia-sia.

Anjing itu kurus kelabu


lidah terjelir nafas termengah-mengah
menjaga istana tuannya yang gemuk
patuh setia, menerima dan menyerah.

3
Utusan Zaman, 3 Jun 1950.

23
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya


mendayu-dayu
bukan kerana ada musuh
tetapi minta makanan, perutnya lapar
tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.

Keraguan terhadap tugas menjaga kepentingan penjajah dan


kebencian terhadap penjajah ini mendekatkan Usman dengan soal
yang paling penting dewasa itu iaitu soal menuntut kemerdekaan.
Dalam fikirannya, dia mendapati bahawa penjajah sebagai
penghalang kemajuan anak negeri. Penjajah mentadbir rakyat dan
negeri jajahan mereka semata-mata untuk kepentingan sendiri.
Mereka berusaha sedaya upaya untuk memungut hasil pendapatan
di tanah yang mereka jajah tanpa mempedulikan keadaan hidup
rakyatnya. Usman merasakan ini sebagai suatu penindasan.
Dalam keadaan tertindas rakyat tidak dapat hidup dengan
sempurna dan bererti. Dalam keadaan begini lebih mendalamlah
perasaan rendah diri dan dengan jiwa yang tertekan mereka tidak
mempunyai semangat untuk mencari kemajuan. Perasaan sebegini
memberi peluang kepada penjajah untuk terus menindas. Dalam
renungannya, Usman melihat pentingnya semangat dan kesedaran
rakyat dihidupkan kembali. Hanya dengan semangat yang kuat,
rakyat dapat diseru untuk memperjuangkan kemerdekaan. Jika
mereka berterusan berjiwa hamba akan kekallah mereka di bawah
tekanan orang lain.
Berpusing roda beralihlah masa
berbagai nekad hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi. 4

Terlihat di sini bahawa Usman berpendapat seorang manusia


tidak seharusnya berperasaan terlalu rendah diri, kerana perasaan ini
melemahkan semangat dan keyakinan pada diri sendiri dan
membuka jalan untuk ditindas oleh orang lain.
Jadi, bila Usman mengharapkan kemerdekaan, m a k a harapan
itu adalah untuk orang-orang bawahan yang miskin. Penjajah harus
dihapuskan kerana ia adalah satu rupa penindasan lebih-lebih lagi

4
S a j a k 'Jiwa H a m b a ' , Utusan Zaman, 23 M a c 1949.

24
PERBINCANGAN KARYA

kepada golongan yang tidak berdaya. Ini dapat dikesan dengan jelas
daripada cerpennya 'Nasib Seorang Ibu Tua'. 5
Dalam cerpen ini, kita temui watak Osman dan ibunya yang
hidup dalam kesempitan. Mereka adalah antara keluarga kampung
yang diperas tenaga oleh seorang kaya bernama Encik Omar.
Mereka hidup dengan mengerjakan sawah Encik Omar tetapi tidak
pula menerima upah yang sewajarnya untuk tenaga yang dicurah-
kan.
Osman merupakan watak yang sedar akan sebab-sebab kemis-
kinan mereka. Osman mengeluarkan pendapatnya iaitu selagi sistem
yang membenarkan penindasan tidak dihapuskan selama itulah
rakyat akan terus menderita kerana menjadi mangsa kepada
golongan atasan. Osman telah cuba menentang kekejaman Encik
Omar dengan cara tidak mahu mengerjakan sawahnya. Ini menim-
bulkan kemarahan Encik Omar dan sebagai seorang yang
berpengaruh dia dapat membuat aduan palsu kepada pihak ber-
kuasa sehingga Osman dipenjarakan. Bencana ini telah menam-
bahkan lagi penyeksaan kepada ibu Osman yang telah tua itu.
Dalam keperitan itu Usman melihat kemerdckaan tanah air-
nya dengan penuh harapan semoga dapat menyelamatkan keadaan
yang dihadapi. Bagi Usman kemerdekaan mestilah untuk kebaik-
an rakyat. Pemimpin-pemimpin yang sedang memperjuangkan
kemerdekaan mestilah jujur untuk membela nasib rakyat jelata se-
pertimana yang sering dilaung-laungkan itu. Kemerdekaan yang
tidak dapat meninggikan taraf hidup rakyat tidak bererti sama se-
kali. Baginya kemerdekaan hanya tercapai setelah terbela nasib
rakyat jelata itu kerana rakyat jelata itu dijadikan simbol dan
pelopor perjuangan tapi kalau nama rakyat jelata dijadikan topeng
saja ... maka cita-cita kemerdekaan itu hanya suatu cerita dongeng
pula. Mesej yang disampaikan dalam cerpen ini iaitu dalam tahun
1950 adalah sesuai dengan keadaan perjuangan untuk mencapai
kemerdekaan yang sedang bersemarak pada waktu itu dan kaum
penulis turut menjalankan peranan mereka dengan membangunkan
semangat rakyat menerusi karya-karya mereka.
Hasrat untuk mencapai kemerdekaan lebih bergelora lagi apa-
bila melihat satu demi satu negara yang dahulunya sama-sama di-

5
Utusan Zaman, 7 M e i 1950.

25
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

jajah mencapai kemerdekaan masing-masing. Sajak 'Zaman


Merdeka' lahir daripada gelora ini. 6
Tapi hari ini
berkumandang sorak gembira
dia telah bebas
telah boleh terbang kian ke mari
menghisap udara pagi
berkecimpung di taman kebebasan
bersenandung di irama kemerdekaan
dia
telah bebas lepas di alam buana
putus ikatan belenggu jajahan
tegap berdiri di bawah sangsaka
hidup di dalam pekik sorak kemenangan
lahirlah sinar cahaya benderang
tumbuhlah pohon tanaman sejati
hidup berakar berdahan berbuah
dan makanlah dia dengan enaknya
terlukis senyum tanda kemenangan.

N a m u n begitu terlihat juga perasaan lembut dan romantisnya


apabila dia meragukan sama ada kemerdekaan yang dicapai oleh
negara tersebut setimpal dengan pengorbanan darah pejuang-
pejuangnya.
Tetapi kembali kuingat
harga pembayaran untuk ini
ah, darah mengalir penaka lautan
darah dari putera dan puteri dia
dengan darahlah harga dibayarnya
untuk mencapai hidup merdeka.

Kemiskinan dan Penindasan


Usman mengenal kemiskinan sejak dia dilahirkan dan
mengalami beberapa tragedi hidup akibat penderitaan itu.
Keluarganya terpaksa berpindah-randah kerana kemiskinan. Ibu-
nya sakit kuat dan ayahnya tidak mampu membawanya berubat
kepada doktor kerana terlalu miskin. Dia terpaksa hidup tanpa
jagaan dan kasih sayang ibu yang sangat diperlukan oleh seorang
kanak-kanak. Semuanya ini menjadikannya seorang anak yang

6
Utusan Zaman, 15 J a n u a r i 1950.

26
PERBINCANGAN KARYA

kesepian, lalu dia dewasa dan terganggu dengan masalah kemiskinan


yang menimpa dirinya dan ribuan rakyat bangsanya. Maka itu soal
kemiskinan menjadi tema sebahagian besar karya-karyanya.
Dalam penelitiannya, dia melihat beberapa bentuk penindasan
yang menekan hidup rakyat miskin dan menambah keperitan hidup
mereka. Dalam tugasnya sebagai polis dia menyaksikan penjaja-
penjaja kecil menghadapi kerumitan mencari rezeki. Mereka
dikenakan berbagai-bagai peraturan demi menjaga keselesaan
lalulintas. Bagi Usman ini bukanlah satu keadaan yang adil.
Undang-undang seharusnya dapat menjaga kepentingan semua
lapisan masyarakat. Sebagai polis yang sepatutnya menguatkuasa-
kan undang-undang tersebut Usman berada dalam keadaan serba
salah. Hal ini diceritakan dalam novel Tulang-Tulang Berserakan.
"Bukan aku tak jumpa orang buat salah. Keluar saja dari
rumah pasung ini boleh kita cari kesalahan orang. Tetapi kau
sanggup menangkap Wak Siraj yang menutup kaki lima dengan
tong-tong satenya? Berapa sen dia dapat? Kalau kena denda, apa
dia nak makan? Apa anak bininya nak makan? Tong satenya
dirampas pula?" 7
"Undang-undang itu baginya adalah untuk kesenangan
orang-orang kaya, ".... jalan yang mesti dilapangkan itu untuk
siapa? Untuk menyenangkan kereta-kereta besar lalu dan
berhenti. Cuba kautengok betul-betul berapa banyak kereta-
kereta besar yang kadang-kadang berhenti tak ikut aturan.
Kadang-kadang berhenti dekat dengan simpang, kenapa bila nak
disaman tuannya datang dengan wajah manis lalu mengatakan
sorry ah, lepas, tak apa, o.k. Patutnya orang-orang begitu yang
disaman, dia tahu undang-undang, banyak pula duitnya."8

Rasa tidak puas hatinya ini telah melahirkan sajak-sajak


'Penjual Air Batu' (Utusan Zaman, 3 Januari 1954) dan 'Penjual
Pisang Di Kaki Lima' (Utusan Zaman, 25 Mei 1958). Dalam sajak
'Penjual Air batu' Usman menulis
Pelan-pelan di pinggir jalan kota
Penjual air batu suaranya ditelan deru kereta
Ia bisa ditulikan dengan pekikan hon-hon
Tuan-tuan yang terganggu bisa pula menghamun.

7
T u l a n g - T u l a n g Berserakan, hlm 32.
8
I b i d . , hlm 33.

27
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

Usman melihat undang-undang dibuat sentiasa menguntung-


kan golongan yang berkuasa itu sendiri.
Undang-undang ialah suatu kekuasaan
yang biasanya untuk orang-orang bawahan
dan berseleraklah orang-orang pakaian seragam
memburu tangkapan yang "melanggar aturan'.

Dalam impiannya, dia mengingini satu 'ruang keadilan' dengan


undang-undang menjadi pelindung kepada semua manusia.
Bilakah ruang keadilan memberi isi
para penjaja dalam hayatnya wajah berseri?
bila nanti undang-undang jadi perlindungan,
semua manusia tanpa kasta menerima keadilan.
Di samping undang-undang yang bertulis dan nyata wujud pula
undang-undang yang tidak bertulis, yang kadang-kadang tidak
disedari tetapi amat nyata kesannya. Peraturan ini dikemukakan
dalam dramanya 'Uda dan Dara', sebagai musuh orang-orang
bawahan. Menerusi watak Utih, Usman memberi pandangannya
"Peraturan itulah pula yang
Menentukan sebanyak mana tanah untuk kita
Dan bagaimana tanah itu boleh dirampas
Menentukan hak kita untuk makan pucuk ubi
Dan anak-anak kita makan ubi gadung
Dan hak mereka untuk makan ayam panggang
Menentukan hak kita untuk kebulur dan miskin
Dan hak mereka untuk kenyang dan kaya
Menentukan bahawa kitalah yang melakukan kesalahan
Dan segala yang mereka lakukan semuanya benar
Menentukan penjara itu adalah untuk kita
Dan mereka memberi gaji untuk pengawal-pengawalnya.9
Peraturan yang disebut dalam drama ' U d a dan D a r a ' adalah
peraturan yang menentukan pembahagian masyarakat kepada yang
berada dan yang tidak berada. Orang-orang yang berada selalu pula
bersikap sombong dan setengah-setengahnya tidak bertimbang rasa
terhadap orang-orang miskin. Mereka memiliki wang ringgit dan
wang ringgit memberikan kuasa untuk m e n a m b a h k a n harta ke-
kayaan. ' U d a dan D a r a ' berasal daripada sebuah sajak berjudul

9
M u z i k a U d a d a n D a r a , K u a l a L u m p u r : D e w a n B a h a s a d a n P u s t a k a , 1976.

28
PERBINCANGAN KARYA

'Gadis di Perkuburan' 1 0 yang diperkembangkan menjadi cerpen


'Uda dan D a r a ' 1 1 dan kemudian diolah menjadi sebuah drama.
D r a m a muzikal ' U d a dan D a r a ' dipentaskan secara besar-besaran di
Panggung Percubaan Universiti Malaya pada bulan Disember 1972.
Karya-karya ini bermula daripada pendapat Usman bahawa pe-
misahan dan perpecahan masyarakat adalah disebabkan oleh wang
ringgit. Golongan yang berada bukan sahaja menjalankan apa
sahaja cara untuk menambahkan wang ringgit sama ada dengan cara
memeras orang-orang bawahan, malah mereka berusaha sedaya
upaya agar harta kekayaan mereka tidak dicapai oleh orang-orang
lain. U d a yang mencintai Dara tidak dapat memilikinya kerana ke-
miskinan.
Datanglah lamaran ke ayah bonda
Penuh khidmat junjung berduli
Tapi pemuda emas sesaga
Tertolaklah lamaran terurailah janji. 12

Sepertimana Usman Awang mahukan sajak 'Gadis Di


Kuburan' diterima sebagai sajak kritik masyarakat, begitu juga
dengan drama 'Uda dan Dara'. Usman menerangkan dalam kata
pengantar buku Muzika Uda dan Dara.
"Uda dan Dara, kisah tragedi percintaan dua manusia yang ber-
lainan kelas yang tidak mungkin duduk bersanding di pelamin,
seperti tidak mungkinnya penyatuan antara dua kelas itu sendiri.
Uda, watak kemelayuan yang lemah lembut menganggap cinta itu
suatu yang agung dan murni. Ditarik oleh emosi cintanya, Uda
mencuba memasuki kelas atas. Dia telah membayar harganya
dengan darah dan nyawanya sendiri, harga yang menjadi murah
kerana ia menyerah kepada kehendak dan tuntutan kelas atas, ibu
Dara, untuk mencari wang." 13
Walaupun Usman Awang pernah membicarakan cinta sebagai
sesuatu yang luhur dan agung sepertimana drama "Hatinya Dibawa
Pergi", 1 4 tetapi perutusannya dalam " U d a dan D a r a " menyatakan

10
L i h a n t o l o g i Gelombang, hlm 13.
11
Mastika, M a c 1956.
12
R a n g k a p lima s a j a k "Gadis D i K u b u r a n ' .
13
Muzika Udara dan Dara. K u a l a L u m p u r : D e w a n B a h a s a d a n P u s t a k a , 1976,
hlm x.
14
Dari Bintang Ke Bintang, K u a l a L u m p u r : P e n e r b i t a n A n g k a t a n Baru, 1965.

29
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

bahawa cinta dan kasih sayang semata-mata tidak mencukupi. Se-


seorang haruslah berhati-hati mencari cinta supaya cinta itu tidak
membinasakan diri sendiri seperti yang terjadi kepada Uda. Di sini,
Usman mempunyai pandangan bahawa Uda tidak sepatutnya
membiarkan emosi cinta menariknya untuk mengikut kemahuan
kelas atasan.
Uda bersungguh-sungguh mencari wang. Setelah memper-
olehinya dia merasa dirinya sudah layak untuk mengahwini Dara,
atau dengan kata lain, boleh memasuki kelas atasan. Tetapi Uda
mesti pula bertanding dengan orang yang lebih berharga terutama
dengan orang yang menganggap bahawa harta kekayaan sepatut-
nya berada di kalangan orang-orang tertentu sahaja khususnya yang
mempunyai pertalian dan jalinan kekeluargaan. Kata Alang Bakhil
kepada ibu Dara, "harta kita tak terlepas pada orang lain." Alang
Bakhil mewakili golongan atasan yang sombong dan angkuh dan
tidak senang dengan kemasukan orang asing ke dalam kelas atasan
yang hanya berhak dibolot oleh mereka sahaja. Walau bagaimana-
pun kita tidak dapat memastikan apakah sikap ibu Dara jika dia
mengetahui Uda telah pun pulang membawa kekayaan seperti yang
dikehendakinya. Semasa percakapan ibu Dara dan Alang Bakhil
dalam Adegan 11, ibu Dara masih belum mengetahui perkembangan
terakhir tentang kepulangan Uda. Kemungkinan ibu Dara akan
menerima Uda kerana dia patut turut menimbangkan perasaan
anaknya Dara. Dia enggan menerima Uda semata-mata takutkan
"Apalah nasib Dara menumpang di perahu tiris".
Mesej yang terpenting dalam drama ini ialah masalah penin-
dasan kaum atasan yang menyebabkan bertambahnya kemiskinan
rakyat bawahan yang mesti ditentang oleh rakyat bawahan sendiri.
Yang menjadi punca atau akar bagi segala penderitaan ialah
peraturan-peraturan masyarakat yang membenarkan penindasan itu
berterusan. Punca atau akar inilah yang mesti dihapuskan.
Pertentangan yang terjadi bukanlah pertentangan di antara Alang
Bakhil dan Uda tetapi antara golongan Alang Bakhil dengan
golongan Uda, seperti dialog yang diucapkan oleh Mali, "Alang
Bakhil hanyalah daun lalang. Tak guna kita menebas lalang kalau
akarnya tak dicabut. Akar itulah P E R A T U R A N . Itulah musuh kita
yang sebenar, peraturan yang tidak adil yang ditentukan pada kita".
Kematian Uda yang dibunuh oleh Alang Bakhil telah menaik-

30
PERBINCANGAN KARYA

kan semangat orang-orang kampung untuk menentang peraturan


tersebut. Malim, Pak G u r u dan Utih memimpin penentangan itu.
Langkah pertama dalam memerangi peraturan itu ialah mengubah
jiwa untuk lebih sedar akan keadaan yang sebenarnya. Usui ini
diketengahkan oleh Malim dan segera mengingatkan agar meng-
hapuskan 'jiwa hamba'. Pandangan ini diucapkan oleh Malim
"Sejak datuk nenek kita dulu kita diajar supaya menerima dan
setia. Kita tidak pernah menyoal peraturan dan undang-undang
yang dikenakan kepada kita; Adilkah peraturan dan undang-
undang itu? Pernahkah kita bertanya; kenapa ada beberapa
orang, ada beberapa keluarga itu kaya-raya, mempunyai ribuan
ekar tanah dan ladang? Mengapa pula kita petani yang beribu-
ribu orag tak cukup tanah dan tak ada tanah sejengkal pun? ....

Petani-petani itu (khususnya Malim) menyedari bahawa ke-


hidupan mereka bergantung kepada tanah. Mereka bekerja mem-
banting tulang di atas tanah yang seringkali tidak mencukupi untuk
menampung penghidupan mereka. Mereka lihat tanah-tanah orang
yang berada terbiar begitu sahaja sedangkan mereka sangat berke-
hendakkan ruang untuk bercucuk tanam. Kadang-kadang tanah
mereka yang sedikit itu dirampas oleh pihak yang berkuasa. Maka
wajarlah diwujudkan undang-undang pembahagian dan pengguna-
an tanah yang lebih adil. Usman sendiri telah menunjukkan simpati
terhadap masalah tanah yang dihadapi oleh petani-petani miskin
sepertimana yang dilihat dalam kes Teluk Gong.
Masalah kemiskinan dan penindasan di dalam cerpen 'Manusia
dan Hidup' (Utusan Zaman, 10 Jun 1951) yang menceritakan
kehidupan orang-orang miskin di bandar Singapura. Masalah paling
besar di sini ialah masalah perumahan. Mereka menyewa rumah-
rumah berderet yang sempit yang tidak sepadan pula sewaannya. Di
antara mereka termasuklah Jaafar dan isterinya, Munah yang
terpaksa bekerja keras untuk sara hidup mereka.
Masalah hidup mereka menjadi lebih perit kerana pemilik-
pemilik rumah tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap
penyewa-penyewa. Bukan sahaja sewa yang dikenakan itu tinggi,
pemilik-pemilik rumah tidak teragak-agak untuk menyuruh mereka
pindah jika ada penyewa-penyewa lain yang sanggup membayar
sewa yang lebih.
Cerpen ini menumpukan perhatian kepada masalah kehidupan

31
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

di bandar besar dengan masalah perumahan untuk orang-orang


miskin. Sekali lagi dia memberi pandangan bahawa kesusahan
orang-orang bawahan ini dipergunakan oleh golongan berada untuk
menambah kemewahan mereka. Ini dilihat daripada sikap pemilik-
pemilik rumah tempat Jaafar menyewa. Jaafar berkata kepada
isterinya Munah, "Hari ini rakyat yang miskin baik seperti kita yang
tinggal di kampung adalah semakin rendah dan jatuh darjah
kehidupannya. Tenaga dan kemiskinan kita telah menjadi perkakas
dan korban daripada satu golongan manusia yang senang dan
mewah. Engkau dan aku dan orang-orang yang seperti kita telah
menjadi tanah tempat mereka memijak, sedang dari tanah inilah pula
mereka cangkul untuk menambah kesenangan dan kemewahan".
Terdapat juga nada protes daripada percakapan Jaafar itu.
"Jika kita selalu menerima dan menyerah keadaan ini akan
berterusan hingga ke anak cucu-cicit kita. Jika pada masa ini tidak
ada berdiri atau hidup sebuah tenaga yang agung dan raksasa yang
gagah untuk membela dan mempertahankan nasib dan darjah
penghidupan kita."
Keadaan orang bawahan terus terbiar dan tertindas apabila
golongan yang mempunyai kuasa yang sepatutnya melindungi dan
membimbing rakyat, menggunakan kuasa itu untuk kepentingan diri
mereka sendiri. Masalah kepimpinan yang menyeleweng juga ter-
dapat dalam karya-karya Usman. Pemimpin-pemimpin ini terdiri
daripada dua golongan iaitu: mereka yang dipilih melalui proses
pilihan raya dan mereka yang ditempatkan oleh adat dan agama di
peringkat tinggi.
Pemimpin-pemimpin yang tidak jujur dan hanya cenderung
untuk mendapatkan kepentingan peribadi semata-mata menye-
babkan rakyat kekal dalam kemiskinan walaupun negara telah
mencapai kemerdekaan. Demi keuntungan sendiri, pemimpin rela
mengekalkan sistem yang memberi peluang kepada penindasan.
Pembangunan tidak seimbang di antara kota dan desa kerana pem-
bangunan kota lebih menguntungkan mereka. Kawasan luar bandar
menjadi kawasan yang terbiar kerana pembangunan kawasan ini
kurang mendatangkan keuntungan.
Demikianlah dengan Kuala Sedili, daerah kelahiran Usman
sendiri, yang masih mundur kerana 'pendusta' yang 'berulang bicara'
("Kuala Sedili", Gelombang, him 86 dan 87). Daerah ini tinggal

32
P E R B I N C A N G A N KARYA

miskin kerana pembangunan yang tidak diseimbangkan;


O tanah kelahiran, betapa kaumimpikan elektrik
sinar menyinar gemilang yang menghidupkan pekat malam
sebab kau bumi nelayan yang berhak menerima kesuraman.

Mana rumah sakit dan ubat manis untuk kita


anak-anak nelayan tidak bisa mengenalnya, ah, bukan kota:
segala jadi biasa dengan pendusta berulang bicara.

Alangkah megahnya pemimpin dari kota berkata-kata


yang sekali datang ketika masa empat tahun berulang
ah, Kuala Sedili, gadis desa mentah-mentah diperkosa!

Seorang pemimpin yang melupai tanggungjawabnya ialah


Encik Shukur dalam cerpen 'Kacang dan Kulitnya' (Degup Jantung,
him 135-142). Encik Shukur yang telah berusaha keras di dalam
pergerakan partinya dan akhirnya berkat kerajinannya, dia telah
menjadi calon dan mencapai kemenangan dan kenaikan taraf ke-
hidupan sendiri.
Bila Encik Shukur menang terdapatlah perubahan iaitu per-
ubahan bukan perubahan negeri dan kawasan yang diwakilinya
tetapi perubahan dirinya sendiri. Encik Shukur sekarang sudah
meinpunyai motokar. Dan pakainya selalu 'tidak patah said'.
Ditambah dengan paip bengkoknya, dengan tin tembakau buatan
luar negeri yang mahal, dia ke sana ke mari dengan lagaknya di se-
balik gelaran 'wakil rakyat' (Lihat Degup Jantung, him 137). Encik
Shukur ialah contoh pemimpin yang tidak menjalankan tanggung-
jawabnya kepada rakyat.
Cara pengarang mengemukakan watak Encik Shukur dalam
cerpen ini agak menarik. Dari awal digambarkan Encik Shukur
dengan sifat-sifat aktif, dinamik dan bergaya. Ditambah lagi dengan
kerajinannya dalam kerja-kerja parti memberikan gambaran baha-
wa dia adalah seorang pemimpin yang boleh diharapkan. Tapi imej
yang dibina ini segera runtuh apabila Encik Shukur seterusnya me-
nunjukkan belangnya sebagai seorang yang hanya tahu bercakap
dan berlagak tetapi tidak memberi faedah kepada rakyat yang di-
wakilinya. Cara ini membawa nada sinis dan sesuai untuk meng-
gambarkan keadaan seorang pemimpin yang dapat mengelabui
mata rakyat dengan lagak luaran mereka. Rakyat pula mudah ter-

33
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

tipu kerana kebanyakannya mudah membuat keputusan dengan


hanya melihat sekali lalu sahaja.
Golongan pemimpin tradisional menggunakan adat dan agama
untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka telah diletakkan sebagai
ketua-ketua (dan menjadi penting) oleh adat resam dan kepercayaan
masyarakat. Yang termasuk dalam golongan ini ialah pemimpin-
pemimpin feudal, ketua-ketua agama, dukun-dukun d a n sebagai-
nya.
Setengah-setengah daripada mereka cuba memecah-belahkan
perpaduan rakyat demi mengukuhkan kedudukan mereka. Ada
yang mencari pengaruh dengan memburuk-burukkan orang lain.
Mereka inilah sebenarnya perosak keamanan. Dengan hujah yang
halus mereka mempengaruhi rakyat yang patuh dan setia. Sete-
ngah-setengahnya berselindung di sebalik nama Tuhan atau
kononnya untuk menjaga kepentingan agama.
Ada dua golongan pemimpin tradisional yang dimaksudkan

i) Pemimpin-pemimpin agama yang cuba menanamkan rasa


benci kepada orang lain yang berlainan agama. Mereka
cuba meyakinkan rakyat bahawa dengan menghapuskan
orang-orang kafir adalah bakti yang dituntut Allah dan ia
adalah sebagai langkah untuk menyelamatkan agama
mereka.

ii) Pemimpin-pemimpin tradisional yang diletakkan oleh adat


resam sebagai orang-orang yang mesti dihormati, ditakuti
dan ditaati tanpa banyak soal. Taat setia ini dikaitkan pula
dengan tafsiran agama yang menyeleweng. Kedudukan
mereka menjadi lebih istimewa dengan penyelewengan
terhadap kepercayaan agama ini.

Ini menimbulkan keadaan seperti yang digambarkan di dalam


sajak Usman, ' H a r a p a n ' (Mastika, M a c 1954).

Antara perpaduan yang mulai subur,


Subur perpecahan terdengar dalam pengkhianatan,
Dengan salakan anjing di padang kematian.

Dalam kehalusan dimulakan perhambaan suci,


Tangan-tangan yang keramat dicium murni,
Penuh-penuh kata dalam segala di balik nama Tuhan.

34
PERBINCANGAN KARYA

Di mana harapan dalam segala kejahatan berukir,


Scdangkan mereka mendapat perlindungan kekuasaan,
Siapa berani akan hanya mengakhiri hayat sendiri?

Betapa juga masih ada meminta harapan,


Banjir besar menghanyutkan segala kaparan,
Seroja indah tumbuh menguntum di segala zaman.

Sikap pihak atasan yang mementingkan kesenangan diri sendiri


membawa akibat yang buruk kepada masyarakat seluruhnya. Di
setengah-setengah tempat masyarakat juga boleh dipersalahkan
kerana bersifat pasif dan menerima keadaan tanpa sebarang tindak
balas. Sifat ini memberikan peluang yang lebih untuk golongan
atasan berbuat sesuka hati mereka. Usman Awang memberikan
beberapa contoh keburukan ini dalam cerpennya yang berjudul
'Untuk Jadi Isteri Orang Bangsawan' (Utusan Zaman, September
1950).
Surat yang panjang lebar daripada 'bekas kekasihmu' untuk
Salmiah di dalam cerpen ini mengandungi kritikan terhadap sikap
orang atasan dan masyarakat secara umum. Mengikut penulis surat
itu, orang-orang bangsawan mempunyai kesempatan hidup yang
luas-seluasnya dan ini termasuklah peluang memperisteri gadis-gadis
cantik dan terpelajar seperti Salmiah. Salmiah juga termasuk dalam
golongan anggota masyarakat yang telah diasuh untuk terlalu
menghormati mereka dan justeru memenuhi segala hajat mereka
walaupun terpaksa melukakan hati orang lain.
Bagi penulis surat ini, kehidupan orang-orang bangsawan
dikelilingi dengan kemewahan yang selalunya melampaui batas-
batas kesopanan. Cara hidup mereka digambarkan

Dan memang sudah padan taraf dan kupu orang yang


berpelajaran seperti kau menerima suami orang bangsawan se-
perti bakal suamimu itu. Nanti bila telah menjadi suami isteri
senang bersama-sama berkepit-kepit tangan ke majlis percam-
puran, majlis dancing, dinner dan lain-lain. Aku pun memuji orang
bangsawan yang pandai memilih jodoh gadis-gadis terpelajar
yang tentu tidak tersipu-sipu dan termalu-malu seperti gadis-
gadis dusun yang kolot. Dan dengan senang dan senyum pula kau
kelak diintroducekan dengan tetamu lain, berjabat tangan dan -
kalau majlis dancing - boleh pula kaupinjamkan kepada tetamu
atau sahabat-sahabat suamimu untuk berdansa.

35
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Lebih penting adalah beberapa kerugian yang dialami oleh


masyarakat akibat nilai hidup yang sedemikian. Mengikut penulis
surat ini, terdapat beberapa kepincangan dalam masyarakat akibat
daripada tindak tanduk golongan bangsawan dan sikap memen-
tingkan kebangsawanan. Pemuda-pemuda biasa menjadi liar, kasar
dan membuat tindakan-tindakan yang menyusahkan mayarakat. Ini
berlaku apabila jiwa dan kehendak mereka sentiasa ditekan serta
tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada masyarakat
sekeliling yang lebih mementingkan golongan bangsawan. Penulis
itu antara lain berkata

Hendaklah kaucari sebab-sebabnya kenapa banyak pemuda-


pemuda biasa jadi hanyut dan berkelakuan jahat, mengacau
keamanan. Padahal mereka semua manusia juga seperti orang-
orang bangsawan yang kelihatannya baik-baik dan beradab
sopan tak pernah melanggar undang-undang itu. Mereka tahu
sakit, tahu susah dan tahu lapar dan ada mempunyai sifat-sifat
kemanusiaan. Apakah sebabnya mereka menjadi tak tentu hala,
bahkan setengah-setengahnya menjadi pengacau keamanan itu?
Jikalau diselidiki maka akan kauketahui bahawa sebab-sebabnya
hanya kecil saja, bahkan diperlakukan sewenang-wenangnya
maka melaratlah ia, menjadi besar dan hebat menggegarkan ke-
tenteraman. Orang-orang senang dan orang-orang bangsawan
yang senang-lenang seperti yang kukatakan tadi tidak mengen-
dahkan tuntutan dan sengketa mereka bahkan menindas secara
sedar atau tidak akan nasib mereka ini yang lama-kelamaan
dalam kesempitan dan kehinaan pandangan yang ditimpakan ke
atas mereka menyebabkan jiwa mereka menjadi kasar dan ter-
noda.

Mengikut penulis surat itu lagi, golongan bangsawan selalu


menindas mereka dan dengan ini menyebabkan golongan yang ter-
tindas itu lambat-laun menjadi gusar dan bersikap kasar dalam
kehidupannya dan kelakuannya. Bila gadis-gadis terpelajar me-
mentingkan jaminan hidup sendiri sebagai pasangan. orang bang-
sawan, anak-anak bangsa mengalami kerugian. Gadis-gadis ber-
pelajaran tinggi yang sangat sedikit bilangannya di kalangan bangsa
Melayu sepatutnya menggunakan pengetahuan mereka untuk
mendidik anak-anak bangsa yang sangat memerlukan asuhan.
Usman Awang juga menaruh simpati terhadap Jebat seperti
yang terlihat dalam dramanya 'Matinya Seorang Pahlawan' terbit

36
PERBINCANGAN KARYA

daripada rasa antifeudalismenya dan penindasan ke atas rakyat


jelata. Jebat digambarkan sebagai penentang kezaliman dan sanggup
mengambil tindakan yang berani iaitu mencabar institusi kesultan-
an. Jebat berkata kepada H a n g Kasturi

Dengarlah hai saudaraku bicara ini:


Pahlawan yang sebenarnya pahlawan
berpayung di bawah kebenaran
meski di mana; sebab kebenaran itu
sendiri
adalah pahlawan sejati
yang terletak di tempatnya paling atas
di mana raja atau rakyat tak terlintas.

(Tamu Di Bukit Kenny, hlm. 100)

Akhirnya Jebat aikalahkan oleh Tuah sendiri. Namun Jebat


tidak menyesal, malah Jebat berpendapat bahawa Hang Tuah
sendirilah yang akan menyesal membunuhnya dan dengan itu
membunuh segala harapan untuk menegakkan kebenaran. Tin-
dakan H a n g Tuah akan dikesali oleh seluruh keturunan

Sudah kukatakan aku tak pernah


menyesal.
Sebaliknya kau yang akan menyesal
nanti.
Kalau aku akan terbunuh juga olehmu.
Tentu kau akan dipuji raja dan
anugerah
betapa ia akan tercurah melimpah
atas jasa dan kebaikan membunuh
aku.
Tetapi, Tuah, percayalah kataku ini
bahawa keturunan kita yang akan
datang,
titisan darah anak cucu yang
bakal lahir
atas kemahuan ibu dan ayah mereka
atas kehendak seorang lelaki dengan
seorang perempuan
akan menyesal ketaatan kau yang
berlebih-lebihan ....

37
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

Di akhir hayatnya Jebat berkata buat kali penghabisan

Hai orang-orang Melaka,


aku telah menentang kezaliman
dengan darah,
daraku sendiri,
buat baik berpada-pada, kalau jahat,
jahat sekali,
Darah ini telah mengalir, darahku
bercucuran
hanya atas keyakinan membela
keadilan
dan untuk keadilan itulah pula darah
ini kuberikan.

Usman Awang juga pernah menulis bahawa kesusasteraan


haruslah mencerminkan masyarakat zamannya. Masyarakat zaman
kita yang harus dicerminkan tidaklah lain daripada perjuangan
rakyat, rakyat yang inginkan kebebasan daripada segala belenggu
yang merantainya daripada penekanan dan penindasan yang
menindasnya. 1 5 Selaras dengan itu karya-karya Usman seperti
kebanyakan karya pengarang ASAS 50 memberikan satu realiti
kehidupan rakyat Melayu dalam tahun-tahun lima puluhan yang
diselubungi kemiskinan. Kemiskinan dan penindasan telah lama
menenggelamkan mereka dalam perasaan rendah diri, suatu
perasaan yang merugikan mereka kerana membuka peluang kepada
orang-orang lain untuk terus menindas mereka. Perasaan rendah diri
inilah yang disebut oleh Usman sebagai 'jiwa hamba' dalam sajaknya
'Jiwa H a m b a '
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi.

Usman menganggap kemiskinan sebagai masalah utama bangsa


Melayu kerana ia membawa perasaan rendah diri d a n menghalang
kemajuan pelajaran dan perkembangan pemikiran rakyat. Penulis-
penulis yang sezaman dengan Usman ialah orang-orang yang telah
mengalami dan mengenal kemiskinan. Daripada kemiskinan me-

15
U s m a n d a n Keris M a s , 1956. P e m b u k a k a t a d a l a m m e m o r a n d u m y a n g
d i k e m u k a k a n d a l a m Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu iii, S e p t e m b e r 1956.

38
PERBINCANGAN KARYA

reka sendiri terbinalah impian untuk melihat kemajuan bangsa.


Impian ini harus bermula dengan menghapuskan perasaan rendah
diri dan sikap tidak peduli terhadap apa yang menimpa. Langkah
menuju kebaikan memerlukan keyakinan diri sendiri, memiliki harga
diri dan identiti, dan berasa adanya makna dalam kehidupan ini. Bila
Usman menggambarkan kehidupan rakyat bawahan yang 'bahagia'
kerana kaya dengan kasih sayang dan budi bahasa, itu dapat dilihat
sebagai satu percubaan untuk mencari makna dalam kehidupan
rakyat bawahan. M a k a wujudlah pembahagian dan penentangan
yang nyata antara watak-watak dalam karya-karya Usman. Unsur
penentangan itu ialah antara golongan miskin yang baik dan hidup
dalam kerukunan dengan golongan kaya yang tidak bertimbang rasa
dan hanya mementingkan kemewahan. Terdapatlah watak-watak
seperti Jaafar dan isterinya, Munah dalam cerpen "Manusia dan
Hidup" yang berkasih sayang. Munah seorang isteri yang bertang-
gungjawab dan rajin bekerja. Bahkan dia memiliki kecantikan se-
mula jadi yang bertambah berseri kerana kerajinannya. Kulitnya
yang sihat dan dadanya yang subur bukanlah kerana disaluti oleh
barang-barang kemas atau banyak bersukan seperti kebiasaan ga-
dis-gadis atasan tetapi kerana perjalanan darahnya baik disebab-
kan banyak membuat kerja-kerja rumah. Berlainan dengan pasang-
an Encik Kahar dan Faridah dalam cerpen "Tanah Yang Kekering-
an Benih" (Utusan Zaman, 15 Julai 1956) yang hidup mewah tetapi
kekosongan kerana tidak mendapat anak. Mereka mandul dise-
babkan penyakit jantina akibat daripada nafsu buas Encik Kahar
semasa bujangnya. Ini menunjukkan keburukan wang ke atas
kehidupan manusia. Begitu juga dengan karya-karya lain seperti
drama 'Menjelang Takbir',. (Serunai Malam, him 2 - 5 1 ) dengan
pasangan Leman dan Anita yang mengecap kebahagiaan daripada
rasa kasih sayang mereka dan pasangan Limah (kakak Anita) dan
Hussein yang menderita dalam kemewahan.
Percubaan menyelitkan kebaikan hidup kepada masyarakat
bawahan sebagai keyakinan kepada diri sendiri. Berlainan pula
dengan sastera tradisi yang membawa rakyat berkhayal untuk dapat
melangkah ke kelas atasan dengan menemui geliga sakti atau di-
kahwini oleh putera atau puteri raja. Ini adalah persiapan dalam
menuju negara merdeka dengan rakyat yang sedar akan hak dan
tanggungjawab dalam negara yang demokrasi.

39
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Peranan Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian Dalam Masyarakat


Baru
Pandangan Usman Awang terhadap peranan bahasa, sastera
dan kesenian dalam masyarakat adalah pandangan yang mewakili
ahli-ahli ASAS 50 yang berslogankan "Seni Untuk Masyarakat".
Usman yakin bahawa bahasa, kesusasteraan dan kesenian dapat
membangunkan semangat dan fikiran rakyat. Kebanyakan daripada
pendapat ini disalurkan melalui rencana-rencana yang tersiar di
akhbar-akhbar dan ceramah-ceramah yang disampaikan dalam
tahun-tahun lima puluhan di Singapura. Pemikiran ini dijalinkan
juga dalam beberapa buah karya kreatifnya. Keseluruhan tulisan itu
bersifat 'memberitahu' apakah peranan bahasa, sastera dan seni
dalam masyarakat supaya masyarakat tidak menghina atau mem-
perkecil-kecilkan aspek-aspek ini. Di samping itu beliau memberi-
kan juga pandangannya tentang sifat-sifat seni dan seniman yang
diperlukan dalam masyarakat Melayu.
Pandangan dan gagasan terhadap seni diadun bersama dengan
sanjungan dan perasaan kepada seorang individu dalam cerpen
'Peristiwa Bunga Telur' (Utusan Zaman, 24 April 1949). Dalam
cerpen ini, Awang terpesona dengan kebolehan dan kecantikan se-
orang penyanyi kumpulan sandiwara Bintang Negara yang bernama
Siti Rohani. Awang dan kawan-kawannya yang menghargai seni
telah menyampaikan sebuah cenderamata penghargaan kepada
kumpulan tersebut, dan Awang telah berucap mewakili kawan-
kawannya.
Di dalam ucapannya, antara lain Awang berkata
Kata orang, pemuda ialah harapan bangsa dan kerana itu kami
merasa malu dihina oleh masyarakat andainya kami masih me-
rendahkan kesenian bangsa. Dan untuk membuktikan perasaan
itu, inilah kami memberi sedikit sumbangan, mudah-mudahan
dengan itu pihak Sandiwara Bintang Negara akan bergiat lagi
bukan saja untuk menghiburkan hati penonton tetapi juga
memajukan lapangan kesenian di samping memberi penghidupan
yang halal. Satu-satu bangsa itu tak akan sempurna majunya
andai kata kesenian dan kebudayaannya masih jauh tinggal di
belakang ....

Sanjungan Awang dan kawan-kawannya sangat-sangat


dihargai oleh Siti Rohani. Sebelum meninggalkan tempat itu, Siti

40
PERBINCANGAN KARYA

Rohani menulis satu surat pendek untuk Awang.


Sebelumnya saya menyangka taraf saya sebagai seorang seniwati
direndahkan oleh masyarakat. Tetapi saya salah sangka. Rupa-
nya tak semua orang dalam masyarakat kita ini yang bersifat
begitu. Ada juga segolongan yang bersimpati dengan kami, iaitu
pemuda-pemuda yang diketuai oleh saudara.

Maka inilah yang saya mengambil kesempatan untuk mengucap-


kan terima kasih yang bukan sedikit atas sumbangan yang sau-
dara berikan kepada kami. Mudah-mudahan golongan-golongan
yang bersimpati dengan kami, iaitu pemuda-pemuda kaum
bangsa kita yang dulunya merendahkan kesenian bangsanya kini
akan insaf dan menyokong dengan segala rupa atas kebangkitan
kesenian kita dari segenap seginya.

Kenangan kepada Siti Rohani terpendam lama dalam hatinya


sehingga sepuluh tahun selepas 'Peristiwa Bunga Telur' gadis itu
muncul lagi dalam novelnya Tulang-Tulang Berserakan dan
cerpennya 'Sebuah Kenangan Yang Menghiris' (Utusan Zaman, 23
Ogos 1959) yang masih memberi sanjungan kepada para seniman
terutama seorang penyanyi manis. Sanjungan ini adalah gambaran
daripada jiwanya yang lembut dan romantis yang mudah terpesona
dengan sesuatu yang indah serta lembut, dan kemuncak pemujaan
ini ialah kepada segala yang bersifat kemelayuan seperti bahasa
Melayu yang indah dalam senikata lagu dan kepada gadis Melayu
yang memakai 'Kain Batik Berkebaya Bandung'. Jiwa kemelayuan
dan kecintaan pada keindahan lagu-lagu Melayu jelas kelihatan
pada beberapa karya lain seperti sebuah tablo berjudul 'Kisah
Dalam Lagu' (Kaki Langit, hlm. 105 - 1 1 2 ) yang memuja keindahan
lagu-lagu Melayu seperti ' M a k a n Sirih', 'Joget Sri Menanti' dan
'Tudung Periuk'. Kelembutan senikata lagu-lagu itu menunjukkan
sifat-sifat orang Melayu sendiri yang sepatutnya dipelihara oleh
generasi muda. Lagu ' M a k a n Sirih' misalnya menggambarkan cara
hidup orang-orang Melayu yang mementingkan budi bahasa dan
adab sopan.

Sejak zaman nenek moyang


Sirih dimakan brsama pinang
Tidak dari negeri orang
Ditanam malah di kampung halaman.

41
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Maka ia seperti pusaka


Di segala peralatan di semua upacara
Sebagai pembuka segala bicara.

Tablo tersebut diakhiri dengan kata-kata


Dari Timur matari bercahaya
Sinarnya melimpah ke serata dunia
Kembalilah kepada peribadi bangsa
Kembalilah kepada jiwa bangsa.

Sebagai penulis yang hanya menulis dalam bahasa Melayu dan


untuk pembaca Melayu, Usman terlibat secara langsung dengan
penggunaan bahasa Melayu dan menganggapnya sebagai identiti
bangsa Melayu. Sebagai seorang penulis yang mendapat didikan
kesusasteraan hanya daripada kekayaan sastera Melayu tradisi yang
penuh semangat kemasyarakatan di dalamnya, sajak-sajak terawal
Usman memperlihat keindahan dan kemampuan bahasa Melayu
seperti 'Bahasa Bunda' dan 'Kepada Teman Setaman' (Utusan
Zaman, 23 Januari 1955).
Selepas merdeka isu bahasa menjadi penting sebagai sebahagian
daripada perjuangan mengisi kemerdekaan. Bagi Usman kemer-
dekaan tidak bererti apa-apa jika rakyat tidak dapat mengembali-
kan identiti budaya. Bila ada bantahan dalam usaha menggunakan
bahasa Melayu sepenuhnya di pusat-pusat pengajian tinggi, U s m a n
turut memberikan pendapatnya. Dalam kesederhanaannya dia ha-
nya mengatakan tidak ada sesuatu pun yang sempurna di dunia ini
melainkan Tuhan. Hal ini dapat diperhatikan dalam tablo "Kiam-
bang Bertaut"

Pendeta: Bertanyakan hal ini, bertanyakan dirimu


Sebab ada yang pernah mengaku
Kelemahan diri atas kekurangan sendiri
Sebab kesempurnaan hanya pada yang abadi

Orang yang bicara tentang sempurna


Selalu takut kepada kekurangannya
Kerana pada diri sebenarnya tiada
Rasa megah akan kepunyaan pusaka
Dan ada pada mereka hanya ada
Kebanggaan pada yang mereka punya
Meski bukan milik yang sebenarnya

42
PERBINCANGAN KARYA

Itulah orang yang tiada yakin


Kepada diri yang lemah batin
Apakah yang sempurna di dunia ini
Selain dari yang Maha Mengetahui?
(Tamu di Bukit Kenny, hlm 136)
Impian untuk melihat bahasa Melayu berada di tempat yang
penting telah mencetuskan bantahan berikutan dengan lulusnya
Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967. Rang
Undang-Undang di bawah Perkara 152 itu telah diluluskan oleh
Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat pada 3 Mac 1967 dengan undi
95 menyokong dan 11 menentang. Perkara ini menguntukkan
bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) digunakan untuk maksud-
maksud rasmi tetapi menambah bahawa "Yang di-Pertuan Agong
boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dilanjutkan untuk
apa-apa maksud rasmi yang difikirkan patut". Tambahan ini di-
anggap oleh pencinta-pencinta bahasa sebagai satu tolak ansur yang
tidak perlu lagi kerana dengan ini memberikan peluang kepada
penggunaan bahasa Inggeris tanpa batas-batas yang jelas.
Berikutan dengan lulusnya Rang Undang-Undang tersebut,
pencinta-pencinta bahasa yang kebanyakannya terdiri daripada
guru-guru Melayu dan penulis-penulis telah membuat perarakan
bantahan selepas berhimpun di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Beberapa sajak yang menyuarakan ban-
tahan terhadap Rang Undang-Undang tersebut telah dikumpul dan
diterbitkan secara stensilan dalam antologi berjudul 'Keranda 152'.
Oleh yang demikian semua sajak dalam antologi itu
menyatakan rasa tidak puas hati kerana kerajaan tidak bersikap
tegas dengan penggunaan bahasa Kebangsaan. Keseluruhan sajak
itu menyeru orang-orang Melayu supaya berbuat sesuatu untuk
menjamin kedudukan bahasa Melayu. Jika kedudukan bahasa
Melayu terancam bermakna kehidupan bangsa Melayu sendiri turut
terancam kerana bahasa ialah kekuatan bangsa itu sendiri.
Terdapat empat buah sajak Usman dalam antologi ini. Sebuah
daripadanya ditulis di bawah nama samaran 'Zaini' iaitu sajak yang
berjudul " K e r a n d a 152"
Anak Melayu
Nama telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu.

43
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Menanti, bertangguh dan terus bertolak ansur akan lebih


melemahkan kedudukan bahasa Melayu. Kekuatan bahasa bererti
kekuatan suara orang Melayu sendiri. Oleh itu mereka tidak boleh
menganggap sepi terhadap apa yang telah diluluskan oleh parlimen
itu.
Dalam sajak 'Malam Di Balai Budaya', Usman menganggap
tindakan pemerintah sebagai membunuh kedudukan bahasa ke-
bangsaan itu sendiri.
Malam itulah juga
parlimen jadi pertanda
memenggal leher bahasa.
Dua buah sajak Usman yang lain dalam antologi ini ialah
"Mereka Telah Bangkit" dan "Puteri Kolej Islam". Kedua-dua sajak
inimerupakan penghargaan kepada pelajar-pelajar Kolej Islam yang
turut mengadakan perhimpunan sebagai membantah Rang Un-
dang-Undang tersebut.
Penyair ini menyokong dan menghargai tindakan penuntut-
penuntut Kolej tersebut kerana penyair sependapat dengan mereka
bahawa merendah-rendahkan bahasa bererti mencemarkan keperi-
badian bangsa sendiri. Rangkap ketiga sajak 'Mereka Telah Bangkit'
berbunyi
Mereka sekarang telah bangkit
di tengah-tengah gelombang zaman
dari keperibadian yang telah ditindas
untuk masa depan warisan keturunan.

Puteri-puteri Kolej Islam juga menunjukkan keyakinan mereka


bahawa penyatuan rakyat hanya akan dapat dicapai melalui satu
bahasa.
Puteri berani Kolej Islam
muncul dari sumpah perjuangan satu
jiwa satu bangsa
satu negara satu bangsa
satu negara satu BAHASA.

Sajak-sajak dalam antologi " K e r a n d a 152" dan sajak-sajak


lain yang telah dibicarakan terlebih dahulu memperlihat pendapat
penyair tentang bahasa Melayu yang dapat dirumuskan bahawa
bahasa itu adalah sebagai keperibadian bangsa. Bangsa yang

44
PERBINCANGAN KARYA

kehilangan bahasanya adalah bangsa yang hilang identiti, peribadi


dan maruahnya. Hanya dengan satu bahasa dapat menjamin satu
rupa bangsa.
Sajak-sajak Usman tentang bahasa lebih-lebih lagi sajak-sajak
yang menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan men-
cerminkan imej seseorang yang mempertahan hak-hak bangsa dan
identitinya, padahal dalam sajak-sajak mengenai perpaduan rakyat
seperti 'Suasana', 'Pemuda dan Gadis Tionghoa' dan lain-lain
hampir memberikan gambaran keyakinan beliau terhadap konsep
unity in diversity. Usman telah menunjukkan bagaimana rakyat
yang hidup dengan cara masing-masing dapat menjalin kemesraan
di antara mereka kerana keadaan ekonomi yang sama.
Penulis-penulis Melayu termasuk Usman Awang, pada tahun-
tahun empat puluhan dan lima puluhan banyak menghasilkan
tulisan tentang kepentingan bahasa, sastera dan seni, yang dianggap
sebagai identiti bangsa Melayu itu sendiri. Penulis-penulis Melayu
merasakan bahawa bangsa Melayu hampir hilang identitinya
kerana kehadiran masyarakat asing dan tekanan penjajahan yang
memperkenal nilai-nilai hidup mereka kepada bangsa Melayu. Bagi
Usman keperibadian Melayu semakin terancam dan semakin hilang
bagai daun-daun yang sedang berguguran. Inilah intisari sajak 'Air
M a t a Mengalir' (Gelombang, hlm 9).
Dari keluhan jiwa menderita
Dalam tiupan angin mengejar barat
Kering,
Layulah segala daun-daun
Gugur putik-putik kesayangan

Dasar pelajaran Inggeris yang memberi keutamaan dan peluang


pekerjaan dengan gaji lumayan dan kemewahan hanya boleh dinik-
mati oleh mereka yang mendapat pelajaran Inggeris sahaja. Semua
ini makin menekan hidup golongan bawahan yang sentiasa bersikap
rendah diri. Golongan bawahan keseluruhannya hanya berpeluang
mendapat pelajaran rendah Melayu sahaja sedangkan kebanyakan
lulusan Inggeris terutamanya lulusan Kolej Melayu Kuala Kangsar
datangnya daripada golongan bangsawan. Apabila kaum bang-
sawan dan atasan ini diserapkan ke dalam pentadbiran jadilah
mereka sebahagian daripada jentera penjajah. Mereka turut

45
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

membanggakan nilai-nilai hidup barat. Golongan bawahan berasa


kehilangan kepimpinan daripada golongan pemimpin tradisi yang
dalam banyak hal dianggap sebagai lambang kemelayuan itu sendiri.
Bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ialah yang dipan-
dang oleh pejuang-pejuang bangsa Melayu sebagai lambang identiti
Melayu untuk menyambung peradaban bangsa, iaitu untuk ke-
wujudan bangsa Melayu itu sendiri. Lebih penting lagi ialah isu
bahasa yang menjadi satu isu politik dan dipandang sebagai
kekuatan suara orang-orang Melayu. Masalah ini menjadi semakin
mendesak dalam kemaraan masyarakat asing. Usaha-usaha penulis
Melayu seperti U s m a n inilah yang meletakkan bahasa Melayu di
negara ini di tahapnya sekarang.

Mencari Kepimpinan Baru


Mahasiswa dan golongan terpelajar dapat menjalankan
peranan membimbing masyarakat lebih-lebih lagi kerana kecen-
derungan masyarakat menyanjung kelulusan dan pelajaran tinggi
sebagai bukti kemampuan berftkir bagi seseorang. Karya terawal
yang bertemakan peranan kaum terpelajar ialah 'Cinta Di Negara
H a n g T u a h ' (Utusan Zaman, 12 Februari 1950). Cerpen ini
mengisahkan seorang pemuda belasan tahun yang baru merantau ke
Melaka. Di sini dia bekerja di sebuah kilang kayu lalu jatuh hati
kepada Halimah, anak majikannya. Mulalah dia berangan-angan
untuk membuat hubungan dengan Halimah. Bila perasaannya tidak
dapat ditahan lagi lalu dia mengambil keputusan menulis sepucuk
surat kepada Halimah. Suratnya dibalas oleh Halimah dan isinya
bukanlah seperti yang diharap-harapkan. Halimah mengucapkan
terima kasih di atas kesudian 'aku' menyatakan kasihnya tetapi buat
masa itu Halimah yang bekerja sebagai guru itu belum mahu me-
mikirkan soal cinta dan rumah tangga. Soal itu akan timbul juga bila
tiba waktunya kelak. Buat masa ini banyak lagi soal-soal penting
yang harus mendapat perhatian pemuda pemudi seperti mereka.
Halimah dengan penuh semangat mengingatkan pemuda yang
mencintainya bahawa negara sedang menghadapi masanya yang
genting dalam usaha mencapai kemerdekaan. Oleh itu mereka mes-
tilah turut memberikan sumbangan yang berguna, bukan membuang
masa dan usia dengan berkhayal memikirkan soal cinta dan rumah
tangga. Sebaliknya dia harus menumpukan tenaga dan usaha untuk

46
PERBINCANGAN KARYA

menggerakkan kesedaran rakyat atau melatih anak-anak bangsa.


Halimah mengakhiri suratnya dengan mengajak si pemuda, "Saya
ingin mengajak saudara berjanji di atas robohan Kota Melaka untuk
melupakan soal membina rumah tangga tetapi untuk membangun-
kan cita-cita merdeka".
Imej wanita gigih yang aktif dalam sebuah persatuan penulis
yang banyak menyuarakan pandangan tentang peranan muda-mudi
dalam membangunkan bangsa terdapat lagi dalam cerpennya yang
berjudul 'Kenalan Baru' (Utusan Zaman, 2 Oktober 1951).
Dalam drama 'Dari Bintang ke Bintang' 16 peranan dan tang-
gungjawab mahasiswa disuarakan melalui watak Setia, seorang
penyajak muda. Setia berkawan baik dengan Jeff atau nama
sebenarnya Jaafar dan Aziah. Kedua-duanya sedang menuntut di
universiti. Setia menaruh hati kepada Aziah tetapi menyedari
bahawa Aziah juga rapat dengan Jeff.
Pandangan Setia terhadap kehidupan dan sikap mahasiswa,
adalah pandangan biasa masyarakat sebelum pertengahan tahun
enam puluhan yang banyak terdapat dalam karya-karya sasterawan
lima puluhan. Mahasiswa dilihat sebagai golongan yang berfoya-
foya di tengah-tengah kampus, mengadakan majlis tari-menari dan
hanya memikirkan ijazah dan masa depan sebagai pentadbir dengan
rumah dan kereta yang besar. Jeff memiliki segala sifat di atas, dan
dia sering ditegur oleh Setia.
Setia merupakan seorang penyajak muda yang tidak mem-
punyai kelulusan tinggi. Perwatakannya agak ideal dan dia sentiasa
memikirkan soal-soal kebajikan rakyat. Ini dapat dilihat sebagai
lanjutan daripada aliran perkembangan nasionalisme tanah air
dengan golongan berpendidikan Melayu telah mengambil bahagian
yang aktif. Setia adalah daripada golongan penulis Melayu yang
penuh kesedaran dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Namun
dia sendiri menyedari akan kelemahan golongannya untuk bertin-
dak secara lebih efektif lalu dia cuba menyedarkan orang lain yang
berpotensi yang berada di tengah-tengah jentera menggerakkan
pembangunan. Yang dimaksudkan di sini ialah watak Jeff. Dia ingin

16
U s m a n A w a n g , 1965. Dari Bintang ke Bintang ( K u m p u l a n d r a m a ) , K u a l a
Lumpur, Penerbitan Angkatan Baru hlm 1 - 3 6 .

47
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Jeff lebih menyedari akan peranannya.


"You tak pernah sedar tentang hidup, tentang rakyat dan
masyarakat sendiri. You hanya memikirkan tentang diri sendiri
saja - nak jadi apa bila keluar dari universiti."
(Dari Bintang Ke Bintang, hlm 12)

Melalui perbualannya dengan Jeff, Setia banyak membuat


kritikan terhadap mahasiswa dan golongan pegawai kerajaan yang
hanya mementingkan kesenangan dan keseronokan dan tidak mahu
sekali-kali bertugas di luar bandar. Setia mengingatkan Jeff supaya
menyumbangkan baktinya ke desa-desa yang sangat mengharap-
kan sumbangan mereka. Orang-orang di kampung memerlukan
pengetahuan dan pelajaran moden.
"Nah, hidup di sana, bimbing mereka ... sebab sampai sekarang
belum ada dalam sejarah seorang mahasiswa yang keluar dari
universiti mahu tinggal dan bekerja di desa-desa."

Jeff tidak terpengaruh dengan hujah Setia. Ini menggambarkan


keangkuhan golongan terpelajar. Aziah sebaliknya terpikat dengan
kesungguhan, kematangan dan kebaikan Setia. Aziah lebih menye-
nangi Setia untuk teman hidupnya namun dia sudah terikat dengan
Jeff..Dia bukanlah seorang yang berwatak revolusioner dan masih
patuh pada ketetapan adat dan masyarakat.
Watak Setia yang telah dibina dengan ideal di permulaan drama
menjadi kalah di pengakhirannya. Bila dia mengetahui Aziah adalah
tunangan Jeff, dia seperti tidak dapat meneruskan hidupnya.
Seorang pemuda yang gigih seperti Setia, akhirnya berputus asa
kerana gagal bercinta. Ini agak mengecewakan pembaca, walaupun
teman Setia, Amir telah memberikan nasihat supaya dia mengisi
kekosongan dengan menghasilkan karya-karya yang dapat mem-
berikan manfaat kepada bangsa dan budayanya. Selepas mendengar
nasihat Amir, pengarang tidak menyatakan sama ada Setia menurut
atau tidak nasihat tersebut, cuma digambarkan keadaan Setia yang
memandang kawannya dengan kepahitan dan pandangan yang
hanya dia sendiri yang dapat mengerti d a n merasakannya.
Jika Jeff dalam drama 'Dari Bintang Ke B i n t a n g t i d a k meng-
insafi tugasnya terhadap bangsa, dalam drama 'Serunai M a l a m ' kita
temui seorang siswazah yang telah insaf dan bertekad untuk berbakti

48
P E R B I N C A N G A N KARYA

kepada masyarakat. Siswazah tersebut ialah Umar. Keinsafan


Umar, menurut cerita ini ialah kerana latar belakang hidupnya pada
masa kecil dan ketika bersekolah. Umar sangat menyedari bahawa
ibu bapanya serta orang-orang kampung memcrlukan bimbingan ke
arah hidup yang lebih baik. U m a r mengetahui penderitaan orang-
orang kampung kerana dia sendiri adalah sebahagian daripada
kehidupan itu.
Hasrat ini mendapat tentangan daripada tunangnya Safiah.
Lalu terjadilah kisah rajuk-merajuk dan pujuk-memujuk antara dua
remaja yang bercinta ini lalu jadilah drama tersebut sebuah kisah
yang romantis dan menarik. Safiah sedang memimpikan kehidupan
sebagai isteri diplomat. Sebagai anak seorang pegawai tinggi, adalah
tidak mudah baginya menerima hidup di kampung yang jauh
daripada kemewahan. Tetapi Umar terus berusaha memujuk Safiah.
Antara lain U m a r menyebut, "Terlalu banyak mahasiswa Melayu
yang jadi MCS. Jawatan ini bagus asal sahaja kita dapat melak-
sanakan untuk pembangunan masyarakat kita. Tapi jangan semua
tenaga dicurahkan pada satu lapangan sahaja. Sebab itulah aku suka
jadi guru, lapangan yang kurang diperhatikan oleh mahasiswa kita".
Umar akhirnya berjaya memujuk Safiah. Sayangnya kerelaan
Safiah untuk mengikut cadangan Umar bukan disebabkan hujah
Umar tentang tanggungjawab terhadap masyarakat tetapi kerana
falsafah cinta suci dan kasih sayang. Safiah terharu bila Umar
mengucapkan.
"Tanyalah dirimu, Piah, apa yang membawa hatimu padaku?
Aku anak kampung, aku dilahirkan di atas tikar di lantai nibung.
Kalau kau mengasihi aku kerana aku mahasiswa, maka kasih itu
tak akan kekal. Kalau kau mencintai aku kerana kau menggan-
tungkan cita-citamu untuk ke luar negeri, maka kasih itu kan
malap nanti. Kasihlah aku kerana aku, aku, bukan kerjaku,
bukan pelajaranku ...."

Usman dikenali juga di kalangan mahasiswa terutama kerana


dia dan mahasiswa telah bersama-sama mengalami peristiwa-
peristiwa 'Teluk G o n g ' dalam tahun 1967 dan peristiwa Rang
Undang-Undang Bahasa. Dia juga telah banyak memberi ceramah
dan kata-kata perangsang kepada mahasiswa. Banyak sajak yang
ditulis, hasil daripada peristiwa protes atau demonstrasi bersama-
sama pelajar. Antaranya ialah "Pak Utih II" yang muncul berikutan

49
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

daripada tunjuk perasaan pada 4 Disember 1974 yang membawa isu


kemiskinan rakyat di Baling, Kedah.
Bagi Usman tugas para mahasiswa ialah untuk mengambil tahu
tentang keadaan dan perkembangan masyarakat. Mereka tidak
boleh menutup diri daripada lingkungan tembok-tembok bangunan
maktab atau universiti yang pada pendapat Usman kerap kali me-
lindungi mereka daripada pergolakan di sekeliling. Pelajaran yang
sebenarnya ialah pelajaran daripada kehidupan itu sendiri, dan me-
reka sepatutnya melibatkan diri dalam kancah kehidupan rakyat.
Oleh itu Usman berasa bangga bila para mahasiswa turut ber-
sama-sama memberi sokongan dalam mogok Utusan Melayu tahun
1961.
Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat berapa temanmu telah berdiri di sini


sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani.

Kepada mahasiswa-mahasiswa inilah diharapkan untuk mem-


bawa rakyat ke arah hidup yang lebih gemilang di masa depan.
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

Sebuah sajak lagi ialah ' D o a ' (Duri dan Api, him 34) yang
ditujukan kepada pelajar-pelajar Kolej T u n k u Kursiah, Seremban.
Gadis-gadis pelajar itu disifatkan oleh Usman sebagai bulan yang
menghiasi langit. Pelajaran daripada buku, guru dan apa yang
mereka terima pada ketika itu hanyalah merupakan satu asas
menerima pelajaran yang sebenarnya iaitu daripada hidup. Ternyata
bagi Usman pelajaran atau persekolahan formal tidak mencukupi
untuk membentuk fikiran seseorang manusia. Semoga mereka
menjadi manusia berani untuk menegaskan kebenaran d a n membela
kemanusiaan.

50
P E R B I N C A N G A N KARYA

Tapi apa pun arus gelombangnya


berdirilah di bawah bendera keberanian
di bumi kebenaran kemanusiaan
laksana permata yang mengukir kehalusan budi.
Harapan kepada mahasiswa sebagai pemimpin generasi baru
merupakan sebahagian daripada pencarian kepimpinan baru setelah
pemimpin tradisional dianggap tidak lagi dapat memainkan
peranannya untuk menjaga kepentingan dan identiti masyarakat
Melayu. Mahasiswa-mahasiswa ini berada pada kedudukan yang
baik untuk memimpin masyarakat kerana masyarakat memandang
tinggi kepada kebolehan orang-orang yang berpendidikan universiti.
Pengarang majalah Mastika pernah menjelaskan sikap orang-orang
Melayu dalam menilai kemampuan seseorang, "mereka (orang-
orang Melayu) mengatakan bahawa intelek itu ialah hasil daripada
pelajaran tinggi dan dengan sebab itu beberapa orang yang
berpelajaran tinggi ialah kaum intelektual."
Harapan inilah yang disampaikan oleh Setia kepada Jeff dalam
drama "Dari Bintang Ke Bintang"
Di sanalah banyak boleh dibuat. Orang-orang di desa-desa
memerlukan pengetahuan dan pelajaran moden. Nah, hidup di
sana, bimbing mereka... sebab sampai sekarang belum ada dalam
sejarah seorang mahasiswa yang keluar dari universiti mahu
tinggal dan bekerja di desa-desa.

Kebimbangan yang menyelubungi Setia adalah kebimbangan


masyarakat seluruhnya apabila mahasiswa-mahasiswa ini diadun
oleh pemerintah dan didorong oleh sikap hidup untuk menduduki
jawatan-jawatan yang terhormat dalam perkhidmatan kerajaan.
Mereka ini kebanyakannya berasal daripada golongan menengah
dan golongan atasan. Jawatan akan membawa mereka lebih jauh ke
tengah bandar dalam kehidupan mewah dan terlalu asing untuk
bersimpati dengan kehidupan rakyat bawahan. Di univesiti mereka
juga merupakan golongan minoriti yang tidak banyak mempunyai
masalah sosial dan kewangan. Dasar pelajaran telah menjadikan
mereka semakin asing dengan kebudayaan tempatan, sehingga
timbul tuduhan, "Mahasiswa Melayu pernah dituduh sebagai anak-
anak penjajah kolonial yang sentiasa mendewa-dewakan bahasa dan
kebudayaan Inggeris dan mengecilkan serta menghina bahasa dan
kebudayaan sendiri."

51
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Angin perubahan bertiup pada pertengahan tahun-tahun enam


puluhan. Bilangan mahasiswa Melayu telah meningkat dengan
pesatnya. Dalam tahun 1959 terdapat 62 orang mahasiswa Melayu
daripada sejumlah 322 pelajar. Dalam tahun 1969 jumlah mahasiswa
Melayu meningkat daripada 2 373 kepada 6 672 orang pelajar.
Tahun-tahun ini juga menyaksikan kedatangan mahasiswa-maha-
siswa daripada golongan bawahan terutamanya selepas tahun 1969
apabila terdapatnya mahasiswa-mahasiswa daripada aliran Me-
layu. Mereka ini, lebih-lebih lagi mahasiswa aliran Melayu meng-
hadapi berbagai-bagai masalah sosial seperti masalah penyesuaian
hidup di bandar dan masalah bahasa. Tahun-tahun inilah yang
menyaksikan kebangkitan mereka dalam persatuan yang lebih teguh
iaitu P B M U M (Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya). 1 7
Pada tahun 1968, Usman Awang menerbitkan kumpulan drama
Tamu Di Bukit Kenny dan Tiga Lakonan Sebabak. D r a m a " T a m u Di
Bukit Kenny" adalah lanjutan daripada pencarian kepimpinan baru
dan di sini kita lihat perubahan perwatakan dalam karya-karya
Usman Awang. Dalam drama ini sudah terdapat seorang pegawai
tinggi yang insaf dan menjalankan tugasnya dengan penuh tang-
gungjawab. D r a m a ini menarik jika ditinjau dari aspek perwatakan
karya-karya Usman Awang kerana karyanya sebelum ini memper-
lihat penggolongan yang jelas iaitu golongan bawahan, miskin, jujur
dan bertentangan dengan golongan atasan, kaya dan tidak jujur.
Perwatakan dalam " T a m u Di Bukit K e n n y " sudah menyimpang
daripada penggolongan ini. D r a m a " T a m u Di Bukit Kenny"
mengambil sudut pandangan yang berbeza. Jikalau dalam karya-
karya Usman Awang sebelum ini dia menyalahkan golongan yang
berkuasa kerana membiarkan rakyat hidup menderita, dalam drama
ini pula diperlihatkan bagaimana kesusahan yang dihadapi oleh
golongan ini dalam menjalankan tugas mereka. Encik Kadir, watak
utamanya menghadapi tekanan-tekanan yang menjejaskan ke-
sihatannya akibat terlalu jujur dan mengikut peraturan. Encik Kadir
memandu dengan mengikut peraturan, tidak mahu menerima rasuah

17
Untuk keterangan lanjut lihat Nordin bin Abdul Razak, 1971. "Persatuan
Bahasa Melayu, Universiti Malaya". Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Jabatan
Pengajian Melayu.

52
P E R B I N C A N G A N KARYA

dan sedia menolong orang ramai. Dapat dilihat dalam perbualannya


dengan isterinya:
Pegawai: Eh, saya pegawai k e r a j a a n z a m a n merdeka.
Cik P u a n : Betullah. T a p i s a m p a i o r a n g nak t a n a h , minta
lesen, pasal tepder, nak minta kerja ... semua
a w a k n a k tanggung, lama-lama b a d a n sendiri
y a n g teruk.
Pegawai: Pegawai k e r a j a a n m e m a n g ....
Cik P u a n : Lagi-lagi pegawai k e r a j a a n . A w a k seorang nak
b e t u l k a n d u n i a y a n g dah b u r u k begini ....
Pegawai: Saya hanya m e n j a l a n k a n dasar kerajaan. Tolong-
lah m a n a yang d a p a t . (memicit-micit kepala).
Pening!

Penyatuan Antara Kaum


Dalam hal ini pun dapat dilihat pandangan Usman yang
sederhana. Dia tidak mengemukakan analisis tentang masalah
perkauman kerana baginya pembahagian masyarakat yang sebenar-
nya ialah di antara yang berada dengan yang tidak berada. Dalam
karya-karya seperti 'Uda dan Dara' dia telah membicarakan faktor
ekonomi sebagai pembahagian sosial. Ini bererti rakyat bawahan
akan lebih dekat dengan rakyat bawahan juga walaupun daripada
keturunan yang berlainan.
Beberapa buah sajak Usman jelas menunjukkan pendapatnya
bahawa perkauman sebenarnya bukan satu masalah besar tetapi
diperbesar-besarkan oleh pemimpin-pemimpin untuk tujuan politik
mereka. Beberapa contoh ialah sajak 'Melukis Rasa Melukis Cerita'
(Utusan Zaman, 26 Ogos 1956) dan 'Pemuda dan Gadis Tionghoa'
(Utusan Zaman, 12 Februari 1960).
Dalam sajak 'Melukis Rasa Melukis Cerita' Usman menyata-
kan bahawa kemesraan di antara kaum dapat dijalin melalui seni.
Para seniman yang mencintai seni memiliki satu rasa persamaan
antara mereka. Mereka mengagumi hasil seni yang baik tanpa
mengira apakah bangsa dan keturunan orang yang menciptanya.
Para seniman adalah perenung kehidupan yang perasa, menum-
pahkan simpati kepada yang menderita tanpa mengira kaum. Ini
menunjukkan batas-batas perkauman boleh diatasi dengan 'minat'
yang sama.
53
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Seni yang manis dalam hidup yang pahit


Ah, apa benda antara kita di bawah langit
Kerana undang-undang keadilan untuk merata semua
Seperti seni yang terpahat dari hati yang sama.

Sajak 'Pemuda dan Gadis Tionghoa' memberikan gambaran


yang indah tentang pemuda dan gadis Tionghoa yang berusaha
dengan tekun untuk mencari rezeki. Mereka sepatutnya mendapat
peluang yang sama dalam usaha memperbaiki hidup mereka di
tanah air ini. Mereka telah berjasa menanam 'pohon-pohon di bumi
subur'

Hari depan yang manis dalam usia tanah air


mengisi wajah para pemuda dan gadis Tionghoa
sederap tumbuh bersama pohon-pohon bumi subur
pucuk getah dan ladang petani disinari matari timur.

Sajak ini menampakkan pandangan Usman bahawa ekonomi


atau taraf hidup adalah penentu yang utama. Cinta dan kasih
pemuda dan gadis Tionghoa itu dapat hidup subur dengan
kesuburan "pucuk getah dan ladang petani disinari matari timur".
Persamaan nasib atau persamaan taraf ekonomi menjadi faktor
penghubung di antara rakyat walaupun mereka daripada kaum yang
berbeza.

Bukan kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa


hidup ini sudah terbenam pada persamaan nasib semata
kaum pekerja dan petani dalam satu sumber mengalir

Persamaan nasib itu mengeratkan hubungan terutamanya


kanak-kanak. Perkauman kadang-kadang sengaja diperbesar-
besarkan oleh pemimpin-pemimpin sendiri untuk mencari keun-
tungan politik. Tanpa "seruan pura-pura" yang mempunyai tujuan
politik rakyat telah dapat menjalin kemesraan sesama mereka.
Suasana kemesraan inilah yang dimaksudkan dalam sajaknya
'Suasana' (Dewan Masyarakat, Februari 1965).
Seorang perempuan bersamfu hijau dari tingkap dapur rumah-
nya berteriak dan bertanya sambil membungkus Nien Kau lalu
tertawa mengangkat tutup periuk wap panas menjulang harum
kanji nasi.

54
P E R B I N C A N G A N KARYA

D a n dari r u m a h sebelah terdengar suara lunak perempuan


b e r b a j u k u r u n g m e n j a w a b t e r s e n y u m s e d a n g jari-jari lincah
mengisi k e t u p a t d a n sesekali m e n y u d i p s e r u n d i n g d i kuali segar
selera d i c i c a h b a u n y a y a n g w a n g i .

Dari k e j a u h a n s u a r a - s u a r a m u d a yang riang pekikan dan tertawa


d i a n t a r a l e t u p a n m e r c u n d a n k e d u a i b u saling m e m a n d a n g d a n
t e r s e n y u m t a n p a s e r u a n p u r a - p u r a d a r i p e n t a s - p e n t a s politik hati
m e r e k a b e r s a l a m a n d a n saling b e r p e l u k a n a t a s k e s e d e r h a n a a n
rasa d a n nasib yang s a m a .

Demikianlah 'kesederhanaan rasa' sesama rakyat yang dike-


mukakan oleh Usman, dan demikianlah juga kesederhanaan rasa
penyairnya yang melihat gelak-tawa dan sapa-menyapa antara
manusia sebagai pengukur kebahagiaan hidup. Sebuah lagi sajak
yang melihat kepada kemesraan kanak-kanak ialah 'Anak Jiran
Tionghoa'.
Begitu k e c i l ia b e r d i r i di tepi p a g a r
kilat m a t a n y a m e m a n g g i l I s k a n d a r
s i a p a lalu s i a p a b e r k a c a
melihat k e d u a n y a bergurau senda.

A n a k T i o n g h o a kelahiran di sini
di bumi h i j a u l a d a n g - l a d a n g getah dan padi
i a bisa b e r c e r i t a u n t u k s i a p a saja
d i sini t a n a h n y a d a n i b u n y a bersemadi.

L i h a t m e r e k a s e d a n g b e r e b u t a n pistol m a i n a n
he, j a n g a n b e r k e l a h i
ah, a n a k - a n a k d e n g a n c a r a n y a m u r n i
berkelahi u n t u k nanti bermain kembali.

Isu-Isu Antarabangsa
Tulisan-tulisan Usman tentang isu-isu antarabangsa menunjuk-
kan keyakinannya bahawa pemisahan antara manusia sebenarnya
ialah antara golongan yang menindas dengan yang tertindas, dan ini
adalah ekoran daripada pengamatannya di dalam negeri. Jika dalam
masyarakatnya Usman melihat bahawa "hidup ini sudah terbenam
dalam persamaan nasib semata". 1 8 Di peringkat antarabangsa

'"Baris ... dari sajak 'Pemuda dan Gadis Tionghoa', yang menyatakan bahawa
persamaan taraf hiduplah yang mengikat manusia sesama mereka.

55
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

Usman memandang manusia di dunia ini sama saja meskipun warna


kulitnya berlainan. Oleh itu semua bangsa yang tertindas mestilah
mempunyai rasa penyatuan antara mereka tanpa batasan kenegeri-
an, warna kulit atau fahaman agama, dengan menyedari bahawa
semua manusia dijadikan dengan hak dan keperluan yang serupa.
Yang penting ialah keperluan untuk hidup selesa dan berkasih
sayang. Tetapi kesamaan telah dinafikan kepada golongan yang
tertindas. Penjajahan dan peperangan merupakan gejala utama yang
membibitkan penderitaan. Jiwa U s m a n yang romantis dan idealis
memimpikan sebuah dunia tanpa penjajahan dan peperangan
dengan semua manusia hidup bahagia.
Penjajah adalah satu rupa penindasan yang bertentangan
dengan dasar-dasar kemanusiaan kerana penjajahan memberikan
kesempatan yang seluas-luasnya kepada bangsa yang lebih berkuasa
untuk mencari keuntungan dengan meninggalkan kerugian bangsa
jajahannya yang lemah. Dalam awal tahun-tahun lima puluhan
apabila penulis-penulis Melayu giat menyuarakan hasrat untuk
kemerdekaan tanah air, Usman melihat kemerdekaan itu dalam
konteks yang lebih luas. Harapannya lebih besar lagi kerana dia
melihat kebangkitan menentang penjajahan sebagai kebangkitan
golongan yang tertindas menentang golongan yang menindas.
Sajaknya ' K h a b a r dari Asia' (Mastika, Mei 1955) adalah di antara
sajak awalnya yang membawa tema ini
Tahun-tahun yang manis dalam sejarah matari
hidup baru mula disinar terang sekali
dua benua berpadu dalam satu hati
Afro-Asia ... untukmu kami berbakti.
Mencurahkah gemanya ke serata dunia
dalam sayap raksasa matari bersinar
manusia sama saja meski berapa warna
hitam kulit atau putih wajah setara saja.

Usman pernah menyebut bahawa harga diri adalah milik yang


paling berharga dan kasih sayang adalah perasaan yang paling
membahagiakan. 1 9 Dia menentang penjajahan kerana penjajahan

" S a j a k ' H a r g a Diri', Utusan Zaman, 28 M e i 1955, a n t a r a lain b e r b u n y i :


T a p i h a r g a diri m a h a l sekali,
Seribu p u s a k a d a n seribu cinta,

56
PERBINCANGAN KARYA

melemahkan jiwa bangsa yang dijajah sementara peperangan meng-


hancurkan kerukunan dan kasih sayang. Antara peperangan dan
penjajahan saling berkait rapat. 'Bunga Popi' adalah sajaknya yang
terkenal mengenai peperangan.
M a n u s i a g i l a p e r a n g telah m e m b u n u h segala m e s r a
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan
perang berlangsung m e m b u n u h anak dalam buaian
p e r a n g b e r l a n g s u n g m e n g h a n c u r l e b u r nilai k e b u d a y a a n

Bangsa yang hancur kehidupannya tidak dapat menyuburkan


kebudayaannya, mereka tidak dapat hidup dengan caranya sendiri
lalu jadilah mereka bangsa yang hilang identitinya.
Untuk mengatasi penindasan, Usman mengharapkan agar rasa
penyatuan yang lebih luas antara sesama bangsa yang tertindas
dapat dilaksanakan. Ini hanya dapat dicapai bila manusia dapat
menghapuskan prasangka sesama mereka yang berlainan warna,
kulit, agama atau keturunan. Sajak-sajak yang menyokong kebang-
kitan bangsa berkulit hitam lahir daripada rasa tidak puas hat'i
melihat penindasan bangsa kulit putih terhadap bangsa kulit hitam.
Di antaranya ialah sajak 'Konggo' (Mastika, September 1960).
T e l a h m e r e k a usir o r a n g - o r a n g kulit p u t i h ,
para dewa yang bertakhta panasnya memijar,
Di atas b a h a n g revolusi sedang m e m b a k a r .

Telah mereka t a n a m cair benih,


(Dari d e n d a m penyeksaan yang pedih)
K e t u b u h m a n i s p e r e m p u a n berwajah putih!

A n a k - a n a k m e r e k a mengisi syurga,
Bumi tercinta mereka p u n y a .

Dunia kagum menyaksikan, O Afrika yang hitam,


S e j a r a h t e r t i n d a s , d a n b a n g u n m u sebagai r a k s a s a m a l a m ,
Menyala unggun semangat yang tidak padam-padam.

Sukar ditukar sebagai ganti,


Sebab pusaka dan cinta berharga,
Yang berserakan dalam rebutan manusia,
Tidak berwajah tanpa nilai kemanusiaan sejati.

Harga diri mahal sekali,


Peliharalah jika sudah dimiliki.

57
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

Peristiwa penembakan gagak di Kelang dalam tahun-tahun


1972 dan 1973 mengingatkan penyair ini kepada dasar membezakan
warna kulit. Burung-burung hitam yang ditembak seolah-olah me-
lambangkan kebencian manusia kepada segala yang hitam yang ti-
dak indah dipandang.
Bayang hitam yang dikasihi
Terbanglah
Terbanglah cepat ke hutan
Ada gunung ada bukit ada sungai jernih
Adalah teman setia
Tiada keseorangan, tiada keseorangan
Di sini terhimpun seribu kekuatan. 20

Tetapi Usman tidak menyeru kepada kekerasan. Seruannya


kepada burung-burung hitam itu berkumpul sesama sendiri mencari
kekuatan, bukan untuk bangun segera menentang kezaliman ke atas
mereka. Ia menyeru kepada burung-burung hitam itu supaya
burung-burung hitam itu kembali ke hutan, boleh juga diertikan
sebagai kembali kepada tradisi yang ada nilai-nilai hidup yang dapat
menguatkan semangat dan mengembalikan harga diri mereka.
Imperialisme atau campur tangan negara-negara besar terhadap
hal ehwal negara-negara asing adalah satu rupa penafian hak
individu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah sendiri. Ada
negara-negara besar yang mencari keuntungan dengan mencampuri
urusan negara-negara kecil seperti yang terjadi dalam peristiwa
konfrantasi Indonesia ke atas Malaysia.
Usman pernah mengatakan bahawa seniman tulen mempunyai
rasa yang mendalam terhadap penderitaan rayat tidak kira bangsa
dan keturunan. Ia tidak membezakan kematian seorang rakyat
dengan kematian seorang presiden. Bila Presiden Kennedy ditembak
mati pada tahun 1963, Usman mengambil kesempatan menyuarakan
bantahannya terhadap dasar luar Amerika yang pada pendapatnya
telah membawa penderitaan hidup kepada beribu-ribu rakyat
Vietnam, malah kepada rakyat Amerika sendiri. Di samping
menunjukkan anti dasar campur tangannya, dia memperlihat juga
pendiriannya bahawa rasa kemanusiaan tidak mengenal batasan
kewarganegaraan. Sajak ini juga memperjelas penentangan Usman

20
S e b a h a g i a n d a r i p a d a s a j a k ' S u a r a Blues', Dewan Sastera, N o v e m b e r 1971.

58
P E R B I N C A N G A N K A R Y A

terhadap campur tangan pemerintah Amerika dan di samping itu dia


turut bersimpati dengan penderitaan rakyat Amerika sendiri yang
mengalami kepahitan akibat daripada tindakan pemerintah itu.
Minat dan rasa terlibat Usman dalam isu-isu antarabangsa lahir
daripada renungannya terhadap kemiskinan dan penindasan di
dalam negeri. Ia menyuarakan impian seorang insan dari dunia yang
dijajah untuk mendapatkan hidup yang lebih baik. Jiwanya yang
romantis dilihat dengan jelas bila dia Cuba melukiskan sebuah dunia.
yang bahagia untuk semua. Kelembutannya lebih terasa lagi bila dia
sebenarnya tidak menyeru kcbangkitan dan kekerasan kepada pihak
yang tertindas. Seperti juga untuk masyarakatnya dia mengharap-
kan penyelesaian muktamad daripada kuasa yang lebih berkuasa
daripada manusia biasa.

59
BAB EMPAT

PETIKAN KARYA POPULAR

BAB ini cuba melihat petikan-petikan karya popular Usman Awang


dalam bentuk puisi, cerpen dan drama. Petikan-petikan ini dapat
memberi gambaran aspek-aspek tema yang mahu diutarakan,
saranan sikap pengarang, jalinan peristiwa, bahasa, stail penulisan
dan sebagainya.

Petikan-Petikan Puisi
Kita mulakan dengan petikan daripada puisi-puisi pilihannya
yang terkenal. Puisi-puisi ini dipetik daripada dua buah antologinya;
Duri dan Api dan Puisi-Puisi Pilihan. Sebahagian daripada puisi-puisi
tersebut telah dimuatkan terlebih dahulu, buat pertama kalinya
dalam antologi Gelombang.
Daripada antologi Duri dan Api, dipetik puisi-puisi "Kelopak
Rasa", "Kemanusiaan", "Ayah belum Pulang", "Mahasiswa", dan
"Pemuda dan Gadis Tionghoa".

KELOPAK RASA
J I K A rasa ini seperti angin m a l a m
bertiup dari laut d a n g u n u n g
melampaui tanah-tanah subur ladang menghijau
hati ini a k a n m e n g h e m b u s k a n b a h a g i a n y a n g m e l i m p a h
bergetar bagai riak di tasik hati b u l a n cerah
k e p a d a setiap benda s u p a y a s e m u a s a m a m e n c e c a h .

Ambillah sebahagian dari rasa ini, terimalah


seperti h a t i yang kini m e n g e r d i p terserlah

60
PETIKAN KARYA POPULAR

k e r i n g k a n air m a t a m u , setitis j a n g a n t u m p a h
biar k o l a m d e r i t a k e r i n g d a n t a k s e o r a n g p u n
meski p e n g e m i s d i b a w a h j a m b a t a n d a n l o r o n g .

Dari s e k u n t u m bibir d a n sepasang mata hitam


b e r t u n j a n g erti r a s a : p e d i h - l u k a b a h a g i a - r i a
itulah a l a m h a t i y a n g m e n u m b u h k a n p o h o n r a s a
kelopak d e m i k e l o p a k m e n j e l m a meniti m u s i m n y a .

Bahagia, a n u g e r a h k e r a m a t , a l a n g k a h m a n i s n y a pagi ini


datang m e n d a k a p k u dan biarlah ia selamanya menyanyi
p a d a s e t i a p b i b i r d a n hati
d e n g a n m e g a h n y a m e n g u k i r k e h a l u s a n rasa.

1964.

KEMANUSIAAN
(Kematian Kennedy)

S E G A L A daun dan angin m e n y a p a menoleh hanya


b e r s a m a k a i n - k a i n y a n g b e r k i b a r d i t e n g a h - t e n g a h tiang
k e r a n a m e r e k a t i d a k b e r g e t a r oleh b e r i t a - b e r i t a b e s a r
atas k e h e n d a k y a n g t e l a h b e r l a k u d a n m a n u s i a segala t e r p a k u .

Telah m e r e k a s a k s i k a n s e j a k p e r t a m a cair m e r a h t u m p a h
putera A d a m m e m b u n u h - t e r b u n u h d a l a m pertarungan menang-kalah
dan kematian demi kematian dinyanyikan di m a n a - m a n a
dan d i l a n j u t k a n s e h i n g g a segala t a n a h j a d i p u s a r a .

Berapa titisan air m a t a u n t u k s e o r a n g y a n g pergi


sebelum k e r a n d a b e r t o l a k u n t u k n a n t i d i t a m b a h lagi
d i b a n d i n g d e n g a n h e b a t n y a air t e r j u n d i N i a g a r a
air m a t a p u t e r a - p u t e r a t e r c i n t a d a n g a d i s - g a d i s m e n u n g g u
di m u k a jendela
bersama kerutan pahit p a r a ibu y a n g p e r n a h menyusui
m e n d e n g a r b e r i t a k e m a t i a n ngeri d a r i d a e r a h p e p e r a n g a n ?

Jika kita m e n y e s a l i k e m a t i a n a t a s s e s e o r a n g
dan hati t i d a k b e r d e n y u t u n t u k k e m a t i a n y a n g lain
maka kemanusiaan tidak wujud di mahkota kebenaran
sebab b u k a n k e m a n u s i a a n bila i a a d a p e r b a t a s a n .

Dan sekarang tiap kota menangis d a n mengucap kata


k e r a n a s e w a j a r n y a k e m a n u s i a a n itu b e r d e n y u t d a n terasa
tapi t a k s e o r a n g p u n a k a n m e n a n g i s u n t u k p e m b u n u h a n

61
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

yang bakal tiba


a t a u a k a n b e r k a t a : mari kita p a d a m k a n segala api sengketa.

Siapa yang merasa d a n kehilangan k e s a y a n g a n n y a , m e n a n g i s l a h


d u n i a telah d i d a n d a n k a n ; k e h i d u p a n a d a l a h k e m a t i a n yang
berdarah.
1963.

AYAH BELUM PULANG


(Kisah Setelah Mogok)

A N A K - A N A K m e n a n t i a y a h n y a kembali
ah, b e r k o c a k d a d a n y a d a l a m panji
sekotak aiskrim dari ayah
m a n a ayah? A n a k masih menanti.

Betapa ayah tak p u l a n g - p u l a n g


penjual aiskrim berkali ulang
nanti n a k , ayah di p e r j a l a n a n
tapi b e r a p a lama m e n a n t i
a y a h masih tak tiba lagi.

Pulanglah a y a h w a j a h n y a b a s a h
t a n g a n si anak p a n j a n g m e n a d a h
tapi, a n a k sayang, saksikanlah
ayah tak p u n y a r o k o k s e b a t a n g
janji jadi tangis m a h a pedih
nantilah, a n a k sayang, jika pak cikmu d a t a n g
m u n g k i n dia m e m b a w a k a n sekotak aiskrim.

T a p i berbulan p a k cik tak p e r n a h d a t a n g


ayah masih j u a mencari p e k e r j a a n .

1961.

MAHASISWA
(Dari Khemah Pemogokan)

M A H A S I S W A dari k o t a t a n a h air
- bangunlah!
a n g k a t m a t a m u dari b u k u
l a m p a u i dinding l a m p a u i t e m b o k
semua menunggu

62
PETIKAN KARYA POPULAR

mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya kota.

L i h a t b e t a p a t e m a n m u telah b e r d i r i d i sini
sebaris d e n g a n k a m i
p a r a b u r u h d a n p e t a n i d i j a l a n s u n g a i besi
sederap belajar dari hidup berani.

L e p a s k a n t a n g a n h a l u s k e k a s i h d i tasik
atau bersama berjalan ke parlimen
kerana t e n a g a m u dengan ilmu di d a d a
a k a n m e r o m b a k erti h i d u p s e b u a h n e g a r a .

1961.

PEMUDA DAN GADIS TIONGHOA


(Kong Hee Fall Choy buat Lim, Goh dan Linda)

H A R I d e p a n y a n g m a n i s d a l a m usia t a n a h air
mengisi w a j a h p a r a p e m u d a d a n g a d i s T i o n g h o a
sederap t u m b u h b e r s a m a p o h o n b u m i s u b u r
pucuk g e t a h d a n l a d a n g p e t a n i m a t a r i t i m u r .

P a d a tangis p e r t a m a k e l a h i r a n m u d i b u m i ini
sampai saat terakhir n a f a s d a l a m melangkah kaki
t e g u h - t e g u h l a h m e n y a n y i k a n lagu t a n a h air t e r c i n t a
bersama kita atas kesegaran kepedihan bumi merdeka.

B u k a n k a h k e c u r i g a a n telah t e r b u n u h k e t i k a kita b e r s a p a
h i d u p ini s u d a h t e r b e n a m p a d a p e r s a m a a n n a s i b s e m a t a
kaum pekerja dan petani dalam satu sumber mengalir
s a m a - s a m a m e n y a n y i k a n l a g u t e r b a g u s u n t u k t a n a h air.

P e m u d a d a n g a d i s T i o n g h o a , d i sini b u m i d a n u d a r a kita
yang m e n g h i d u p k a n d a n bagi k e m a t i a n , o t a n a h air
dengan kepastian tidak seorang p u n akan mungkir
kerana kejujuran t e r t a m b a t p a d a kesetiaan mengalir.

Lihatlah m a k a m nenek m o y a n g sebagai sejarah terpahat


d a r a h n y a d a l a m d a r a h m u s e g a r d i kulit k u n i n g l a n g s a t
esok, k e t i k a t a h u n b a r u a k a n k u k i r i m k a n s e b u a h a n g p a u
dalamnya sebuah cinta dari j a n t u n g tanah dan pulau!

1961.

63
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Antara puisi-puisi popular yang terkandung dalam Puisi-Puisi


Pilihan Usman Awang ialah seperti yang termuat di bawah ini:

SUARA BLUES

KEMILAU hitamnya paling indah


Disinar bulan di cabaya matahari
Ribuan
Ribuan sayap hitam
Di awan
Membayangi sebuah istana
Ribuan bayang hitam
Suara hitam
... dan murka hitam.

Dicanang ke seluruh negeri


Mana pemburu mana penembak terpandai
Gugurkan sayap-sayap hitam.

Kerana hitam
Hanya kerana hitamnya
Tiada tangan mencampakkan kacang
Tiada jari menaburkan jagung
Lapar, lapar yang hitam.

Burung hitam
Telah mereka dengar gema
Genta malam
Trompet hitam, jauh
Jauh di sana di Afrika
Adalah mereka saudara-saudara tercinta
Suara Blues

berazam berombak berkurun berteriak


perhambaan dari pembinaan tamadun
dari air mata tulangtulang putih mereka
hanya kerana hitam, ya kerana hitamnya
lapar yang hitam, nasib yang hitam.

Dan kini di sini tanah air setengah hitam


Pasukan-pasukan penembak Diraja
Kemilau senapang ciptaan manusia tamadun
Jauh, jauh datangnya = Made in U.S.A. Made in England

64
P E T I K A N K A R Y A POPULAR

M a n a seronok m e n j a d i j u a r a t e m b a k
Pertandingan K e j o h a n a n Pesta G e m i l a n g
Berebutan s e s a m a n y a , b e r e b u t a n seperti o r a n g lapar
Menjatuhkan sayap hitam

W a r n a y a n g dibenci
R u p a y a n g dibenci
S u a r a y a n g dibenci
HITAM

Bayang h i t a m y a n g dikasihi
Terbanglah,
Terbanglah cepat ke h u t a n
Ada g u n u n g a d a bukit a d a sungai jernih
Adalah t e m a n setia
Tiada k e s e o r a n g a n , t i a d a k e s e o r a n g a n
Di sini t e r h i m p u n seribu k e k u a t a n .

1971.

KEKASIH

A K A N k u p i n t a l buih-buih
m e n j a d i tali
mengikatmu

akan k u a n y a m g e l o m b a n g - g e l o m b a n g
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan k u t e n u n a w a n - g e m a w a n
m e n j a d i selendang
menudungi rambutmu

akan k u j a h i t b a y u g u n u n g
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik b i n t a n g t i m u r
menjadi kerongsang
menyinari d a d a m u

akan k u j o l o k bulan g e r h a n a

65
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

menjadi lampu
menyuluh rindu

akan kurebahkan matari


menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi


yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
1971.

SALJI HITAM

DEDAUNAN pine
di remang bulan merah
berjajar
mengisi sesak kota
bergerak dan bergerak
seperti pepohonan di mata macbeth
di sini salji lain warna
hitam
Hitam
HITAM

warna paling gagah


itulah warnanya
tidak gugur dari bintang
bukan turun dari langit
mengalir dari arus sejarah
tulang-tulang
HITAM
hitam sekali warna
gaung gema
WE SHALL OVERCOME
di selatan di utara
di mana saja
mengusapi luka-luka sejarah nenek moyang
hari ini
sekarang ini
paling gemilang
salji hitam.

1970.

66
PETIKAN KARYA POPULAR

BENUA

I
M E R E K A m e m i s a h k a n kita
p a s p o r t visa w i l a y a h segala t e m b o k n a m a
mereka m e r o m p a k kita dengan undang-undangnya
p e l u r u d i k i r i m k a n d a l a m b u n g k u s a n dollarnya.
kita d i p a k s a memilih salah satu
d a n kita mesti memilihnya
t i a d a j a l a n lain

II
telah s a u d a r a pilih s e n a p a n g d a n p e l u r u
b a n y a k p e m i m p i n m e m i l i h dollarnya
u n t u k ini s a u d a r a m e m b a s a h i b a j u
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas

III
saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
g a d i s - g a d i s b e k e r j a d e b u pasir d a n d a n n y a
a n a k - a n a k kecil m e n y a n d a n g s e n a p a n g
s a u d a r a m e n g h i t a m k a n langit m e n y e l u b u n g i
saluran minyak
setengah menyanyi di penjara
u n t u k p e m b e b a s a n Palestin

IV
K a m i bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
p e r m u l a a n kecil p a d a k e t e n a n g a n s e g u m p a l a w a n
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
y a n g sedikit ini s e d a n g b e l a j a r
dari tiap pengalaman saudara
d a n p e n g a l a m a n sendiri
k a m i m e m a m p a t k a n g e r h a n a b u l a n mei
pada tujuan tempat
n u s a n t a r a ini

V
Salam
t a n p a visa
pasport

67
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua.

1970.

KAMBING HITAM
( S e b e l u m dan Sesudah 13 Mei)

SEBELUM
S e p i n g g a n nasi d i s t a d i u m n e g a r a
lima belas ringgit c u m a
sengih p a r a m e n t e r i g o n c a n g - g o n c a n g t a n g a n
- ada k o m e n t a r d a l a m hati
p a r a t a u k e g e n d u t bibir b e r l e m a k
b e r s a m a m e n y a n y i lagu B e r j a y a
untuk mereka yang BERJAYA!

13 M e i
Secupak beras di ibu k o t a
semangkuk darah harganya
nilai p a s a r a n j a l a n r a j a m u d a
- t i d a k a d a t u k a r a n w a n g h a r i ini
h a r g a besi m e n g e j u t tinggi
p e m b e l i - p e m b e l i saling b e r e b u t a n
r u m a h j a d i h i t a m langit h i t a m
m e r a h s e n j a ibu k o t a
merah warna jalan raya
m e r a h air s u n g a i K e l a n g
merah baju si anak malang
menteri demi menteri di tv
- demokrasi telah m a n g k a t
p e m a k a m a n n y a di m a n a saja, di m a n a saja p e m a b u k politik-ganja
- t a r i d a r a 13 M e i

m a h k a m a h sepi p a r a h a k i m k e h i l a n g a n p a l u
kini d i b e n t u k m a h k a m a h - m a h k a m a h d i j a l a n r a y a
masing-masing pendakwa raya menghujah tanpa bahasa
p a r a h a k i m m e n j e l m a d e n g a n wig m e r a h
- sorak-sorai p a r a juri t a n p a kerusi.

berkurung
Para penggubah dendang Berjaya ke m a n a hilangnya
para tauke bibir berlemak n y a m a n b e r m a h j u n g

68
PETIKAN KARYA POPULAR

pekerja jadi perlu mempertajam mata dan otak


ada rindu pada kuda entah makan gerangan tidak
orang kayangan makan angin ke luar negeri
negara kita makmur!
rakyat si buruh si miskin menggadai nyawa percuma
biskut sekeping rebutan anak-anak lapar
beras segenggam seperiuk kanjinya makan sekeluarga.

sesudah
Kekuasaan negara berteriak mencari
"Mana dia kambing hitam
kambing hitam
pemabuk politik-ganja beramai menjawab,
"Kambing hitam di sini
kambing hitam"
namanya perkauman
namanya komunis
namanya ultra
namanya gangster

Ahli fikir merumuskan penyelesaian


jamuan teh makan durian
makanlah buah tempatan
di meja muhibah di kerusi muhibah
sesama mereka beritanya besar di akhbar mereka.

kini
Betapa larisnya buku 13 Mei
ilham dan mimpi seorang wali
terkutuklah barang siapa mengutukinya
si perkauman si komunis si ultra si gangster
rakyat si buruh si miskin gali kubur sendiri
di gua bimbang di penjara takut
saling mencurigai
kesan politik-ganja
sebelum dan sesudah 13 Mei.

1969.

KURANG AJAR

SEBUAH perkataan yang paling ditakuti


Untuk bangsa kita yang pemalu.

69
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;


Kau harus jadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar


Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar


Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

1967.

KERANDA 152

ANAK Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya parlimen

Sepuluh tahun nafas ini terhenti


Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba


Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu.

1967.

ANAK JIRAN TIONGHOA

BEGITU kecil ia berdiri di tepi pagar


kilat matanya memanggil Iskandar
siapa lalu siapa berkaca
mclihat keduanya bergurau senda.

70
PETIKAN KARYA POPULAR

Anak Tionghoa kelahirannya di sini


di bumi hijau ladang-ladang getah dan padi
ia bisa bercerita untuk siapa saja
di sini tanahnya dan ibunya bersemadi.

Lihat mereka sedang berebutan pistol mainan


he, jangan berkelahi
ah, anak-anak dengan caranya murni
berkelahi untuk nanti bermain kembali.

Lihat mereka tertawa riang


Ah Chew tak punya gigi sebatang
Iskandar mengesat hingus ke baju
sekarang mereka menunggu aiskrim lalu.

Bumi tercinta resapkan wahyumu


jantung mereka adalah langitmu
darah mereka adalah sungaimu
nafas mereka adalah udaramu,

1962.

DURI DAN API


(Catatan Pertama Pemogokan Utusan Melayu)

KAWAN-KAWANKU yang dikasihi


semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita mulai terpancar


ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.

Apakah ini derita diri dalam mimpi


atau kenyataan pahit menjepit

71
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

pada lena yang membunuh kehidupan manusia


sama-sama kita rangkul menguji diri.

Kawan-kawanku yang dikasihi


di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah


di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

1961.

KONGGO
(Kepada Umumba)

ANAK-ANAK hitam menari di tangan ibunya


Bumi tercinta mereka yang punya.

Telah mereka usir orang-orang kulit putih,


Para dewa yang bertakhta panasnya memijar,
Di atas bahang revolusi sedang membakar.

Telah mereka tanam cair benih,


(Dari dendam penyeksaan yang pedih)
Ke tubuh manis pcrempuan berwajah putih!

Anak-anak mereka mengisi syurga,


Bumi tercinta mereka yang punya.

Dunia kagum menyaksikan, O Afrika yang hitam,


Sejarah tertindas, dan bangunmu sebagai raksasa malam,
Menyala unggun semangat yang tidak padam-padam.

Dan lahirlah Konggo di sayap taufan,


(Taufan rakyat yang tak bisa ditahan-tahan),
Para dewa kulit putih lalu hancur diruntuhkan!

Di dunia ini segala rakyat yang berkuasa,


Bumi tercinta segalanya mereka yang punya!

1960.

72
PETIKAN KARYA POPULAR

MERPATI PUTIH, JELAJAHILAH DUNIA INI

DALAM keruncingan manusia bimbang curiga,


Terbanglah ia menjelajahi dunia,
Putih sayapnya melambai cinta damai,
Bersamanya kibaran panji-panji hidup bersama.

Merpati putih, jelajahilah dunia ini!


Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam,
Biar bunga-bunga mekar menguntum,
Biar bibir-bibir segar tersenyum.

Siapa manusia yang tidak putus asa,


Hiruplah udara baru yang segar berkembang,
Isilah dunia ini dengan keyakinan perdamaian,
Hembuskan nafas pada malam yang lena.

Siapa manusia yang pernah berkhianat,


Jadilah debu yang terbang mengakhiri hayat,
Duniamu tenggelam bersama patung-patung usang,
Di cermin hidup ini semangat baru memancar terang.

1958

BUNGA POPI

DARI darah, dari nanah yang punah di tanah,


Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
Hasil manusia gila perang membunuh mesra,
Bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,


Kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
Perang dalam kenangan penuh kengerian,
Sekarang dalam kepahitan, dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,


Hilang pergantungan, hilang pencarian, hidup kebuluran,
Ribuan janda, ribuan kecewa, ribuan sengsara,
Jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!

73
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!


Perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
Perang berlangsung menghancur lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,


Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian,
Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
Kami rindu pada damai sepanjang zaman!

1955.

PAK UTIH

I
PUNYA satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.

Kulit tangan tegang belulang,


Biasa keluarkan penuh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,


Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi. mantera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,


Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II
Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat.

Ketika kemenangan bersinar gemilang,


Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,


Ayam panggang yang enak di depan,

74
PETIKAN KARYA POPULAR

D a t a n g dari desa yang dijanjikan kemakmuran.


Pak Utih masih menanti dengan doa,
B a p a k - b a p a k pergi ke m a n a di mobil besar?

1954.

GADIS DI KUBURAN

N I S A N condong tegak bertaburan,


Gadis menangis kehibaan -
Tidak ada padang perjuangan -
Pahlawan gugur bergelimpangan.

Lari g a d i s m e n y e m b a m k e t a n a h ,
Diiringi sedu m e n g g o n c a n g b a h u ,
T e n a n g p a h l a w a n dipeluk b u m i ,
Senyum terakhir tenang tersembunyi.

K e n a n g a n l a m a b e r m a i n di hati -
Pelukan d a n k u c u p a n kasih
T i d a k a d a garisan sepi -
K a t a dipadu, janji dikunci.

'Sungguhkah, dinda?' tanya pemuda.


'Benar, k a n d a , ' s a h u t n y a m a n j a .
Ke j i n j a n g pelamin s e t a h u n lagi,
Hilir b e r b i d u k ke laut h i d u p .

Datanglah lamaran ke ayah bunda,


P e n u h k h i d m a t j u n j u n g berduli,
T a p i p e m u d a e m a s sesaga,
Tertolaklah lamaran, terurailah janji.

M a t a h a r i b e r s e m b u n y i di balik a w a n ,
Pulanglah orang m e m b a w a usungan.
Air di kendi k e k e r i n g a n ,
T e r k e j u t gadis d a r i m e n u n g a n .

M e l a n g k a h gadis m e n a h a n d e n y u t a n ,
P a n d a n g a n t e r a k h i r t e r l e m p a r k e nisan,
Setangkai k e m b o j a g u g u r p e r l a h a n ,
M e r a n g k a k senja m e n u t u p p a n d a n g a n .

1953.

75
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

JIWA HAMBA

TERMENUNG seketika sunyi sejenak,


Kosong di jiwa tiada penghuni,
Hidup terasa diperbudak-budak,
Hanya suara melambung tinggi.

Berpusing roda beralihlah masa,


Pelbagai neka hidup di bumi,
Selagi hidup berjiwa hamba,
Pasti tetap terjajah abadi.

Kalau hidup ingin merdeka,


Tiada tercapai hanya berkata,
Ke muka maju sekata, maju kita,
Melemparkan jauh jiwa hamba.

Ingatkan kembali kata sakti,


Dari bahang kesedaran berapi;
'Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka'.

1949.

Petikan-Petikan Drama
Drama-drama Usman Awang sering dipentaskan dan menda-
pat sambutan khalayak. Dalam sejarah perkembangan drama Mela-
yu, Usman telah menyumbangkan sebanyak 22 buah drama. Walau
bagaimanapun tiga buah dramanya dianggap paling berjaya dan
menjadi sebutan para pencinta dan peminat drama tanah air.
Drama-drama itu ialah " T a m u Di Bukit Kenny", " M a t i n y a Seorang
Pahlawan" dan " U d a dan D a r a " . Petikan ketiga-tiga drama ini di-
muatkan di dalam bab ini.

Tamu Di Bukit Kenny

Pegawai : Awak ingat saya di pejabat duduk goyang kaki?


Cik Puan : Yalah, selalunya awak tak begini.

76
P E T I K A N KARYA POPULAR

Pegawai : Saya bawa kereta sendiri. Macam nak mati. Jalan


raya di Kuala Lumpur sekarang ini macam hutan
Pahang (ketawa sinis). Entah-entah hutan Pahang
lebih baik lagi.
Cik Puan : Mamat mana?
Pegawai Mamat? Hah, pasal itulah saya bawa kereta sen-
diri. Manusia di jalan raya ibu kota ini dah hilang
kemanusiaannya. Semua nak dulu tak kira nyawa
orang lain.
Cik Puan Mamat dah berhenti?
Pegawai : Dia minta balik. Awak tau, hari inilah saya dimaki
orang. Kurang ajar betul drebar itu. Saya dimaki-
nya, awak fikirlah, saya kena maki.
Cik Puan : Awak bawa kereta tak betul.
Pegawai : Eh, nak betul macam mana lagi. Pasal saya bawa
kereta dengan betul, ikut aturan itulah saya kena
maki. Sekarang ini sikap orang dah terbalik.
Orang marah kalau kita ikut aturan.

Cik Puan : Baru sekali bawa kereta dah macam-macam


fikiran awak. Orang lain, hari-hari, pagi petang,
siang malam bawa kereta di Kuala Lumpur ini.
Tak bising.

Pegawai : Pasal mereka dah biasa. Biasa langgar aturan.


Potong dan langgar saja, tak peduli nyawa orang
lain.
Cik Puan : Kenapa Mamat minta balik?
Pegawai Salah dia sendiri. Buat rumah kilat, nak kena
roboh. Itulah dia minta balik nak tengok
rumahnya.
Cik Puan Rumahnya kena roboh?
Pegawai Rumah haram, tentulah. Dia pun tak nak ikut
aturan.

77
S A S T E R A W A N N E G A R A U S M A N A W A N G

Cik Puan : Eh, awak ni asyik dengan aturan-aturan saja


sekarang, kenapa?
Pegawai Sekarang ini banyak benar aturan yang tidak ada
aturan. Pagi tadi saya dah lecture panjang pada
pegawai-pegawai pejabat saya. Biar mereka tahu
aturan sikit.
Cik Puan : Awak, kalau pasal lecture pada orang ....
Pegawai : Saya bertanggungjawab pada kelancaran jabatan
saya. Masa kerja di pejabat, kerja betul-betul.
Kita hendak membangun. Kita nak mengejar ke-
majuan. Tapi kalau pegawai-pegawai datang
lambat, membaca akhbar berjam-jam dalam masa
pejabat, duduk berjam-jam di kantin minum kopi,
berjam-jam bercakap telefon, berjam-jam berbual
pasal ekor ... apa nak jadi dengan negeri ini?

Cik Puan : Eh, dulu awak beli tiket loteri juga. Awak suka
bila Mamat kena ekor dulu.
Pegawai : Loteri itu tak salah, membantu orang-orang
susah.
Cik Puan : Tapi masa beli itu awak ingatkan hadiah duitnya,
bukan fikir membantu orang.
Pegawai . : Saya dah lama balik. Penat. Marah. Mana teh
saya. Takkanlah nak meminta teh di rumah sen-
diri, macam kedai kopi pulak.
Cik Puan : Asmah tengah buat. Nantilah kejap.
Pegawai : Tadi saya tengok Asmah bertelefon. Ketawa
mengilai-ngilai. Bila teh nak siap? Orang gaji
sekarang dah pandai telefon boy friend, dah tau
date. Haiii ....

Cik Puan : Nanti saya tengok (masuk).


Pegawai (Mencari-cari akhbar di bawah meja, merungut).
Mana pergi surat khabar. Apalah nak jadi, tak
ada yang betul. (Memanggil). Asmah ... Asmah ....
Asmah : (Dari dalam ). Ya encik (keluar).

78
P E T I K A N K A R Y A POPULAR

Pegawai : Mana surat khabar? Tempat ini penuh majalah


filem saja. Kau nak jadi bintang filem?
Asmah : Kalau boleh, nak juga encik (senyum sipu-sipu).
Pegawai : (Menggeleng-geleng kepala). Tak boleh. Kau jadi
bintang dapur sudah. Mana surat khabar?
Asmah : Tadi mak encik yang baca.
Pegawai : Mana dia?
Asmah : Dalam bilik mak encik.
Pegawai : Baca surat khabar dalam bilik tidur? Pemalas.
Pergi ambil.
Cik Puan : (Memanggil dari dalam). Asmah ... Asmah ....
Asmah : Ya, saya datang.
Cik Puan : (Keluar membawa kuih). Bawakan lekas teh tu.
Asmah : Baik mak encik .... (Masuk).
Pegawai : (Berpindah duduk). Awak baca surat khabar
dalam bilik?
Cik Puan : Apa salahnya. Awak tu, kadang-kadang sampai
bawa surat khabar dalam bilik air.
Pegawai : Saya nak baca berita parlimen. Kementerian saya
tak habis-habis kena hentam.
(Asmah keluar membawa teh.)
Cik Puan : Kementerian awak memang selalu kena hentam.
Tapi apa awak nak gaduhkan sangat, menterilah
yang menjawabnya.
Pegawai : Jawapannya saya yang menyediakan, itulah yang
saya nak tau, disiar atau tidak.
Cik Puan : Awak memang begitu, kerja menteri pun awak
nak buat ....
Pegawai : Eh, itu kerja saya. Tentang hal-hal kementerian,
pegawai-pegawai mestilah bertanggungjawab.
Yang saya naik radang itu, masing-masing nak
hentam orang lain saja. Pandai cakap saja ....
Cik Puan : Ah, memang itu kerja wakil rakyat. Parlimen kan

79
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

tempat untuk bercakap. Kalau membisu saja buat


apa duduk di Parlimen.
Pegawai : Ah, kalau bercakap asal bercakap saja buat apa!
Bercakap fasal 'hantu' fasal tubuh perempuan ....
Cik Puan : Awak dah penat. Marah. Nanti naik lagi penyakit
awak tu.
Pegawai : Ha, itu saya kata nak baca surat khabar dulu
(Cik Puan masuk dan keluar membawa akhbar-
akhbar).
Cik Puan : Surat khabar sekarang ni kalau tak membesarkan
berita rogol, rompak, khalwat, gambar-gambar
telanjang, tak sah, bukan surat khabar.
Pegawai : Eh, awak pun dah pandai marahkan surat khabar.
Cik Puan : Yalah, macam tak ada berita lain yang nak di-
besar-besarkan ... tak ada gambar lain ....
Pegawai : Dunia kita dah begini, surat khabar pun begitulah
.... (Mula membaca akhbar)
(Cik Puan masuk).

(Drama-drama Pilihan, hlm 198-200)


Jelaslah dalam drama ini Usman Awang memaparkan pelbagai
komen tentang masyarakat sezaman iaitu zaman setelah negara
mencapai kemerdekaan. Kisah pegawai kerajaan yang baik terpaksa
menghadapi berbagai-bagai masalah daripada masalah pemandu-
nya, masalah anak-anak hingga kepada masalah kerja-kerja di
pejabat. Semua dipaparkan dengan menggunakan dialog yang p a d a t
dengan yang bahasa ringkas dan ayat-ayat yang pendek.

Matinya Seorang Pahlawan


Drama ini mengetengahkan konflik antara Hang T u a h (yang
setia membuta tuli) dengan Hang Jebat (yang berani kerana benar)
yang cukup dramatis. Usman mahu masyarakat Melayu mengang-
gap H a n g Jebat sebagai wira bangsa bukan seorang yang patut dikeji
dan dianggap penderhaka. Imej Hang Jebat ciptaan U s m a n Awang
akan berkekalan dalam sastera dan seni Melayu, walaupun dalam
gaya yang berbeza.

80
P E T I K A N K A R Y A POPULAR

SUARA H A N G TUAH: Hang Jebat! Hai Hang Jebat! Jika


engkau benar dilahirkan lelaki, turun-
lah, kerana kau memang berani pah-
lawan Melayu yang berlangkah sum-
bang, kita bertikam seorang sama se-
orang.
(HANG JEBAT terkejut mendengar
suara itu. Dia bangun lalu memasang
telinganya).

SUARA H A N G TUAH: Hai Jebat, cemar sekali perbuatanmu


melangkahi adat dan peraturan; yang
mesti dimuliakan untuk seorang raja
kerana kita adalah hamba yang ber-
lutut di bawah kebesarannya. Turun-
lah sekarang supaya kau membayar
menunaikan hutang yang kausang-
kutkan atas darah dan air mata dan
sifat derhaka mencemarkan negeri dan
bangsa.
(HANG JEBAT bangun berjalan me-
nuju tingkap dan melihat keluar. Dia
menggosok-gosokkan matanya ber-
kali-kali. Kemudian diambilnya air
membasuh mukanya).

H A N G JEBAT: Siapakah engkau, maka galak benar


bicaramu, mematut-matutkan diri
akan bertikam denganku?

SUARA H A N G TUAH: Hai Jebat, takut rupanya kau padaku,


maka demikian suaramu berkata
untuk bersikap pura-pura tak menge-
nal suara hamba raja yang setia di-
titahkan untuk membunuhmu? Aku-
lah Hang Tuah yang baru balik ber-
guru datang menjunjung titah Duli

81
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Baginda menyelesaikan segala hutang


piutangmu.
H A N G JEBAT: Hai Hang Tuah, kalau benar namamu
aku tidak pernah berasa seperti kata-
mu untuk takut, atau berpaling muka
biar hanya Tuah, hanya aku hairan,
hai Tuah, bukankah kau telah mati
dibunuh raja dan kerana itulah, aku
bangun menjudikan nyawaku sendiri
membelamu supaya kematianmu ber-
balas juga.
SUARA H A N G TUAH: Kudengar suaramu, Jebat seperti
menyatakan pembelaan pada dirimu
kerana aku tahu kau menyesal seka-
rang. Tapi segala telah terlanjur se-
perti katamu telah terucapkan be-
tapakah nanti kesanggupanmu, Jebat,
akan membangunkan mayat-mayat
yang sampai kini, dalam ratap tangis;
belum terkebumi lagi?
H A N G JEBAT:- Menyesal? (ketawa) Di dadaku tak ada
erti menyesal, Tuah. Aku berbuat atas
keyakinanku, sebab kau atas nama
persahabatan dan persaudaraan kita
dan untuk apakah kesal itu bagiku
kalau ia akan berbalik pula padamu
kalau nanti kau akan membunuh? Ya,
barangkali benar kematianku di
tanganmu. Apakah yang akan kuse-
salkan pula, malah kalau nanti aku
pula yang membunuh? Pahlawan yang
berbuat atas keyakinannya, percaya-
lah, hai Tuah, dia tidak menyesal.
SUARA H A N G TUAH: Baiklah Jebat derhaka, aku tahu kau
memang begitu, dan untuk itu buka-
lah pintu supaya aku boleh naik dan
bertikam denganmu.

82
P E T I K A N K A R Y A POPULAR

H A N G JEBAT (ketawa): Sabarlah hai Laksamana, jangan ter-


buru-buru meski besar benar hajatmu
membunuhku. Kau mesti tahu baha-
wa aku tak akan terbunuh melainkan
tanganku terikat ke belakang, dengan
tidak melawan. (Dia pergi ke pintu dan
membukanya sedikit). Pintu sudah
kubukakan, Tuah. Tapi tunggulah
dulu, aku mahu bertanya, katakanlah
padaku supaya kalau aku atau engkau
menemui ajal nanti, puas sudah bila
mengetahui kenapa kau tak dibunuh
raja?
SUARA H A N G TUAH: Aku disembunyikan oleh Bendahara
sebab aku memang tak berdosa atau
derhaka seperti apa yang kaulakukan
ini, Setiaku tak pernah retak atau
kurang terhadap raja yang dijunjung
dijulang.

H A N G JEBAT: Engkau tidak berdosa memang aku


akui, Tuah, tapi taat setiamu itu
menyebabkan aku tertawa dan begitu
anehnya kurasakan sekarang ketika
orang yang menitahkan kematianmu
kaujunjung dengan segala kerelaan:
seperti kau menjunjung titahnya
sekarang untuk membunuh orang
yang membela kematianmu. (Tertawa
mengejek).
SUARA H A N G TUAH: Aku datang tidak untuk memper-
tengkarkan siapa membela dan siapa
menitahkan. Aku datang untuk me-
nentukan, menghukum, yang diwakil-
kan padaku untuk baginda menamat-
kan hidupmu yang telah derhaka.
(HANG TUAH melompat ke dalam.

83
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

Segera ditikam oleh JEBAT, bertubi-


tubi, menyebabkan LAKSAMANA
melompat ke tanah semula. JEBAT
tertawa).

SUARA H A N G TUAH: Ceh! Bukan lelaki namanya kalau


menikam curi.

H A N G JEBAT (tertawa): Bukan begitu orang kaya, hatiku tak


tersabar geramnya melihat bangun
badan yang bagus itu melayang me-
lompat dan Taming Sari ini pun telah
merindui kalau dia nanti, melalui ke-
hendak hamba menyadap darah dari
seorang pesuruh raja! Tapi sekarang
hamba persilakan dan melompatlah,
hai orang kaya Laksamana sebab
antara kita ajal sedang bergema.
(HANG T U A H melompat lagi, tetapi
oleh tikaman yang bertubi-tubi dari
JEBAT dia terpaksa melompat semula
ke tanah).

SUARA H A N G TUAH: Hai Jebat, orang yang paling hina


antara laku dan kata yang disebutkan,
itulah kau yang tak pernah memegang
janji, tidak memegang akan cakapmu
sendiri.

H A N G JEBAT: Hina? Kaukatakan hina, Tuah? Biar-


lah daging dan darahku ini menerima
suatu ucapan yang paling bagus dari-
padamu dan nanti kau hendaknya
mengerti aku yang hina ini tidak per-
nah menjilat menyembah, menjun-
jung titah: membunuh sahabat sen-
diri. Sekali ini, hai orang kaya, kita
mengadukan jantan kita! Naiklah,
hamba tak mungkir lagi.

84
PETIKAN K A R Y A POPULAR

(HANG TUAH melompat masuk,


dibiarkan oleh HANG JEBAT.
Kemudian ketika benar-benar berha-
dapan mereka pun memulakan per-
lawanan yang maha hebat. Mereka
sama-sama pendekar dan sama gagah
sama handal. Setelah beberapa lama
bertikam-tikaman itu keduanya ber-
henti).

H A N G JEBAT: Nampaknya sungguh-sungguh Lak-


samana hendak membunuh hamba,
maka begitu keras tikaman seperti
seribu musuh di hadapan.

HANG TUAH: Mengapa tidak? Aku telah dititahkan


sebab Yang di-Pcrtuan menghendaki
kematian dan darah harus mengalir
dari tubuhmu supaya kematian itu
datang nanti.

H A N G JEBAT: Tidak kusangka, Tuah, tidak pernah


bahawa persahabatan dan persau-
daraan setia ini pada suatu ketika
diakhiri dengan pembunuhan ngeri.
H A N G TUAH: Apa boleh buat, Jebat, tapi seperti
(matanya mengawasi Keris kataku jangan kausesalkan segala
Taming Sari): yang berlaku atau bakal terjadi nanti;
sebab kehendak yang telah ditentukan
oleh Tuhan dan hakikat kebesaran
dan kedaulatan seorang raja; di mana
kita menjunjung sembah akan mem-
balaskan, dan itulah tulah ....

HANG JEBAT: Sudah kukatakan aku tak pernah


menyesal. Sebaliknya kau yang akan
menyesal nanti kalau aku akan
terbunuh juga olehmu. Tentu kau
akan dipuji raja dan mendapat anu-

85
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

gerah, betapakah ia akan tercurah


melimpah atas jasa dan kebaktianmu
membunuh aku. Tetapi, Tuah, per-
cayalah kataku ini bahawa keturunan
kita yang akan datang, titisan darah
dan anak cucu yang bakal lahir atas
kemahuan ibu dan ayah mereka atas
kehendak seorang lelaki dengan se-
orang perempuan akan menyesali
ketaatan kau yang berlebih-lebihan ....
(Dengan tiba-tiba, pantas laksana kilat
H A N G T U A H menyambar keris
Taming Sari yang ada pada JEBAT.
H A N G JEBAT terkejut dengan
tindakan H A N G TUAH, lalu bangkit
berdiri dengan marahnya).

H A N G JEBAT: Hai Tuah! Engkau Laksamana ter-


bilang tak pernah kutahu kau akan
mencuri menyambar kerana engkau
pahlawan dan seorang pendekar
harum namamu dan gagah serta
berani maka sekarang kau sanggup
menipu mencuri dan merampas keris
senjataku? Alangkah pengecutnya
engkau? Sekarang, Tuah kehinaan
yang kaukatakan tadi berbalik su-
dah. Untuk dirimu sendiri, seorang
pahlawan yang hidupnya atas ke-
matian orang lain meski kematiannya
selalu menghidupkan namamu yang
meminta pembelaan. Apa kata anak
cucu kita nanti Laksamana itu menipu
ketika bertikam?
H A N G TUAH: Ingat Jebat. Taming Sari ini kepunya-
anku, kurnia Seri Betara Majapahit
yang selalu merestu maka kuambil
milik ini daripadamu.

86
PETIKAN K A R Y A POPULAR

H A N G JEBAT (masih Hai Tuah pahlawan Melayu terbilang,


penuh kemarahan jika sama-sama bersenjata tak terdaya
mara memberikan olehmu menghalang apalagi mem-
dadanya): bunuhku, nah! Lihat dada ini terbuka
dan tak berbaju lihat Tuah, gumpal-
an-gumpalan daging yang di dalam-
nya mengalir darah air merah yang
menjadi idamanmu sebagai siraman
kesetiaanmu untuk raja. Tusukkan
kerismu itu ke sini (menepuk dadanya),
dan nanti bawakan dia sebagai
persembahanmu, Tuah, yang menye-
babkan kau akan mendapat kurnia
dan anugerah.

H A N G T U A H (tersenyum Tidak sebagaimana sangkamu, Jebat,


tenang): aku tak pernah dan tak akan terjadi
pula menikam orang yang tak ber-
senjata. Nah, terimalah (melemparkan
kerisnya sendiri) kerisku dan bukan
Taming Sari yang menjadi milikku
akan senjatamu untuk kita bertikam.
H A N G JEBAT: Aku terima hutang dan piutangmu,
Tuah. Atas kebenaran apa pun kau
telah mengerti bahawa Taming Sari
berada padaku. Sekarang engkau
dapat melukaiku, lihat nanti teriak
kegembiraanmu. Darah! Darah!
Darah Si Jebat mengalir sudah.
Kurnia! Kurnia! Kurnia baginda di
bawah sembah.

(JEBAT menerkam dan kedua-duanya pun


bertikam-tikaman. Mata keris menari-nari di
udara, tergetar, melayang, menyusup dan menyisih,
ah, siapa terkejut seketika, betapa sejuk Taming
Sari meresapi dalam kelembutan daging dan urat-
urat mengalirkan darah! Darah merah mengental).

87
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

(Alangkah dinginnya Taming Sari dan betapa


ia memutuskan pertalian daging mudah, lembut
dalam saat-saat yang genting lalu meninggalkan
bisa yang dalam menyentak-nyentak merenggut
segala urat dan jantung. Ah, JEBAT berdirinya
mula terhuyung! Sepasang mata yang tajam dalam
kepudarannya di mana terpancar sinar kehairanan
dan bersamanya suatu pandangan kesayuan di
dalamnya tak kelihatan suatu penghinaan, tertuju
tertumpu langsung kepadanya temannya H A N G
TUAH menundukkan kepalanya, mengelakkan ah,
pandangan yang mengharukan hatinya, pasangan
mata yang dahulu dalam usapan kasih. Pada saat-
saat terakhir ditembusi oleh merah darah dan ke-
putihannya menghilang di bawah takhta raja yang
memisahkan mereka berdua! Lambat-lambat
H A N G TUAH meninggalkan ruangan. Seorang
pahlawan merasa kehilangan pegangan!)
(HANG JEBAT menyambar sebuah selen-
dang raja, dia membalut luka, denyut bisa kian
mendemba. Ah, istana raja dalam bayangannya
pudar degup jantung keras mendebar, sayup-sayup
suara teriakan dalam nada kegirangan, 'Hang
Jebat kena tikam! Hang Jebat tertikam! Luka di-
bebatnya, di dadanya dendam bergema! Pentas
terang. JEBAT selesai membalut lukanya. Dengan
kekuatan suaranya yang terakhir, dia bersuara).

H A N G JEBAT: Hai orang-orang Melaka, aku telah


menentang kezaliman dengan darah,
darahku sendiri, buat baik berpada-
pada, kalau jahat, jahat sekali. Darah
ini mengalir, darahku bercucuran
hanya atas keyakinanku membela
keadilan dan untuk keadilan itulah
pula darah ini kuberikan.

(Dia melompat laksana singa lapar,

88
P E T I K A N K A R Y A POPULAR

diamuknya orang ramai yang ada di sekeliling


istana dan darah! Darah! Darah orang-orang
Melaka mengalir arus dalam gema maut menyapa!)

(Drama-Drama Pilihan Usman Awang, hlm 231-5)

Uda dan Dara

IBU U D A : Beginilah, tak usah kita berkelok kata,


Hajat saya membawa harap Si Uda,
Besar benar pintanya
Biarlah dia menghambakan diri
Menumpang kasih menadah hati
Untuk pembajak sawah,
U n t u k penjaga rumah.
IBU D A R A : Oh Begitu. Jika tadi disebutkan,
Taklah kita berkelok kata.
Besar benarlah hati saya mendengarnya
Tapi apa benarlah anak kami
Si D a r a yang tak tahu berdandan
U m u r baru setahun jagung,
D a r a h baru setampuk pinang.
Tak tahu apa, menumbuk lada belum lumat
Menanak nasi mentah selalu. Ke sawah tak biasa,
Kalau ke paya hanya bersuka-suka.
IBU U D A : Si U d a itu sejak kecil tak berbapa, makan seada-ada,
sawah hanya sekangkang kera, sawah pusaka, besar
pulalah hatinya nak menumpang kasih ....
IBU D A R A : Si Dara ini banyak sudah orang merisik
Anak Penghulu di Tanjung Sedili datang berkali,
K a t a k a n apa saja kehendak akan diisi;
Anak Haji Kaya di Kampung Jaya
Ayahnya sampai tak terhitung banyak harta;
D a n belum lagi anak-anak muda dari kota
Makan gaji khabarnya mereka, semua belum saya
terima.

89
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

IBU UDA: Tinggi benar bunga di jambangan.


IBU DARA: Tinggi bukanlah tinggi, cuma tangan yang tak
sampai.
IBU UDA: Eh, dah malam rupanya hari, tak elok bertandang
lama-lama.
IBU DARA: Eh, sirih baru sekapur, tunggulah dulu.
IBU UDA: Terima kasihlah, kalau lama menunggu, banyak pula
makan sirih berkapur, panas pijar rasanya tekak,
panasnya sampai ke dada.
IBU DARA: Jika begitu, tak dapatlah saya menahan, dan
pesankanlah pada Si Uda, bukanlah kami memilih-
milih, hanya anak yang seorang ini, kalau bersuami
biarlah puas bermanja. Dan ... kalau Si Uda sudah
masanya nak berteman, risiklah dengan yang lain.
IBU UDA: Akan disampaikan pesan itu. Si Uda dapat
menyelam bayang, terkilat ikan di air tahu dia jantan
betinanya.
(Spot Lampu Set I padam. IBU U D A dan IBU
DARA hilang. Para petani perlahan keluar. Tinggal
UDA dan DARA).
UDA: Memang berat mengambil keputusan ini, Dara. Tapi
abang harus pergi.
DARA: Tapi bagaimana hidup abang di kota?
UDA: Kota banyak lapangan, banyak pencarian. Abang
dapat mencari ringgit.

DARA: Hamba tahu hati ibu, menimbang orang dengan


ringgit. Dan ayah saudaraku Alang Bakhil yang
selalu bercakap tentang darjat.

UDA: Abang akan turut kehendak ibumu, melonggokkan


ringgit. Abang terima kehendaknya hanya kerana-
mu. Walaupun pemergian abang tidak disetujui
Malim dan kawan-kawan abang.
DARA: Malim tak setuju? Kenapa?
UDA: Katanya abang 'lari!'

90
P E T I K A N K A R Y A POPULAR

DARA: Lari?
UDA: Malim menganggap abang lemah. Abang menurut
dan menyerah kepada kehendak ibumu. Tapi abang
tidak berfikir begitu. Adat Melayu, kalau berani
membuka mulut, harus sanggup mengisi tepak.
DARA: Apa kata Abang Utih?
UDA: Utih? (Diam sebentar, berfikir).
DARA: Agaknya dia pun tak setuju abang pergi.
UDA: Utih tak menyentuh tentang pemergian abang. Tapi
katanya dia tak percaya pada siapa saja yang
berhajat mengumpul wang.
DARA: Pada Bang Uda juga?
UDA: Ya, kata Utih abang berjaya mengumpulkan wang
ringgit dan mengisi kehendak ibumu, yang kahwin
nanti bukan kita, tapi ringgit. Dan wang ringgit
itulah kelak akan memisahkan abang dengannya.
Memisahkan abang dengan petani.
DARA: Kenapa?
UDA: Kata Utih, abang akan memanjat ke darjat yang
tinggi. Tapi abang bukan Alang Bakhil. Dan abang
tak mahu dihina begitu saja kerana tak beringgit.
Mana nak disembunyikan muka kalau orang ber-
kata: Ah Si Uda itu tak sedar diri, kail sejengkal
umpan sekait, ada hati nak menduga lautan dalam.
(Kedua-duanya diam seketika).
DARA: Lamakah agaknya abang di kota?
UDA: Sebelum matamu lena malam,
Sebelum mimpimu sempat bermula,
Abang telah pulang di sisimu.
Dara ....
DARA: Bang Uda ....
UDA: Salam dan jabatlah tangan abang. Tebat, angin
malam, pohon, sawah ... menjadi saksi ijab kabul ini

91
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

DARA: Ijab kabul?


UDA: Ya. Pernikahan kita.
DARA: Pernikahan kita?
UDA: Ya!
DARA: Di sini?
UDA: Ya, di sini!
DARA: Sekarang ini?
UDA: Ya. Di sini dan sekarang ini. Alam menjadi saksi,
malam menjadi wali. Pernikahan dan persandingan
kita.
(UDA merapatkan dirinya pada DARA. Mereka
menjadi satu. Panggilan naluri dua insan dalam rasa
maha indah dan sempurna. Keluar lima gadis dan lima
pemuda melingkungi UDA dan DARA. Limapemuda
tegak menjadi pohon dan lima gadis menjadi daun
mencari dengan selendang sutera panjang lima warna.
Spot light merupakan sinar bulan yang cahayanya
jatuh ke tubuh U D A dan DARA. Kelima-lima gadis
dan pemuda serentak menyanvi lagu " U D A D A N
DARA").

KOIR GADIS/PEMUDA:
Uda dan Dara
Bertemu wajah rasa
Burung-burung menyanyikannya
Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi
Melindungi kasih sayang agung dan murni.

Uda dan Dara


Bersumpah keramat cinta
Kering lautan runtuh langit
Terlebih gunung gugur matahari
Berdua bersama berdua sehidup semati.

Uda dan Dara

92
PETIKAN KARYA POPULAR

Bersanding tak berpelamin


Berijab kabul malam bening
Pohon-pohon mewali laut malam saksi
Malam bersatu kiamatlahalam dua hati.

D r a m a ini sebenarnya lebih merupakan sebuah muzika drama


dengan mendasar kepada sebuah kisah cinta yang berbaur antara
romantis dan tragis. Dialog, sajak, lagu serta tarian dipadukan untuk
menyatakan cita-cita tegas Usman yang mahukan perubahan asas
dalam sistem masyarakat. Menghapuskan penindasan adalah cita-
cita utama Usman. Penindasan orang kaya terhadap orang miskin
adalah penyakit yang payah diubati, sekiranya sikap masyarakat
sendiri tidak berubah bagi membasmi kemiskinan. Pantun, seloka
dan gurindam yang digunakan dalam drama ini menggambarkan
jiwa Usman yang masih menghargai tradisi.

Petikan-Petikan Cerpen
Usman Awang banyak menghasilkan cerpen di sekitar tahun-
tahun 1949-1962 dan sebahagian daripadanya telah dimuatkan di
dalam antologi Degup Jantung. Untuk bab ini disertakan petikan-
petikan cerpen "Surat dari Seorang Mata-Mata", "Pilihan Raya",
"Budi", "Matinya Seorang Perempuan", "Haslina" serta "Kacang
dan Kulitnya".

"Surat Daripada Seorang Mata-Mata"


Dari nama si pengirim di luar itu tahulah aku bahawa
datangnya dari Ahmad sahabatku yang bekerja mata-mata di
utara Malaysia.
... Nasib aku dan rakan-rakan yang lain sudah berada di jurang
yang dalam. Kautahu sendiri berapa pendapatan dari jawatan
yang kupegang ini, setiap cukup bulan kau akan melihat kami
semua bermenung dan berfikir dengan sebal, bagaimanakah
caranya segala hutang yang mengikat di sekeliling pinggang kami
dibayar. Terutamanya aku kasihan benar melihat beberapa orang
yang telah tua, tetapi berpangkat mata-mata biasa, yang
mempunyai isteri dan beberapa orang anak yang semua itu perlu
diselenggarakan tentang pelajaran, makanan dan pakaian
mereka.
Seringkali aku lihat mereka itu ke pajak gadai, meletakkan

93
SASTERAWAN N E G A R A U S M A N A W A N G

b a r a n g yang s e m a y a m d u a , saki-baki d a r i p a d a p e r h i a s a n isteri-


nya, u n t u k m e n o l a k k e k u r a n g a n itu.

(hlm 4 5 - 6 )

"Pilihan Raya"
K a l a u t u a n - t u a n memilih saya, t u a n - t u a n a k a n d a p a t a p a -
a p a yang t u a n - t u a n k e h e n d a k i . Saya a k a n m e l a w a n d a n m e m b e l a
nasib t u a n - t u a n d a n a n a k isteri t u a n - t u a n . K a l a u t u a n - t u a n ingin
s u p a y a r u m a h t u a n - t u a n d i m a s u k i p a i p air d a n api elektrik hen-
d a k l a h t u a n - t u a n pilih saya sebagai wakil t u a n - t u a n di majlis
m e s y u a r a t b a n d a r a n . Saya a k a n m e n y a m p a i k a n segala m a k s u d
d a n keinginan t u a n - t u a n sekalian.
T u a n - t u a n h a r u s bersatu memilih saya sebagai wakil t u a n -
t u a n yang j u j u r , yang b e r t i m b a n g rasa d a n y a n g m e m p e r j u a n g k a n
nasib t u a n - t u a n yang s e k a r a n g m e n d i a m i bilik sempit, d e n g a n
k e a d a a n l o n g k a n g - l o n g k a n g k o t o r , j a l a n t a k baik, hingga selalu
m e n d a t a n g k a n penyakit, a k a n berasa l a p a n g d a n senang d a n
m e n d a p a t t e m p a t yang b a g u s bila t u a n - t u a n memilih saya sebagai
wakil t u a n - t u a n y a n g a m a n a h d a n j u j u r ....

(hlm 58)

"Budi"
M u l a p e r t a m a p e r a s a a n saya k o s o n g .
T a k tau a p a yang saya f i k i r k a n . D a n k e m u d i a n p e r l a h a n - l a h a n
d a t a n g l a h p e r a s a a n d e n d a m d a n kecewa serta e n t a h p e r a s a a n a p a
lagi y a n g s u n g g u h sebak di d a d a saya.

Selesai lagu d i t a r i k a n p e n a r i - p e n a r i n y a b u b a r . P a n d a n g a n
saya mengikuti k e m a n a H a m i d u n pergi. I a r u p a n y a d u d u k be-
tul-betul d i sebelah meja saya. H a n y a u n t u n g n y a a n t a r a k a m i a d a
s e b u a h tiang y a n g a g a k m e l i n d u n g k a n k a m i .

K a w a n saya d u d u k seperti biasa. T e t a p i p e r h a t i a n d a n


telinga saya m e n g i k u t i d a n m e n d e n g a r k a n segala p e r c a k a p a n di
meja H a m i d u n . Ia bertiga s e m u a n y a . M e r e k a seperti o r a n g - o r a n g
yang b e r a d a d a n di atas meja a d a d u a b o t o l bir. Saya lihat
H a m i d u n m e n e g u k gelasnya. D a n saya t a h u b a h a w a w a n g
sayalah y a n g d i t e g u k n y a itu.

(hlm 124)

94
PETIKAN KARYA POPULAR

"Matinya Seorang Perempuan"


Tiba-tiba, ya, dengan tiba-tiba saja, seperti timbul dari perut
bumi layaknya, Minah muncul semula. la muncul dalam keadaan
dan cara yang lain, seolah-olah waktu yang sekian lama ini dia
sedang dalam pembentukan, dalam acuan untuk mengubah
dirinya dan sifat tabiatnya. la muncul dengan tenaga yang lebih
banyak dan besar, seolah-olah selama ini ia mengumpulkan
segenap tenaganya untuk menghadapi orang-orang dalam ma-
syarakatnya, seolah-olah ia ingin menjeritkan kepada orang-
orang di sekelilingnya bahawa ia mencintai hidup dan kebenaran
dan ia akan berjuang untuk itu, bukan dengan mulutnya saja,
bukan juga dengan sifatnya dan alat tubuhnya sebagai perem-
puan, tetapi dengan segenap jiwa dan urat darahnya yang ada,
yang tinggal sebagai sisa dari hirupan ayah, mama Ali dan bebe-
rapa lelaki lain yang semuanya disegani oleh orang sekampung
baik kerana wang mahupun kerana kedudukannya.

(hlm 110-1)

"Haslina"
Kalau ingin bertemu dengan Haslina, datanglah ke kolam itu
di waktu bulan purnama raya. Kadang-kadang dia menyanyi
kecil dan meskipun perlahan-lahan seolah-olah untuk dirinya
sendiri - tapi angin yang baik budi itu menolong membawakan
suaranya ke sekitarnya. Angin yang baik budi itu menolong juga
melenggok-lenggokkan bunga teratai kesayangannya. Juga daun-
daun kayu yang tumbuh di sekitar kolamnya.

(hlm 77)

"Kacang dan Kulitnya"


Tetapi seming'gu sesudah itu, perempuan yang malang itu
menerima sebuah register yang di dalamnya berisi wang dan juga
surat cerai daripada Encik Shukur. Barangkali kalau diberitakan
suaminya dilanggar motokar atau ditangkap tidaklah akan
demikian mengejutkan dibandingkan dengan surat cerai talak
satu yang diterimanya daripada suaminya.
Hampir pengsan dia, tetapi digagahi juga membaca surat
yang dilampirkan yang walaupun lembut dan penuh dengan
permintaan maaf tetapi seolah-olah dirasakan sebagai sebuah
pisau tajam yang menghiris-hiris dagingnya.

95
BAB LIMA

PETIKAN-PETIKAN UCAPAN DAN


KERTAS KERJA TERPENTING

UCAPAN-UCAPAN, kertas-kertas kerja, ceramah dan rencana


yang dihasilkan oleh Usman Awang memperlihatkan pandangan
beliau mengenai peranan sastera dan tanggungjawab penulis dalam
memajukan kehidupan dan pemikiran masyarakat, selaras dengan
pegangan ASAS 50 yang tersimpul dalam slogan 'Seni Untuk
Masyarakat'. Pandangan ini disalurkan melalui kertas kerja dan
ceramah yang disampaikan dalam perjumpaan anjuran badan-
badan penulis dan ceramah-ceramah di radio sejak di Singapura lagi.

Di samping itu Usman Awang juga memberi ceramah kepada


mahasiswa universiti, membincangkan peranan mahasiswa dalam
pembangunan negara.

Setelah berpindah ke Kuala Lumpur dan bergiat dalam PENA,


Usman Awang mengemukakan ucapan-ucapan dan ceramah yang
banyak menyentuh corak sastera yang dikehendaki dan yang dapat
memberi manfaat kepada masyarakat. Beliau percaya bahawa puisi
moden harus kembali kepada kekayaan bahasa Melayu sendiri dan
menolak percubaan bermain dengan unsur visual dan sebagainya.

Usman Awang juga terlibat dalam pelbagai peristiwa sosio-


budaya seperti soal isu bahasa dan nasib petani-petani miskin dan
beliau turut memberikan pandangannya yang menyentuh tang-
gungjawab para penulis di tengah-tengah masyarakat.

96
P E T I K A N - P E T I K A N U C A P A N D A N K E R T A S K E R J A T E R P E N T I N G

Peranan Penulis Oalam Zaman Pembangunan


I t u l a h s e b a b n y a s a s t e r a , secara Iangsung a t a u t i d a k ,
memperlihat dan m e m a n c a r k a n sikap hidup atau pandangan
h i d u p p e n u l i s n y a . . . . S e o r a n g penulis a d a l a h p e m i k i r y a n g tidak
h e n t i - h e n t i n y a , s e o r a n g p e n c a r i y a n g tak p e r n a h p u a s , s e o r a n g
peneliti y a n g selalu ingin t a h u d a n s e o r a n g p e n e r o k a d a n p e n t a f -
sir z a m a n .
"Penulis tidak perlu takut dan bimbang dengan cap mohor
p r o p a g a n d a , m a l a h d a l a m k e a d a a n politik d a n e k o n o m i s e k a r a n g
ini d a n d a l a m k e a d a a n k e h i d u p a n m a n u s i a a b a d d u a p u l u h ini,
p e n u l i s m e m b i k i n p r o p a g a n d a d a r i p a d a c i p t a a n seni sastera y a n g
bernilai."
(ceramah yang disampaikan dalam majlis
ceramah anjuran Kelab Sosial, Universiti
Malaya, 2 Oktober 1969).

Kesusasteraan Ialah Ilmu Pengetahuan Dipunyai oleh Seluruh


Bangsa
K e s u s a s t e r a a n a t a u seni s a s t e r a y a n g d i t u j u k a n u n t u k
m a s y a r a k a t , u n t u k r a k y a t s e l u r u h n y a , seperti k a u m b u r u h , k a u m
t a n i , p e n a r i k b e c a , n e l a y a n d a n r a k y a t jelata y a n g h i d u p
m e n d e r i t a h a r i ini, a d a l a h m e n j a d i c e r m i n d a r i satu z a m a n y a n g
t i d a k a k a n d i l u p a k a n d a l a m s e j a r a h k e b a n g u n a n b a n g s a kita.
M e m a n g m a k s u d seni a d a l a h u n t u k m e m b e l a d a n m e m p e r b a i k i
k e h i d u p a n r a k y a t a g a r lebih kritis m e n g h a d a p i k e n y a t a a n d a l a m
hidupnya.
U n t u k m a s a s e k a r a n g , h a n y a d e n g a n melalui k e s u s a s t e r a a n -
lah d a p a t a n g k a t a n b a r u k i t a m e n g g a m b a r k a n k e a d a a n r a k y a t
dengan nyata, dengan sebab-sebab yang menimbulkan keadaan
i t u . J i w a r a k y a t y a n g k e b a n y a k a n n y a telah b e k u , mati, m a h u
menyerah p a d a nasib dan takdir adalah disebabkan penekanan-
p e n e k a n a n h i d u p serta kesempitan fikiran dan kekurangan
p e l a j a r a n . T u g a s a n g k a t a n m u d a s e k a r a n g ialah m e n g h a n c u r -
l e b u r k a n f i k i r a n - f i k i r a n d a n t a k d i r , serta m e m p e r c a y a i t a h a y u l
y a n g m e m b u n u h j i w a m e r e k a , d e n g a n mengisi Fikiran-fikiran
y a n g tegas, y a n g tepat, yang k u a t d a n k u k u h . Itulah satu-satunya
c a r a u n t u k m e m b e r i k a n k e s e d a r a n k e p a d a r a k y a t , m e n u j u aliran
f i k i r a n y a n g b e r s i h , m a j u d a n bebas.

(Mingguan Melayu, 17 Februari 1952)

Kesusasteraan Alat Penting Mengisi Kemerdekaan


K e k u a t a n j i w a d a n s e m a n g a t perlu b e n a r d a l a m aliran
k e s u s a s t e r a a n k i t a h a r i ini, s e b a b k e s u s a s t e r a a n a d a l a h s u m b e r

97
SASTERAWAN N E G A R A USMAN A W A N G

yang mengalirkan kesedaran dan pengertian dalam membentuk


jiwa rakyat seluruhnya. Kita menghendaki pendukung-pen-
d u k u n g seni s a s l e r a m e m p u n y a i k e s e d a r a n y a n g c u k u p d a n luas
b a h a w a k e s u s a s t e r a a n a d a l a h s e n j a t a bagi r a k y a t m e n g g u l i n g k a n
penjajah dan m e n d o r o n g rakyat m a j u dan tegak dalam negara
yang aman dan makmur.

(Mingguan Melayu, 9 Mac 1952)

Generasi Baru, Munculnya Menendang Angkatan 50


K e s u s a s t e r a a n b a n g s a kita s a n g a t - s a n g a t m e n g h e n d a k i y a n g
hidup dan dihidupkan. Ia adalah kesusasteraan rakyat yang tidak
sahaja untuk m e n y e d a r k a n rakyat, tetapi m e m i m p i n d a n m e m -
buktikannya kepada rakyat.
K a l a u s e k a r a n g kita m e n g a r a h k a n p e n a , k i t a j u g a mesti
b e r s e d i a d a n insaf, p a d a s u a t u k e t i k a n a n t i k i t a a k a n m e l e p a s k a n
p e n a itu u n t u k m e n g h a d a p i p e n g e r t i a n k e n y a t a a n y a n g lebih t e g a s
lagi. A n d a i n y a kita A n g k a t a n 5 0 telah m e m p u n y a i p e r s e d i a a n
u n t u k s e m u a itu, t e t a p i titik b u l a t m e l e p a s k a n diri a k a n d a p a t
d i p e r h i t u n g d e n g a n b e r k e s a n d a n lebih t e p a t lagi jerit l o l o n g y a n g
m e n t e r t a w a k a n d u n i a . D a n kita A n g k a t a n 5 0 a k a n m e n j a d i
l a m b a n g d a r i p a d a s u a t u t u g u m e l e p a s k a n diri k e k a l a b a d i .

(Mingguan Melayu, 27 April 1952)

Gerakan Kesusasteraan Kita Hari Ini


Kesusasteraan adalah suatu alat y a n g penting u n t u k
m e m b a n g u n k a n kesedaran rakyat dan suatu senjata yang besar
untuk membunuh fahaman kolot dan m u n d u r yang membeku
d a l a m j i w a r a k y a t . A l a t d a n s e n j a t a ini a m a t b e s a r g u n a n y a u n t u k
m e n g g u l i n g k a n segala k e b u r u k a n d a l a m k e h i d u p a n r a k y a t . D a n
t u g a s p e r t a m a d a l a m p e r h i t u n g a n ini a d a l a h t e r p i k u l d i a t a s b a h u
s a s t e r a w a n - s a s t e r a w a n a n g k a t a n b a r u kita y a n g sedikit m a s a
dahulu hebat memperkata hak-hak dan kewajipannya.
" T u g a s d a n k e w a j i p a n kita s e b a g a i p e n d u k u n g seni s a s t e r a
z a m a n ini m a s i h b a n y a k d a n m e m p u n y a i l a p a n g a n y a n g luas.
S e m u a ini m e m i n t a s u a t u d a y a k e k u a t a n d e n g a n m e m b u a t per-
h i t u n g a n b a r u y a n g lebih b e r k e s a n lagi k e p a d a m a s y a r a k a t
keliling."

(Mingguan Melayu, 25 Mei 1952)

Seni Sastera Melayu dan Pendukungnya


K i t a s e b a g a i p e n d u k u n g - p e n d u k u n g seni s a s t e r a M e l a y u
dalam saat bangsa Melayu menghadapi perjuangan kemerdeka-

98
PETIKAN-PETIKAN UCAPAN DAN KERTAS KERJA TERPENTING

an, berkewajipan besar pula memperhebat gerakan kesusasteraan


Melayu yang turut juga kelak menjadi salah satu isi daripada
kemerdekaan kita. Meskipun kewajipan kita adalah penyambung
zaman dalam sastera Melayu, iaitu zaman angkatan tua, dan
zaman kita juga nanti akan disambung oleh suatu angkatan yang
lebih baru daripada kita, tetapi kita harus memberi isi yang cukup
kepada kemahuan rakyat zaman kita ini. Oleh kerana zaman kita
ini adalah zaman perjuangan rakyat, maka kita harus mengisi
perjuangan itu secukup-cukupnya. Kesusasteraan Melayu adalah
sangat penting bagi perjuangan bangsa Melayu sekarang ini. Kita
adalah wakil daripada kesusasteraan zaman kita. Maka itu kita
harus membuktikan kepada suatu zaman akan datang bahawa
kita tidak mensesiakan zaman kita. Dengan itu nanti nama kita,
nama angkatan baru atau lebih dikenali dengan nama Angkatan
50 akan tetap kekal, tetap hidup dalam zaman-zaman akan
datang.

(Utusan Zaman, 17 Ogos 1952)

Seni Rakyat dan Angkatan 50


Pernah saya nyatakan bahawa seni dan kebudayaan rakyat
yang nyata sekarang ialah seni yang menjadi simbol perbudakan.
Dan pada hakikat yang sebenarnya seni yang serupa inilah yang
diutamakan oleh kebanyakan penerbit, kerana hanya dengan
melayani kesenian inilah sahaja pelanggan-pelanggannya dapat
dipelihara. Pendapat saya ini adalah berdasarkan kenyataan.
Umpamanya, jika cerita pendek atau sajak telah menjadi siaran
biasa bagi satu-satu penerbitan majalah atau surat khabar
Melayu sebagaimana berita filem, misalnya, pihak penerbit itu
mula membayar hasil karangan Angkatan 50. Sebabnya, cerita
pendek dan sajak Angkatan 50 itu telah ada pasarannya yang
tersendiri dan cerita pendek dan sajak ini yang mesti dilayani
untuk mencari dan menambah pelanggan baru. Dan kalau dalam
proses meluaskan pasarannya ini penerbitnya itu menolong
mengembangkan sastera Melayu maka ini adalah suatu yang
hanya secara kebetulan sahaja.

(Utusan Zaman, 26 April & 24 Mei 1953)

Penulis Melayu Dengan Kamera Murahnya


Pengertian "Seni Untuk Masyarakat" sebagai yang diertikan
dan yang diterima oleh penulis-penulis Melayu ialah tidak lain
untuk manusia juga. Sebab apa yang dikatakan masyarakat
tidaklah terdiri daripada batu-batu dan jalan-jalan raya,
bukanlah rumah-rumah dan tiang-tiang lampu, tidaklah

99
SASTERAWAN NEGARA USMAN A W A N G

m o t o k a r - m o t o k a r d a n kilang-kilang, tetapi a d a l a h m a n u s i a n y a .
M a k a d e m i k i a n l a h " S e n i U n t u k M a s y a r a k a t " itu t i d a k lain
daripada "Seni Untuk M a n u s i a " juga.

(Dewan Masyarakat, November 1964)

Pengalaman Saya Dalam Tahun-Tahun 50-an


Dalam hiruk-pikuk dan simpang-siur kehidupan, kita
m e l i h a t p e n u l i s - p e n u l i s y a n g d a t a n g d a n pergi. D a n t a h u n - t a h u n
t e r a k h i r ini kita d e n g a r b a n y a k o r a n g b i r o k r a t y a n g b e r c a k a p
tentang sastera, d a r i p a d a Perdana Menteri sampai k e p a d a
P e n o l o n g P e g a w a i D a e r a h . L a h i r l a h segala m a c a m s e r u a n d a n
s u r u h a n k e p a d a penulis. S o a l p e m b a n g u n a n m e n j a d i istilah
p a l i n g p o p u l a r sekali, s e h i n g g a p e r k a t a a n " p e m b a n g u n a n " itu
telah m e n j a d i s a t u p e n c e m a r a n p u l a d i telinga k i t a . P e n u l i s a b a d
k e d u a p u l u h ini b u k a n lagi m e n j a d i p e n u l i s " p e n g l i p u r l a r a "
moden, juga bukanlah bertugas sekadar menjadi pencatat sejarah,
tetapi p e n e r o k a k e h i d u p a n d a n p e n c i p t a s e j a r a h . "

(Ceramah kepada mahasiswa ijazah


lanjutan jurusan sejarah, Universiti
Malaya, 4 Julai 1972).

Pengertian Bakat, Ilham dan Tugas Sasterawan


T u g a s s a s t e r a w a n a t a u p e n g a r a n g ialah m e m p e r d a l a m d a n
m e m p e r l u a s lagi k e s e d a r a n d a n k e i n s a f a n o r a n g - o r a n g lain
tentang masyarakat yang mereka diami, mendidik dan mem-
b i m b i n g o r a n g - o r a n g lain k e a r a h k e m a j u a n d a n k e m e r d e k a a n ,
membela keadilan dan kesucian, m e m b e n t u k budi pekerti yang
luhur dan mempertinggi peradaban bangsa.
K a l a u s a s t e r a w a n itu a d a d a l a m m a s y a r a k a t y a n g p i n c a n g ,
m a k a di antara pemimpin-pemimpin d a n cerdik p a n d a i lainnya
sasterawan juga mempunyai tugas yang besar. Dia seharusnya
melalui k a r a n g a n n y a d a p a t m e n y a t a k a n k e p i n c a n g a n i t u d a n
m e n d i d i k r a k y a t m e n g i n s a f i k e p i n c a n g a n m a s y a r a k a t itu a g a r
mereka berjuang ke arah kebaikan.

(Utusan Zaman, 21 M a c 1954)

Pengalaman Saya Menulis Sajak


Kesusasteraan harus mencerminkan masyarakat zamannya!
D a n m a s y a r a k a t z a m a n kita y a n g h a r u s d i c e r m i n k a n itu t i d a k lain
daripada perjuangan rakyat, rakyat yang inginkan kebebasan
d a r i p a d a segala b e l e n g g u y a n g m e r a n t a i n y a , d a r i p a d a p e n e k a n a n
d a r i p a d a p e n i n d a s a n y a n g m e n i n d a s n y a . D a n d i s a m p i n g itu

100
PETIKAN-PETIKAN UCAPAN DAN KERTAS KERJA TERPENTING

pula isi puisi sekarang haruslah memupuk kesedaran nasional,


mengemukakan fikiran, perasaan dan hasrat rakyat yang
inginkan kebahagiaan dan kemakmuran dalam suatu masyarakat
yang baik.
Jadi, untuk menjadikan bahasa dan sastera itu alat per-
juangan kebangsaan, para pendukung kesusasteraan, baik dia
penyajak, baik dia seorang penulis prosa, haruslah mengenal
masyarakatnya sendiri, haruslah mengenal rakyatnya sendiri,
haruslah mendalami hasrat dan cita-cita rakyat itu sendiri, kerana
dengan mengenal segalanya itulah sahaja mereka akan dapat
menyatakan hasrat dan cita-cita rakyat melalui hasil karyanya
atau hasil ciptaannya.
Untuk itu, maka setiap pendukung kesusasteraan, tiap-tiap
orang yang bergelar pengarang dan sasterawan, haruslah terjun
ke tengah-tengah masyarakat, ke dalam kehidupan rakyat itu
sendiri.

( C e r a m a h di h a d a p a n mahasiswa Universiti
M a l a y a , Singapura p a d a t a h u n 1956,
a n j u r a n Persekutuan Bahasa Melayu
Universiti M a l a y a , Singapura).

Beberapa Soal Isi Sajak


Ilham ialah suatu lintasan fikiran yang sekonyong-konyong
kerana melihat sesuatu, mendengar sesuatu, merasa sesuatu,
membaca sesuatu. Ia seperti suatu cetusan yang menimbulkan
hasrat untuk mencipta, yang menggerakkan hati seseorang
penyair menulis. Dan untuk ini si penyair tidak perlu menunggu
bulan mengambang, tidak payahlah melihat ombak di bibir
pantai, tidak perlulah bermenung ketika "matahari akan masuk
ke peraduannya", kerana untuk ilham ini cukuplah kalau dia
hidup di tengah-tengah masyarakat, ikut dalam arus kehidupan
manusia untuk merasakan segala denyut nafas dan degup
jantungnya sehingga dia sendiri menjadi nadi kehidupan yang
bergerak.

(Vtusan Zaman. 3 Februari dan


10 Februari 1963, siri
C e r a m a h R a d i o Bengkel
Penulisan P E N A )

Suatu Percakapan Tentang Sajak


Sasterawan telah diberikan kepercayaan dan tugas oleh
sejarah untuk menjadi peneroka yang ikut membina jalan sejarah
bangsanya, pentafsir zamannya, penyumbang terbesar daripada

101
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

kebudayaan, pengkritik sosial yang tajam, pembina dan pem-


bangun kekayaan dan kebesaran jiwa manusia. Isikanlah tugas
dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh zaman kepada kita
ini dengan segala kesungguhan dan kemampuan, kejujuran dan
kemuliaan yang ada pada seorang seniman.

( C e r a m a h di K o l e j I s l a m ,
Petaling J a y a , 1967)

Pcranan Intelektual
Peranan Intelektual bererti juga Pemilihan Intelektual.
Ertinya intelektual itu haruslah memilih apakah mereka memihak
kepada kekuasaan golongan feudal, kepada politik perkauman
atau kepada rakyat seluruhnya tanpa ukuran keturunan bangsa
dan warna kulitnya. Atau apakah ia memihak kepada golongan
miskin yang ditindas atau golongan berkuasa dan kaya yang
menindas.
.... Intelektual, sebagaimana yang saya katakan mula-mula
tadi, adalah penting dan berharga sekali dalam keadaan negara
kita seperti sekarang ini. Idea mereka, peranan mereka mem-
berikan erti dan pengertian yang besar kepada jalan sejarah masa
kini dan masa depan, walaupun memang bukan mereka yang
mengambil peranan penting dalam merubah keadaan.
Kepentingan ini dirasakan benar apabila mereka tegas dan
berani memperjuang hak dan kepentingan rakyat, menerima
cabaran-cabaran dan kehidupan pahit. Di depan mereka tidak
ada jalan bertabur bunga, tidak ada tepuk dan sorak, serunai dan
nafiri dan anugerah-anugerah dalam pakaian bertanjak, tetapi
debu dan batu kerikil, duri dan sembilu, pucuk-pucuk paku, rebus
ubi dan keledek, atau jeriji-jeriji besi dari bilik yang sepi dan
suram dalam kehidupan yang lama dan panjang.

(Ceramah radio pada


28 S e p t e m b e r 1970)

Penyair dan Pengalamannya


Bahan puisi ialah kehidupan. Seorang penyair harus mem-
buka pancaindera, fikiran dan perasaannya kepada seluruh
kehidupan, dan tidak hanya kepada hal-hal yang bersangkutan
dengan diri sendiri sahaja. Di sini timbullah suatu persoalan yang
sering diperdebatkan, iaitu tcntang nilai sajak-sajak perseorangan
dan sajak-sajak hasil sorotan ke dalam diri sendiri. Sajak-sajak

102
PETIKAN-PETIKAN UCAPAN DAN KERTAS KERJA TERPENTING

demikian memang ada tempat dan nilainya yang tersendiri.


Kehidupan diri sendiri - lahir dan batin - adalah suatu bahan
yang penting dan semestinya menjadi tempat bertolak bagi tiap
pengembara seni. Tetapi dari diri sendiri, seorang penyair harus
memperluas bidang kesedarannya, meliputi seluruh kehidupan
yang bergolak dalam masyarakatnya, negaranya, malah serata
dunia.

( C e r a m a h di Sekolah Menengah
Jalan Kolam Air, Kuala
Lumpur, 1969).

Kelopak Puisi Dalam Suarasa


Sebuah puisi, saya kira, tidak sekadar dibaca untuk diambil
isi perutusan penyair, tidak dibaca sebagai suatu kenyataan dan
berita akhbar, tetapi pembaca menghendaki - sedar atau tidak -
seSuatu yang lain, yang lebih dari itu, yang dirasakan dengan
jiwanya, yang mengocak kolam rasa, yang mengetuk pintu
hatinya. Dan itulah puisi yang terjelma dari emosi, imaginasi dan
idea dalam anyaman bahasa yang menimbulkan daya haru yang
dibaca sekali untuk nanti dibaca lagi.

( C e r a m a h a n j u r a n Persatuan Penulis
K e l a n t a n , di K o t a Bharu, 27 O k t o b e r
1970 yang disiarkan di Dewan
Sastera, M a c 1971).

Pantun Sebagai Sastera Rakyat


Mendekati rakyat dalam hasil ciptaan sastera haruslah se-
dapatnya memperguna alat dan bahan serta teknik yang dapat
dimengertikan dan dicapai oleh rakyat. Dengan itu para sastera-
wan tidaklah menjadi dewa-dewa yang tinggal di puncak gunung
dan di menara-menara tinggi dan hanya berteriak-teriak dari atas
dengan gaya dan bahasa yang tidak tercapai pengertiannya dan
tidak difaham maknanya oleh rakyat.

(Utusan Zaman, 23 Ogos 1964)

Suara Kemanusiaan Seorang Pengarang


Selagi bahasa Malaysia tidak menjadi milik bersama dan
dicintai bersama, dan memberikan kemudahan serta faedah
bersama untuk semua kaum, maka selama itulah pula bahasa
Malaysia tidak akan menjadi alat perpaduan, dan tanpa
perpaduan yang tulen negara kita akan lemah dan miskin.

103
SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

Suatu bahasa dan suatu budaya bersama akan berkembang


d a r i p a d a p e n g u c a p a n , h a r a p a n d a n cita-cita b e r s a m a , d a n t i d a k
m u n g k i n lahir d a r i p a d a b e r b a g a i - b a g a i agitasi p o l i t i k a t a u d e k r i
para birokrat.

(Ucapan Penerimaan Anugerah Sastera


Negara di Dewan Banquet, Bangunan
Parlimen pada 7 Disember 1983).

104
GAMBAR-GAMBAR USMAN AWANG
Bersama-sama Datuk Sri Dr Mahathir M o h a m m a d , Perdana Menteri dan dua orang
Sasterawan Negara, Keris Mas dan A. Samad Said selepas pelancaran dua buah
bukunya- Drama-drama Pilihan Usman Awang dan Puisi-puisi Pilihan Usman Awang.

K e n a n g a n lalu bersama ayah, ibu dan keluarga di Mersing.

107
Z a m a n remaja yang telah lama ditinggalkan hanya m a m p u mengem-
balikan nostalgia.

Di h a d a p a n Balai Polis K a b a , Melaka.


Mendapat gelar Pejuang Sastera daripada Tun Hussein O n n (Perdana Menteri) dalam
tahun 1975.

Upacara penganugerahan Ijazah K e h o r m a t D o k t o r Persuratan Melayu daripada


Universiti Malaya dalam tahun 1983.
Di h a d a p a n kediamannya di Singapura ketika bekerja dengan akhbar Utusan Melayu.

111
Bergambar kenangan bersama-sama seorang teman semasa bertugas sebagai polis.

112
Pertemuan dengan pemimpin PLO, Saudara Yassir Arafat ketika pemimpin tersebut
melawat Malaysia kali pertama dalam tahun 1985.

Perarakan menentang Akta Bahasa 152.

113
Sedang melontarkan pandangan dan pendapat tentang dunia penyair di Hari Puisi
yang ke-5 di Kem Kijang, Kota Bharu. Kelantan dalam tahun 1976.

M e n y a m p a i k a n ceramah di Malam Penulis Berbilang K a u m , N o v e m b e r 1989.

114
115
Menyapaikan Pidato Penerimaan Anugerah Sastera Negara di Bangunan Parlimen
dalam tahun 1983.

116
Terharu mendengar sesuatu yang diperkatakan tentang dirinya.

117
BIBLIOGRAFI
120
INDEKS
INDEKS

122
INDEKS
INDEKS

124
PUSTAKA
PERDANA
LIBRARY
SASTERAWAN
NEGARA
USMAN
AWANG
Kehidupan seorang sasterawan yang kemudi-
annya diangkat untuk menerima Anugerah
Sastera Negara menjadi cukup bermakna apa-
bila usaha merakamkan seluruh kerjanya bagi
menghargainya untuk tatapan dan bacaan
masyarakat umum. Justeru penulisan biografi
ini tidak lain daripada usaha mengenang
sumbangan dan keterlibatan sasterawan
Usman Awang dalam dunia kesusasteraan
Melayu moden. Keterlibatannya telah mening-
galkan kesan dan warna yang begitu ketara
dalam penghidupan kesusasteraan tanah air
terutamanya di dalam dua bidang, puisi dan
drama. Zurinah Hassan Cuba mentafsirkan
kehidupan dan persekitaran Usman Awang
bagi mengambarkan perwatakan, pemikiran
dan ketokohan Sasterawan Negara ini dari
sudut pandangannya sebagai seorang penyair.

ISBN 983-62-1469-0

Anda mungkin juga menyukai