Anda di halaman 1dari 1

Soalan slide power point:

1. Pada era kini, apakah itu seni?

Jaw: merupakan luahan kreativiti manusia dan keunggulan daya cipta manusia

2. Antara berikut yang manakah peranan yang berhubungan dengan seni?

Jaw: seni visual, seni muzik, seni tari, seni bina dan pelbagai ciptaan hebat

3. Seni juga disifatkan sebagai kebolehan mencipta sesuatu _____________ sebagai hasil
pembuatan manusia yang berkemahiran.

Jaw: lukisan, ukiran, khat dan sebagainya

4. “ Seni bermaksud kecil, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat
sesuatu yang indah-indah”. Rujukan manakah yang memberi Seni pengertian berikut?

Jaw: Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988),

5. Apakah pandangan Al-Farabi berkaitan kesenian?

Jaw: “ Seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan”.

6. Maksud daya kreatif melalui pembacaan anda adalah?


Jaw:
Proses yang membabitkan perjumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara
konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar.

7. Berikan maksud “divergent thought” berdasarkan rujukan slide?

Jaw: pemikiran mencapah

8. Jelaskan fungsi otak kanan?

Jaw: merupakan fungsi pemikiran kreatif.

9. Menurut __________ , kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui tetapi pada masa
yang sama mengajar mereka mencipta.

Jaw: Helbert Read

10. Kreativiti atau kreatifiti, manakah ejaan yang betul pada fahaman anda?

Jaw: Kreativiti

Anda mungkin juga menyukai