Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 13/6/2019

Tajuk Jurnal : Murid Tidak Mengikuti Sesi Pengajaran Dan Menggangu Sehingga Menyebabkan
Sesi Pdp Kurang Memuaskan.

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada hari Khamis (13/6/2019), saya telah menjalankan satu sesi pengajajaran dan
pembelajaran (PdP) lengkap dalam subjek Pendidikan Jasmani. Semasa set induksi dilakukan,
sesi PdP berjalan lancar dan murid dapat mengekalkan fokus terhadap proses pengajaran.
Namun, apabila sampai di langkah pengajaran seorang murid mula membuat kacau dengan
mengganggu murid lain yang ingin belajar. Saya mula memberikan respons dengan cara
duduk di tempatnya semula. Tetapi tidak berhasil, bahkan rakan sekelasnya mula membuat
bising. Justeru mengganggu proses PdP yang sedang dijalankan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca murid tidak dapat memberi tumpuan yang lama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah ketiadaan
peraturan kelas yang ditetapkan menyebabakan murid-murid mula mebuat hal sendiri
seterusnya mengganggu proses PdP yang sedang dijalankan. Di samping itu, ketidak upayaan
saya mengambil tindakan yang pantas menjadikan kawalan kelas tidak dapat dilakukan dengan
baik.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Ngu Mee Kok (2009), kawalan kelas yang lemah dan tidak memuaskan boleh
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak dapat dilaksanakan
dengan baik dan berkesan. Sekiranya keadaan ini berterusan, pasti murid-murid tidak akan
mengubah tingkah laku negatif yang ada pada mereka sekarang.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-

i) Menghasilkan satu peraturan kelas yang wajib dipatuhi murid.

ii) Mewujudkan dendaan kepada mana-mana murid yang melanggar peraturan.

iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), dengan memberi penerangan
kepada murid berkaitan peraturan bilik darjah. Saya juga akan meperbaiki aktiviti pengajaran
yang lebih bercorak kepada permainan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

18/6/2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang dicadangkan ini dilihat amat berkesan kerana telah diuji kepada murid tahun 4
yang mana menjadi salah satu kelas didikan saya. Pengaplikasian cadangan tersebut
menjadikan proses PdP dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan murid.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Sungguhpun tindakan ini belum dilaksanakan, saya sangat yakin bahawa ianya akan berkesan.
Hal ini ditambah lagi dengan pengalaman yang dikongsikan pelajar senior kepada saya dengan
mengaplikasikan cadangan tindakan tersebut. Justeru, saya beranggapan tindakan ini akan
berjaya dan andai kata kurang memuaskan saya akan menggunakan pendekatan yang lain
bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran saya.

Rujukan
Ngu Mee Kok (2009). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah
Ganjaran Dan Hukuman Untuk Murid-Murid Tahun 3Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.132-
146

Anda mungkin juga menyukai