Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Terhadap Video Yang Dipaparkan Di Dalam Gc (Kump 1 Mawar)

A) Terangkan apa yang anda faham mengenai pengurusan bilik darjah


bedasarkan video tersebut.

- Di sini, kami berkumpulan mempunyai beberapa pandangan mengenai


pengurusan bilik darjah bedasarkan video tersebut, Menurut Weber (1999),
Pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh
guru untuk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang
membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran”, Di sini, video yang
dipaparkan, tentang pengurusan bilik darjah merujuk kepada kawalan bilik
darjah yang melibatkan strategi berkesan bagi memastikan murid-murid dapat
menumpukan perhatian dan suasana pembelajaran sama ada di dalam atau
di luar bilik darjah sentiasa terkawal oleh guru

.Pengurusan bilik darjah yang ditunjukkan di dalam video tersebut


amatlah sistematik, dan komprehensif. Guru tersebut telah menggunakan
beberapa kaedah bagi memudahcarakan setiap pelakuan, atau perbuatan
anak murid iaitu, mewujudkan persekitaran psikosisial, dan, seterusnya
kemahiran hubungan sesama manusia serta strategi pengurusan bilik darjah
yang mantap.

Guru hendaklah memilki sifat kasih sayang dan dapat memberikan


layanan yang menjadi buah semangat kepada murid agar lebih fokus di
dalam bilik darjah, seperti contoh guru di dalam video tersebut memberikan
sapaan dengan memberikan “ high five”, menegur dengan suara yang
bersemangat sebelum memulakan kelas..
B) Kenal pasti ciri guru yang efektif dalam pengurursan bilik darjah

1. ASPEK KUALITI PERIBADI


 - Guru yang bersemangat dan proaktif
 - Guru yang sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan
keperluan murid
 - Guru yang peramah, mesra dan berusaha mengenali muridnya
 - Guru yang memiliki perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan
sifat kemanusiaan yang tinggi
 -Contoh , guru tersebut memberikan sapaan , memberikan tepuk tangan
kepada anak muridnya sebelum memulakan kelas

2. ASPEK KOMPETENSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


 - memahami objektif, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan
kaedah penilaian kurikulum
 - memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang diajar dengan
mendalam
 - berusaha mempelajari perkara baharu
 - berpengetahuan tentang subjek dan mengetahui topik yang sukar dan
memerlukan masa yang lama serta perlu dijelaskan dengan ilustrasi dan
contoh
 - kemahiran memilih strategi dan kaedah
 - mahir menggunakan teknik penyoalan
 - menggunakan kemahiran penilaian
 - menggunakan kemahiran pedagogi untuk menerapkan nilai
 - merangka aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan sendiri

3. ASPEK PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI


 - Tanggungjawab terhadap murid
 - Tanggungjawab terhadap ibu bapa
 - Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
 - Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Anda mungkin juga menyukai