Anda di halaman 1dari 1

[ JOM KENALI CLAY MASK!

Sekarang ni banyak sangat lambakan produk clay mask ni.Tambah-tambah lagi yang ada kat
drugstore tu.Punyala lama ambil masa nak pilih pun..Sebab banyak sangat warna dan jenis
dia..sampai pening nak pilih yang mana satu sesuai untuk kulit. Last sekali main sambar je, tu
pun sebab dah lama sangat pilihnya..
Sebenarnya warna untuk setiap clay mask ni mempunyai fungsi yang tersendiri..Nak tahu
fungsi setiap warna?..Jom baca
1) Hijau- Mengawal Minyak
Green clay masak ni adalah warna yang sering kita jumpa.Betul tak?.Green clay mask ini
adalah sangat sesuai untuk korang yang mempunyai masalah kulit kombinasi, berminyak
dan berjerawat..Sebab zat-zat yang terdapat dalam green clay mask ini sangat bagus untuk
mengawal minyak berlebihan,detoks kulit dan memulihkan kulit. Selain itu juga, ia
adalah bersifat anti-bakteria yang mana bagus untuk merawat kulit berjerawat.

2) Pink- Melembab
Clay mask yang berwarna pink pula adalah jenis yang paling ringan dan lembut yang
mana sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Kalau korang jenis muka yang kemerah-
merahan sebab jerawat tu boleh guna jenis ni sebab boleh kurangkan kerengsaan pada
kulit tu. Tapi ingat guna sekali seminggu je tau untuk tenangkan dan lembabkan kulit
muka.

3) Putih- Menghalus
White clay mask pula dapat membersihkan wajah dari debu dan pencemaran dengan baik.
Nama pun white,bila dah pakai mesti korang akan rasa kulit lebih putih. Clay mask ini
akan membuatkan muka korang lebih halus,bersih dan segar tanpa menyebabkan
kerengsaan kulit.

4) Merah- Mencerah
Clay mask warna ini jarang sangat kita jumpa..Tapi kalau nak tahu red clay mask ini
sangat bagus untuk membuang sel-sel kulit mati dan seterusnya mencerahkan kulit.
Fungsi clay mask ini juga adalah untuk bagi tona kulit lebih sekata, kulit muka kusam
akan jadi glowing, kulit semakin halus dan dapat menghilangkan blackhead.

5) Hitam- Detoks
Black clay mask ini dapat detoks kulit wajah kerana kaya dengan zat-zat besi. Selain itu
ia juga dapat mengatasi pori-pori yang terbuka dan mengurangkan kedutan di muka!
Lepas ni takda lagi istilah tua sebelum usia uolss!

Diharap info ni dapat membantu korang semua..So lepas ni takdela pening-pening lagi
nak pilih jenis mana yang sesuai untuk kulit korang semua..

Anda mungkin juga menyukai