Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM​ ​ZOOM

Peraturan Pendaftaran

1 Semua peserta DIWAJIBKAN menggunakan nama sebenar sepanjang sesi zoom


berlangsung.
2 Peserta hanya dibenarkan untuk login dengan 1 device sahaja ke sesi ini.
Sekiranya terdapat login yang bertindih pihak VHI akan membatalkan login kedua.
Dan jika ianya berterusan kami tidak teragak-agak untuk membatalkan penyertaan
anda serta merta.

3 Sekiranya terdapat penyertaan yang mengunakan nama singkatan atau apa2


nama selain dari nama penuh, pihak pengurusan VHI akan membatalkan
penyertaan anda serta merta.

4 Peserta diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan link sesi zoom yang
diberikan oleh VHI. Sekiranya ini berlaku kami akan mengambil tindakan
sewajarnya dan membatalkan penyertaan anda serta merta.

5 Peserta diingatkan supaya berada dalam sesi (login) 30 minit sebelum sesi zoom
bermula.

Semasa Sesi Zoom

● Peserta diingatkan supaya memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang sesi zoom.


Sesi soal jawab hanya akan dibuka pada waktu-waktu tertentu yang akan
diumumkan oleh speaker semasa sesi berlangsung.

● Peserta digalakkan menyalin nota sepanjang pembelajaran agar lebih fokus


dengan isi yang disampaikan.
● Peserta digalakkan mengumpul dahulu soalan dan bertanya apabila sesi
pertanyaan dibuka di ruangan chat.

● Setiap soalan haruslah mengunakan tatabahasa yang betul, tidak menggunakan


shortform atau apa apa simbol yang mengelirukan supaya setiap soalan dapat
difahami dan dijawab oleh pihak VHI.

● Setiap peserta digalakkan sentiasa bertanya sebarang soalan yang berkaitan


sehingga memahami sepenuhnya setiap jawapan bagi setiap soalan yang
diajukan.

● Setiap peserta diwajibkan untuk mewujudkan persekitaran positif dalam dalam


ruangan komen.

● Tiada perbualan yang menyentuh isu-isu politik, agama, kaum atau menyentuh
sensitiviti mana-mana individu sepanjang sesi zoom ini.

● Sebarang kritikan atau tohmahan terhadap speaker akan diambil berat oleh
pihak VHI. Sekiranya kritikan atau tohmahan adalah untuk tujuan peribadi, pihak
VHI akan mengambil langkah-langkah wajib terhadap pelaku.

● Tiada gangguan seksual ke atas mana mana individu samada dalam bentuk
lisan atau penulisan sepanjang sesi zoom berlangsung.

● Semua peserta digalakkan memberikan cadangan membina dari semasa ke


semasa kepada Vega Hermosa International Sdn. Bhd. melalui staf dan crew
bagi menambah baik perkhidmatan sedia ada.

● Setiap peserta dinasihati agar sentiasa menjaga budi bahasa, pertuturan, adab
menuntut ilmu dan nilai-nilai murni sepanjang berada dalam Zoom ini.

● Setiap peserta WAJIB MENGHORMATI semua peserta lain, staf, ​crew,​ Dato’ Dr.
Nazri Khan, Vega Hermosa International Sdn. Bhd. dan semua wakil yang
terlibat.

● Setiap peserta perlu tahu dan faham bahawa tempoh masa bagi setiap jawapan
kepada segala pertanyaan atau persoalan tertakluk kepada tempoh yang
ditetapkan oleh Vega Hermosa International Sdn. Bhd. bergantung pada situasi,
jenis dan tahap soalan yang dikemukakan.

● Setiap peserta DIWAJIBKAN berkelakuan baik sepanjang berada di dalam zoom


ini.

● Setiap peserta dinasihati agar meluahkan setiap keluhan, aduan atau


permasalahan dengan melaporkan kepada Vega Hermosa International Sdn.
Bhd.

● Setiap peserta wajib tahu dan faham bahawa segala yang diberikan di dalam
zoom ini adalah bertujuan PEMBELAJARAN semata-mata.
Larangan Dalam Zoom

● DILARANG ​menghasilkan gangguan suara atau contengan pada skrin semasa


sesi zoom berlangsung melainkan atas permintaan daripada speaker.

● DILARANG​ merakam dalam apa jua bentuk rakaman sepanjang sesi zoom.

● DILARANG ​sama sekali memfitnah, menuduh atau menjatuhkan reputasi


mana-mana pihak sama ada individu, organisasi atau sesiapa sahaja dalam apa
jua bentuk atau cara sekalipun.

● DILARANG ​sama sekali menghina Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) dan Vega
Hermosa International Sdn. Bhd., program atau wakilnya dalam apa jua bentuk
atau cara sekalipun.

● DILARANG ​sama sekali mengkhianati atau melakukan apa sahaja tindakan


yang menjatuhkan reputasi Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) dan Vega Hermosa
International Sdn. Bhd. dalam apa jua bentuk atau cara sekalipun.

● DILARANG ​sama sekali menjalankan apa-apa aktiviti atau program yang


mempunyai kaitan secara langsung dengan Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) dan
Vega Hermosa International Sdn. Bhd. tanpa mendapatkan kebenaran secara
bertulis daripada Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) dan pihak pengurusan Vega
Hermosa International Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

● DILARANG ​sama sekali menyalahgunakan nama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK)
dan Vega Hermosa International Sdn. Bhd. dalam apa jua bentuk atau cara
sekalipun.

● DILARANG ​sama sekali menjual atau mempromosikan sebarang barang atau


perkhidmatan tertentu (selain acara Vega Hermosa International Sdn. Bhd.) pada
bila-bila masa semasa tempoh sokongan zoom tanpa mendapatkan kebenaran
secara bertulis daripada pihak pengurusan Vega Hermosa International Sdn.
Bhd. terlebih dahulu.

● DILARANG ​sama sekali melakukan sebarang “cadangan atau rekomen saham”


(setiap nama saham yang diberikan adalah untuk tujuan pembelajaran
semata-mata).

● DILARANG ​sama sekali melanggar atau melanggar mana-mana hak cipta, cap
dagangan, paten atau hak harta intelek mana-mana orang atau entiti.

● DILARANG ​sama sekali mempromosikan mana-mana barang, perkhidmatan,


platform atau apa sahaja yang mungkin atau pada masa program tanpa
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak pengurusan Vega
Hermosa International Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
● DILARANG ​sama sekali mendedahkan sebarang maklumat peribadi di dalam
zoom ini tanpa mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak
pengurusan Vega Hermosa International Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

● DILARANG ​sama sekali meminta atau memberi wang kepada sesiapa sahaja di
dalam zoom ini.

● DILARANG ​sama sekali mencetuskan sebarang provokasi atau kontroversi di


dalam zoom ini

● DILARANG ​sama sekali mengeluarkan pertanyaan atau kenyataan yang


berunsur fitnah, hasutan atau apa-apa sahaja yang membawa kepada kesan
negatif kepada mana-mana pihak.

● DILARANG ​sama sekali menggunakan perkataan atau ayat kasar, kesat,


negatif, memerli, memaki hamun atau yang seumpama dengannya di dalam
zoom ini.

● DILARANG ​sama sekali mendedahkan sebarang maklumat penting yang


dibincangkan di dalam zoom ini.

● DILARANG ​sama sekali menerbitkan atau mengaku atau memplagiat


mana-mana bahan terbitan Vega Hermosa International Sdn. Bhd. tanpa
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak pengurusan Vega
Hermosa International Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

● DILARANG ​sama sekali mengaibkan atau menjatuhkan mana-mana pihak sama


ada dari segi maruah, emosi, kewangan dan sebagainya.

● DILARANG ​sama sekali melakukan sebarang aktiviti atau tindakan yang


menyalahi undang-undang.
Tindakan Terhadap Pelanggaran Undang-undang

1 Vega Hermosa International Sdn. Bhd. ​berhak memberi AMARAN dan


MEMBATALKAN serta-merta penyertaan peserta di dalam zoom ini jika didapati
berlaku aktiviti negatif seperti menghasut, menghina, memfitnah, melakukan
provokasi atau melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan. Vega
Hermosa International Sdn. Bhd. berhak bertindak tanpa perlu mengeluarkan
sebarang notis peringatan atau pemberitahuan awal terlebih dahulu.

2 Vega Hermosa International Sdn. Bhd. ​berhak MENGAMBIL TINDAKAN


UNDANG-UNDANG ​ke atas mana-mana pihak yang bertindak negatif sehingga
menjejaskan reputasi Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK), syarikat, peserta lain atau
mana-mana pihak yang berkaitan.

Kenyataan Penafian

1 Segala ilmu, teknik, strategi dan lain-lain yang diberikan di dalam program ini
adalah adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja. Program ini tiada kaitan dengan
aktiviti mengumpul duit atau skim cepat kaya.

2 Kami tidak akan memberitahu sebarang cadangan beli atau jual saham. Sebarang
tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda. Sebarang
risiko untung atau rugi adalah tanggungjawab anda sendiri.

3 Setiap keputusan yang diambil oleh Vega Hermosa International Sdn. Bhd. adalah
MUKTAMAD.

4 Pihak Vega Hermosa International Sdn. Bhd. tidak membuat sebarang aktiviti
pengumpulan duit untuk melabur atau skim cepat kaya kecuali Pengurusan Dana
di bawah Dato’ Dr. Nazri Khan yang berlesen dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
yang sah diiktiraf.

5 Pihak Vega Hermosa International Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab


sekiranya peserta memberi wang kepada pihak ke-3 atau kepada orang lain
bertujuan untuk melabur, ​copy trading​atau sebaliknya.
Penambahbaikan SOP

1 Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan ini akan ditambah baik dari
semasa ke semasa mengikut situasi dan keadaan bagi memastikan hak semua
pihak berkepentingan terutama para peserta sentiasa dilindungi dan dipelihara.

2 Vega Hermosa International Sdn. Bhd. berhak mengubah, menambah atau


menggugurkan mana-mana bahagian di dalam SOP ini pada bila-bila masa tanpa
perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak terlebih dahulu.

3 Sebarang ​ADUAN ​atau ​PERTANYAAN atau ​CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


sila hubungi dalam bentuk panggilan atau mesej atau whatsapp ke talian berikut:

Talian 1:​014-669 8327

Talian 2:​014-669 8307

Talian 3:​016-234 8307

Talian 4:​016-436 0423

Talian 5:​018-270 5905

Talian 6:​014-669 4164

Talian 7:​014-669 8349

atau hantar maklum balas ke alamat emel ​cs@vegaher.com

Peringatan
1 Segala ilmu, teknik, strategi dan lain-lain yang diberikan di dalam zoom ini adalah
adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja. Zoom ini tiada kaitan dengan aktiviti
mengumpul duit atau skim cepat kaya.

2 Kami tidak akan memberitahu sebarang cadangan beli atau jual saham. Sebarang
tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda. Sebarang
risiko untung atau rugi adalah tanggungjawab anda sendiri.

3 Setiap keputusan yang diambil oleh Vega Hermosa International Sdn. Bhd. adalah
MUKTAMAD.

PIHAK PENGURUSAN VEGA HERMOSA INTERNATIONAL SDN. BHD.

Anda mungkin juga menyukai